Kelab Greenboc |
- [Video] Kereta Meletup Dan Terbakar, 2 Beranak Rentung Berpelukan
- [Bergambar] Nasib Si Labu Jati
- Tan Sri Khalid Ulas Perlantikan Khairy Jamaluddin Sebagai Pengerusi PUNB
- Jui Meng : Idealisme Politik Islam Membawa Kemakmuran Bagi Semua
- Tuntutan Palsu: Mahkamah Dapati MP Sabak Bernam Bersalah
- Paksa Seks Atas Motosikal
- [Bergambar] Kasut Tak Lekang Dari Tangan Pemuda PERKASA Ini
- 2000 Tong Gas Meletup Di Kajang
- Memang Sengal, Bayi Ditinggalkan Di Alas Kaki Rupa-rupanya Anak Sendiri
| [Video] Kereta Meletup Dan Terbakar, 2 Beranak Rentung Berpelukan Posted: 29 Feb 2012 05:17 PM PST Kota Bahru: Memilukan apabila seorang guru lelaki dan anak perempuannya berusia empat tahun mati rentung dalam keadaan berpelukan selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum meletup dan terbakar di sini, kelmarin.RENTUNG...dua kenderaan bertembung sebelum meletup dan terbakar, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, di sini, mayat Che Arminudin Abdullah, 42, dan anaknya, Marissa Alma, ditemui di bahagian tengah antara tempat duduk hadapan dan belakang Toyota Rush dinaiki mereka. Che Arminudin berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu menetap di Kampung Seri Kulim, Melur, dekat sini dan bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa. Berdasarkan posisi mayat ketika ditemui, dua beranak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan Che Arminudin menarik keluar anaknya, tetapi gagal apabila kenderaan dinaiki meletup dan terbakar. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila Toyota Rush yang dinaiki Che Arminudin bersama anaknya menghala ke Pasir Puteh terbabas dan melanggar tiang lampu. Menurutnya, kenderaan itu kemudian masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan Ford Ranger dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dan seorang penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, yang menghala ke Kota Bharu. "Akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan meletup dan terbakar. Pemandu dan penumpang Ford Ranger berjaya diselamatkan penduduk kampung. "Mereka dilaporkan cedera parah dan dihantar ke wad kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan," katanya. Menurut Jalaluddin, jenazah Che Arminudin dan Marissa Alma turut dibawa ke HUSM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mereka. Sementara itu, saksi kejadian, Abdul Razak Abdullah, 34, berkata, dia terdengar dentuman kuat ketika bekerja di Kilang Kitar Semula RD Papers di kawasan berhampiran tempat kejadian. "Saya berlari keluar dan mendapati dua kenderaan berlanggar dan terus membantu menarik keluar dua mangsa yang berada di dalam Ford Ranger," katanya. Menurut warga Myanmar itu, dia cuba menyelamatkan mangsa di dalam Toyota Rush selepas melihat si bapa cuba menarik keluar anaknya yang berada di tempat duduk penumpang belakang. "Bagaimanapun, saya tidak sempat menyelamatkan mereka kerana kenderaan itu tiba-tiba meletup dan terbakar," katanya. -hm |
| [Bergambar] Nasib Si Labu Jati Posted: 29 Feb 2012 03:46 PM PST Ceramah Hasan Ali sudah mula tiada sambutanGambar di bawah adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi.Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan. Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS. Tujuan mereka hadhir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS. Apabila PAS dikhianati samada oleh bekas pemimpin ataupun parti kawan, maka ahli2 mahu pergi melihat dan mendengar sendiri orang yang mengkhianati PAS tersebut. Tulang Besi berpengalaman waktu Semangat 46 dibubarkan serta Tengku Razaleigh mula menghentam PAS serta Tok Guru Nik Aziz. Waktu itu Ku Li buat road show seluruh negara. Dan Tulang Besi hadhir salah satu ceramah Ku LI tersebut. Tulang Besi lihat sendiri majoriti yang hadhir dalam ceramah itu adalah penyokong dan pendokong PAS. Perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali. Namun, di dalam pusingan kedua siri ceramah Hasan Ali ini, kehendak mahu melihat sendiri ini sudah habis. Maka, tinggalah beberapa kerat penyokong sebenar Hasan Ali yg masih mahu mendengar ceramah beliau seperti di bawah.Tak lama lagi, ceramah Hasan Ali akan sama ramai pendengarnya macam ceramah Zul Nordin. Allah Maha Kaya. -Tulang Besi ![]() ![]() ![]() ![]() Sumber gambar : Era Pasca Guru diarah hadir program Hassan Ali |
| Tan Sri Khalid Ulas Perlantikan Khairy Jamaluddin Sebagai Pengerusi PUNB Posted: 29 Feb 2012 07:14 AM PST Abdul Khalid : Pelantikan Khairy Jamaluddin Tidak Menguntungkan BumiputeraPerlantikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah membawa masyarakat Bumiputera ke belakang di mana fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikan ke jawatan profesional. Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perlantikan Khairy menghantar isyarat yang salah kepada komuniti Bumiputera yang sekarang digalakkan untuk meningkatkan standard profesionalisme setanding yang terbaik di dunia. Ini kerana perlantikan MP Rembau itu jelas menunjukkan fahaman politik menjadi kriteria utama untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan, bukannya berdasarkan kemampuan dan pengalaman. "Sebagai salah seorang pengasas PUNB iaitu syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) di mana saya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saya berbangga dengan pencapaian PUNB yang selama ini diterajui oleh golongan profesional dan berkebolehan. "Walaupun peringkat pengubal dasar terdiri daripada ahli ahli politik tetapi mereka tidak campur tangan dalam operasi. Malah Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada golongan profesional berpengalaman yang tidak mempunyai kepentingan politik atau kumpulan berkaitan dengan politik," tegasnya. Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya mensia-siakan usaha masyarakat Bumiputera dengan melantik Khairy Jamaluddin yang tidak berkeupayaan dan tidak berpengalaman dalam menguruskan badan korporat yang sudah berjaya. Tegasnya, tindakan Najib sekali lagi membuktikan bahawa beliau gagal mengutamakan antara kepentingan dengan profesionalisme. Malah Abdul Khalid menyifatkan perlantikan tersebut sebagai petanda yang buruk bagi bumiputera dan Malaysia khasnya. "Bagi pembangunan negara, pemimpin sepatutnya melihat dalam konteks lebih luas dan berfikir di luar fahaman politik di mana ciri-ciri ini telah diketepikan menerusi pelantikan Khairy Jamaluddin," jelasnya. -tvsnews |
| Jui Meng : Idealisme Politik Islam Membawa Kemakmuran Bagi Semua Posted: 29 Feb 2012 05:51 AM PST Shah Alam, 28 Feb: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Chua Jui Meng meminta rakyat memilih pemimpin yang menganjurkan perjuangan berteraskan al-Quran dan Hadis kerana idealisme perjuangan politik Islam menekankan kebaikan untuk semua.Tegasnya, walaupun terdapat perbezaan pendapat antara parti komponen Pakatan Rakyat, namun Pas, DAP dan PKR tidak memperjuangkan kepentingan kaum tertentu. Sebaliknya, Pakatan memperjuangkan hak semua kaum berlandaskan Perlembagaan. "Saya 40 tahun dalam Barisan Nasional (Umno-BN), kita tidak begitu faham Islam. Tetapi sekarang kita bersama dengan Pas dan PKR, saya faham atas idealisme Islam itu yang nak membawa kemakmuran kepada semua," kata Jui Meng yang pernah menyandang jawatan Naib Presiden MCA. "Dulu Umno tidak beritahu dan mengajar saya berkaitan al-Quran, Hadis dan lain-lain termasuk Menteri Agama," katanya dalam Wacana anjuran Sinar Harian yang bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Berpecah'. Jelas beliau, perosalan adakah undi Melayu pecah tidak relevan kerana perkara pokok yang perlu ditumpukan adalah memastikan hak semua terbela meskipun terdapat perbedaan dari segi fikiran, prinsip dan idealisme. "Bila saya masuk kampung Melayu semasa menjadi Menteri Kesihatan dulu, saya tengok ramai orang Melayu yang miskin. Dan, ada anak-anak Orang Asal saya diberitahu mereka sanggup meletakkan pasir bagi mengisi perut. Kita sepatutnya memusatkan kepentingan rakyat, bukan kroni," katanya. Ideologi memperjuangkan hak semua kaum merupakan tunjang kepada dasar-dasar di dalam Buku Jingga Pakatan, katanya. Jui Meng berkata keberkesanan Buku Jingga telah dibuktikan oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid yang memperkenalkan gaji minima RM1,500 kepada anak syarikat kerajaan negeri bermula tahun ini. -tvsnews |
| Tuntutan Palsu: Mahkamah Dapati MP Sabak Bernam Bersalah Posted: 29 Feb 2012 04:38 AM PST Shah Alam: Ahli Parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri hari ini didapati bersalah terhadap lapan pertuduhan tuntutan palsu yang berjumlah RM80,000, tiga tahun lalu.Abdul Rahman, 46, didakwa melakukan kesalahan itu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar mewakili Barisan Nasional (BN). Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan bukti tanpa keraguan munasabah. Selain itu, mahkamah turut mendapati pembantu Abdul Rahman, Rosli Busro, 43, bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dalam melakukan semua lapan kesalahan yang didakwa. Hakim bagaimanapun bersetuju untuk menjatuhkan hukuman terhadap Abdul Rahman dan Rosli pada pukul 11 pagi esok. Ini berikutan permintaan peguam bela mewakili kedua-dua tertuduh Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen yang mahukan sedikit masa untuk menyediakan mitigasi serta rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan. Tuntutan palsu Selaku ejen kerajaan Malaysia, Abdul Rahman didakwa dengan niat untuk memperdaya prinsipalnya dengan menggunakan surat Adun yang mengandungi butiran palsu membuat tuntutan ke atas program atau aktiviti yang sebenarnya tidak dilaksanakan. Antaranya pembelian hadiah dan cenderamata serta penganjuran jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di kawasannya. Beliau juga didakwa membuat tuntutan menggunakan butiran palsu mengenai Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT di Dun Sungai Air Tawar, Program Forum Perdana Peringkat Mukim Bagan Nakhoda Omar, program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru-guru Kemas serta Program Mesra Rakyat serta sambutan Maulud Nabi. Semua tuntutan palsu itu membabitkan jumlah RM10,000 setiap satu. Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008 di Pejabat Daerah Sabak Bernam. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta sama. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa. Kes sebelum ini dibicarakan di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah Shah Alam. -FMT |
| Posted: 29 Feb 2012 02:39 AM PST Nilai – Akibat terlalu percaya kepada teman lelaki, seorang pelajar Tingkatan Satu dirogol secara paksa oleh teman lelakinya yang berusia 19 tahun di sebuah lorong gelap, delat Gadong Jaya, Seremban. Gambar failKetua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai di ibu negara itu dikatakan memaksa kekasihnya berusia 13 tahun itu melakukan seks atas motosikal. Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian pertama berlaku Ogos tahun lalu dan selepas itu, pasangan tersebut kerap berjumpa untuk melakukan seks sehinggalah pada 22 Februari lalu. "Laporan asal dibuat keluarga wanita itu yang melaporkan anaknya tidak pulang ke rumah selama seminggu dipercayai mengikut teman lelakinya di Kuala Lumpur. "Sejurus laporan polis dibuat, wanita tersebut pulang ke rumah. Setelah didesak keluarganya, wanita itu memberitahu bahawa dia dirogol. Sebaik sahaja mengetahui hal itu, ibunya membuat laporan di Balai Polis Nilai," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Yusoff berkata, polis berjaya menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. -SH Ulasan GB "Kerap berjumpa" setelah dirogol kali pertama untuk dirogol lagi. Pelik. |
| [Bergambar] Kasut Tak Lekang Dari Tangan Pemuda PERKASA Ini Posted: 28 Feb 2012 11:26 PM PST Perkasa tunjuk kasut kerana 'kecewa' dengan Guan EngGEORGETOWN - Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau. Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008. Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya. "Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan. "Padahal, beliau sendiri sebagai Ketua Menteri belum menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan melibatkan masalah penduduk negeri. Tetapi beliau lebih sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini. Beliau meluahkan kekecewaan ini berikutan keengganan Guan Eng memberi respons yang baik ketika meminta untuk berjumpanya bagi membincangkan hal berkaitan penduduk tempatan. "Guan Eng cuba mengalihkan permintaan NGO dengan mendakwa kami adalah orang Umno, padahal beliau sendiri tahu bahawa kami adalah ahli Perkasa. "Perkataan diungkap oleh Guan Eng mencetuskan kemarahan sehingga kami hilang sabar sebelum bertindak mengepung kereta beliau sambil menunjukkan kasut kepadanya," katanya. -SH ![]() ![]() ![]() Ulasan GB Begitu karenahnya kesamsengan pemuda Perkasa. Tak lekang kasut dari tangannya. Agaknya jika orang lain tak puashati dengan Perkasa, masing-masing tunjuk kasut kepadanya apamacam? |
| 2000 Tong Gas Meletup Di Kajang Posted: 28 Feb 2012 09:27 PM PST Kajang: "Saya sempat melihat puluhan tong gas meletup dan melantun setinggi bangunan tiga tingkat disusuli api yang marak. Malah bunyi letupan seolah-olah di medan perang," kata Tazrul Tahir, 25, saksi kejadian kebakaran sebuah kilang mengisi dan memproses gas memasak di Jalan Semenyih Mantin, dekat sini, malam tadi.Gambar: KEBAKARAN kilang memproses dan mengisi gas di Batu 22, Jalan Beranang. Tazrul yang bekerja sebagai petani, berkata ketika kejadian dia sedang berada di rumah di Kampung Sentosa kira-kira 500 meter dari tempat kejadian. Menurutnya, ketika itu dia ingin mengambil air wuduk untuk menunaikan solat Isyak sebelum terkejut apabila mendengar bunyi letupan kuat berulang-ulang kali, kira-kira jam 8.30 malam. "Saya kemudian terus bergegas ke tempat kejadian sebelum tergamam seketika apabila melihat tong gas terbabit `terbang' manakala api mula marak. "Ketika itu saya berasa seperti berada di medan perang apabila mendengar dentuman bunyi yang kuat. Bimbang kejadian tidak diingini berlaku saya kemudian berlari semula ke jalan utama sebelum polis dan bomba tiba di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata lima jentera bomba dengan kekuatan 30 anggota termasuk bantuan air dari Balai Bomba Mantin, Negeri Sembilan, dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran. Menurutnya, api dapat dikawal dalam sejam bagi mengelak api merebak ke kawasan lain di samping meletakkan kawasan berkenaan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kemungkinan termasuk letupan. "Unit Forensik Bomba kini sedang menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh bagi mengenalpasti punca dan kerugian sebenar," katanya. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca utama kebakaran. Menurutnya, 2,000 tong gas musnah dalam kebakaran itu bersama treler, lori sarat dengan tong gas, sebuah Proton Waja dan motosikal. "Hasil siasatan awal yang dijalankan stor penyimpanan gas ini didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan pada tahap sebenar hingga mengakibatkan kebakaran dan letupan berlaku. "Sehingga ini, kita sedang mengesan pekerja dan pemilik stor dipercayai menghilangkan diri sejurus kebakaran berlaku," katanya yang ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati punca kebakaran dipercayai akibat kebocoran paip gas. "Polis juga akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kajang bagi mengambil menyemak operasinya sama ada sah atau tidak," katanya. Difahamkan, kilang terbabit sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan kejadian ini adalah yang pertama. -hm |
| Memang Sengal, Bayi Ditinggalkan Di Alas Kaki Rupa-rupanya Anak Sendiri Posted: 28 Feb 2012 07:50 PM PST Tanda tanya bayi siapa yang ditinggalkan atas alas kaki di depan pintu sebuah rumah di Kampung Beladau, Kepong dekat sini pada Jumaat lalu terungkai apabila bayi itu sebenarnya anak kepada wanita yang membuat laporan polis mendakwa menemui bayi itu.GADIS yang direman pada Jumaat lalu menunjukkan alas kaki tempat seorang bayi ditemui di Kampung Beladau, Kepong, Kuala Terengganu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, K. Manoharan berkata, tembelang pekerja sebuah kedai makan berusia 23 tahun itu terbongkar selepas polis menemui beberapa bukti mengaitkan kelahiran bayi berkenaan di salah sebuah bilik di rumah yang didiami wanita terbabit. Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu baru melahirkan bayi berkenaan secara bersendirian sebelum suspek membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa bayi itu diserahkan oleh seorang warga emas. "Siasatan mendapati sebaik bersalin, wanita itu terus menyerahkan bayinya kepada seorang kakak angkatnya untuk dijaga beberapa hari. "Selepas itu, kakak angkat wanita terbabit memulangkan semula bayi itu kepada si ibu," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam. -kosmo Berita sebelumnya
|
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















No comments:
Post a Comment