Kelab Greenboc |
- [Video] Kes Tampal Mulut Bayi, Pemilik Pusat Asuhan Lapor Polis
- Apa Barang Hassan Ali Merepek Ni?
- Apakah Phahrolrazi Mahu Jadi Hassan Ali Klon?
- [Video] Hampir Ditumbuk Oleh Pembantu ADUN UMNO, Nurul Izzah Buat Laporan Polis
- Sepasang Penjawat Awam Dicekup Separuh Bogel Di Dungun
- Pasangan Pelajar Asing Lakukan Seks Dalam Kereta Di Kota Damansara
- Lapan Exco Kedah Angkat Sumpah, 2 Exco Lagi Di Majlis Kedua
- Wanita Kes Dr.Badrulamin - Beliau Berkata: 'Fitnah, Saya Tak Khalwat'
- [Video] Filem Iran, A Separation Kalahkan Filem Israel Untuk Anugerah Oscar 2012
[Video] Kes Tampal Mulut Bayi, Pemilik Pusat Asuhan Lapor Polis Posted: 28 Feb 2012 05:03 PM PST ![]() Gambar: KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat. Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum. ![]() Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya. "Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami. "Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya," katanya. -hm Dua wanita dipanggil |
Apa Barang Hassan Ali Merepek Ni? Posted: 28 Feb 2012 03:49 PM PST ![]() JASIN - Tidak mustahil tiada lagi azan berkumandang sekiranya rakyat terus memilih dan menyokong parti DAP dan PKR untuk memerintah terutama di Selangor dan negeri yang diperintah PR sebelum ini. Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, sedangkan usahanya mengharamkan arak di premis serbaneka yang pernah dilakukan sebelum ini juga mendapat tentangan dari wakil Exco dalam PR dan tidak sukar jika senario itu berlaku dalam konteks azan. Menurutnya, lebih buruk apabila yang kedua mendapat halangan dalam kalangan orang Pas sendiri yang menyekat kemaraan untuk menegakkan agama Islam termasuk program mencegah murtad yang turut mendapat penghalang pihak terbabit. "Saya dipecat kerana hendak mempertahankan aqidah dan syariah yang bersendikan kepada akhlak bukannya disebabkan berkhalwat atau liwat. "Tidak mustahil azan juga akan diharamkan bila PR terus berkuasa dan Pas menyatakan apa yang hendak dibuat mengenai Islam mesti rujuk dulu kepada parti komponen dalam PR iaitu PKR dan DAP sedangkan ia berhubung kait agama Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Simposium Perdana Menjunjung Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Alamanda, malam kelmarin. Hassan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata, NGO perlu diperkasa dan bergerak seiring dengan merujuk kepada kemahuan serta kehendak aliran yang dibawa oleh kepimpinan tertinggi mana-mana NGO. "Ia bagi memastikan NGO seperti Jati dapat berfungsi dan menjalankan tugas dengan lebih berkesan. "Jati yang ditubuhkan bukan hanya untuk kemajuan orang Melayu semata-mata, sebaliknya kepentingan kaum lain juga turut dipelihara berdasarkan ajaran agama Islam," katanya. Katanya, Islam Melayu Raja (IMR) yang dibawa oleh Jati antara lain bertujuan menyatukan anak Melayu. "Jati ditubuhkan bukan untuk terlibat dalam dunia politik, namun ahli dalam NGO terbabit masih lagi dibenarkan berpolitik selagi tidak membawa nama Jati," katanya. Difahamkan sehingga kini, lebih 1000 orang mendaftarkan diri sebagai ahli Jati sejak NGO itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah yang mewakili Ketua Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Datuk Nika Ujang. -SH Ulasan GB Azan tidak berkumandang lagi? Andaian yang sengaja dibuat dari bisikan syaitan untuk rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat. Kamu Hassan Ali dipecat dari PAS bukan kerana faktor yang kamu nyatakan iaitu "hendak mempertahankan aqidah dan syariah yang bersendikan kepada akhlak" tetapi sepertimana pengumuman Presiden PAS, tindakan kamu yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Seperti yang GB ulas sebelum ini. Petikan: Sehari demi sehari, kebenaran terdedah siapa itu Hassan Ali. klik untuk baca ![]() |
Apakah Phahrolrazi Mahu Jadi Hassan Ali Klon? Posted: 28 Feb 2012 07:26 AM PST ![]() ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira. Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar". "Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati. "Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini. Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri. Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco. Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau. "Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya. Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan. Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong. " Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya. Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat. Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas. "(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya. Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas. "Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya. Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. - Bernama Ulasan GB Susah bila diri dah rasa "terlalu pandai" - dah ada PhD / Ir. Perangai Hassan Ali nak diikutnya. Sifat sombong, takbur dan angkuh menebal di dalam diri. Di dalam jemaah ini, izinkan saya beritahu: tiada perbezaan seseorang yang ada PhD dengan tiada PhD. Selalu GB suarakan, kadangkala, si penampal poster yang hanya lulus PMR itu mungkin lebih mulia di sisi Allah jika kerjanya ikhlas membantu jemaah daripada seorang yang berpendidikan sarjana atau PhD tetapi berjuang untuk nafsu peribadi dan perut mereka. Jangan terlalu angkuh dan sombong walau sebanyak manapun pendapat kita tidak diambil kira apabila berada di dalam sesebuah organisasi. Itu adalah ujian bagi diri kita samada kita ini bersabar di dalam perjuangan atau hati masih tebal dengan penyakit mazmumah. Sepatutnya anda perlu merendah diri dan merujuk kepada Allah dengan "bermuhasabah" - menilai diri sendiri mengapa pendapat-pendapat anda diketepikan, bukan untuk melihat kesalahan orang lain, apatah lagi membelakangkan ketua anda sendiri. Tak sabar nak jadi MB. Sama perangainya dengan Hassan Ali. Itu jawapan sebenarnya Umar Al-Khattab berbeza pandangan dan pendapat dengan Saidina Abu Bakar, malah di dalam isu paling kritikal waktu itu iaitu "riddah". Tetapi Umar bersabar dan terus menerus memberi sokongan kepada usaha-usaha Saidina Abu Bakar sehinggalah akhirnya Umar mendapati hikmah yang banyak pada pendapat ketuanya Abu Bakar. Dan apabila sampai masanya kerana berkat sikap sabar Umar, Umar telah menggantikan Abu Bakar sebagai khalifah! Begitu juga turutan sahabat-sahabat yang lain seperti Usman Affan dan Ali Abi Thalib. Sejarah khulafau Ar-Rasyidin itu sepatutnya menjadi renungan dimana walau macamana pun hebat perbezaan pendapat, jika kita berjuang kerana Allah, kita tidak mengutamakan pendapat sendiri, sebaliknya meletakkan tsiqah kepada "ketua" yang sepatutnya diyakini mendapat lebih bimbingan dari langit apabila organisasi itu bersandarkan kepada taqwa kepada Allah. Di dalam qaedah usul-fiqh pun sepatutnya masing-masing mengetahui bahawa kita sepatutnya mengutamakan kemaslahatan jamaah ke atas kemaslahatan seseorang individu atau peribadi. Satu perkara saya ingin bertanya kepada YB Phahrolrazi: kenapa perlu bersuara dengan wartawan BERNAMA tetapi bukan dengan para wartawan dari jemaah sendiri? Apa muslihat kamu? Pada bila-bila masa, saya boleh berhujjah dengan kamu yang bernama Phahrolrazi yang BERSALAH dari sudut tanzim, samada organisasi itu islamik ataupun tidak. Kamu sepatutnya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan "ikhlas kerana Allah" sekalipun 100% pendapat kamu ditolak. Berhenti atau keluar dari organisasi yang kamu sudah diberikan peranan itu bererti kamu mengkhianati amanah dan mengkhianati kepimpinan. Apatah lagi cuba "mempengaruhi" exco-exco lain untuk memburukkan MB. Mujurlah ianya tidak direstui Allah, exco-exco lain lebih mengutamakan jemaah, hanya kamu berdua yang tidak! GB telah suarakan sebelum ini: BERTAUBATLAH! Kembali ke dalam saf dengan merendahkan diri bersama-sama dengan mereka yang merendah diri, bukan dengan "syarat" bahawa pendapat kamu mesti diterima. Itu bukan tawadhu namanya. Di depan Allah, lucutkan dahulu PhD kamu seperti Nabi Musa disuruh menanggalkan kasutnya semasa berada di lembah thuwa! Jika hendak bersyarat juga, usah terima jawatan exco, malah letak jawatan sebagai wakil rakyat. Kita tidak mahu adanya klon dan saki baki Hassan Ali dalam jemaah. Dan sepertimana yang GB katakan berkali-kali, PAS ini hizbullah, (parti Allah), Allah akan tetap menjaga dan membersihkan parti ini dan mengekalkan hanya mereka yang layak dan yang tidak mengkhianati perjuangan parti berada di dalamnya. Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan bijakpandai yang ada gelaran PhD dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang yang ada PhD. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN! Dengan sebab itulah Timbalan Presiden PAS dan Naib-naib Presiden PAS yang dipilih di dalam muktamar yang lalu tidak ada dari kalangan mereka yang memiliki kelulusan sarjana atau PhD. "Keikhlasan" mereka di dalam perjuangan tiada galang gantinya. Dan kita serahkan kepada Allah untuk mentarbiyah saki-baki mereka yang masih seperti Hassan Ali sifat dan sikapnya yang masih berlegar di dalam parti kita. Tak usah GB sebutkan nama mereka tetapi cukuplah mereka yang sedar itu bertaubat dan memberhentikan kerja-kerja jahat mereka sebelum menerima pukulan dasyat Allah seperti yang Hassan Ali sudah terima. Mungkin ini juga adalah sebahagian "pembersihan" yang kita telah minta kepada Allah s.w.t. sebelum ini. Ya Allah Ya Tuhan kami p/s pada awalnya GB tak kisah dengan tindak-tanduk manusia bernama Phahrolrazi ini, tetapi, apabila beliau memilih platform BERNAMA dan media massa arus perdana dan bukan platform parti sendiri, maka itu sudah keterlaluan dan "tidak beradab". Sepatutnya beliau boleh meluahkan semuanya kepada Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub yang telah dilantik oleh parti untuk menyelesaikan kemelut Kedah. klik untuk baca ![]() |
[Video] Hampir Ditumbuk Oleh Pembantu ADUN UMNO, Nurul Izzah Buat Laporan Polis Posted: 28 Feb 2012 05:30 AM PST ![]() Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Komunikasi Nik Nazmi Nik Nik Ahmad semalam membuat laporan polis berhubung serangan ke atas mereka ketika sesi ceramah di Felda Lepar Hilir 1, Paya Besar, Pahang malam kelmarin. Menurut Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata kepada pemberita, ketika beliau baru memulakan ceramah, seorang pemuda berbaju merah secara tiba-tiba meluru ke arahnya dan cuba menyerang beliau dari arah hadapan. "Lelaki berkenaan merupakan ahli daripada sekitar 30 individu yang memakai baju dan bendera Umno, dan membuat provokasi ketika sejak kami tiba di lokasi ceramah. "Mereka menjerit "Keluar Nurul Izzah", "Keluar Nik Nazmi", "Hidup Umno", "Anwar Penyokong Israel", dan sebagainya sambil menyanyikan lagu Umno," katanya dan menjeaskan kumpulan itu berulang kali mendesak mereka keluar dari kawasan tersebut. Tambah beliau, atas nasihat dan saranan pihak polis yang membuat kawalan, mereka meninggalkan premis berkenaan, namun penyokong Umno itu mengepung kenderaan mereka, sebelum Polis Bantuan Felda datang mengiringi mereka keluar daripada lokasi berkenaan. "Saya berterima kasih kepada pihak polis yang memberikan bantuan kepada kami, walaupun mereka turut menjadi mangsa serangan provokasi pada malam itu," katanya dan menjelaskan terdapat kurang daripada 10 pegawai polis berpakaian seragam dan Polis Cawangan Khas yang bertindak menjaga keamanan ketika insiden itu. ![]() Sementara itu, Nik Nazmi menjelaskan, tindakan provokasi yang dibuat kumpulan berkenaan telah bermula sejak mereka sampai di kawasan premis gerai makanan itu. Sehubungan itu, beliau turut menuntut Perkasa dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat penjelasan berhubung insiden berkenaan. "Saya menuntut Khairy dan Perkasa tampil menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan anak muda yang menjadi perkakas Umno ini. Tambah Nik Nazmi, pihaknya kesal kerana tindakan malam itu tidak menggambarkan kematangan anak muda dan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini. "Ini negara berperlembagaan, rakyat boleh memilih parti yang mereka percaya, kalau benar Umno serius, saya minta Khairy rujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berbahas secara ilmiah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berdasarkan maklumat daripada pihak polis yang diterima Nurul Izzah, pemuda yang disyaki cuba menyerang Nurul Izzah dikenali sebagai Asrullah Affendi Abdullah, Ketua Majlis Belia Malaysia cawangan Felda Lepar Hilir. Kedua-dua pemimpin PKR itu membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square, Tropicana di sini. -TMI Tragedi mata lebam nyaris berulang – Nurul Izzah Umno dakwa Nurul bukan diserang, tapi dilindungi |
Sepasang Penjawat Awam Dicekup Separuh Bogel Di Dungun Posted: 28 Feb 2012 03:12 AM PST ![]() DUNGUN – Dua penjawat awam yang juga rakan sekerja di sebuah agensi kerajaan di Dungun, didenda RM2,800 atau dua bulan penjara selepas masing-masing didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah rumah, dekat sini, awal pagi, Disember lalu. Khairul Mubin Abdullah, 26, dan pasangannya, Laily Norashikin Che Sukeri, 22, menerima pengajaran paling berharga apabila kedua-duanya dijatuhkan hukuman setimpal oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, apabila masing-masing membuat pengakuan bersalah atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan. Mengikut fakta kes yang dibaca pendakwaraya, Khairul, seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat bersama pasangannya, Laily, kakitangan kerajaan berstatus janda yang beralamat di Ketengah Jaya, Dungun ditahan sepasukan Pegawai penguat kuasa syariah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sekolah Intan Zaharah Balai Besar, Dungun kira-kira jam 2.10 pagi, 7 Disember 2011. Selepas pintu rumah dibuka, tertuduh lelaki didapati hanya memakai tuala mandi, dan pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui seorang perempuan tidur dalam keadaan berselimut dengan toto. Pemeriksaan lanjut juga mendapati perempuan tersebut hanya memakai seluar dalam. Turut dirampas dalam serbuan itu sebagai barang kes, coli milik tertuduh perempuan. Soal siasat mendapati keduanya tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum didakwa melakukan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah, kedua-dua tertuduh merayu agar diringankan hukuman dengan alasan kedua-duanya kini sudah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan Mac ini. Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah tetap berpendirian bahawa kesalahan dilakukan mereka amat serius, dan kedua-duanya berhak menerima hukuman setimpal atas perbuatan dilakukan. Khairul yang berasal dari Sarawak bersama pasangannya menjelaskan denda yang dikenakan. -SH Ulasan GB Tanpa hudud, semua tak takut melakukan dosa. |
Pasangan Pelajar Asing Lakukan Seks Dalam Kereta Di Kota Damansara Posted: 28 Feb 2012 01:20 AM PST ![]() Kota Damansara - Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat. Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi. Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut. Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang. "Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta," katanya. -SH |
Lapan Exco Kedah Angkat Sumpah, 2 Exco Lagi Di Majlis Kedua Posted: 27 Feb 2012 11:10 PM PST ![]() ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan lapan anggota exco kerajaan negeri pada Selasa mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Gambar: NST Lapan exco itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S. Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula. Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan exco akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya exco kerajaan negeri dibarisi 10 anggota. Dua exco sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail Salleh. Turut hadir pada majlis tersebut ialah tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim. Kedah merupakan satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (exco) perlu diperbaharui setiap tahun. Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr. Ismail telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. — BERNAMA ![]() 8 Exco selamat angkat sumpah Ulasan GB Seperti yang GB ulas sebelum ini, segala rancangan musuh PAS untuk menghuru-harakan kerajaan PR Kedah akan menemui kegagalan. Sebaliknya merekalah yang ditimpa kehinaan. Sebagai sebuah parti Islam, insyaAllah PAS akan dijaga oleh Allah s.w.t. sendiri. Jemaah PAS akan semakin kuat apabila ia diuji dan difitnah dan apabila ia dibersihkan dari parasit-parasit seperti Hassan Ali dan seumpamanya. Kepada dua orang exco yang (jika benar) telah berjaya diperguna dan diperalatkan musuh PAS itu, ambillah iktibar, kembalikah ke "jalan yang benar" dan masukkan semula diri tuan-tuan ke dalam saf dengan merendah diri dan tawadhu'. |
Wanita Kes Dr.Badrulamin - Beliau Berkata: 'Fitnah, Saya Tak Khalwat' Posted: 27 Feb 2012 10:11 PM PST ![]() Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga. Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian? Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau. "Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu! "Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! "Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. "Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya. "Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam. "Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini. "Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain. "Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini. "Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah. "Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya," katanya. Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan. Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya. "Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal. "Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela," katanya. Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti. -SH |
[Video] Filem Iran, A Separation Kalahkan Filem Israel Untuk Anugerah Oscar 2012 Posted: 27 Feb 2012 07:30 PM PST ![]() DUA orang penduduk Yahudi menunggu untuk menonton filem A Separation di sebuah pawagam di Baitulmuqaddis kelmarin. Filem itu yang dibintangi oleh aktres Iran, Leila Hatami mengalahkan filem Footnote dari Israel yang merupakan musuh ketat Iran. Ia diarahkan oleh Asghar Farhadi yang mengisahkan satu pasangan yang berkahwin dan berdepan dengan dilema sama ada untuk meninggalkan Iran demi keluarga mereka. Israel dan AS tidak menolak kemungkinan akan melakukan serangan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Iran. Kedua-dua negara itu mendakwa kemudahan nuklear itu dibina dengan tujuan untuk membangunkan teknologi senjata. Kejayaan filem itu turut dikongsi penduduk Iran. "Saya bangun awal untuk menonton Oscar dan saya berasa gembira bahawa kami menang. "Saya berharap terdapat lebih banyak kebebasan untuk pengarah Iran menyuarakan idea bijak mereka," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sara. - Agensi Berikut adalah senarai penuh penerima Oscar 2012: Ulasan GB Satu pengajaran terutama untuk pengusaha filem tempatan. Filem dari negara Iran itu, A Separation, tidak perlukan adegan-adegan seks dan lucah, tidak perlukan unsur tahyul dan khurafat, tidak perlukan artis-artis memakai pakaian dedah sana dedah sini, tetapi masih mampu memenangi Anugerah Oscar Antarabangsa. Filem Malaysia? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment