Kelab Greenboc |
- [Bergambar & Video] Samseng UMNO Ganggu HH 2.0 Di Pulau Pinang
- [Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hujung Minggu
- [Bergambar & Video] Rakyat 1Malaysia, Melayu, Cina, India & Org Asli Pun Tolak Lynas
- Anti-Lynas: Keangkuhan Najib & Kerajaan UMNO BN Akan Dibalas Rakyat Pada PRU13
- Polis Sahkan NFCorp Pecah Amanah, Bekukan Segera Asset Mereka
- Phahrolrazi Nafi 'Dalangi' Guling MB Kedah
- [Video] Mesej Jelas Dari Kuantan: Tumbangkan BN Untuk Batalkan Lynas
- [Bergambar] BN Boleh Tumbang: Lebih 10 Ribu Hadir Di HH 2.0 Anti-Lynas [updated]
[Bergambar & Video] Samseng UMNO Ganggu HH 2.0 Di Pulau Pinang Posted: 26 Feb 2012 05:05 PM PST ![]() Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang. Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu. Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)". Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat". Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif. Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran. Wartawan dibelasah Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka. Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran. Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar. Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala. Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai. Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan. "Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. "Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya. Tidak seperti Pulau Pinang, perhimpunan solidariti di bandar-bandar utama tempat lain berjalan dengan lancar. Di BUKIT MERAH, Perak kira-kira 1,000 orang berkumpul di bekas tapak penapisan Asian Rare Earth (ARE) pada jam 11 pagi. Mereka berhimpun selama 90 minit untuk menunjukkan sokongan kepada rakan-rakan di Kuantan. Penganjur perhimpunan itu Hew Yoon Tat, ketika dihubungi, berkata beliau memberikan ucapan pada majlis itu di mana beliau mengingatkan orang ramai bahawa kerja-kerja pembersihan terhadap projek yang terbelangkai itu sekarang masih berterusan dan menimbulkan bahaya. Gunting rambut "Kerajaan harus menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap kilang pemprosesan nadir bumi," katanya. Di KUALA LUMPUR, kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Maju Junction sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dalam perhimpunan tiga jam. Perhimpunan diadakan dalam suasana seolah-olah peserta sedang berpesta dengan mereka menyanyikan lagu-lagu dan memaparkan sepanduk kepada kenderaan yang melalui jalan berkenaan. Bunyi hon sebagai menyokong perhimpunan itu menjadikan suasana sebegitu bising. Selain daripada pertunjukan muzikal, sesetengah peserta juga menderma sebahagian kecil rambut mereka yang digunakan untuk mengeja perkataan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" di kaki lima. Di KUCHING, Sarawak, kira-kira 30 orang berhimpun di Taman Sahabat, Jalan Song. Bagaimanapun perhimpunan itu terpaksa dipendekkan kepada hanya 15 minit kerana hujan lebat. Penganjur William Lee menarik perbandingan antara kilang Lynas dan kilang melebur aluminium di Balingian, Sarawak yang katanya telah menyebabkan beberapa tumbuhan sekitar lingkungan 3km mati. Beliau memberi amaran bahawa perkara yang sama mungkin berlaku di Gebeng. Terdapat juga laporan perhimpunan solidariti juga diadakan di Tawau, Kota Kinabalu, Sibu, Miri, Kluang dan juga sejauh Melbourne. -mk GELAGAT BERUK!!! (Video)Samseng Taik Minyak UMNO memalukan bangsa Ulasan GB Nampaknya langkah UMNO BN menggunakan samseng-samseng (atau tidak menyekat aktiviti samseng) di mana-mana perhimpunan rakyat sudah kian menjadi-jadi. Tetapi apa yang berlaku adalah luahan kekecewaan UMNO BN sendiri yang sudah tidak karuan apabila rakyat semakin menolak mereka. Yang nyata ialah tindakan bebal mereka menggunakan kaedah samseng dan keganasan akan membunuh parti mereka sendiri di dalam PRU yang akan datang. Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa rakyat menolak segala bentuk keganasan yang dilakukan oleh UMNO BN. Najib dan UMNO BN pasti merasakan akibatnya akibatnya kerana merestukan tindakan samseng-samseng tersebut. |
[Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hujung Minggu Posted: 26 Feb 2012 04:36 PM PST ![]() Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur. Saksikan: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() klik untuk baca ![]() |
[Bergambar & Video] Rakyat 1Malaysia, Melayu, Cina, India & Org Asli Pun Tolak Lynas Posted: 26 Feb 2012 07:39 AM PST ![]() KUANTAN - Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di sini hari ini berakhir jam 11.30 pagi tadi dengan penganjur memberi masa 24 jam kepada kerajaan agar mengumumkan pendirian tidak akan meneruskan projek nadir bumi Lyans. Jika kerajaan masih dengan pendirian mahu membenarkan operasi loji itu, penganjur memberi amaran akan mengadakan Himpuanan Hijau 3.0 dalam waktu terdekat. Dalam pada itu, Suhakam pula menyatakan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama polis meluluskan lokasi perhimpunan dan mengawal lalu lintas bagi melancarkan perjalanan Himpunan Hijau. Meskipun penganjur menjangkakan 20,000 orang akan hadir, tetapi hanya sekitar 5,000 orang berhimpunan hari ini. (mengarut!, yang hadir tak kurang 20,000 -GB) Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berkata, kehadiran peserta hari ini membuktikan orang ramai membantah projek itu. "Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika kerajaan terus berdegil, tidak mempedulikan bantahan dan rayuan rakyat itu, kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar," katanya. Beliau berkata, orang ramai menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. "Kerajaan harus mendengar suara rakyat, ia menjadi isu nasional, selain rakyat tempatan yang membantah projek itu, rakyat di luar negara turut menyokong bantahan ini," katanya Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini kerana rakyat khuatir jika sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini. "Orang ramai dan kanak-kanak akan menanggung derita jangka masa panjang, adakah pihak berkuasa sudah bersedia untuk berhadapan sebarang kemungkinan kelak," katanya. Pada Himpunan Hijau 2.0, penganjur membacakan tiga resolusi iaitu kerajaan harus membatalkan projek nadir bumi atau mengkaji semula semua projek yang merugikan rakyat Malaysia dan memastikan semua projek pembangunan adalah selaras dengan Piagam Bumi. -SH Terima kasih kepada semua pemilik foto Di Pulau Pinang ![]() Di Bukit Merah, Perak ![]() Di Maju Junction, KL ![]() ![]() ![]() Di Kuantan Pahang ![]() ![]() ![]() ![]() |
Anti-Lynas: Keangkuhan Najib & Kerajaan UMNO BN Akan Dibalas Rakyat Pada PRU13 Posted: 26 Feb 2012 05:32 AM PST ![]() KUALA LUMPUR, 26 Feb: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan segala kemarahan rakyat yang hadir pada Himpunan Hijau 2.0 membantah Lynas di seluruh negara hari ini akan diterjemaahkan pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Tambahnya, segala balasan yang diberikan oleh rakyat itu akan ditanggung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keangkuhan beliau dan Kerajaan Persekutuan enggan mendengar rintihan rakyat terhadap bencana yang bakal menimpa apabila loji tersebut beroperasi. "Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh menilai setiap apa kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan terutamanya yang membabitkan bencana alam sekitar serta nyawa manusia dalam jangka masa yang panjang," jelasnya sewaktu menghadiri Himpunan Hijau 2.0 di hadapan bangunan Maju Junction, di sini pagi tadi. Beliau yang turut memberi ucapan di hadapan ratusan rakyat yang berhimpun itu menjelaskan himpunan hari ini menyaksikan penampilan demostrasi yang tidak pernah disaksikan sebelum ini kerana ia melibatkan pelbagai kaum dan juga peringkat umur. "Tahniah kerana hari ini rakyat berbilang kaum turut hadir menyatakan sokongan mereka terhadap membantah pembinaan loji Lynas itu, dan saya pasti mereka ini hadir buka atas dasar parti tetapi atas rasa tanggungjawab mereka. "Saya melihat lebih kurang 50 peratus mereka berumur 30 tahun ke bawah dan ini satu yang mengejutkan kerana mereka inilah merupakan golongan pengundi muda yang boleh menentukan siapa yang mereka ini pilih pada pilihan raya nanti," ulasnya. Dr Dzulkefly berpendapat, golongan pertengahan inilah merupakan undi penentu dan pada masa ini ia merupakan isyarat awal kepada Barisan Nasional terhadap apa yang bakal mereka hadapi nanti. "Mereka hadir kerana rasa tanggungjawab mereka kepada negara ini dan juga kepada generasi yang akan datang, sudah pasti apabila bantahan mereka tidak didengari oleh kerajaan maka undi protes akan berlaku secara senyap," sambung beliau lagi. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga menyatakan tidak ada apa-apa yang diperolehi oleh negara ini walaupun Lynas menyatakan akan untung RM8 bilion setahun dengan modal permulaan sebanyak RM700 juta kerana sikap murah hati kerajaan memberi pelepasan cukai hampir 10 tahun. "Apa yang rakyat perolehi adalah kesan radioaktif serta malapetaka dan bencana alam sekitar yang akan ditanggung selama-lamanya, malah ia mengambil masa yang lama untuk ditangani secara selamat," kata beliau. Himpunan aman yang bermula pada jam 9 pagi itu berakhir sekitar pukul 12 tengah hari. -HD |
Polis Sahkan NFCorp Pecah Amanah, Bekukan Segera Asset Mereka Posted: 26 Feb 2012 03:49 AM PST ![]() KUALA LUMPUR, 26 Feb — Ketua Publisiti DAP Tony Pua menggesa Putrajaya dengan segera membekukan semua aset Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) sama ada di Malaysia atau luar negara. Menurut Pua, tindakan itu dapat memastikan dana awam yang belum digunakan tidak disalahguna untuk kepentingan peribadi. Tambah beliau, ia juga sebagai langkah susulan selepas semalam polis mengesyorkan kepada Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah. "NFC telah melanggar syarat-syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain. Ia terbukti bahawa pengarah-pengarah NFC menggunakan wang dari dana pinjaman itu untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur dan Singapura. "Ekoran pengesahan polis bahawa pindahan aset secara tidak sah merupakan jenayah pecah amanah, justeru kami menyeru polis membekukan pindahan atau jualan aset yang dimiliki Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan lembaga pengarah NFCorp," kata Pua dalam satu kenyataan. Jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini, pembekuan aset itu perlu dilakukan serta-merta memandangkan kesemua aset itu terletak di bawah nama pengarah NFCorp. "Kebanyakan aset sama ada secara langsung atau tidak secara langsung dibuat di bawah nama pengarah NFC. Ini termasuk aset di Malaysia dan Singapura, serta syarikat-syarikat di Singapura seperti MeatWorks (Singapura) Pte Ltd. "Untuk memastikan aset-aset ini tidak dihapuskan melalui perbelanjaan daripada pinjaman mudah RM250 juta, polis mesti memulakan tindakan ke atas semua aset dan membekukan semua aset NFC," katanya. Polis memohon Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain. "Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," kata Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan. NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan NFC. NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010. Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan. Sejak itu, PKR mula membuat pendedahan berterusan terhadap skandal NFC, termasuk tuduhan penyalahgunaan dana kerajaan jutaan ringgit untuk pembelian tanah, hartanah, dan perbelanjaan tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut. Namun demikian, baru-baru ini berhubung dakwaan pembelian dua unit kondominium bernilai RM34 juta di Singapura, di kawasan Marina Bay Suites, anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir menjelaskan syarikat berkenaan telah membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut dalam pelaburan hartanah ketika berehat daripada aktiviti perniagaan. Penangguhan berkenaan jelas Wan Shahinur Izmir, adalah disebabkan siasatan yang dijalankan kerajaan ke atas NFCorp. -TMI klik untuk baca ![]() |
Phahrolrazi Nafi 'Dalangi' Guling MB Kedah Posted: 26 Feb 2012 01:31 AM PST ![]() "Gerakan saya, gerakan Pas sahaja. Spekulasi tersebut tak benar dan dakwaan komplot menjatuhkan MB juga tidak benar," katanya ketika ditemui hari ini. Phahrolrazi merupakan antara Exco Kedah yang disebut-sebut telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini. Ketika ini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian. Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini, dan beberapa Exco lain juga dijangka berbuat demikian. Sementara itu, Phahrolrazi yang bercuti sehingga 1 Mac berkata, beliau belum menerima surat jemputan daripada kerajaan negeri untuk menghadiri majlis pelantikan anggota Exco bagi 2012 di Istana Anak Bukit, Selasa ini. Katanya, beliau tidak kecewa atau kecil hati jika tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri bagi 2012. Phahrolrazi berkata, sebagai ahli Pas, perjuangan beliau bukan dengan niat menjadi Exco, sebaliknya jawatan itu dicadangkan ahli parti tersebut yang mahu beliau bertanding sebagai Exco. "Mereka suruh saya bertanding, saya bertandinglah. Kalau tidak, saya boleh jadi pekerja biasa dalam parti, dan tak ada niat (untuk pegang jawatan Exco), itu bukan cara perjuangan kita," katanya. Mengulas spekulasi yang mendakwa namanya tidak disenaraikan dalam pelantikan semula Exco, beliau berkata, tidak mengetahui hal itu dan mahu membiarkan Menteri Besar sahaja yang membuat kenyataan. Beliau yang enggan mengulas lebih lanjut berkata ini bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan. - Bernama PAS yakin isu Kedah selesai dengan ukhuwah, tarbiyah Ulasan GB Alhamdulillah. Tamatlah spekulasi yang bukan-bukan mengenai perlantikan exco Kedah. Seperti yang GB ulas sebelum ini, GB yakin isu di Kedah sengaja digembar-gemburkan oleh media massa tertentu untuk memporak-perandakan kerajaan PR Kedah. Dan GB yakin dengan pimpinan PAS Kedah yang matang, mereka tidak akan bertindak seperti yang cuba digambarkan oleh media massa arus perdana yang cuba menyamakan perwatakan pemimpin PAS dengan perwatakan pemimpin-pemimpin parti politik lain terutama UMNO. Kita kenal pemimpin PAS Kedah tidak seperti yang ditulis oleh wartawan-wartawan (yang ada pihak menggelar mereka sebagai wartawan pelacur) dari media massa arus perdana. Ulasan GB sebelum ini: GB bersama dengan MB Kedah, Ustadz Azizan Abdul Razak. |
[Video] Mesej Jelas Dari Kuantan: Tumbangkan BN Untuk Batalkan Lynas Posted: 25 Feb 2012 11:46 PM PST ![]() KUANTAN, 26 Feb: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan akan membatalkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp) sebaik mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 20,000 peserta Himpunan Hijau 2.0 di Padang Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, pagi ini. "Kami dari Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan, sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan. "Kami juga memberi jaminan semua tindakan merosakan alam sekitar, menibdas rakyat, merosakkan rakyat...akan kami tentang," tegasnya di atas pentas disambut laungan 'lawan tetap lawan' oleh para hadirin. Pengumuman itu juga dilihat sebagai kemuncak kepada himpunan yang dihadiri pelbagai kaum hari ini. Sebagai menyokong kempen Anti Lynas juga, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, satu usul tergempar akan dikemukakan di Dewan Rakyat pada persidangan parlimen Mac ini. "Pada persidangan parlimen Mac ini, kita juga akan mengemukakan usul tergempar bagi menuntut kerajaan Barisan Nasional membatalkan Lynas," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Isu Lynas, ujarnya bukannya isu perkauman seperti yang sering didakwa Umno, tetapi adalah isu keselamatan rakyat Malaysia berbilang kaum. Sehubungan itu, beliau turut mendesak pihak kerajaan mendengar suara dan bantahan rakyat berhubung isu itu. -HD "Tsunami hijau" melanda Kuantan: Batal projek Lynas jika Pakatan berkuasa, janji Anwar K'jaan diberi 24 jam tutup Lynas atau hadapi Hijau 3.0 klik untuk baca ![]() |
[Bergambar] BN Boleh Tumbang: Lebih 10 Ribu Hadir Di HH 2.0 Anti-Lynas [updated] Posted: 25 Feb 2012 09:31 PM PST ![]() Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka. Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi. Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas". Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf". Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu. LAPORAN LANGSUNG ![]() 12:00pm Orang ramai mula bersurai. Dua buah helikopter yang sebelum ini berlegar-legar di ruang udara memantau keadaan juga mula meninggalkan kedudukan mereka. 11:50am Penganjur mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai berjaya dan selaras dengan janji mereka kepada pihak berkuasa untuk menamatkan perhimpunan mereka menjelang tengahari, orang ramai diminta bersurai dengan aman. 11.27am Anwar berucap, jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, mereka akan menutupkan operasi Lynas. "Kalau kita di Putrajaya, kita akan batalkan Lynas," tegas Anwar. Menurutnya, gabungan itu tidak akan mempertahankan perkara yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar. "Pakatan memberi sokongan kepada kumpulan Anti-Lynas, kita minta semua kaum bersatu kerana ia isu Malaysia. "Saya nak sampaikan mesej, kepada rakyat dan kerajaan Australia perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia. "Kami tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini," tegas ketua pembangkang itu sambil melaungkan reformasi dan Hidup Rakyat. Beliau juga menempelak pemimpin yang didakwanya korup dan tidak menghormati kehendak rakyat. "Mereka hanya faham duit, duit, duit," kata sambil melaungkan tolak rasuah dan bangkit rakyat. Hadirin kemudiannya menyambut laungan itu. 11.20am: Langit mulai gelap, awam hitam mula kelihatan. Peserta yang membawa anggota keluarga dilihat mula memasuki restoran bagi menghadapi kemungkinan hujan turun. 11.11am: Penganjur membacakan tiga resolusi: 1) Membatalkan projek nadir bumi. 2) membatalkan atau mengkaji semula semua projek yang merugikan rakyat Malaysia. 3) Pastikan bahawa semua projek-projek pembangunan adalah selaras dengan Piagam Bumi. 11.04am: Presiden Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur meminta orang ramai turut mengambil kira nasib Jalan Sultan di ibu negara yang menurutnya akan menjadi korban pembangunan untuk projek MRT. "Jalan Sultan untuk semua rakyat Malaysia," kata pengerusi bersama jawatankuasa selamatkan Jalan Sultan. 1050am: Seorang wakil NGO Anti-Lynas berucap dan berkata rakyat kini sedang menunggu MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mahu bersama-sama dalam perhimpunan itu. "Dia kata, dia akan bersama dengan kita," katanya. Menurutnya perhimpunan hari ini membuktikan rakyat Malaysia boleh mengadakan perhimpunan dengan aman tanpa provokasi. Selain itu beliau menyeru semua pihak bertanggungjawab mendengar rungutan rakyat dan menjawab apa yang diingini. "Kita mahu kerajaan yang mendengar kata rakyat," katanya sambil melaungkan Hancur Lynas dan Bangkit Rakyat 1050am: Seorang wakil NGO Anti-Lynas berucap dan berkata rakyat kini sedang menunggu MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mahu bersama-sama dalam perhimpunan itu. "Dia kata, dia akan bersama dengan kita," katanya. Menurutnya perhimpunan hari ini membuktikan rakyat Malaysia boleh mengadakan perhimpunan dengan aman tanpa provokasi. Selain itu beliau menyeru semua pihak bertanggungjawab mendengar rungutan rakyat dan menjawab apa yang diingini. "Kita mahu kerajaan yang mendengar kata rakyat," katanya sambil melaungkan Hancur Lynas dan Bangkit Rakyat 1157am: Pengerusi BERSIH S Ambiga berucap menyatakan sokongan BERSIH kepada penduduk Kuantan. "Hari ini, warna kuning berdiri bersama-sama warna hijau," katanya. Menyentuh isu Lynas, Ambiga berkata keputusan menerima projek nadir bumi itu dibuat oleh orang yang berada jauh darpada Gebeng, tempat ia akan dibina. Beliau meggesa orang ramai menolak calon pilihan raya yang menyokong projek itu. 10.57am: Di Kuantan, sistem audio bertambah baik di MPK4 membolehkan orang ramai mendengar ucapan yang diberikan. Yang tidak dapat mendengar, mereka terus berpesta, antaranya dengan menyanyi. 10.55am: Di Kuala Lumpur, perhimpunan sama berlangsung di Maju Junction dengan kehadiran kira-kira 500 orang. 10.40am: Aktivis alam sekitar mula merucap kepada peserta, termasuk aktivis anti-insinerator dari Cameron Highlands dan kumpulan penentang pembinaan tiang kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang. 10.40am Anwar Ibrahim sampai bersama-sama, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar di Pdg MPK 4. 10.30am: Semakan pada laman web Lynas Corporation mendapati ia telah digodam. Penggodam yang menamakan dirinya HackerXL menggantikan laman itu dengan satu lagi laman bertajuk "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia. Jangan jahanamkan negara saya". 10.20am: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tiba dan beliau diberi tepukan gemuruh oleh hadirin. 10.17am: Kumpulan alam sekitar lain juga menggunakan Himpunan Hijau 2.0 sebagai gelanggang menyatakan bantahan mereka. Antaranya aktivis dari Bukit Koman, Raub menceritakan kepada orang ramai berhubung perjuangan mereka terhadap aktiviti perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia beracun cyanide. Mereka berharap pihak berkuasa akan sedar bahawa nyawa lebih penting daripada keuntungan dan wang, semata-mata. "Kita tidak janya mahu 1Malaysia, kita juga mahukan 1Malaysia yang sihat," kata seorang wakilnya sambil diberikan tepukan gemuruh. 10.15am: Beberapa pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat pula dibawa ke pentas. Antara mereka adalah ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang dikenali antara pemimpin paling lantang menentang Lynas. Jumlah hadirin di padang MPK4 semakin ramai dan dianggarkan tidak kurang 10,000 sedang berkumpul. ![]() Soalnya kepada hadirin "adakah kita mahu meninggalkan (loji) ini kepada anak cucu kita". Peserta perhimpunan terus menjwab "tidak!". "Jadi apa patut kita lakukan?" soalnya dan hadirin sebulat suara menjerit: "Hancurkan Lynas". Pak Samad kemudian menggesa rakyat bangkit mempertahankan alam sekitar ini daripada dicemari demi masa depan anak cucu semua. Katanya, beliau sempat menulis empat buah puisi berhubung Himpunan Hijau dalam beberapa bulan ini. "Saya ajak rakyat lawan, dan menyediakan 'rimba yang subur' untuk anak cucu kita," katanya. 10:02am Hishamuddin kemudian memberitahu orang ramai menurut anggaran pihak penganjur tidak kurang 10,000 sedang membanjiri padang itu. Memandangkan sistem pembesar suara yang tidak begitu, baik, beliau meminta orang ramai supaya duduk sambil tepuk tangan mengikut rentak gendang yang dipalu. Beliau kemudiannya mengetuai orang ramai mendedangkan lagu 'Suara Rakyat' sambil diiringi paluan gendang Cina yang didatangkan khas. 10.00am: Solat hajat baru selesai. Aktivis sosial Hishammuddin Rais memberitahu para hadirin bahawa umat Islam, sebentar tadi berdoa memohon bantuan Allah supaya membantu rakyat bagi memastikan bumi ini tidak dijahanamkan oleh mereka yang korup. Katanya lagi, mereka juga berdoa agar acara hari ini akan beroleh kejayaan. Acara Himpunan Hijau 2.0 kini bermula secara rasmi. Anggaran jumlah hadirin oleh polis menerusi Twitter: 4,000 - 5,000 setakat jam 9.45 pagi. 9.50am: Di lokasi satu lagi perhimpunan solodariti di Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang yang berpakaian hijau berkumpul di Maju Junction. 9.45am Jumlah yang mula memasuki padang MPK4 semakin ramai dan setakat ini sukar bagi menganggarkan jumlah yang datang kerana ramai lagi kelihatan sedang berarak dalam beberapa kumpulan dari Kuantan menuju ke lokasi itu. Kebanyakan yang hadir adalah penduduk sekitar termasuk keluarga mereka yang membawa anak-anak bagi membantah kilang memproses sisas radioaktif itu. Berdasarkan jumlah orang ramai yang memenuhi lebih separuh daripada padang itu, dipercayai tidak kurang 5,000 orang yang hadir walaupun, acara secara rasmi belum lagi dimulakan. 9:26am: Pengerusi gabungan Hentikan Lynas Andansura Rabu yang diiringi kira-kira 500 ahli Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) dan aktivis PAS juga mula tiba ke padang MPK4 sambil melaungkan "Kami mahu Lynas ditutup". Andansura adalah juga pengarah Badar. Katanya, hanya dengan menutup kilang lynas akan dapat menjamin kesihatan orang ramai. Bersama beliau adalah naib presiden PAS Salehudin Ayub.Turut dikesan berada di lokasi ini adalah beberpa pemerhati daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan juga Majlis Peguam Malaysia. 9.20am: "Hentikan Lynas", "Hancur Lynas", "Undur Lynas" dan "Tindas Rakyat" adalah slogan popular yang terus dijerit oleh orang ramai yang berhimpun itu. 9:15am Semakin ramai ahli kumpulan hijau yang dianggarkan 2,000 orang kini bergerak ke padang MPK 4.Sepanjang perjalanan mereka dipantau oleh anggota polis. Meskipun tidak banyak membuat bising, namun kehadiran mereka disambut oleh penduduk yang membunyikan hon kereta, tanda sokongan terthadap Himpunan Hijau. Antara pemimpin PKR yang dilihat berarak bersama orang ramai adalah N Surendren, Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya. 9.10am: Meskipin cuaca di Kuantan cerah dan panas, namun di Jalan Song, Kuching - satu lagi lokasi bagi perhimpunan itu, cuaca adalah sebaliknya. Hujan menyebabkan kira-kira 30 aktivis yang berkumpul bagi menunjukkan solidariti mereka, kini bayah kuyup. Selain Kuantan, beberapa bandar juga mengadakan perhimpunan yang sama di beberapa lokasi di seluruh negara. Tindakan itu bagi menunjukkan bahawa rakyat di negara ini tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mengambil risiko membina kilang radioaktif berkenaan yang dikatakan mungkin mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan orang ramai. 9:05 am Ketika ini kumpulan yang berbaju hijau sedang berjalan di Jalan Berserah menuju ke padang MPK 4. Polis sebentar tadi memberi kerjasama kepada mereka menunggu rakan-rakan lain yang dari Kuantan dan kawasan sekitar untuk berkumpul di padang MPK 1 sebelum bergerak. Kira-kira 20 anggota polis juga kelihatan mengawal sekitar padang MPK 1. 9.00am: Jumlah hadirin di padang MPK4, kini dianggarkan 1,500 dengan kumpulan yang membawa belon berwarna hijau pula mengambil tempat. Jumlah anggota polis yang hadir dianggarkan kira-kira 100 orang dengan dibantu dua ekor anjing. Helikopter yang berlegar-legar di ruang udara terus berbuat demikian. 8.58am: Suasana seolah-olah serperti pesta. Aktivis dari NGO mesra PKR, Jingga 13, mempersembahkan drama mempersendakan Menteri Besar Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. "Sebagai menteri besar berapa banyak awak akan beri saya untuk bina kilang?" soal seorang pelakon. Seorang lagi yang berpakaian sebagai seorang jurutera dengan tertera perkataan "Lynas" pada bajunya menjawab: "RM700 juta!" "Wow! Saya terima. Saya boleh ke London," jawab 'menteri besar' itu. 8:51am Ratusan peserta dari Hotel Megaview, kini berada berdekatan padang MPK1. Anggota polis kemudian meminta mereka terus ke padang MPK 4, tempat sepatutnya mereka berhimpun. Mereka bergerak sambil terus menyanyikan lagu 'Suara Rakyat'. 8:45am Cuaca cerah di Kuantan, dengan semakin ramai yang datang. Dianggarkan tidak kurang 1,000 orang yang sedang berkumpul dan sebahagian besar mereka mencari teduh daripada bahang matahari kerana acara dijadualkan kira-kira sejam lagi. Kumpulan aktivis Jingga 13 sedang memamlu kompang sambil menjeritkan slogan "Hentikan Lynas". 8:31am Bekas aktivis pelajar Hishamuddin Rais dilihat mengetuai orang ramai sambil menyanyikan lagu "Suara Rakyat" sebelum mereka berarak ke tempat berkumpul di padang MPK1. Turut hadir adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan juga beberapa anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, termasuk Maria Chin dan Wong Chin Huat. 8:22am Sebuah helikopter polis kelihatan sedang berlegar-legar di bruang udara di kawasan sekitar, dipercayai bagi memantau kawasan sekitar. Beberapa kumpulan NGO dan juga ahli parti-parti politik mula tiba. Menurut seorang petugas unit amal PAS, PKR dan beberapa NGO itu akan berkumpul di Hotel Sentral di Kuantan manakala PAS pula di berdekatan pasaraya Giant, dan DAP akan berhimpun di berhampiran sebuah pasar. Katanya, semua kumpulan itu, kemudiannya akan bergerak dan bertemu di padang MPK 4. 8:14am Kebanyakan yang hadir berpakaian serba hijau. Turut hadir adalah penduduk Bukit Koman yang berkempen menentang perlombongan cyanidedi Raub. 8:10am Jumlah yang datang semakin ramai. Dianggarkan tidak kurang 300 mula berkumpul. Seorang peserta kelihatan membawa bendera Johor, manakala seorang lagi membawa sepanduk berbunyi: "Saya dari Klang, saya tentang kilang nadir bumi." 8:02am Pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau Wong Tack berkata orang ramai diminta berkumpul di padang MPK1 pada jam 9 pagi dan mereka akan berarak ke padang MPK4 dari situ. Satu lagi, tempat berkumpul adalah di pasar Kuantan dan mereka juga akan berjalan menuju ke padang MPK1 sebelum ke padang MPK4. -mk ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Di Kuala Lumpur: |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment