Kelab Greenboc |
- Nurul Aien Dirogol, Dibunuh Dan Mayatnya Dibenam Di Dalam Kolah
- [PANAS] Ust Badrul Amin Hantar SMS Nafi Khalwat [Updated]
- Polis Mahu Pengarah NFCorp Didakwa Atas Kesalahan Pecah Amanah
- Najib Jahil Prinsip Pentadbiran Dan Federalisme - MB Selangor
- Mahathir Tahu Najib Akan Kalah Jika Berdebat Dengan Anwar
- Ana Raffali, Naim Selamat Diijabkabulkan
- Ada Port Maksiat Di Tengah Hutan Di Jelebu
- Lagi Exco Nyatakan Sokongan Kepada Ust Azizan: 'MB Azizan Seperti Bapa'
- Penjual Karpet Selak Baju Gadis
- Exco Kedah Tetap Bersama Ustadz Azizan
Nurul Aien Dirogol, Dibunuh Dan Mayatnya Dibenam Di Dalam Kolah Posted: 25 Feb 2012 05:00 PM PST Dibenam dalam kolah TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin. Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato' Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh. Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang. -hm -BH |
[PANAS] Ust Badrul Amin Hantar SMS Nafi Khalwat [Updated] Posted: 25 Feb 2012 03:59 PM PST Pemimpin PKR ditangkap khalwat KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi. Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi. Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini. Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu. Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal. Ulasan GB Daripada beberapa maklumat yang diperolehi, pemimpin PKR berkenaan ialah Ustaz Badrul Amin Baharom dan perempuan yang dimaksudkan ialah seorang kakitangan Kolej Komuniti yang ada masalah rumahtangga dengan suaminya. Yang pasti berita khalwat ini akan terus menjadi modal politik UMNO/BN dan media massa arus perdana selama beberapa hari untuk memburukkan PKR. Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi: "Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula" BERITA DARI MEDIA PERDANA Seperti yang GB tulsikan di atas "berita khalwat ini akan terus menjadi modal politik UMNO/BN dan media massa arus perdana selama beberapa hari untuk memburukkan PKR."
Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon |
Polis Mahu Pengarah NFCorp Didakwa Atas Kesalahan Pecah Amanah Posted: 25 Feb 2012 07:05 AM PST Polis telah memohon kepada Peguam Negara supaya pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain., demikian lapor The Malaysian Insider. Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan perkara itu petang tadi kepada beberapa organisasi media. "Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," katanya kepada The Malaysian Insider. NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC). Sebelum ini, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan. "Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain. "Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah," jelas Nazri. Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu "tidak mati" walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan. "Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu. "Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa. "Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu," tambah Ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi. PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan. Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas. |
Najib Jahil Prinsip Pentadbiran Dan Federalisme - MB Selangor Posted: 25 Feb 2012 05:38 AM PST Pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 114 baru-baru ini menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik dan mengenepikan semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau hairan bagaimana Najib dengan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional(BN), sedangkan ia turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Menurutnya, selaku penjawat awam, KSN sepatutnya bertindak secara profesional dan tidak boleh hadir dalam sebuah mesyuarat yang berbentuk kepartian. "Tindakan Najib ini seolah-olah mahu membina laluan kepada tindakan yang tidak demokraktik kerana tindakan beliau itu umpama memberitahu kepada kakitangan perkhidmatan awam supaya mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya. Tambahnya, KSN seharusnya bertindak untuk memberitahu Perdana Menteri bahawa mesyuarat itu adalah satu diskriminasi dan beliau (KSN) tidak sepatutnya dilibatkan. Abdul Khalid dalam pada itu turut mempersoalkan pembiayaan mesyuarat berkenaan. "Siapakah yang membayar untuk mesyuarat tersebut? Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional? Jika ianya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, mana mungkin Perdana Menteri boleh dengan angkuh mengatakan mesyuarat itu adalah amalan biasa dan tidak melanggar mana-mana aturan," soalnya. Beliau berkata, selaku ketua negara, perdana menteri harus menunjukkan teladan yang baik terutama kepada penjawat awam sekiranya beliau benar-benar mahu melaksanakan transformasi dalam negara ini. Ulasan GB GB telah mengulas hal ini. Petikan: Jika demikian halnya, iaitu hanya satu mesyuarat penyelaran maka Najib sepatutnya menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi UMNO/BN dan mesyuarat itu dikendalikan oleh UMNO/BN bukan oleh kerajaan Pusat. klik untuk baca |
Mahathir Tahu Najib Akan Kalah Jika Berdebat Dengan Anwar Posted: 25 Feb 2012 04:37 AM PST Mahathir ulangi debat Najib-Anwar tak perlu PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa debat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu meskipun ramai berpendapat debat itu harus dijalankan. Beliau berkata, debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu hanya membuang masa dan tidak mendatangkan hasil kerana masing-masing akan tetap menegakkan pendirian sendiri. "Buat apa nak debat, saya tidak rasa masing-masing boleh perbetulkan persepsi masing-masing hasil daripada perdebatan seumpama ini. "Debat kalau dijalankan, tidak akan dapat mengubah pandangan Anwar mahu Najib. Justeru, tak perlulah nak diteruskan hasrat debat dia tu, biar rakyat buat penilaian sendiri kebolehan kedua-dua mereka," katanya selepas sesi soal jawab pada Program Bicara Minda anjuran Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini. Bekas Presiden Umno ini berkata, niat Anwar ingin berdebat untuk isu luar negara dan ekonomi adalah kerana merasakan dirinya lebih arif bercakap mengenai isu berkenaan berbanding soal dalam negara. "Dia (Anwar) tidak setuju dengan Datuk Seri Najib. Bila bercakap mengenai hal luar negara dan ekonomi, dia merasakan dia dapat buktikan apa Najib buat selama ini adalah salah. "Saya tahu, Anwar memang nak jadi perdana menteri sejak dari dahulu lagi, malangnya strategi dia buat tu salah. Dia cabar saya dulu, tapi dia gagal," katanya. -SH Ulasan GB Pokoknya Mahathir tahu bahawa Najib akan tewas jika berdebat dengan Anwar, justeru Mahathir cuba sedaya upaya untuk pastikan debat Anwar-Najib tidak menjadi kenyataan. Mahathir sendiri juga tahu bahawa, tidak seperti politikus yang lain Najib naik di persada politik dengan bertakhtakan warisan emas dan kemewahan sejak kecil. Najib tidak mempunyai kekuatan selain dari kekuatan "menghulur habuan" dan "penipuan". Mahathir menyatakan bahawa "Anwar memang nak jadi perdana menteri sejak dari dahulu lagi". So whats wrong with that? Tambah Mahathir, "malangnya strategi dia buat tu salah". Benar, Anwar ada melakukan kesilapan di dalam strategi. Malah GB pun pernah mengkritik pedas strategi politiknya satu ketika dulu. Tetapi, berjaya atau tidak strateginya, beliau sendiri yang menanggung risikonya. Strategi Mahathir sendiri tak semuanya betul. Contoh paling jelas ialah perlantikan penggantinya, Abdullah Ahamd Badawi sebagai PM oleh beliau sendiri diakui olehnya sebagai strategi yang salah. |
Ana Raffali, Naim Selamat Diijabkabulkan Posted: 25 Feb 2012 02:59 AM PST Kuala Lumpur: Penyanyi Ana Raffali, 26, akhirnya sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, Sabtu. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor kira-kira pukul 12 tengah hari dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat. Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi. Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media. Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 daripada pihak lelaki. Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung. Manakala pihak lelaki membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana. Ana tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama. Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan. -mstar Ulasan GB Apabila berkahwinnya seseorang itu, syaitan menangis berdukacita kerana tertutuplah satu peluang bagi syaitan untuk menggoda anak Adam supaya terjebak dengan maksiat. Rasulullah saw juga pernah bersabda maksudnya, apabila berkahwinnya seorang anak Adam, sempurnalah separuh daripada agamanya. Maka sempurnakanlah yang separuh lagi dengan Taqwa. Kepada Ana Raffali dan suami, diucapkan semuga berbahagia dan semuga dilimpahi rahmat dan ketaqwaan. |
Ada Port Maksiat Di Tengah Hutan Di Jelebu Posted: 25 Feb 2012 01:01 AM PST Pakej maksiat rimba JELEBU: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan membongkar kewujudan satu markas maksiat dan perjudian di sebuah tapak perkhemahan yang dilengkapi bekalan air, tandas, dapur serta pentas di Hutan Simpan Kenaboi, di sini, kelmarin. Kawasan seluas hampir setengah padang bola, lengkap dengan susunan pondok yang teratur air dan tiga bangsal besar serta tandas berlantaikan simen. Beberapa tin minuman dipenuhi peluru dipercayai bahan untuk membidik sasaran turut ditemui di kawasan berkenaan. Penolong Pengarah Silvikultur, Jabatan Perhutanan negeri, Nor Zaidi Jusoh berkata, pihaknya percaya tapak yang dikunjungi kumpulan antara 30 hingga 40 orang pada hujung minggu itu dibina sudah sejak setahun lalu. "Kami memperoleh maklumat hasil risikan polis berkaitan pencerobohan hutan simpan dan aktiviti tidak bermoral termasuk judi dan seks bebas di kawasan itu.
Ulasan GB Siapa orang Jelebu? Angkat tangan... |
Lagi Exco Nyatakan Sokongan Kepada Ust Azizan: 'MB Azizan Seperti Bapa' Posted: 24 Feb 2012 11:15 PM PST Alor Setar - Desas-desus dua anggota Exco Kerajaan Negeri dikatakan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai protes terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di luar pengetahun barisan Exco sedia ada. Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara itu. "Saya tidak tahu pula ada kalangan Exco menyatakan hasrat untuk tidak dilantik semula. Setahu saya, semua Exco bersedia galas amanah jika ditawarkan peluang," katanya kepada Sinar Harian. Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit mengulas spekulasi melanda politik Kedah sejak kelmarin, mendakwa kononnya kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco. "Jika saya mendapat tawaran dilantik semula sebagai Exco, saya akan terima amanah itu dan hadir pada majlis pelantikan 28 Februari di Istana Anak Bukit. "Saya tiada masalah dan bersedia pikul tanggung jawab. Saya menyokong kepimpinan Azizan yang saya anggap sebagai seorang bapa dalam keluarga besar Kerajaan Negeri," katanya. Menurutnya, masih banyak perancangan untuk melonjakkan ekonomi negeri ini yang belum dilaksana. Ditanya sama ada Azizan kini berdepan tekanan, Amiruddin berkata, Azizan dilihat tenang atau tertekan dengan pelbagai dakwaan, malah menjalankan tugasnya dengan lancar. "Menteri Besar seperti biasa sahaja, semua mesyuarat lancar, seolah tidak ada apa-apa berlaku," katanya. klik untuk baca |
Penjual Karpet Selak Baju Gadis Posted: 24 Feb 2012 09:32 PM PST Baling - "Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat," kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu. Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain. Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan. "Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya. "Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin. Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis. Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa. "Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah. "Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri," katanya. Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini. Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang. "Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu," katanya. Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam. "Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut," kata Yana. Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya. -SH |
Exco Kedah Tetap Bersama Ustadz Azizan Posted: 24 Feb 2012 06:52 PM PST Hamdan nafi boikot angkat sumpah SUNGAI PETANI - Seorang daripada anggota Exco Kerajaan Kedah yang disebut-akan memboikot majlis angkat sumpah Exco pada 28 Februari ini, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib menafikan beliau terbabit dengan konspirasi menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Sebaliknya kata Hamdan, beliau masih bersama dengan kepimpinan negeri (Azizan) dan sanggup berada dalam barisan Exco jika mendapat tawaran menyambung tugas. "Saya setuju terima jika ada tawaran untuk jadi Exco lagi. Saya sedia sambung tugas untuk terus memberi khidmat kepada rakyat dan juga meneruskan perjuangan jemaah (parti) yang penuh dengan cabaran ini. "Kita tunggu 28 Februari ini, pada hari angkat sumpah Exco untuk sambung tugasan yang belum selesai untuk rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Kenyataan Hamdan itu sekali gus menafikan laporan muka depan sebuah akhbar semalam, menyebut beliau antara empat anggota Exco Kerajaan Kedah yang akan memboikot majlis angkat sumpan anggota Exco Kerajaan Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Selain Hamdan, turut disebut ialah Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dr Ismail Salleh. Kedua-duanya juga masing-masing adalah Timbalan Pesuruhjaya I dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri. Sinar Harian semalam menyiarkan kenyataan Menteri Besar yang mengaku akan membuat kejutan pada hari pelantikan Exco sebagai susulan kontroversi itu. Azizan berkata, tidak timbul ada Exco sedia ada yang menolak tawaran menyambung jawatan kerana surat tawaran belum dihantar. Phahrolrazi ketika dihubungi berkata, beliau akan memberi kenyataan apabila tiba masanya. -SH Azizan: Saya ada hak lantik Exco tanpa rujuk Presiden parti Ulasan GB GB bersama dengan MB Kedah, Ustadz Azizan Abdul Razak. Perlantikan exco sememangnya prerogatif Menteri Besar. Beliau berhak untuk mengugurkan dan melantik exco. Jadi tidak timbul sebarang isu mengenainya. Kepada para exco yang namanya terpalit dengan isu ini, GB yakin mereka juga dari kalangan yang matang dan tidak melakukan perkara-perkara seperti dilaporkan oleh akhbar media massa kononnya mereka tidak puas hati dengan Ustadz Azizan.Pemimpin PAS yang sebenar tidak gilakan sebarang jawatan kerana mereka tahu sesuatu jawatan samada di dalam parti atau kerajaan adalah sesuatu taklif bukan tasyrif (bebanan bukan keistimewaan). Justeru itu GB doakan agar Ustadz Azizan diberikan hidayah dan kekuatan untuk mengatasi apa jua isu yang timbul dan semuga PAS Kedah sentiasa mendapat perlindungan dari Allah s.w.t. dari tindak-tanduk musuh yang sentiasa mengintai peluang untuk memporak-perandakan mereka. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment