Kelab Greenboc |
- Wajah Pemuda Pakistan Yang Didakwa Larikan Nurul Zakiah
- Blogger UMNO BN Cuba Nafikan Kapal ZIM Milik Israel
- Apabila Si Jahil Tentang Islam Mahu Bercakap Tentang Bai'ah
- Najib Diselar Sisihkan MB & KM Negeri Pakatan Rakyat Untuk Mesyuarat Kali Ke 114
- Gadis Diculik Setelah Tersalah Naik Komuter
- Pasangan Dicekup Kali Kedua
- [Bergambar & Video] Protes Bakar Al-Quran Di Afghanistan, 6 Terbunuh
- Wajah Imam Hosnan Yang Membaling Kasut Kepada Panel Hakim Mahkamah Persekutuan
- Bekas Banduan Geletar Mengaku Rogol Adik Kandung
Wajah Pemuda Pakistan Yang Didakwa Larikan Nurul Zakiah Posted: 23 Feb 2012 04:40 PM PST ![]() KUALA LUMPUR - Remaja hilang yang didakwa terkena ilmu pengasih Pakistan, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, telah menghubungi keluarganya kelmarin untuk menegaskan bahawa dia melarikan diri kerana ingin hidup berdikari. Perkara itu disahkan oleh bapanya, Azman Saad, 51, yang turut memberitahu, Nurul Zakiah telah menghubunginya kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin untuk menyatakan perkara tersebut kepadanya. Selain itu, dia memberitahu, anaknya itu turut merayu agar dia menarik semula laporan polis yang telah dibuat berkenaan kehilangannya sejak 14 Februari lalu. "Dia menceritakan bahawa dia tidak lagi bersama dengan kekasihnya itu dan dia kini berhasrat untuk bekerja dan hidup sendiri," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam. Kosmo! kelmarin melaporkan tentang ahli keluarga Nurul Zakiah yang merayu agar dia pulang selepas disyaki lari dari rumah kerana mengikut Samer Khan atau nama sebenarnya, Arsad Mohd., 20-an apabila cinta mereka mendapat tentangan keluarga. Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Kuala Langat itu dikatakan telah terkena ilmu pengasih lelaki Pakistan tersebut hingga menyebabkan dia mula berbohong dan melawan cakap orang tua. Mengulas lanjut, menurut Azman, walaupun hanya berbual selama seminit, dia berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit baharu anaknya. -kosmo klik untuk baca ![]() |
Blogger UMNO BN Cuba Nafikan Kapal ZIM Milik Israel Posted: 23 Feb 2012 03:08 PM PST ![]() "Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia. Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge". "Jika seseorang itu seorang yang lemah pengetahuan amnya dan tidak mengenali bendera negara-negara asing, orang itu boleh pergi ke bahagian buritan kapal dan lihat nama tempat kapal itu didaftarkan. Dalam hal ini terang-terangan kelihatan pendekar-pendekar tempang PKR sangat lemah ilmu pengetahuan amnya sehingga nama tempat pun tak tahu". "Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel" - kenyataan puak-puak UmnoBn. ![]() Yahudi laknat ni bukannya bodoh... Takkan mereka nak masuk ke negara yang dilarang perhubungan diplomatiknya, mengibarkan bendera di kapal milik mereka... UmnoBn masih berterusan membuat kenyataan yang memperbodohkan orang-orang Melayu sejak sekian lama… dengan mengatakan Kapal ZIM yang berlabuh di Pelabuhan Kelang itu bukannya kapal dagang Israel, tetapi sebenarnya Kapal dagang Liberia...? Bendera (flag) Yang Dimaksudkan adalah "flag of convenience" Bendera "flag of convenience" adalah bendera yang menerangkan tentang negara mana kapal saudagar itu DIDAFTARKAN… dan bukannya bendera bagi negara pemilik kapal. Ia bertujuan untuk mengurangkan kos operasi atau mengelakkan peraturan-peraturan negara pemilik, seperti banyak negara yang tidak mengiktiraf Israel. (baca rujukan wikipedia)… puak Umno yg tak reti bahasa inggeris DILARANG baca… takut tak faham, cakap lain pulak ! ![]() Liberia adalah Pendaftar Kapal kedua terbesar di dunia, termasuk lebih 3,750 kapal-kapal dari seluruh dunia didaftarkan di Liberia. Memang benar kapal ZIM itu didaftar di negara Liberia… sebab itu benderanya negara Liberia. Kerajaan UmnoBn Menyumbang Kezaliman Terhadap Palestin Dalam hal ini, perkara pokoknya dan asasnya adalah kapal ZIM itu milik siapa…? Sudah tentunya Israel… kerana Perbadanan Israel memegang 98% saham Zim. Kumpulan Ofer adalah pemegang saham majoriti Perbadanan Israel (57%), dengan baki saham yang dipegang oleh Bank Leumi L'Israel (20%) dan orang awam. Oleh itu, sebarang perdagangan dengan Israel sudah pasti ada keuntungan hasil perdagangan… dan dari keuntungan itulah mereka gunakannya untuk melakukan kezaliman dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin. Malah, Malaysia bukan sahaja memberi keuntungan kepada Israel… tetapi juga membekal Minyak Sawit yang diperah dari hasil titik peluh rakyat negara ini termasuklah dari Peneroka-Peneroka FELDA … ![]() Rakyat Bijak Menilai .......... kredit: reformisanakmuda |
Apabila Si Jahil Tentang Islam Mahu Bercakap Tentang Bai'ah Posted: 23 Feb 2012 07:32 AM PST ![]() SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menafikan tanggapan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan, partinya tidak pernah memaksa ahli-ahlinya taksub kepada pemimpin-pemimpin parti itu. Malah kata beliau, kenyataan Dr Mahathir juga memberi satu tanggapan yang salah mengenai dasar dan perjuangan Pas. "Semalam Dr. Mahathir ada komen mengenai bai'ah yang diamalkan oleh Pas. Ia semacam mentohmahkan cara bai'ah Pas sebagai ketaksuban kepada pemimpin tidak kepada Allah SWT. "Sebenarnya, Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah, bukannya pemimpin," kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook. Sehubungan itu kata beliau, jelas sekali Dr. Mahathir sudah tersasar dalam menterjemahkan Pas sebagai sebuah gerakan politik Islam yang meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan. SU Agung Pas: Bai'ah kaedah perjuangan Islam Ulasan GB Sikap Mahathir terhadap bai'ah menjelaskan bahawa beliau amat jahil mengenai Islam. Wahai Mahathir, mari sini ku kuliahkan kepada kamu serba sedikit tentang bai'ah. Dalam Islam Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat kepada pemimpin. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud "Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar." (Surah Al-Fath, ayat 10) Sikap setia dan patuh yang tidak berbelah bagi perlu diamalkan, sama ada dalam perkara yang disukai atau tidak, susah atau senang, selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran agama dan peraturan yang mendasari dasar sesebuah negara. Berkaitan dengan perkara tersebut, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud "Diwajibkan ke atas orang Islam itu dengar dan taat (kepada pemimpin) dalam perkara yang disukainya dan dalam perkara yang dibencinya, kecuali ia diperintah melakukan maksiat." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Sejarah Islam telah menceritakan bagaimana sebelum berhijrah ke Yathrib, baginda Rasulullah SAW telah dikunjungi oleh penduduk Yathrib sebanyak dua kali dan kedua-duanya melibatkan ikrar taat mereka yang disebut sebagai bai'ah. Bai'ah al-Aqabah yang pertama dikenali sebagai Bai'at-an Nisa'. Bai'ah ini lebih menjuruskan kepada persetujuan dan janji untuk menjaga dan mempertahankan keamanan di Yathrib. Seramai 12 orang penduduk Yathrib yang terdiri dari 10 orang suku kaum Khazraj dan 2 orang suku kaum Aus terlibat dengan ikrar ini didepan Rasulullah SAW. Mereka berjanji untuk tidak menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak memfitnah dan lain-lain. Bai'ah Aqabah kedua yang diadakan pada tahun 13 selepas kerasulan Nabi disebut sebagai Bai'at-al-Haub yang mana penduduk Yathrib berjanji dan berikrar akan melindungi dan mempertahankan Nabi serta umat Islam sepertimana mereka melindungi keluarga mereka sendiri. Sementara bai'ah khas terhadap Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Thaqifah Bani Saadah berlaku selepas kewafatan Rasulullah. Kewafatan Rasulullah SAW pada bulan Rabiulawal tahun 11 Hijrah amat dirasai oleh umat Islam dan mereka merasakan betapa besarnya musibah yang sedang menimpa mereka. Walau bagaimanapun Sayidina Abu Bakar terus keluar dan berkata kepada umat Islam di dalam kata-katanya yang masyhur " Wahai manusia sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah " . Seterusnya beliau membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). Lalu umat Islam kembali kepada kewarasan mereka yang asal dan melihat siapakah yang bakal mengganti Nabi SAW dengan menuju ke serambi Bani Saadah bagi memilih Abu Bakar as-Siddiq RA sebagai Khalifah. Bai'ah ini di namakan sebagai Bai'ah Khas. Bai'ah am bagi pelantikan Abu Bakar As-Siddiq r.a menjadi khalifah di masjid Nabi s.a.w: Adapun bai'ah umum berlaku ketika umat Islam berhimpun di Masjid Nabawi di Madinah. Sayidina Umar bin al-Khattab RA bangun serta menggesa orang ramai agar melakukan bai'ah terhadap Abu Bakar as-Siddiq atas kedudukan Abu Bakar salah seorang yang paling hampir dengan Baginda Rasulullah SAW dan merupakan salah seorang pelopor dari kalangan para sahabat dan amat erat dengan Rasulullah SAW. Lantaran itu umat Islam menyokong cadangan Umar mereka telah melakukan bai'ah terhadap Abu Bakar sebagai khalifah dan bermula dari masa dan ketika itulah Saidina Abu Bakar As-Siddiq secara rasmi menjadi Khalifah bagi umat islam yang pertama. Itulah yang tidak diketahui dan difahami oleh Mahathir! Dia menyangka kepimpinan tidak ada pertanggungjawabnya kepada Allah, maka sebab itu dia berkata tidak perlu baiah. Sebab itu juga semasa UMNO berkuasa, tiada baiah yang mengikat mereka, maka itu lahirlah pemimpin-pemimpin yang tidak takut kepada Allah, melakukan penyalahgunaan kuasa, menipu rakyat, rasuah dan penyelewengan yang pelbagai rupa. Namun merela alpa dan lupa, kesemuanya itu akan tetap menerima hukuman dari Allah swt jua. klik untuk baca ![]() |
Najib Diselar Sisihkan MB & KM Negeri Pakatan Rakyat Untuk Mesyuarat Kali Ke 114 Posted: 23 Feb 2012 05:53 AM PST ![]() Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat dianggap amat tidak professional. Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN. "Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Putrajaya pada Selasa lalu. "Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN," katanya dalam satu kenytaan media hari ini. Sambil membidas Najib kerana mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam membincangkan kebajikan rakyat, Abdul Khalid berkata sikap perdana menteri hanya membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik. "Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat. "Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia," katanya sambil menambah tindakan Najib itu juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin dilakukan. Mesyuarat Selasa lalu itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta beberapa menteri kabinet. Ia lazimnya digunakan bagi menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit. -mk PM pamer sikap hipokrasi Ulasan GB Ia adalah satu pengkhianatan terhadap konsep federalisma. Apa yang dilakukan oleh Najib dengan tidak memanggil sama MB & KM dari negeri Pakatan Rakyat untuk mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 adalah pembelakangan terhadap demokrasi dan ternyata BN cuma menyisihkan MB & KM dari negeri-negeri tersebut. Tidak mengapa. Jika begitu tindakan Najib menggunakan kuasanya, maka akan lebih cepat kerajaan beliau akan tercampak keluar dari Putrajaya. Kerana hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa: BN sudah tidak layak untuk menerajui Kerajaan "Persekutuan" apabila bertindak secara tidak adil dan tidak profesyenal serta membelakangkan konsep "PERSEKUTUAN". |
Gadis Diculik Setelah Tersalah Naik Komuter Posted: 23 Feb 2012 03:44 AM PST ![]() SHAH ALAM - Akibat tersalah naik komuter, seorang remaja berusia 16 tahun bukan sahaja dilarikan lebih sejam, malah turut diikat dan dikurung dalam sebuah rumah terbiar, kira-kira 50 meter dari Stesen Komuter Pelabuhan Klang, 10 Februari lalu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aisha (bukan nama sebenar) berkata, sebelum kejadian, dia serta rakannya Aida (bukan nama sebenar), 15, baru pulang dari sekolah dan merancang ke Jeram, Kuala Selangor untuk bertemu rakan sekolah lama mereka. Setelah bertemu dengan rakan lama, dia dan Aida kemudiannya ke Stesen Komuter Klang untuk pulang ke Shah Alam, namun tersalah naik komuter yang menuju ke Pelabuhan Klang. Aisha berkata, mereka hanya menyedari tersalah menaiki komuter setelah tiba di stesen Pelabuhan Klang. Menurut Aisha, mereka berpakat menunaikan solat Mahgrib di surau stesen tersebut terlebih dahulu sebelum berpatah balik ke Shah Alam. "Kami berpecah. Saya ke tandas manakala Aida terus ke surau. Apabila keluar dari tandas, tiba-tiba mulut saya ditekup, sebelum ditarik ke belakang tandas oleh seorang lelaki berpakaian hitam, serta memakai topeng ski. "Saya sangat terkejut tapi tak sempat buat apa-apa. Saya cuba untuk lepaskan diri tetapi lelaki itu sangat kuat dan tak mampu untuk melawan," katanya. Katanya, keadaan terlalu gelap dan dia diheret melalui jalan kecil yang sunyi menuju ke sebuah perumahan flat berdekatan. "Lelaki itu mengurung saya dalam sebuah bilik kosong serta ikat kedua-dua tangan dan kaki sebelum menyeluk poket baju sekolah dan merampas telefon bimbit," kata anak tunggal perempuan dari empat beradik itu. Aisha berkata, lelaki terbabit seperti menaip sesuatu melalui telefon bimbitnya, sebelum mencampakkan telefon serta pisau atas almari lama di bilik berkenaan. "Saya cuba untuk lepaskan diri dan berjaya buka ikatan tali di tangan serta kaki. Saya sangat panik dan bertindak mengambil telefon bimbit serta padamkan semua nombor yang disimpan, sebelum terdengar bunyi tapak kasut. Saya terus berlari sekuat hati, keluar dari situ dan menuju ke stesen komuter," katanya. Menurutnya, apabila sampai di stesen itu, dia nampak Aida mundar-mandir dalam keadaan bingung, lalu terus menarik tangan rakannya itu dan masuk ke komuter yang kebetulan baru tiba di stesen tersebut. "Saya menangis sambil menceritakan apa yang berlaku kepada Aida. Pada masa sama, ketika komuter sudah bergerak untuk ke Shah Alam, saya seperti ternampak kelibat penculik itu berdiri di sebelah tandas stesen seolah-olah sedang mencari-cari saya. "Tidak lama kemudian, ibu menghubungi telefon bimbit Aida untuk bertanyakan sama ada sudah menemui saya atau belum. Saya sangat lega sebab masih dapat bercakap dengan ibu kerana langsung tidak terfikir akan selamat," katanya yang mengakui masih teringat-ingat serta bermimpi buruk ekoran kejadian tersebut. -SH |
Posted: 23 Feb 2012 01:46 AM PST ![]() Pasangan masing-masing berusia 40-an itu dicekup sepasukan penguat kuasa Agama Daerah Batu Pahat yang melakukan serbuan di hotel berkenaan kira-kira jam 2 pagi. Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang tidur dan terdapat seorang bayi tidur bersebelahan mereka. "Ketika disoal penguat kuasa, mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau hubungan mahram. "Hasil siasatan mendapati bayi tersebut yang berusia dua minggu itu dipercayai adalah bayi hasil hubungan terlarang pasangan terbabit yang dibawa untuk mengaburi mata pihak berkuasa yang akan menyangka mereka ini adalah suami isteri," katanya. Menurutnya, wanita terbabit yang sebelum ini sarat mengandung langsung tidak dapat dihidu keluarganya yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas mereka diberkas. "Berdasarkan rekod, ini adalah tangkapan kedua membabitkan pasangan itu di mana serbuan menyasarkan hotel bajet di sini. "Ketika ditahan pertama kali, wanita terbabit sedang sarat mengandung dipercayai hasil hubungan terlarang mereka," katanya. Saiful Ariffin berkata, difahamkan lelaki terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri, namun kini dalam proses penceraian berikutan ingin mengahwini kekasih hatinya itu. "Pasangan terbabit yang merupakan warga tempatan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut. "Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. |
[Bergambar & Video] Protes Bakar Al-Quran Di Afghanistan, 6 Terbunuh Posted: 22 Feb 2012 11:52 PM PST ![]() KABUL - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera di Afghanistan berikutan protes berhubung insiden membuang dan membakar kitab suci al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) Bagram, utara Kabul. Beberapa naskhah dilaporkan dibakar, Isnin lalu. Menurut laporan BBC, seorang terbunuh di Kabul, seorang lagi di bandar raya timur Jalalabad dan sekurang-kurangnya empat orang di wilayah Parwan. Pegawai-pegawai AS memohon maaf kelmarin atas kejadian secara tidak senjaga meletakkan al-Quran dalam alat membakar di pangkalan udara itu. Pegawai-pegawai di Bagram dilaporkan mengesyaki banduan Taliban menggunakan al-Quran untuk menghantar mesej antara satu sama lain. Beberapa naskhah dengan kesan bakar ditemui oleh pekerja-pekerja tempatan. Protes yang bermula di Bagram tersebar ke seluruh Afghanistan. Protes yang serupa pernah diadakan tahun lalu ekoran tindakan seorang pastor dari Florida membakar kitab suci orang Islam itu. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Wajah Imam Hosnan Yang Membaling Kasut Kepada Panel Hakim Mahkamah Persekutuan Posted: 22 Feb 2012 09:44 PM PST ![]() Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini. Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan. Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan. Imam berkenaan, Hoslan Hussain, yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu. Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang. Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka. Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari. Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau. Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu. Demi keadlilan Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan. Beliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan. Malah, dakwanya, Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya. Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan. Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya. Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu. Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya, khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan. Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya. -mk Ulasan GB Panel 3 hakim mahkamah Persekutuan yang bersidang sepatutnya tidak terlalu rigid dengan hanya mendengar pendakwa raya semata-mata kerana bantahan itu mengikut undang-undang. Sebagai mahkamah tertinggi di dalam institusi kehakiman, rayuan yang ingin dikemukakan oleh Imam Hoslan berkenaan adalah "peluang terakhir" baginya untuk membuat rayuan dan demi kebenaran dan keadilan, panel hakim sebaik-baiknya berlembut dan mendengar rayuan tertuduh. Namun tindakan para hakim berkenaan yang rigid menjadikan yang tertuduh tidak dapat mengemukakan rayuannya lalu hilang sabar dan bertindak membaling kasutnya dengan tidak lagi mengindahkan apa pun risiko yang bakal dihadapinya. Peristiwa di atas sepatutnya membuka mata dan memeri pengajaran kepada para hakim di negara ini. |
Bekas Banduan Geletar Mengaku Rogol Adik Kandung Posted: 22 Feb 2012 08:00 PM PST ![]() Tertuduh yang melakukan kesalahan sumbang mahram itu selepas dua hari dibebaskan daripada penjara akibat kesalahan dadah, kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan bagi kedua-dua kesalahan itu. Dia dihukum penjara 11 tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol dan penjara setahun bagi kesalahan mengugut tetapi perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan selepas Hakim Wan Fadilah Nor memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berturutan. Terdahulu, tertuduh yang berumur 37 tahun hanya tunduk dan mengangguk faham ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadilah Nor. Dalam keadaan menggeletar, dia kemudiannya mengaku salah. Dia didakwa telah secara paksa merogol adik perempuannya yang berumur 24 tahun di belakang sebuah rumah di Kuala Besut pada 10.30 malam, 10 Februari lalu mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta boleh dikenakan sebatan. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah mengugut mangsa dengan sebilah pedang dengan tujuan menakutkan mangsa supaya tidak membuat laporan polis bersabit kejadian itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohd Nazri. - Bernama klik untuk baca ![]() |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment