Kelab Greenboc |
- Gadis Hilang Pada Hari Kekasih Selepas Bercinta Dengan Pemuda Pakistan
- [Bergambar] Lagi Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hanya Di Malaysia
- I Help You, You Help Me, Projek Lebuhraya KIDEX Untuk Hakim & Peguam UMNO
- [Video] Manjoi Dilanda Banjir Kilat Terburuk Dalam Tempoh 10 Tahun
- Minit Mesyuarat NFC: Mahfuz Selar Sikap Dolak-Dalik Pengerusi PAC
- Rogol Anak Tiri: Penyanyi Hip Hop Ditahan Reman Hingga Sabtu
- Isu Malaysia-Israel: Mahfuz Mahu BN Minta Maaf
- Lelaki Sembunyikan Kekasih Dalam Tandas
- UMNO Semakin Tenat & Semakin Dekat Dengan Ajalnya Di Johor
| Gadis Hilang Pada Hari Kekasih Selepas Bercinta Dengan Pemuda Pakistan Posted: 21 Feb 2012 05:08 PM PST Kuala Langat – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.NURUL ZAKIAH yang hilang sejak 14 Februari lalu dirayu pulang oleh keluarganya. Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an. Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya. Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan. Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya. Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar. -kosmo |
| [Bergambar] Lagi Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hanya Di Malaysia Posted: 21 Feb 2012 03:59 PM PST Banyak lagi gambar-gambar pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita.Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur. Saksikan: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() klik untuk baca ![]() |
| I Help You, You Help Me, Projek Lebuhraya KIDEX Untuk Hakim & Peguam UMNO Posted: 21 Feb 2012 07:25 AM PST Projek Lebuhraya KIDEX untuk Hakim dan Peguam UMNO: Nurul tuntut penjelasan PMKrisis perlembagaan Perak masih lagi segar di ingatan rakyat Malaysia, khususnya tuduhan bahawa permohonan Zambry Kadir dipercepatkan sementara menafikan permohonan lawan politiknya Nizar Jamaluddin pula. Watak utama kemelut ini merupakan Hafarizam Harun, penasihat undang-undang UMNO, mewakili Zambry ketika itu, dan bekas penasihat undang-undang UMNO dan Ketua Hakim Negara ketika itu, Ahmad Zaki. Justeru, kedua-dua individu ini mestilah berhadapan dengan perhatian umum berkenaan penglibatan mereka di dalam rampasan Perak oleh Barisan Nasional dan kontroversi terbaru melibatkan mereka di dalam pemberian konsesi RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua belah syarikat yang menerima konsesi tersebut, iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd sementara isteri Zaki Azmi merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya. Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi "Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini." Mengambilkira kontroversi penganugerahan konsesi ini, Perdana Menteri mestilah respon segera berkenaan isu-isu ini: 1. Pendirian PM berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009: "Seorang hakim akan, pada masa perlantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan." Merujuk kepada peruntukan ini, Ketua Hakim Negara pada masa ini, Ariffin Zakaria mestilah meminta Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis berikutan tuduhan-tuduhan ini. 2. Mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender kepada Zabima Engineering dan Emrail. Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara? 3. Bagaimanakah pemberian konsesi dan pakej kontrak ini selari dengan dasar pentadbiran ini, khususnya Model Ekonomi Baru, Inisiatif Pembaharuan Strategik dan lain-lain lagi? 4. Apakah terma lengkap konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan? Di dalam smsnya kepada Malaysian Insider, Hafarizam mendakwa bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka merupakan antara bilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek ini. Malang sekali apabila sebuah isu tentang ketelusan dan kebertanggungjawaban yang akan memberi impak kepada semua rakyat sekali lagi dilihat dari perspektif kaum. Hakikatnya, sekiranya tuduhan ini terbukti benar, sekelompok kecil kroni akan sekali lagi mendapat durian runtuh sedangkan ramai rakyat Malaysia, termasuk majoriti masyarakat Bumiputera terpaksa menjadi mangsa projek ini. Terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek ini tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia mempunyai harapan besar terhadap konsesi generasi kedua dan ketiga memandangkan piawai-piawai baru yang dijanjikan kerajaan. Usah kita lupa rekod buruk Kerajaan BN di dalam pemberian konsesi sebelum ini. Jawapan telus daripada Perdana Menteri mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak akan dibebani dengan lebih banyak "bail-out" dan penswastaan semula Rakyat khususnya bertanya, apa sudah jadi dengan janji Program Transformasi Kerajaan untuk mengurangkan ketirisan dan pembaziran wang rakyat untuk pembangunan negara dan perbelanjaan operasi dengan memastikan ketelusan di dalam pemberian kontrak? Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat. Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang. *Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Hafarizam: Kontrak bukan habuan tapi merit |
| [Video] Manjoi Dilanda Banjir Kilat Terburuk Dalam Tempoh 10 Tahun Posted: 21 Feb 2012 04:37 AM PST Manjoi - "Habis rumah pusaka peninggalan keluarga dimasuki air Sungai Pari yang terletak berhampiran dengan rumah kami."Sebelum ini, pernah juga kejadian banjir ini berlaku namun ia tidaklah seburuk yang berlaku pada hari ini (semalam)," luah Habsah Shariff, 56, salah seorang mangsa banjir yang tinggal di Jalan Raja, Kampung Manjoi. Beliau yang tinggal bersama suami dan dua anak itu menyedari air semakin naik sehingga ke paras lutut pada jam 8 pagi. "Kira-kira jam 3 pagi, hujan lebat melanda kawasan ini namun tidak menyangka air naik dengan cepat sehingga turut menjejaskan rumah lain yang terletak berhampiran. "Boleh dikatakan semua barangan di rumah ini tidak dapat diselamatkan akibat banjir kilat itu," katanya. Pasangan suami isteri, Mohd Daud Abas, 61, dan Zaleha Mat Lin, 50, berkata mereka menyedari paras air mula naik selepas solat Subuh. Mohd Daud yang juga orang kurang upaya (OKU) mendakwa mereka sekeluarga tidak mendengar siren amaran yang dipasang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). "Lazimnya, setiap kali paras aircapai tahap bahaya siren amaran pasti berbunyi namun pagi ini ia gagal berfungsi," katanya. Tinjauan Sinar Harian mendapati, lebih 500 penduduk di sekitar Gugusan Manjoi, Buntong, Silibin dan Batu Gajah terpaksa dipindahkan akibat hujan lebat yang berterusan bermula awal pagi semalam. Difahamkan, paras air turut naik antara 0.5 hingga satu meter dalam kejadian itu. Antara kawasan yang teruk terjejas termasuklah Kampung Manjoi Lama, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Taman Muhibbah, Taman Lim, Kampung Sungai Pari dan Kampung Sungai Terap, dekat Batu Gajah. Bagi penduduk di Gugusan Manjoi semua mangsa yang terlibat ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Dewan Orang Ramai Manjoi dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kampung Tengku Hussein. Dalam perkembangan sama, jambatan konkrit di Taman Wing Onn juga runtuh dan beberapa buah sekolah turut ditutup termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri dan SK Seri Mutiara. SK dan SMK Tarcisian Convent serta SMK Dr Megat Khas turut dinaiki air namun keadaannya tidak serius dan persekolahan dijalankan seperti biasa. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut kelihatan sibuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah sarap yang tersangkut di jambatan Jalan Raja untuk memudahkan aliran air Sungai Pari bergerak lancar. Terburuk dalam tempoh 10 tahun Adun Manjoi, Datuk Nadzri Ismail yang melawat kawasan tersebut memberitahu kejadian banjir kilat itu adalah yang terburuk dalam tempoh 10 tahun. Katanya, sebelum ini pernah juga berlaku bencana sedemikian namun keadaannya tidak membimbangkan. "Hujan lebat luar biasa yang bermula sejak 2 pagi tadi (semalam) adalah di antara punca berlakunya banjir kilat itu. "Keadaan itu menyebabkan takungan air sungai tidak dapat menampung lebihan air sehingga mengakibatkan ia melimpah ke kawasan kampung berhampiran. "Justeru, satu jawatankuasa tindakan banjir daerah kecil Ipoh ditubuhkan bagi mengawasi bencana tersebut yang membabitkan beberapa agensi termasuklah MBI, JPS dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN). Menurutnya, melalui laporan awal yang diterima daripada Jabatan Meteorologi banjir itu ditanda sebagai kawasan jingga yang bermaksud kawasan berkenaan mempunyai risiko untuk dilanda banjir semula. "Oleh itu, secara keseluruhannya kawasan tersebut masih belum selamat untuk diduduki kerana hujan dijangka akan berlaku pada sebelah petang dan mereka diminta untuk lebih berwaspada," katanya. Nadzri berkata, sebelum ini, pihaknya pernah menawarkan penduduk yang terdedah dengan risiko banjir untuk pindah ke kawasan lebih selamat namun ada dalam kalangan mereka yang mempunyai alasan tersendiri untuk terus tinggal di kampung tersebut. "Mungkin mereka mempunyai nostalgia tersendiri dan sayang untuk meninggalkan kampung itu. "Bagaimanapun, kami akan cuba berbincang dengan keluarga yang berisiko tinggi untuk berdepan dengan banjir supaya mereka ditempatkan di kawasan lebih selamat," katanya. Beliau turut mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir tersebut. -SH |
| Minit Mesyuarat NFC: Mahfuz Selar Sikap Dolak-Dalik Pengerusi PAC Posted: 21 Feb 2012 02:20 AM PST NFC: Minit mesyuarat perlu kepada ahli parlimenKUALA LUMPUR, 20 Feb: PAS amat kesal dengan sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Azmi Khalid kerana berbolak-balik untuk mengeluarkan minit mesyuarat jawatankuasa itu kepada ahli-ahli Parlimen, khususnya berhubung National Feedlot Corporation (NFC). Sikap Azmi itu seolah-olah menafikan kepentingan ahli-ahli Parlimen untuk mengetahui lebih jauh mengenai sebarang isu berhubung NFC yang kini kelihatan amat meragukan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai ketelusannya dalam mengendalikan projek ternakan lembu negara. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pada hal surat permohonan supaya dikeluarkan minit mesyuarat tersebut telah pun dikemukakan oleh beliau kepada Azmi baru-baru ini seperti yang diminta oleh Azmi sendiri. Menurutnya, sekarang setelah surat itu dikemukakan oleh beliau, Azmi memberikan alasan tidak boleh mengemukakan minit mesyuarat tersebut, kecuali dengan penyertaan surat yang ditandatangani Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, selepas itu, Azmi memberikan alasan mesti disertakan pula dengan surat yang ditandatangani sama oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Jadi, apa maknanya itu semua? Saya sendiri dah hantar surat, tapi Datuk Azmi ternyata berbolak-balik. Pada hal dia sendiri dah akui ada yang tak kena mengenai projek NFC itu. "Lagi pun, apa perlunya surat yang ditandatangani oleh semua ahli-ahli Parlimen barulah boleh dikemukakan minit mesyuarat itu? Pada hal surat daripada saya seorang pun sudah mencukupi, manakala kewujudan PAC itu sendiri adalah atas kehendak dan persetujuan ahli-ahli Parlimen," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Minit mesyuarat PAC yang dimohon untuk dikemukakan oleh Azmi itu, menurutnya, adalah yang dicatatkan pada mesyuarat jawatankuasa itu pada 23 November tahun lalu di Bilik Mesyuarat 1 bangunan Parlimen. Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan tentang projek ternakan lembu negara yang berada di bawah tanggungjawab NFC, dengan dihadiri ahlli-ahli jawatankuasa PAC yang mewakili pelbagai parti, pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai agensi terbabit dan saksi-saksi yang terlibat dengan perjalanan projek itu. Menurut Mahfuz, minit mesyuarat tersebut amat penting dikemukakan oleh PAC kepada ahli-ahli Parlimen kerana ia jelas melibatkan kepentingan seluruh rakyat dan negara. Katanya, atas kesedaran itulah beliau mengemukakan permohonan tersebut, manakala Azmi pula sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada kesemua ahli-ahli Parlimen untuk mengetahui perkara itu dengan lebih lanjut. "Pelbagai perkara ingin diketahui oleh ahli-ahli Parlimen dan rakyat negara ini mengenai projek ternakan lembu negara di bawah NFC itu. "Antaranya, kenapa ia diberikan kepada syarikat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Agro Science? Berapa jumlah pinjaman yang dikeluarkan kepada syarikat itu? Bagaimana pinjaman itu diberikan? Bagaimana dengan perjalanan projek itu dan sebagainya," tegasnya. Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat juga ingin tahu siapakah sebenarnya yang membuat cadangan bagi pemilihan syarikat keluarga Shahrizat untuk melaksanakan projek tersebut. Penyerahan projek tersebut kepada syarikat keluarga Shahrizat, tambahnya, berpunca dari cadangan beberapa jawatankuasa terbabit termasuk Jawatankuasa Pemilihan dan Jawatankuasa Kemajuan Projek yang dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan kini menjadi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yakin perkara itu turut terbabit dengan keputusan Muhyiddin, manakala kemampuan dan keupayaan Muhyiddin dalam memilih syarikat untuk mengendalikan projek tersebut amat mendukacitakan. "Kini projek itu ternyata gagal dan turut terbabit dengan pelbagai penyelewengan sehingga negara mengalami kerugian amat besar. Jadi apa alasan Muhyiddin memberikan projek itu kepada Agro Science?" ujarnya. Perkara itu, tegasnya, perlu disiasat dengan menyeluruh dan sehubungan itu, beliau mencadangkan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu, termasuk dengan memanggil Muhyiddin memberikan keterangan berhubung pemilihannya ke atas syarikat Agroo Science. "Seperti yang kita maklum, selain Agroo Science, terdapat lima lagi syarikat yang turut memohon untuk melaksanakan projek itu? Kenapa Agroo Science yang dipilih? Apa muslihatnya?" katanya. Kini setelah kegagalan itu, kesalahan tidak boleh diletakkan ke atas Shahrizat semata-mata, katanya, malah kesemua pemimpin Umno atau BN yang terbabit perlu bertanggungjawab mengenainya. -HD |
| Rogol Anak Tiri: Penyanyi Hip Hop Ditahan Reman Hingga Sabtu Posted: 21 Feb 2012 12:22 AM PST Suspek perkosa anak direman hingga SabtuGOMBAK: Anak tiri kepada seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air yang ditahan polis selepas didakwa merogol mangsa di rumahnya di Gombak Jaya, di sini kini masih menerima rawatan di Hospital Selayang. Gambar hiasan. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang berusia 14 tahun masih menerima rawatan di hospital dan sedang diberi kaunseling oleh pihak hospital dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menurutnya, penyanyi terbabit juga direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penahanan seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air selepas didakwa merogol anak tirinya sejak tujuh tahun lalu. Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam kelmarin. -HM
'Perogol itu bukan saya' |
| Isu Malaysia-Israel: Mahfuz Mahu BN Minta Maaf Posted: 20 Feb 2012 10:37 PM PST Mahfuz: BN 'iktiraf' Israel, jadi wajar minta maafKUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kenyataan mereka sebelum ini yang kononnya tidak mengiktiraf Israel. Beliau berkata, walaupun tiada hubungan diplomatik secara rasmi dibuat, tetapi dengan membenarkan kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997 membuktikan bahawa Malaysia memberi pengiktirafan secara tidak langsung. "Kerajaan Umno dan BN perlu minta pada seluruh rakyat Malaysia kerana secara tak langsung mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Ia berdasarkan, pertama, kehadiran pasukan kriket yang mana pada waktu itu saya ditahan dan dibicara. "Kedua, dengan membenarkan mereka masuk seperti kehadiran kapal-kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan kita iktiraf mereka. Jadi mereka perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Palestin," katanya pada sidang media hari ini. Ahli Parlimen Pokok Sena ini membuat gesaan ini ketika Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kontroversi susulan temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu, yang mendakwa menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. Rentetan daripada kejadian itu, Anwar dikecam oleh pelbagai pihak dengan mengatakannya sebagai pro-Israel sehingga menyebabkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluar kenyataan meminta beliau menarik balik kenyataan atau menyaman media antarabangsa itu. Khamis lalu, Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur. Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Anwar menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel. "Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin. "Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar. -SH klik untuk baca ![]() |
| Lelaki Sembunyikan Kekasih Dalam Tandas Posted: 20 Feb 2012 08:30 PM PST Batu pahat – Taktik seorang lelaki menyembunyikan kekasihnya dalam tandas sebuah hotel tiga bintang di sini tidak menjadi selepas penguat kuasa jabatan agama daerah menjumpai sepasang kasut wanita di bilik berkenaan.Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohad Sopah, berkata, penemuan kasut wanita itu menyebabkan pihaknya memeriksa keseluruhan bilik dan menemui seorang gadis di dalam tandas bilik itu. Menurutnya, ketika serbuan dijalankan kira-kira jam 4 pagi semalam, lelaki berusia 23 tahun itu pada mulanya mengaku menginap sendirian di hotel tersebut sebelum tembelangnya pecah. Lelaki itu,katanya, hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju sejurus membuka pintu bilik berkenaan selepas diketuk beberapa kali penguat kuasa. "Selepas disoal, lelaki itu kemudiannya mengaku teman wanitanya ada bersama dalam satu bilik dan sedang bersembunyi dalam bilik mandi akibat terlalu panik. "Setelah dijumpai di bilik mandi, wanita berkenaan diperiksa pegawai wanita dan jelas wanita itu tidak mengenakan sebarang pakaian dalam," katanya. Pihaknya difahamkan, lelaki terbabit dikatakan dalam perjalanan menghantar teman wanitanya yang juga seorang pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di sini. Akibat terlalu kepenatan memandu, pasangan kekasih itu, katanya, mengambil keputusan untuk menginap di hotel berkenaan sebelum diserbu pihak berkuasa. "Kedua mereka berasal dari salah sebuah negeri di pantai timur negara dan masing-masing berusia 23 tahun dan mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut. "Pasangan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -SH |
| UMNO Semakin Tenat & Semakin Dekat Dengan Ajalnya Di Johor Posted: 20 Feb 2012 06:42 PM PST Polis sengaja biar provokasi samseng Umno di Parlimen SembrongKUALA LUMPUR: KEADILAN menuntut jaminan polis bahawa program anjuran Pakatan Rakyat selamat dari sebarang gangguan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nausution Ismail. "Kita kenal pasti 50 hingga 100 motosikal melibatkan kumpulan samseng upahan berusia antara 15 hingga 18 tahun. Melalui penduduk tempatan mereka ini samseng Umno. "Apakah jaminan polis untuk pastikan program politik Anwar Ibrahim dan lain-lain jika polis berpihak seperti ini?" katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. Dalam kejadian malam semalam, sekumpulan samseng Umno membaling batu hingga cermin kereta Anwar retak manakala pintu kanan dan kiri kereta kemek akibat ditendang. Beliau kesal kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan walaupun laporan polis sudah dibuat Ketua Cabang KEADILAN Sembrong, Mohd Yusof di balai polis Kluang, pagi tadi. "Kayu, batu, telur busuk dan mercun bola dibaling melepasi kepala polis," katanya sambil menyifatkan krebiliti polis sangat memalukan. Mengikut laporan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Saifuddin berkata, lebih 20 anggota polis bertugas ketika kejadian sekaligus bermakna bilangan anggota tidak berseragam adalah tiga kali ganda. "Apakah kerana kawasan yang kita masuki itu kawasan Menteri Dalam Negeri, polis membenarkan tindakan ganas semata-mata untuk lindungi kedudukan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan Parlimen Sembrong? "Apakah ketakutan mereka hilang sokongan sehingga terpaksa bertindak secara ganas terhadap program Pakatan Rakyat?" katanya. Saifuddin menegaskan, serangan samseng Umno itu tidak menggentarkan mereka, bahkan KEADILAN akan terus menggandakan program penerangan. "Tindakan ganas tak akan menyekat penerangan kita. Johor negeri paling berpotensi untuk Pakatan Rakyat. Kita tetapkan program gerak tumpu setiap minggu tanpa henti," katanya. -KD Samseng Umno Pecahkan Cermin kereta Anwar Di Semberong Ulasan GB Menjadi tanda bahawa UMNO semakin tenat dan semakin menemui ajalnya di Johor. |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




























No comments:
Post a Comment