Kelab Greenboc |
- Maknyah Masih Aktif Buru Pelanggan Di Kuantan
- Suara Sebenar Masyarakat Cina Mula Kedengaran Selepas Debat
- Latif Ibrahim Kembali Ke Rahmatullah
- Isi Kandungan Debat Soi Lek - Guan Eng: PAS Tak Pernah Bunuh Orang Cina
- [Dedah] Kapal Israel Di Pelabuhan Kelang Bukti UMNO Hipokrit Paling Nyata
- Pelacur Dari Negara "Gohed Gostan" Berlambak Di KL
- Bersekedudukan Dengan Wanita lain Kerana Balas Dendam Isteri Curang
- UMNO Semakin Hilang Akal: Cermin Kereta Anwar Pula Dipecahkan
- Undi BN Bermakna Kita Suka Pada Rasuah
| Maknyah Masih Aktif Buru Pelanggan Di Kuantan Posted: 20 Feb 2012 04:56 PM PST Mak Nyah Lorong Kunyit belum serikKUANTAN- Lorong Kunyit. Itu gelaran diberi penduduk di bandar ini berikutan kegiatan 'mak nyah' yang menjadikan ia port menjalankan aktiviti mencari pelanggan yang bernafsu songsang. Kelmarin, ketika tinjauan Sinar Harian di lokasi yang menyaksikan dua mak nyah diserang dan dibelasah dengan rantai besi oleh enam lelaki di Wisma Belia, Jalan Haji Abdul Aziz,Rabu lalu, aktiviti mereka masih berjalan seperti biasa. Ini menunjukkan mereka tidak gentar untuk mencari rezeki walaupun ada rakan cedera diserang ganas. Dalam tinjauan yang dilakukan, penulis bersama seorang rakan mendapati, tiga mak nyah bersidai di kaki lima di lokasi tersebut mencari pelanggan. Malah lokasi tersebut mula sesak dengan kehadiran kereta dan motosikal yang mungkin ingin mencari dan menjamu mata melihat aksi mereka. Dengan penampilan seksi dan menggoda, pakaian yang singkat dan mengghairahkan, bermekap cukup umpama wanita cantik, mereka tidak segan silu menghampiri kenderaan kereta ataupun motosikal yang berhenti. Ada yang jelita dan lebih cantik daripada wanita sejati menyebabkan lelaki terpedaya dan terkulai di tangan mereka, namun ada juga masih terlihat aura lelaki di sebalik penampilan glamor ditunjukkan. Kira-kira jam 12.30 malam, penulis bersama rakan terpaksa menyembunyikan diri di dalam kereta dari jauh untuk merakam gambar meeka ketika berurusan bersama pelanggan. Setengah jam menunggu, penantian kami berbaloi, apabila sebuah kenderaan berhenti dan sepantas kilat, seorang mak nyah menghampiri. Namun hanya lima minit, kenderaan terbabit beredar. Sangkaan kami mungkin harga yang dikenakan tidak memuaskan hati pemandu ataupun sekadar mengusik mak nyah terbabit. Lorong tersebut sebenarnya menjadi bualan dan antara destinasi wajib buat penghuni bandar Kuantan ataupun dari luar yang mengetahui aktiviti mereka. Ia sekadar untuk 'suka-suka' selepas puas berhibur dan berjalan bersama rakan di bandar Kuantan. Lorong itu pasti dilalui untuk melihat sendiri aktiviti dan wajah mak nyah di depan mata secara realiti. Malah rakan penulis turut memberanikan diri untuk memberhentikan kenderaannya di hadapan mak nyah terbabit. Ketika ditanya, mak nyah terbabit memberikan nama Mimi (bukan nama sebenar) dan tersenyum manis cuba menggoda rakan penulis. Bersuara lembut dengan sepasang blaus hitam, Mimi menunjukkan reaksi sedia dilanggan. Ditanya berapa harga yang ditetapkan, Mimi memberitahu RM50 dan sanggup mengikut rakan penulis ke lokasi yang diinginkan. Namun selepas berbasa-basi dan terlihat kelibat penulis dalam kenderaan itu, mak nyah tersebut terus menjauhkan diri. Mungkin mak nyah tidak menyukai wanita sejati seperti penulis. Selepas satu jam menghabiskan masa di lokasi tersebut, kami beredar dan akan menyambung tinjauan di lokasi tersebut di siang hari. Kalau malamnya ia umpama syurga pemuas nafsu buat penggemar dan pelaku songsang, siang pula berubah wajah, menjadi pusat aktiviti perniagaan dan ekonomi dengan deretan premis dan bank yang memberikan khidmat buat penduduk Kuantan. Ketika tinjauan Sinar Harian, ia langsung tidak menunjukkan ia menjadi port maksiat popular di bandar itu, seperti seolah-olah ia tidak berlaku kerana kesibukan warga Kuantan dengan urusan masing-masing. Namun apabila ditanya pada peniaga berhubung aktiviti negatif itu, mereka sukar memberikan kerjasama mungkin gusar dengan keselamatan mereka memandangkan mak nyah terbabit juga ada yang tinggal berhampiran di lokasi tersebut. Penulis dimaklumkan golongan itu berkumpul di lokasi terbabit setiap hari dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi, kecuali malam Jumaat. Penulis turut meninjau lorong di mana dua mak nyah diserang baru-baru ini. Sunyi dan memudahkan mereka yang melakukan perbuatan itu melarikan diri. Sebelum ini, dua mangsa yang dikenali dengan nama Rozita dan Shasha diserang dengan besi, topi keledar dan rantai besi berikat mangga oleh enam lelaki bermotosikal kira kira jam 3.30 pagi Rabu lalu menyebabkan cedera di kepala, badan dan lengan. Mereka menggelar lelaki-lelaki terbabit sebagai Geng Anti Mak Nyah dan mendakwa, sejak enam bulan lalu, 12 kali kejadian sama membabitkan 10 mangsa sudah terjadi dan dipercayai geng terbabit bertindak kira-kira jam 1 hingga 5 pagi, namun tidak mencuri atau mengambil barang mangsa. -SH klik untuk baca ![]() |
| Suara Sebenar Masyarakat Cina Mula Kedengaran Selepas Debat Posted: 20 Feb 2012 03:21 PM PST Warga maya marah Sin Chew siar laporan berat sebelahSelepas isu "Kak Tunda", akhbar Cina Sin Chew Daily pula menjadi sasaran keberangan warga maya berhubung perbahasan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Sabtu lalu. Ini kerana, menurut warga maya, laporan Sin Chew terlalu "berat sebelah" yang memberikan liputan yang menonjol kepada Chua dalam edisi akhbar itu semalam. Ini memaksa akhbar itu membuat penjelasan yang berulang kali di Facebook - tetapi mereka gagal meredakan kemarahan pembaca.Pada edisi Ahad, Sin Chew melaporkan hujah umum antara Chua dan Lim di muka depan, tetapi pada halaman berikut, iaitu pada muka surat 2, 3 dan 4, tumpuan hanya diberikan kepada Chua dan ucapan pemimpin BN yang lain. Ucapan Lim hanya dilaporkan pada muka surat 31, iaitu dua halaman terakhir dalam akhbar itu. Tindakan itu mengundang kemarahan warga maya yang membidas Sin Chew kerana didakwa berat sebelah pada laman Facebook akhbar itu. "Sin Chew Daily memberi Chua liputan luas, manakala berita Lim hanya dapat liputan kecil. Protes amalan harian berat sebelah itu," tulis seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Tan. "Sin Chew Daily menipu pembaca," kata seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Samc Chen. -mk Star akui kesilapan berhubung petikan Guan Eng Ulasan GB Kini suara masyarakat Cina yang sebenar telah kedengaran. Mereka membantah laporan senget terhadap debat. Bukan saja wartawan Sin Chew Jit Poh, malah hampir kesemua akhbar media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil kepada debat. BERNAMA sendiri membuat laporan yang berat sebelah apatah lagi wartawan-wartawan akhbar arus perdana yang lain. Mungkin benar dakwaan sesetengah pihak bahawa taraf kewartawanan negara ini sebagai "pelacur". Kebenaran akhirnya terserlah jua sekalipun NUJ cuba menafi dan menolak dakwaan tersebut. Jika sebelum ini NUJ berkehendakkan fakta ddengan bukti dan keterangan, laporan di atas menjelaskan segala-galanya. NUJ, what say you now? |
| Latif Ibrahim Kembali Ke Rahmatullah Posted: 20 Feb 2012 05:12 AM PST Latif Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Sakit JantungPETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak. Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini). Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan. Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu. Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu. Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010. -mstar Ulasan GB Tiada yang kekal di atas mukabumi ini. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Dari Allah kita datang kepadaNya kita dikembalikan. Alfatihah. |
| Isi Kandungan Debat Soi Lek - Guan Eng: PAS Tak Pernah Bunuh Orang Cina Posted: 20 Feb 2012 03:17 AM PST Seluruh Malaysia ingin saksi debat Najib vs Anwar"Meskipun dianggap sedikit keluar tajuk, namun kesemuanya teruja dengan debat antara Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng dengan Presiden MCA Chua Soi Lek. Dari pengulas, pengacara rancangan, sehingga hadirin yang ditemubual, kesemuanya menyatakan hasrat yang sama, yang turut diungkapkan oleh Lim Guan Eng sebermulanya debat pada petang ini, "Seluruh rakyat Malaysia ingin menyaksikan debat antara Najib dengan Anwar!" Perbahasan dua pemimpin tertinggi dari DAP dan MCA ini diadakan dalam conference bertemakan "Kaum Cina Malaysia di persimpangan politik", dengan tajuk debat "Apakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Perkauman untuk dua kaum?", pada jam 5 petang di Hotel Berjaya Times Square. Perdebatan anjuran bersama Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dengan badan pemikir MCA, INSAP ini berlangsung untuk sejam, merangkumi sesi soal-jawab dari bawah pentas, dipengerusikan oleh Tang Ah Chai, Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), disiarkan secara langsung oleh ASTRO. Chua Soi Lek bermula dengan mengakui kebaikan "sistem dua parti" di negara demokrasi, namun menyerang DAP sebagai parti yang menabur fitnah dan mengamalkan politik dendam untuk merampas kuasa. Chua mendakwa DAP sekarang sudah tidak sama dengan DAP yang lalu, kerana bersekutu dengan PKR dan PAS - satu gandingan politik yang akan didominasi PAS pada akhirnya. Chua mengulangi serangannya, bahawa PAS akan menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia, dan ia gagal dihalang oleh DAP, yang disifatkan olehnya sebagai "eunuch" (pegawai yang dimandulkan) politik. Chua menyindir DAP sebagai parti yang bijak menyolek imej dirinya, memberi contoh bagaimana parti yang mendakwa dirinya berbilang kaum itu selama ini hanya berani bertanding di kawasan majoriti Cina. Malah, Chua sekali lagi menyindir bahawa DAP tidak berani bertanding untuk mencabar UMNO. Pakatan bersedia diperalatkan Rakyat Lim yang berucap kemudiannya, mampu menjawab beberapa soalan, termasuk menyanggah tuduhan dengan mengemukakan hujah UMNO yang menyerang bahawa PAS dan PKR diperalatkan DAP. Malah Lim menambah, parti komponen Pakatan Rakyat bukan saling memperalatkan, tetapi hanya bersedia diperalatkan oleh rakyat. Sebaliknya, Lim berkata sistem perkauman wujud dalam Barisan Nasional sendiri, dengan UMNO untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India. Lim juga memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang mendakwa dirinya mendahulukan identitinya sebagai orang Melayu lebih daripada sebagai orang Malaysia, untuk menunjukkan sistem perkauman dalam BN. Malah, beliau mencabar pemimpin UMNO untuk mencontohi keberanian Anwar Ibrahim, yang melaungkan "Ketuanan Rakyat", menggantikan "Ketuanan Melayu", bukan sahaja di depan bukan Melayu, tetapi di depan masyarakat Melayu sendiri. Malah Lim menekankan sekurang-kurangnya 40% Melayu menyokong parti komponen PR dalam PRU 12, yang menyebabkan beliau mampu diangkat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua-Lim bersilat lidah Perdebatan semakin menyimpang dari tajuk, apabila memasuki pusingan seterusnya. Beberapa contoh dipetik oleh Chua, mahupun hadirin di bawah pentas, antaranya isu pengambilan komisen di Kedah yang didedahkan baru-baru ini, malah bantahan Pemuda PAS ketika Najib mengumumkan untuk memansuhkan kuota bumiputera - untuk menunjukkan PAS masih mengamalkan politik rasuah dan perkauman. Malah, Lim diserang dengan isu tender "kot" yang melibatkan Nga Kor Ming (bekas EXCO Pakatan Rakyat Perak), dan ketidaksampaian kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan manifesto pilihan rayanya. Lim apabila sampai gilirannya, menyerang dengan mendakwa bekas Presiden MCA yang terpalit dengan skandal-skandal, termasuk skandal koperasi pada tahun 1980-an, hingga PKFZ pada beberapa tahun kebelakangan ini. Malah beliau mempersoalkan sama ada Chua menerima keadaan di mana tiada pimpinan UMNO didakwa dalam kes PKFZ? Chua tidak menyerah begitu sahaja, mendakwa MCA yang berumur lebih 60 tahun, semestinya melakukan kesilapan, sementara kebaikan yang juga dilakukan pada masa yang sama. Namun, Pakatan Rakyat yang hanya berumur 3.5 tahun, telah menunjukkan rekod yang tercemar, menurutnya. Malah, Chua mendakwa MCA yakin dengan sistem penghakiman untuk menegakkan keadilan, berbeza dengan mereka yang mengerah demonstrasi apabila dibicarakan di mahkamah. Ketika menggulung perdebatan, Lim lebih untuk mempromosi dasar Pakatan Rakyat, mengambil kesempatan untuk menyeru agar masyarakat Cina menyokong PR. Lim tidak menjawab isu Negara Islam, cuma membalas dengan "PAS tidak pernah membunuh orang Cina", tanpa sebut nama Teoh Beng Hock. Bagaimanapun, Chua mengasak Lim untuk mengemukakan satu dasar ekonomi - bagaimana untuk mengeluarkan rakyat dari tersepit dengan pendapatan rendah? Chua menganggap Lim masih kekal dengan perangainya sebagai kaki demo, dan hanya mengubal dasar populis ketika menerajui tampuk kerajaan. Debat itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang dalam dewan, terdiri daripada penyokong MCA, DAP, orang awam dan pengamal media, dengan kelebihan peluang soal diberikan kepada penyokong MCA - sehingga diprotes penyokong DAP. Pengerusi debat ini, Tang Ah Chai bagaimanapun memuji prestasi kedua-dua Lim dan Chua, dan berharap masyarakat ini memiliki keberanian untuk bersuara, dan kelapangan dada untuk mendengar pandangan yang berbeza. -MR |
| [Dedah] Kapal Israel Di Pelabuhan Kelang Bukti UMNO Hipokrit Paling Nyata Posted: 20 Feb 2012 02:47 PM PST Jingga 13: Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan KlangNGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang. Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel. "Dagangan ini menyumbang kepada ekonomi Israel, dan kami percaya bahawa Malaysia telah menyumbang wang yang digunakan untuk membeli peluru yang membunuh rakyat Palestin," kata ketua penyelaras Jingga 13 Fariz Musa. Menurutnya, saham Zim Integrated Shipping Services Ltd turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv. Beliau turut mendedahkan beberapa dokumen termasuk kebenaran belayar atau 'sailing clearance' dan dokumen penerimaan ejen penghantaran yang disahkan Kastam Diraja Malaysia. Fariz turut menayangkan rakaman video telefon pintar kehadiran dua kapal kargo, Zim USA dan Zim Atlantic di Pelabuhan Klang. "Zim USA dan Zim Europa belayar terus dari Pelabuhan Ashdod, dipercayai kapal milik Zim turut belayar ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak," katanya. "Persoalannya, kenapa ada hubungan dagang? Polisi tak jelas. Dasar kerajaan patutnya tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik. Apakah ini satu pengiktirafan kepada kerajaan haram Israel?" katanya. -mk Ulasan GB Doa kita supaya kebenaran itu terbuka akhirnya dimakbulkan Allah swt jua. Terdedah nyata kini bahawa Malaysia mempunyai hubungan dagangan dengan Israel. UMNO menunjuk orang lain denagn satu jari tetapi tidak sedar empat jarinya menghala kepada diri sendiri. Dulang paku serpih - mengatakan orang sedangkan kamu sebenarnya yang lebih! klik untuk baca ![]() |
| Pelacur Dari Negara "Gohed Gostan" Berlambak Di KL Posted: 20 Feb 2012 01:24 AM PST Melancong untuk melacurKUALA LUMPUR – Kegiatan pelacuran membabitkan wanita dari negara-negara Asia Tengah yang pernah dibanteras pada 2009 kini dikesan cuba dihidupkan kembali di kawasan Bukit Bintang di sini. TINJAUAN wanita dari negara Uzbezkistan yang menawarkan dirinya untuk dijadikan pelacur di sekitar jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Risikan polis mendapati, pelacur dari negara Asia Tengah termasuk Kazakhstan, Uzbekistan dan Turkmenistan berusia lingkungan 20-an itu dibawa ke sini oleh sindiket tertentu dengan menggunakan pas pelajar atau pas pelancong. Mereka kembali digilai atas beberapa faktor termasuk cantik, bertubuh tinggi lampai, berkulit gebu dan seksi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, ia terbukti apabila pihaknya menahan 15 wanita dari negara-negara itu baru-baru ini. Katanya, kemasukan semula wanita itu disebabkan permintaan tinggi dari lelaki warga asing dan tempatan. "Aktiviti persundalan sejak hujung tahun lalu itu mula dikesan pada awal tahun ini. Pelacur-pelacur itu akan 'dibela' oleh seorang bapa ayam yang akan menghantar mereka ke sebuah pub di Bukit Bintang di sini pada pukul 9 malam untuk mencari pelanggan," katanya kepada Kosmo!. Tambahnya, dalam serbuan itu, 13 gadis dari Asia Tengah tersebut gagal menunjukkan dokumen perjalanan dan polis percaya pasport mereka dipegang oleh pihak sindiket. Menurut Abdul Jalil, gadis berkenaan mengenakan caj di antara RM500 dan RM1,000 bagi sekali perkhidmatan seks. "Pelacur China pula dicari kerana caj perkhidmatan seks yang murah iaitu RM150 hingga RM200 manakala wanita Vietnam pula dipilih kerana pandai berbahasa Inggeris," katanya. Ujar Abdul Jalil, pihaknya percaya sindiket-sindiket itu tidak akan berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk menghidupkan semula kegiatan tersebut walaupun polis kerap melakukan serbuan. "Kita akan tetap mengekang kegiatan itu walaupun mereka menggunakan pelbagai taktik termasuk mengubah tempat operasi," katanya. -kosmo |
| Bersekedudukan Dengan Wanita lain Kerana Balas Dendam Isteri Curang Posted: 19 Feb 2012 11:34 PM PST Balas dendam isteri curangBATU PAHAT – Seorang lelaki yang kecewa terhadap kecurangan isterinya mengambil keputusan membalas dendam dengan memadu asmara bersama perempuan lain di sebuah rumah kedai usang di sini. Bagaimanapun nasib lelaki itu yang merupakan warga Indonesia malang apabila perbuatannya berjaya dihidu penduduk kampung lalu dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat kira-kira jam 1 pagi semalam. Timbalan Penguatkuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit sanggup menjadikan sebuah rumah kedai yang telah terbiar dan berbau busuk di Sri Gading untuk memuaskan nafsu mereka. "Ketika diserbu, rumah kedai berkenaan berada dalam keadaan gelap sebelum beberapa anggota penguat kuasa bertindak mengepungnya. "Tiba-tiba seorang lelaki meluru keluar menerusi pintu belakang. Bagaimanapun tindakan nekadnya gagal kerana diberkas anggota yang berkawal di pintu belakang rumah kedai itu," katanya. Saiful Ariffin berkata, pemeriksaan penguatkuasanya kemudian mendapati ada tangga yang menghubungkan ruang unit bilik atas rumah kedai itu sebelum menemui pasangan lelaki terbabit bersembunyi sebalik pintu. "Pasangan berusia 42 dan 45 tahun masing-masing berasal dari Jawa Timur, Indonesia dan lelaki terbabit sudah tiga tahun menetap selain bekerja sebagai buruh binaan di sini. "Difahamkan lelaki terbabit mengakui mempunyai isteri di negara asalnya malah memiliki seorang anak berusia 14 tahun. Bagaimanapun selepas mengetahui kecurangan isterinya, dia bertindak 'membalas dendam' dengan mengadakan hubungan dengan perempuan lain," katanya. Menurut Saiful Ariffin, berdasarkan siasatan, kedua-duanya gagal membuktikan mereka pasangan suami isteri yang sah. Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut. "Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan, bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -SH |
| UMNO Semakin Hilang Akal: Cermin Kereta Anwar Pula Dipecahkan Posted: 19 Feb 2012 09:33 PM PST Johor: Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong. Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat. Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis. Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib. Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta 'dipecahkan sendiri'. "Saya saksi di tempat kejadian," kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu. Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat. -KD ![]() klik untuk baca ![]() |
| Undi BN Bermakna Kita Suka Pada Rasuah Posted: 19 Feb 2012 07:25 PM PST Beginilah perangai rasis Umno/BN yang suka menakut-nakutkan rakyat. Umno menakut-nakutkan orang Melayu terhadap orang Cina. Disebaliknya pula MCA menakut-nakutkan orang Cina dengan Islam!PM Najib beritahu umat Islam hari ini bahawa undi PAS adalah undi untuk DAP, sehari selepas Presiden MCA Chua Soi Seks beritahu pengundi Cina, undi DAP adalah undi untuk PAS! Dr Chua memberi amaran kepada masyarakat Cina semasa perdebatan beliau dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam bahawa undi untuk parti pembangkang adalah undi untuk PAS. Apakah 400 perwakilan di Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam yang mendengar dakyah PM Najib itu mudah terpedaya dengan fitnah tersebut? Dan mahukah kita semua melihat Umno/BN meneruskan tradisi rasuah yang selama ini menindas kehidupan kita? Kita mahukan perubahan. Umno/BN tidak mampu melakukan perubahan terutamanya untuk menghapuskan rasuah dan 'good governance'. PR telah menjanjikan beberapa perubahan untuk penambahbaikan.Kita sendiri telah melihat negeri-negeri dibawah perintah PR melakukan beberapa perubahan dimana tidak ada berlakunya rasuah dan penyelewengan. Pentadbiran kewangan yang baik di empat negeri Pakatan Rakyat (PR) di akui oleh jentera kerajaan pusat sendiri menerusi laporan Ketua Audit Negara. Pulau Pinang dan Selangor mengungguli dari segi pengurusan kewangan dengan menduduki dua kedudukan teratas. Audit Negara memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional. Aku lebih takut mengundi Umno/BN kerana mengundi BN bermakna kita suka pada rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang sekian lama menjadi ikon Umno/BN. -alhusseyn |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |















No comments:
Post a Comment