Kelab Greenboc |
- MCA Takut Berdepan DAP Di Kawasan Majoriti Penduduknya Cina
- [Bergambar] Anwar Dibawa Dengan Motosikal Ke Tempat Ceramah Di Pekan Pahang
- 61 Remaja Dicekup Semasa Tonton Penari Tiang
- Kelantan Miskin Kerana Dizalimi Kerajaan Pusat
- Penagih Larikan Kereta Peronda Polis
- Gadis Tayang Tubuh Bogel Depan Penguatkuasa
- Selepas Meroyan, Hassan Ali Semakin Meraban, Tuduh Kerajaan Kelantan Ada Parasit
- Perlantikan TNC Universiti Pertahanan Dipertikai
- Gadis Menyorok Belakang Almari Kanvas Elak Ditahan
MCA Takut Berdepan DAP Di Kawasan Majoriti Penduduknya Cina Posted: 18 Feb 2012 04:31 PM PST DAP dicabar letak calon di kawasan Melayu KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mencabar DAP meletak calon di kawasan Melayu terutama kerusi UMNO pada pilihan raya umum akan datang. Gambar: SOI LEK (kanan) menyampaikan hujahnya pada sesi perdebatan dengan Guan Eng (kiri) yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai di Kuala Lumpur semalam. Tegas beliau, cabaran itu dibuat apabila melihat DAP yang wujud sejak 46 tahun lalu hanya berani bertanding di kawasan majoriti penduduknya adalah kaum Cina. "Ini sama sekali tidak mencerminkan imej parti DAP yang mendakwa ia adalah parti berbilang kaum," katanya pada sesi perdebatan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertajuk Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa di sini semalam. Beliau berkata, parti pembangkang itu mempunyai pengalaman hanya dengan mendapat sokongan daripada masyarakat Cina. "Jika kita tinjau, masalah mereka hanya berani bertanding di tempat di mana majoritinya adalah penduduk Cina. "Mereka beritahu orang Cina, sudah tiba masanya untuk mengajar UMNO tetapi parti pembangkang tidak berhadapan dengan UMNO sebaliknya hanya berani dengan parti-parti di kalangan masyarakat Cina," tegasnya. -kosmo Ulasan GB Apa yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek itu sebenarnya satu helah untuk menghambat DAP supaya jangan bertanding di kawasan dimana ramai pengundi Cina agar MCA mempunyai peluang untuk bernafas. Jika saya menjadi pimpinan DAP saya akan mencabar pula supaya MCA jangan bertanding di bandar tetapi bertanding di kerusi-kerusi orang Melayu dan umat Islam terutama di kawasan PAS. Semua orang tahu bahawa masyarakat Cina sudah hilang kepercayaannya kepada MCA. Ia adalah hasil daripada kekalahan teruk parti berkenaan di dalam pilihanraya pada 2008 yang lepas. MCA sudah hampir pupus di peta politik negara dan kini mencari jalan dan helah baru bagi menarik sokongan kepada parti itu yang telah dikuasai oleh DAP, sebuah parti komponen Pakatan Rakyat. Lebih ramai masyarakat Cina kini telah mengerti bahawa politik perkauman yang ditunjungi oleh parti-parti komponen BN sudah tidak berupaya untuk kekal lama di pesada politik tanahair, malah BN sendiri sudah dilihat sebagai sebuah parti yang bakal pupus dan bakal dikerandakan oleh rakyat di pilihanraya akan datang. |
[Bergambar] Anwar Dibawa Dengan Motosikal Ke Tempat Ceramah Di Pekan Pahang Posted: 18 Feb 2012 03:10 PM PST Sekatan Sebabkan Jalan Raya Sesak 5 Km, Anwar BONCENG Motosikal GEMPUR Kubu Najib di PEKAN, Pahang Blog pkrnegeripahang melaporkan program ceramah Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim di dua lokasi berasingan di Pahang, iaitu di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan dan juga di Pekan, Pahang. Walaupun dimomokkan dengan isu Israel oleh media propaganda milik UMNO, namun hal itu tidak menghalang ribuan rakyat tempatan menghadiri ceramah beliau. Blog rasmi PKR Pahang itu mendakwa tidak kurang 3000 penduduk di Taman Mahkota Aman mendengar penjelasan Anwar berkaitan dengan isu semasa dan isu Israel yang diputarbelitkan oleh media perdana. Program ceramah di Taman Mahkota Aman itu bermula pada jam 9.00 malam dan Dato' Seri Anwar tampil sebagai penceramah pertama memandangkan beliau akan bergegas pula ke Pekan untuk program ceramah berikutnya Ceramah Anwar di Kuantan, Pahang Orang ramai membanjiri lokasi ceramah di Mahkota Aman Ceramah Anwar di Pekan, Pahang DEMI RAKYAT....Dato' Seri Anwar menaiki motosikal ke Pekan Kredit gambar: blog pkrnegeripahang Berbeza daripada situasi di Mahkota Aman, perjalanan Dato' Seri Anwar menuju ke Pekan terganggu apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi menuju ke tapak ceramah. Sekatan polis itu menyebabkan orang ramai yang ingin ke lokasi ceramah merungut kerana berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk. Kesesakan sejauh 5 km seperti yang dilaporkan oleh MK itu memaksa Dato' Seri Anwar menaiki motosikal ke lokasi ceramah. Tiba di lokasi ceramah, Anwar disambut tidak kurang daripada 4 000 penduduk tempatan yang sabar menunggu untuk mendengar penjelasan tentang pelbagai isu semasa. Sambutan dan jumlah penduduk yang hadir pada ceramah itu sesungguhnya sesuatu yang luar biasa kerana Pekan dimomokkan sebagai kubu kuat Najib 1Malaysia. -DuniaCacaMarba P/s: Walaupun polis mengadakan beberapa sekatan jalan raya di laluan ke tapak ceramah, namun kunjungan penduduk tempatan dalam jumlah yang besar sudah tentu menggerunkan Najib. Bayangkan jika tiada sekatan jalan raya, agak-agaknya berapa ribu yang hadir semalam? Berkaitan: Sekatan akibatkan kesesakan 5km di ceramah Anwar [MK] Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer. Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit". Katanya, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar. Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam. Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana. Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan". Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976. -blog duniacacamarba Anwar naik motosikal gempur Parlimen Pekan |
61 Remaja Dicekup Semasa Tonton Penari Tiang Posted: 18 Feb 2012 06:54 AM PST Kuala Lumpur – Seramai 61 remaja yang sedang berseronok menyaksikan aksi panas penari-penari tiang adalah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi. Pusat hiburan itu menggunakan khidmat penari tiang bagi menarik ramai pelanggan termasuk mereka bawah umur. Kelab malam ini dipercayai baru beroperasi empat minggu menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita hanya memakai coli serta seluar dalam mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung saban malam. "Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah di atas pentas, penari itu akan melakukan aksi panas dan memanjat tiang setinggi kira-kira tiga meter, mereka akan melakukan persembahan kira-kira 15 minit pada jam 10.45, 11.45 malam dan 1.30 pagi, " kata Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mat Isa. Kesemua mereka ditahan dalam operasi sekitar jam 1 pagi tadi. Azman berkata, polis memeriksa hampir 217 pengunjung di premis tersebut dan turut menahan enam penari tiang wanita warga tempatan."Kita juga dapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan. "Semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka," katanya. -SH |
Kelantan Miskin Kerana Dizalimi Kerajaan Pusat Posted: 18 Feb 2012 05:59 AM PST Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara. Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu. "Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya. "(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani.. Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah. Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam. Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri. "Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri. "Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau. -HD Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib' Ulasan GB Sebenarnya kelantan negeri terkaya di negara ini jika UMNO BN tidak merompak wang royalti minyaknya. Dan jangan lupa Mahathir mengakui bahawa beliau sendiri menyekat pembangunan di Kelantan kerana khuatir rakyat negeri itu tidak menyokong BN. Saksikan: |
Penagih Larikan Kereta Peronda Polis Posted: 18 Feb 2012 04:33 AM PST Lari guna kereta peronda BUKIT BERUANG – Polis Melaka meminta keprihatinan orang awam untuk mengesan seorang suspek yang terlibat melarikan kereta peronda polis. Suspek berasal dari Kampung Baru Kanan, Kemasek, Kemaman, Terengganu juga dikehendaki membabitkan dua kes dadah. Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam kejadian jam 9.50 malam semalam, suspek ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk membuat laporan kemalangan jalan raya berlaku pada 14 Februari lalu. "Tetapi nama suspek disenaraikan sebagai orang dikehendaki yang bersangkutan dua kes dadah di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Tanjung Minyak, Melaka. "Apabila mengetahui dirinya dikehendaki polis, suspek melarikan diri sebelum ditangkap semula. Dia tidak digari kerana tangan kanannya bersimen akibat kemalangan," katanya. Menurutnya, ketika dimasukkan ke dalam kereta peronda, suspek berjaya ke tempat duduk pemandu dan mengunci kesemua pintu sebelum melarikan kereta terbabit. "Kereta peronda berkenaan ditemui pada jam 2.30 pagi semalam, di Kampung Panchor, Alor Gajah. "Bagaimanapun, suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau menghilangkan diri," katanya. Ghee Lye berkata, suspek mempunyai ketinggian lima kaki dan berbadan kurus, dipercayai akan mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital kerana kecederaan dialaminya. "Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi IPK Melaka 06-2851999 atau Ibu Pejabat Polis Alor Gajah, 06-5564153," katanya. -SH Ulasan GB Yang peliknya apakah polis cuai meninggalkan kunci di dalam kereta sehingga mudah ianya dilarikan? |
Gadis Tayang Tubuh Bogel Depan Penguatkuasa Posted: 18 Feb 2012 03:13 AM PST Bogel depan penguat kuasa BATU PAHAT – Tergamam! Demikian reaksi sekumpulan pegawai penguat kuasa agama selepas tubuh yang membuka pintu sebuah bilik di hotel bajet di sini, tidak dibaluti waima dengan seurat benang sekalipun. Lagak selamba si gadis yang terus menayangkan tubuhnya itu, diburukkan lagi selepas dengan tidak semena-mena gadis itu meracau kepada pegawai penguat kuasa agama yang ketika itu sedang menjalankan operasi banteras maksiat. Timbalan Penguatkuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pegawai bertugas berulang kali mengarahkan gadis itu supaya mengenakan pakaian, namun tidak diendahkan dan berterusan membiarkan tubuhnya diperhatikan tanpa sedikit pun rasa malu. Katanya, ketika serbuan dalam operasi banteras maksiat kira-kira jam dua pagi kelmarin, gadis berusia 26 tahun itu dipercayai berdua-duaan bersama pasangannya di dalam bilik hotel bajet berkenaan sebelum diserbu. "Melihat keadaan gadis terbabit tanpa pakaian, kami mengarahkannya mengenakan pakaian lengkap, namun dia berlagak selamba dan tidak mengendahkan arahan itu. "Anggota wanita yang bertugas kemudiannya memberikan tuala sebelum gadis itu mengenakan pakaian lengkap sebelum berulang kali mengatakan dirinya hanya berseorangan di bilik hotel itu," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, turut ditemui sekeping nota penuh contengan bersamanya dan berdasarkan nota itu, gadis berkenaan dipercayai mengalami masalah kemurungan. "Antara isi kandungan kertas itu termasuk, 'aku tertekan kejar akhirat', serta beberapa contengan lain yang agak sukar difahami malah tulisannya seperti individu yang berada di bawah pengaruh dadah yang kebiasaannya sering berimaginasi. "Turut ditemui bersama gadis terbabit satu kotak berisi kondom dipercayai digunakan bagi tujuan hubungan seksual," katanya. Bagaimanapun katanya, pasangan gadis itu dipercayai mengetahui kehadiran unit penguat kuasa lebih awal, sebelum meloloskan diri menerusi tingkap tingkat dua hotel terbabit. "Hasil siasatan mendapati gadis terbabit merupakan warga tempatan, malah turut mendakwa dirinya anak yatim piatu. "Malah, dia mula menangis serta meracau sejurus diperiksa anggota bertugas sebelum diberikan kaunseling," katanya. |
Selepas Meroyan, Hassan Ali Semakin Meraban, Tuduh Kerajaan Kelantan Ada Parasit Posted: 18 Feb 2012 12:53 AM PST Hasan Ali: Kerajaan Kelantan pun ada parasit KUALA LUMPUR - Datuk Dr Hasan Ali mengulangi dakwaannya bahawa golongan parasit semakin mencengkam kuat Pas sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti Islam itu. Sehubungan itu, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini, dalam kerajaan Pas negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Abdul Aziz juga merupakan Mursyidul Am Pas. "Takkanlah (Presiden Pas Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan Nik Aziz tidak layak jadi Perdana Menteri. "Takkanlah pasal pakai kopiah tidak boleh jadi Perdana Menteri sedangkan terdapat banyak pemimpin luar tidak fasih berbahasa Inggeris. China jadi kuasa ekonomi dalam dunia walaupun tidak pandai cakap orang putih," katanya semasa ditemu ramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam ini. Disebabkan sudah tidak mendapat ruang dalam Pas yang katanya kini dikuasai oleh golongan parasit, beliau menubuhkan "Jati" (Jalur Tiga), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang keahliannya adalah terbuka termasuk kepada ahli Pas dan Umno jika niat mereka mahu memilih Islam sebagai kuasa ketiga. Hasan berkata, Jati tidak akan bertanding dalam pilihan raya tetapi akan menjadi kuasa penentu kerana ramai orang Melayu dan Islam hari ini sudah putus asa dengan senario politik sekarang. "Jati boleh bekerjasama dengan Umno mahu pun Pas jika perkara Islam, Melayu dan Raja menjadi keutamaan," katanya. Hasan berkata, Pas harus dikembalikan ke tangan ulama. "Sekarang konsep negara Islam sudah ditinggalkan dan pemimpin (Pas) hari ini hanya bercita-cita untuk ke Putrajaya. "Bagi saya Putrajaya itu adalah bandingan yang paling hampir, seharusnya bandingan perlu dibuat lebih jauh, lebih 1,000km. Ini kalau setakat Putrajaya, dia bukan seorang yang layak menjadi pemimpin," kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor ini. Katanya, jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecilpun susah hendak dilaksanakan. Dalam temu ramah kali ini, Hasan yang dipecat Pas awal bulan lalu berkata, terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada Pas sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia. Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama Pas membentuk kerajaan negeri Selangor. "Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan 'girlfriend'," katanya. Hasan berkata, bahawa dalam urusan pembangunan, beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara-perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat. Ketika ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata: "Saya tidak boleh letakkan 'percentage' pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal-hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman exco yang lain... bila tentang Islam, memang banyak halangan". Hasan, yang dipecat oleh Pas kerana didakwa melakukan perbuatan yang menjejaskan kepentingan parti, berkata prinsip sangat penting dalam perjuangan beliau dan kerana itu beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja. "Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja," katanya. -SH Ulasan GB Hassan Ali terlupa ketika satu jarinya menunjuk orang lain, empat jarinya yang lain menunjukkan dirinya sendiri sebagai parasit. Ketidak-jujurannya bersama PAS semakin terserlah. "Hukuman" yang diterimanya lansung tidak menyedarkan dirinya, malah menjadikan beliau semakin hanyut dan semakin sesat sekaligus mengesah dan membuktikan keputusan pimpinan PAS memecatnya adalah satu tindakan yang amat tepat. Syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada Shaari Sungip yang telah menyebabkan timbul hal berkenaan Hassan Ali ini sekalipun Shaari Sungip terpaksa menerima hukuman "diberi amaran". Jika diminta pendapat GB mengenainya, GB akan berkata: Shaari a.k.a Abu Urwah sepatutnya diberikan penghargaan bukan amaran kerana jasanya membersihkan PAS dari mereka yang munafik itu. Namun semuanya sudah berlalu, ada hikmahnya di sebalik segala kejadian itu. Kini apabila Husam Musa mendedahkan rancangan sebenar Hassan Ali selepas PRU2008 yang lalu, Hassan Ali bingkas cuba menuduh Naib Presiden PAS yang juga exco kerajaan negeri kelantan itu sebagai parasit. Semakin jelas beliau kini seperti "gila talak" apabila terus merapu dan meraban setelah dipecat dari PAS. klik untuk baca |
Perlantikan TNC Universiti Pertahanan Dipertikai Posted: 17 Feb 2012 10:39 PM PST PAS persoal Rugayah dilantik TNC UPNM KUALA LUMPUR, 18 Feb: PAS mempersoal tindakan melantik Prof Dr. Rugayah Mohamed (gambar)sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang baru. Dalam satu kenyataan, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, PAS terkejut dan kesal dengan perlantikan tersebut kerana Prof Rugayah merupakan bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Innovasi), Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia yang telah ditamatkan perkhidmatannya pada awal Februari 2012 yang lalu. Malah katanya, sumber yang diperolehi mendapati bahawa Prof Rugayah telah mengheret pentadbiran UTHM ke mahkamah termasuk dua orang Timbalan Nasib Canselor dan dekan-dekan fakulti. Kes tersebut dijangka akan dibicarakan selama lima hari mulai 29 Mac hingga 3 April depan dengan seramai 13 orang staf disapina termasuk Mantan Naib Canselor UTHM Datuk Prof Ismail Bakar. "Persoalan yang timbul bagaimana seorang yang telah ditamatkan perkhidmatan sebagai TNC di salah sebuah IPTA lain dan telah mengaibkan institusi terdahulu berkenaan dengan tindakan saman mahkamah telah dilantik pula ke sebuah institusi lain. "Dalam keadaan pula kes tersebut akan dibicarakan dan belum dapat ditentukan saman tersebut fitnah atau sebaliknya diangkat pula sebagai TNC sebuah IPTA lain sedang IPTA tersebut mempunyai ramai bilangan Professor yang lebih layak dan mempunyai integriti yang tinggi," katanya. Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan turut mempersoal perlantikan itu. Beliau mahu penjelasan, adakah perlantikan Prof Rugayah itu dibuat melalui Jawatankuasa Pemilih khas yang ditubuhkan untuk melantik Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor. "YB Menteri Pengajian Tinggi juga pernah berjanji bahawa setiap lantikan Naib-naib Canselor dan TNC perlu melalui proses Jawatankuasa Pemilih (search committee) yang ketat. "Maka tidak adakah calon-calon yang bersih dan mempunyai kredebiliti yang lebih tinggi layak untuk memikul tanggungjawab tersebut," soalnya. -HD |
Gadis Menyorok Belakang Almari Kanvas Elak Ditahan Posted: 17 Feb 2012 08:56 PM PST Ampang - Taktik seorang gadis menyorok di belakang almari kanvas bagi mengelak ditahan, gagal apabila dia berjaya dicekup Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi kelmarin. Pasangan itu antara tujuh orang termasuk seorang perempuan yang ditahan di sebuah rumah di Taman Mawar dalam serbuan Operasi Cegah Maksiat kira-kira jam 2 pagi. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan maksiat yang berlaku di rumah itu. "Kami mendapati tiga lelaki hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan, manakala dua perempuan itu pula berpakaian lengkap, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, gadis yang menyorok di belakang almari itu memberi alasan baru datang dan menumpang tidur di rumah kekasihnya itu kerana bapa saudaranya tiada di rumah. "Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Dalam operasi yang berasingan, seorang ibu kecewa apabila mengetahui anaknya yang berusia 18 tahun itu minum minuman keras. Ahmad Nawi berkata, remaja itu ditahan bersama empat rakannya termasuk dua perempuan dalam sebuah kereta jenis Toyota Avanza di Bukit Langat. "Kami mendapati tiga lelaki itu dalam keadaan mabuk, mereka di antara 13 orang yang ditahan di Bukit Langat kerana disyaki berkelakuan kurang sopan yang boleh menimbulkan syak di tempat awam," katanya. Beliau berkata, ibu bapa remaja berkenaan yang dipanggil ke Masjid Al-Azim terkejut apabila mengetahui anak masing-masing dalam keadaan mabuk. "Ibu remaja terbabit tidak mengetahui anaknya itu keluar bersama rakannya setelah dimaklumkan pergi bekerja di pasar malam," katanya. Menurutnya, operasi tersebut dijalankan mengikut Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit bersalah, boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. "Kesemua yang ditahan itu perlu menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Mac ini," katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment