Kelab Greenboc |
- [Bergambar] Anggota Polis Bersama Anak Tiri Masih Lemas
- [Bergambar] Gambar-gambar Aneh, Pelik & Lucu Untuk Hilangkan Tekanan
- [WASPADA] Ada "Superman" Di Kuala Berang, Terengganu
- Yayasan Selangor Diaudit 6 Bulan Sekali Dibawah PR Berbanding 3 Tahun Sekali Semasa BN
- Ayuh Rakyat Johor, Tamatkan Segera Keangkuhan & Ketakburan UMNO BN Johor
- Lelaki Baru Keluar Penjara Rogol Adik
- [Video] Samseng Serang Ceramah Pakatan Di Dewan Kg Idaman
- Naluri Tidak Normal, Gemar laku Seks Semasa Datang Bulan
[Bergambar] Anggota Polis Bersama Anak Tiri Masih Lemas Posted: 12 Feb 2012 04:46 PM PST Kuantan - KUANTAN - Sangkaan mandi di Pantai Cherating di sini lebih selamat berbanding Teluk Chempedak yang dilanda ombak kuat nyata meleset apabila seorang anggota polis dan anak tirinya ditemui mati lemas manakala seorang lagi masih hilang. Gambar: PILU...Kalsom Daud tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah cucunya, Muhammad Hasryzam (gambar kecil). -HM Kejadian di antara pukul 4.45 dan 6.50 petang kelmarin menyebabkan Lans Korporal Mohd. Asri Kamis, 28, yang bertugas di bahagian pentadbiran Balai Polis Mentakab, Temerloh, dan anak tirinya, Muhammad Hasryzam Hasri, 15, mati. Mayat Mohd. Asri ditemui berhampiran kuala Sungai Cherating iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai tersebut pada pukul 6.50 petang. Mayat Muhammad Hasryzam pula ditemui pada 3.10 petang semalam di muara Sungai Baging kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang. Adik Muhammad Hasryzam, Muhammad Hairulnizam, 13, yang dikhuatiri lemas dalam kejadian itu masih belum ditemui. Isteri mangsa, Norsharulizam Osman, 32, berkata, mereka ke situ selepas ajakan anak sulungnya untuk mandi di Teluk Chempedak ditolak oleh suaminya atas alasan pantai itu bahaya. Katanya, suaminya kemudian mencadangkan mereka ke Pantai Cherating kerana ia lebih selamat. "Sebaik sampai, kedua-dua anak saya terus mandi dan berenang jauh dari pantai. Saya risau sebelum meminta suami pergi mendapatkan mereka. "Namun, selepas menunggu lama, suami dan anak-anak saya masih belum kembali sebelum saya membawa dua anak perempuan saya, Siti Nurafzani Hasri, 11, dan Nurul Nabila Natasya Mohd. Asri, 6, ke bilik mandi. Kami seterusnya menunggu mereka berhampiran kereta pada pukul 5.30 petang," ceritanya. -kosmo Sumber foto: Pelbagai. Terima kasih kepada semua pemilik foto-foto berikut. |
[Bergambar] Gambar-gambar Aneh, Pelik & Lucu Untuk Hilangkan Tekanan Posted: 12 Feb 2012 03:12 PM PST Berikut ialah gambar-gambar untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita. Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur. Saksikan: klik untuk baca |
[WASPADA] Ada "Superman" Di Kuala Berang, Terengganu Posted: 12 Feb 2012 07:12 AM PST Terjun ala 'Superman' KUALA BERANG - Sebuah rumah seorang warga emas di Taman Indah Sari dipecah masuk kira-kira 11 pagi semalam. Kejadian berlaku ketika Mandak Salleh, 67, pulang ke rumahnya untuk mengambil ubat kencing manis dan darah tinggi selepas dua hari bermalam di rumah anak perempuannya, Wan Faizatul Akmawati Wan Muda, 44, tidak jauh dari situ. Menurutnya, ketika dia, anaknya, Wan Faizatul Akmawati dan menantunya Mabath Khan Silah Ayob, 48, tiba di rumah berkenaan, mereka dikejutkan dengan kelibat seseorang yang berada di dalam rumah, sedangkan tiada siapa yang menghuni rumahnya sejak dia tinggal bersama anaknya. "Ketika makcik hendak membuka pintu utama rumah, menantu makcik, Mabath ternampak orang di dalam rumah seolah-olah cuba keluar dari kawasan ini. "Kata Mabath, dia seolah-olah mengenali pencuri itu dan mendakwa sudah beberapa kali memecah masuk untuk mencuri," katanya ketika ditemui rumahnya di sini semalam. Mandak berkata, menantunya meminta Wan Faizatul Akmawati ke belakang rumah bagi mengepung pencuri itu sebelum memaklumkannya kepada polis. "Dalam keadaan kelam kabut, Mabath nekad hendak masuk ke rumah itu untuk menangkap pencuri berkenaan. Dia meminta kunci rumah daripada isterinya yang ketika itu berada di belakang rumah," katanya. Bagaimanapun, ketika Wan Faizatul Akmawati menyerahkan kunci kepada suaminya, pencuri itu nekad terjun ala 'Superman' melalui tingkap dari rumah dua tingkat tersebut. "Dalam sekelip mata sahaja, pencuri berkenaan hilang tanpa sebarang bunyi kerana setelah diperiksa di dalam rumah, dia sudah tiada," katanya. Sementara itu, Wan Faizatul Akmawati berkata, pencuri berkenaan mungkin masuk ke dalam rumah berkenaan melalui sisir angin bilik mandi kerana cermin tingkap tersusun di atas pagar dan kerusi diatur elok untuk memudahkannya memanjat masuk. "Kejadian ini adalah kali keempat dan saya percaya ia kerja penagih dadah yang mahu mencuri barangan di dalam rumah ini ketika ibu saya tiada," katanya. Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang. -SH |
Yayasan Selangor Diaudit 6 Bulan Sekali Dibawah PR Berbanding 3 Tahun Sekali Semasa BN Posted: 12 Feb 2012 06:19 AM PST MB: Yayasan Selangor Di Audit 3 Tahun Sekali Ketika BN SHAH ALAM 12 FEB : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim menjelaskan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008, yayasan Selangor di Audit tidak berdasarkan perbelanjaan tahunan tetapi dilakukan setiap tiga tahun. Sebaliknya selepas mengambil alih kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan laporan Audit setiap enam bulan bagi memastikan kecekapan pengurusan kewangan dipantau dan diurustadbir secara berhemah. "Satu perkara yang jelas ialah semua sedia maklum sebelum tahun 2008, akaun (Yayasan Selangor) tidak diaudit dengan betul, jadi isu mendedahkan laporan audit bukan satu perkara yang aneh kerana sejak kami (Pakatan Rakyat) ambil alih ia diaudit setiap tahun. "Yayasan Selangor sebelum 2008, sepanjang tiga tahun akaunnya tidak diaudit dan sekarang ianya diaudit setiap enam bulan,"katanya. Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Khalid mendedahkan laporan audit dua anak syarikat kerajaan negeri itu. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, siasatan audit itu dipercayai dilakukan berikutan kontroversi perbelanjaan membabitkan kedua-dua syarikat itu baru-baru ini. Antaranya kata beliau, Yayasan Selangor disiasat berikutan perbelanjaan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahunnya ke-40 sehingga menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kos penganjuran. Selain itu katanya, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan berikutan dakwaan salah guna kuasa. Menjawab persoalan ini, Khalid ketika menemui pemberita menjelaskan kepimpinan Selangor era pemerintahan Pakatan Rakyat ini mengamalkan ketelusan dalam tata kelolanya. Khalid menambah, ia dibuktikan apabila akaun anak syarikat kerajaan negeri akan diaudit setiap enam bulan pada setiap tahun. "Ia mesti diaudit dalam masa enam bulan, sasaran saya ialah bermula selepas tiga bulan, kerja-kerja audit sudah boleh dijalankan, ia tidak boleh diaudit selepas tempoh enam bulan kerana ia telah terlalu lewat. "Displin inilah yang kerajaan negeri amalkan, jadi kepada sesiapa yang ingin melihat akaun Yayasan Selangor ataupun mana-mana anak syarikat dibawah kerajaan negeri Selangor, sebelum bulan Jun semua akaun itu telah tersedia,"ujar Khalid. Khalid berkata demikian sejurus selepas menghadiri Majlis Anugerah UPSR 2011 Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor di sini hari ini. Khalid menambah, usaha tersebut adalah untuk mencegah daripada kegagalan sebelum ini dimana akaun anak syarikat gagal diaudit selama tiga tahun. -tvsnews |
Ayuh Rakyat Johor, Tamatkan Segera Keangkuhan & Ketakburan UMNO BN Johor Posted: 12 Feb 2012 04:54 AM PST Keputusan pilih Salahuddin bagai 'menempah maut' JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) usah terbuaibuai dengan keyakinan bahawa mereka bakal membentuk sebuah kerajaan meskipun membuat keputusan untuk meletakkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini. Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, memang sudah tiba masanya anak Johor (Salahuddin) bertanding di negeri ini yang merupakan negeri kelahirannya. Menurutnya, Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan kedatangan beliau ke negeri ini kerana ia menjadi ujian kepada kubu kuat BN. "Beliau diuar-uarkan menjadi calon Menteri Besar Johor oleh PR. Kita tengok siapa yang lebih berpengaruh. PR belum tentu boleh menang," katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Parlimen Pulai di sini, semalam. Pada majlis berkenaan seramai lebih 600 penerima sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Kempas menerima bantuan terbabit yang mana pemberian kelima bagi fasa pertama untuk kawasan Parlimen Pulai. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng dan Pengerusi Jawatankuasa Penyerahan BR1M Parlimen Pulai, Ramlee Bohani. Sementara itu, Adun Kempas, Datuk Osman Sapian menyifatkan keputusan sedemikian seolah-olah menempah 'maut'. "Keputusan ini dibuat seolah-olah mereka menempah maut sahaja. Selama ini kita yang buat kerja. Dia datang sekadar untuk bertanding sahaja. Rakyat sendiri boleh membuka mata dan mengukur sendiri siapa yang membuat kerja. "Siapa dahulu yang bantu orang miskin, tingkatkan infrastruktur. Minta maaf ya, siapa yang mengundi Pas adalah orang yang buta hati. Rakyat pun semakin bijak untuk menilai. "Saya dengar pun antara Pas dan PR sendiri masih ada rebut-rebut kerusi. Mereka juga tiada kesepakatan. Saya sendiri akan 'all out' kalau Salahuddin mahu bertanding di Johor," katanya. Salahuddin: Kubu kuat Johor akan runtuh Ahli Parlimen Pulai itu tidak perlu angkuh dan takbur. Beliau perlu ingat satu ketika tiada siapa menduga bahawa Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan tiada siapa juga menduga bahawa PAS akan memeprolehi kemenangan di dua kerusi DUN di Johor pada PRU12 yang lalu. Tetapi begitulah kehendak Ilahi. UMNO BN tidak perlu mendabik dada dan menunjukkan keangkuhan bodoh mereka untuk mengatasi kudrat dan iradat Allah s.w.t. Ahli-ahli Pakatan Rakyat Johor khususnya ahli-ahli PAS akan melipatgandakan usaha disamping akan terus bermunajat kepada Allah s.w.t. supaya segala keangkuhan dan ketakburan UMNO BN Johor itu ditamatkan segera. GB akan bersama-sama rakyat Johor mendoakan kemenangan cemerlang bagi Pakatan Rakyat di negeri tersebut. |
Lelaki Baru Keluar Penjara Rogol Adik Posted: 12 Feb 2012 02:03 AM PST Bekas Banduan Rogol Adik BESUT: Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis metamphetamin bertindak merogol adiknya sendiri dengan mengugutnya menggunakan sebilah pedang dalam kejadian malam Khamis. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini. Gambar fail. Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ. Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya. "Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di Kampung Lak Lok di sini, Sabtu. Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek. Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya. Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis. Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda. Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut untuk mencari bapa saudaranya malam semalam. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini. Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ. Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya. "Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di Kampung Lak Lok di sini, Sabtu. Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek. Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya. Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis. Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda. Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut untuk mencari bapa saudaranya malam Sabtu. -BERNAMA |
[Video] Samseng Serang Ceramah Pakatan Di Dewan Kg Idaman Posted: 11 Feb 2012 11:15 PM PST Samseng serang program SMM, sasar Adam Adli Klang, 12 Feb: Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi. Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli. Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 8 malam tadi itu, Adam Adli berada di luar dewan dan sempat menyelamatkan diri. Kumpulan samseng itu difahamkan bertindak merosakkan barangan dalam dewan termasuk memecahkan kerusi dan meja. Penganjur program Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Idaman. Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut. Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan. Pada masa sama, kumpulan samseng itu juga turut mengekori mahasiswa itu dan menanti mereka hadapan IPD Klang itu. Selepas mendapat maklumat berhubung insiden itu, pasukan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bergegas ke tempat kejadian. Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli yang ditemui di tempat kejadian berkata, setibanya di perkarangan IPD itu beliau dan beberapa rakan dihalang sekumpulan samseng tersebut. Mereka juga diludah dan dihambur dengan kata-kata kesat. "Malah ketika saya berjalan untuk memasuki IPD sekumpulan pengikut Umno seramai 50 orang itu telah memaki hamun serta ada antaranya meludah ke arah kami walaupun kami memaklumkan kehadiran kami tidak ada kaitan dengan mahasiswa tersebut," jelasnya. Tambahnya lagi, kekacauan berlaku sekitar jam 8 malam apabila sekumpulan pengikut Umno telah memasuki dewan orang ramai di Kampung Idaman dengan membuat kecoh serta memecahkan kerusi. "Sasaran mereka adalah Adam Adli tetapi ketika kejadian tersebut berlaku Adam tidak berada di dalam dewan, sebaliknya beliau masih berada di luar dewan dengan niat bila keadaan benar-benar selamat baru beliau masuk ke dalam dewan. "Tetapi Adam bernasib baik sempat dibawa lari sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku," sambungnya. Adam Adli sebelum ini mencetus kontroversi dengan bertindak menurunkan bendera perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno ketika demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Auku di PWTC Disember tahun lalu. Antara mahasiswa yang dibawa berlindung di IPD Klang adalah Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Ismath dan Koordinator Aksi Mahasiswa Independent (AKSI), Ehsan Bukharee. Mereka kemudiannya dibawa keluar dari IPD kira-kira jam 2.30 pagi dengan dua buah kenderaan polis. Dalam pada itu, kekacauan tersebut telah menyebabkan beberapa buah kereta milik mahasiswa telah rosak teruk. Serangan serupa sebelum ini berlaku pada program Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam. Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilapor cedera dalam insiden tersebut.-HD |
Naluri Tidak Normal, Gemar laku Seks Semasa Datang Bulan Posted: 11 Feb 2012 08:57 PM PST Sukar atasi selera pelik KUALA LUMPUR: Menjijikkan apabila seorang gadis yang baru berusia 16 tahun mengaku mempunyai selera seks pelik, termasuk gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan, selain nafsunya meluap-luap setiap kali gigitan cintanya pada leher lelaki mengeluarkan darah. Lebih mengejutkan, Iza yang berasal daripada sebuah negeri di utara tanah air mendakwa ketagih darah hinggakan nafsunya membuak-buak apabila memakan ayam yang masih ada darah kerana tidak dimasak dengan betul. Menurut Iza, selera peliknya bermula selepas berkenalan dengan seorang remaja tidak bersekolah yang bekerja di kedai makan berhampiran rumahnya. "Sebenarnya lelaki itu kawan baik bekas teman lelaki saya. Namun disebabkan kerap melakukan hubungan kelamin, saya jadi ketagih dan mudah 'diayat' lelaki. "Dia lebih gemar melakukan hubungan intim ketika saya datang haid dan kami melakukannya dalam keadaan saya berlumuran darah. "Namun peliknya setiap kali kami bersama, selepas itu tiba-tiba saya didatangi haid walaupun sepatutnya belum waktunya. Saya merasakan seolah-olah terkena sumpahan dan berasa takut dengan azab Tuhan. "Saya teringat cerita bahawa dajal dilahirkan hasil hubungan bapa dengan ibunya ketika dalam haid. Terdetik di hati, jika saya mengandung, anak apakah yang akan lahir nanti?" katanya.-hm Naluri tidak normalKuala Lumpur: Ada pesakit 'frontal lobes tumor' yang boleh menyebabkan tindakan luar biasa atau pelik tidak tahan mahu melakukan hubungan seksual hingga menahan orang lalu-lalang supaya memuaskan nafsunya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment