Kelab Greenboc |
- Najib Perlu Selesaikan Kemiskinan Melampau Di Pekan
- Ana Raffali Bertudung... Semuga Lebih Ramai Selebriti Ikut Jejak Langkahnya
- Najib Lakukan Kerja Syirik, Kenapa Jamil Khir & Hassan Ali Tidak Bersuara?
- Pendedahan Rasuah: Kadir Selar UMNO Mahu Ambil Tindakan Disiplin Terhadapnya
- Juruteknik Ditemui Mati Tergantung
- Bukankah Ini Nyata Shahrizat Seorang Pendusta?
- Isu Lama Dimainkan Semula Menjelang PRU Di Selangor
- TG Nik Aziz Libas Komen Fuad Zakarshi
Najib Perlu Selesaikan Kemiskinan Melampau Di Pekan Posted: 10 Feb 2012 04:30 PM PST Najib diminta selesai kemiskinan di Pekan PEKAN, 10 Feb: Daripada terus menabur janji merata-rata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak lupa menangani kemiskinan melampau di kawasan parlimennya sendiri. Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, antara kawasan yang paling daif keadaan ekonomi dan sosialnya di sini ialah di Kuala Pahang. Tambah Abu Kassim, meskipun penduduknya merupakan warga tempatan namun keadaan hidup, ekonomi dan sosial mereka tidak sebaik nasib 'penduduk import' orang Kemboja di kampung Tanjong Agas dan orang Myanmar di Sungai Miang. "Kebanyakan mereka nelayan dengan pendapatan tak tetap dan rezeki menyara keluarga bergantung kepada hasil laut yang tidak menentu, ditambah pula musim tengkujuh selama tiga bulan. Gambar kanan: Ust Abu Kassim manaf "Sekarang ini tiap-tiap hari orang Kuala Pahang datang minta bantuan di Pusat Khidmat PAS Pekan, ini mumbuktikan kerajaan dan ahli parlimennya sendiri gagal membela nasib mereka. "Nasib mereka tak terbela sejak berpuluh tahun sedangkan kelompok inilah yang memenangkan Umno dan BN selama ini," katanya. Difahamkan, pernah Umno menjalankan program 'Gempur Kemiskinan' dengan inisiatif mewujudkan pusat jahitan semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun tiada perubahan yang dicapai dan penduduk terus dibelenggu kemiskinan jauh sekali daripada hidup selesa. Tinjauan Harakahdaily ke lokasi baru-baru ini mendapati keadaan penempatan penduduk tidak menggambarkan berada di kawasan Perdana Menteri kerana rumah yang buruk dan berhimpit-himpit sehingga menyakitkan mata. Menurut penduduk, kerajaan telah beberapa kali berjanji terutama menjelang pilihan raya untuk membina kediaman tersusun yang tidak jauh dari sini. Malangnya sehingga hari ini, di lokasi tersebut hanya tapak sahaja yang ada. Tambah mereka lagi, ketika Tun Razak menjadi Ahli Parlimen Pekan atas usaha beliau telah membina perumahan kos rendah rakyat di Kuala Pahang pada tahun 1969 dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan. Manakala rumah pemindahan banjir pula penduduk membayar RM15 sebulan pada tahun 1971. Apa yang mengecewakan mereka, pada zaman Najib menjadi ahli parlimen dan Perdana Menteri ini tiada usaha serius untuk mengubah nasib mereka. Bagi menambah pendapatan penduduk, kerajaan juga telah membina kolam simen yang besar untuk mereka memelihara ikan terutama pada musim tengkujuh. Namun setakat ini tiada ikan yang diisi. Abu Kassim berkata, di Kuala Pahang masyarakatnya tidak tersusun sebab itu selain daripada masalah ekonomi, keadaan sosial di sini juga teruk dengan penagihan dadah dan gejala anak luar nikah. "Itu yang kami kesal sedangkan Parlimen Pekan sudah melahirkan dua Perdana Menteri, tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar. Tetapi nasib penduduk Kuala Pahang tidak berubah," katanya. Sekolah Cina ini majoriti muridnya di kalangan pelajar Melayu. Perdana Menteri yang berasal dari Pekan ialah Tun Razak Hussein dan anaknya Najib. Manakala Menteri Besar Pahang yang datang dari daerah ini ialah Datuk Mohamad Jusoh, Najib dan Tun Khalil Yaakob. Timbalan Menteri Besar pula ialah Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Jabbar Ibrahim. Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang (kini Peramujaya) pernah dimenangi PAS pada pilihan raya umum (PRU) 1999 melalui Mohd Iqbal Hamdy Rusdi. Sementara Najib pula hanya menang tipis pada tahun tersebut dengan majoriti 241 undi. "Sekarang ini Najib dan pemimpin Umno lain berjanji di negeri-negeri seperti Selangor dan Kelantan jika pilih BN semua masalah akan selesai. Kami minta selesaikanlah dulu masalah di Kuala Pahang ini," tegas Abu Kassim. -HD |
Ana Raffali Bertudung... Semuga Lebih Ramai Selebriti Ikut Jejak Langkahnya Posted: 10 Feb 2012 03:32 PM PST Penyanyi yang bakal ke jinjang perkahwinan pada 25 Februari ini, Ana Raffali, mengambil keberkatan Maulidur Rasul untuk mengenakan hijab serentak kehadiran hari besar junjungan Nabi Muhammad SAW. Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' ini menegaskan keputusan diambil bukan atas desakan sesiapa namun keinginan itu lahir atas kesedaran diri sendiri. Ana juga menjelaskan tiada sebarang keraguan yang bermain dalam fikiran untuk bertudung malah bersyukur keinginan itu mendapat sokongan ramai terutama daripada keluarganya. Tanpa berselindung Ana juga menjelaskan dirinya semakin tenang walaupun kini sibuk menguruskan majlis perkahwinannya yang berbaki dua minggu sahaja lagi. "Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung," kongsi Ana Raffali dengan GUA sebentar tadi mengenai keputusannya untuk bertudung. "Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. 'It felt right.' Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata 'Alhamdullilah'. Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya. "Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah. "Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna." Sumber: Media Hiburan dan Gua
Ulasan GB Tahniah dan syabas kepada Ana Raffali. Semuga berkekalan dan semuga lebih ramai selebriti dikurniakan hidayah mengikuti jejak langkah Ana Raffali untuk menyahut seruan Allah agar menutup aurat. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Firmanullah: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya. Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
Najib Lakukan Kerja Syirik, Kenapa Jamil Khir & Hassan Ali Tidak Bersuara? Posted: 10 Feb 2012 07:31 AM PST Najib 'gadai akidah' hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah. "Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. "Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. "Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka. "Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing. Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu. Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010. "Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan kufur yang boleh merosakkan akidah. "Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan. -TMI Ulasan GB Itu teguran dari Mufti Perak, Harussani. Dimana gerangannya Menteri Agama, Jamil Khir Baharum yang selama ini menjadi peneman Najib? Malah beliau menjadi menteri pengiring kepada PM semasa menunaikan haji dan lantang membela Najib semasa ditegur oleh Mufti perlis tentang kenyatan salah Najib di twitternya yang menyatakan beliau telah selesai tugas haji di saat orang lain masih bersaei. Mengapa Jamil Khir tidak menasihati Najib di dalam hal-hal yang membatalkan syahadah seperti perbuatan syirik yang ditegur oleh Mufti Perak berkenaan? Mana Hassan Ali yang ingin menjadi hero memperjuangkan aqidah? Kenapa tidak mahu ditegur perbuatan Najib yang "terang-terangan" melakukan kerja syirik dan murtad tersebut? Apakah Jamil Khir & hassan Ali serta ahli-ahli UMO yang lain redha dengan perbuatan Najib dan sedia berkongsi saham hasil perbuatan Najib tersebut? |
Pendedahan Rasuah: Kadir Selar UMNO Mahu Ambil Tindakan Disiplin Terhadapnya Posted: 10 Feb 2012 04:53 AM PST Kadir: Apa dah jadi dengan Umno... Timbalan Presiden Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir berkata Jawatankuasa Displin Umno "tidak perlu bersusah payah" untuk menyiasat kenyataan akhbar dan rakaman temubualnya di internet TV yang dianggap satu kritikan terhadap parti. Sebaliknya, beliau sendiri akan menghantar rakaman "penuh dan tidak diedit" kepada jawatankuasa displin pada minggu depan. Katanya, kenyataan dan rakaman temubual dengan Malaysiakini, Harakahdaily dan MOBTV serta ucapannya di Seminar ASLI telah direkodkan dalam DVD dan akan diserahkan pada minggu depan. "Saya buat apa. Kalau benda ini, tak boleh beri pandangan, apa dah jadi dengan Umno. "Itu sahaja, sebab saya kenal Umno. Tahun 50-an, 60-an dan 70-an, Umno memang demokratik, boleh kritik pemimpin, tak ada tindakan displin," katanya. Bercakap dalam sidang media, Kadir mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" sebelum tindakan diambil. Kaji dahulu 'kritikannya' Bercakap dalam sidang media, Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" dan melaksanakannya kerana beliau yakin ia akan membawa kebaikan kepada semua bagi jangka masa pendek atau panjang. Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata jawatankuasa displin parti itu mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap ahli yang melanggar etika parti termasuk jawatankuasa itu akan merujuk kenyataan Kadir yang didakwa menjejaskan kepentingan parti. Mengulas lanjut, Kadir berkata beliau menerima rombongan ahli keluarga rapatnya yang meminta supaya "jangan buat itu dan buat ini", bahkan dihubungi pihak media meminta komen berhubung jawatankuasa displin yang diminta menyiasat kenyataannya. Antaranya cadangan dan pandangannya kepada Umno yang dilaporkan pihak media, yang dianggap sebagai "kritikan" ialah berhubung dakwaaan rasuah politik untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi dalam parti. Kadir menganggapnya ianya satu perkara "keji dan jijik" dan mendesak kerajaan dan parti supaya menghentikan apa yang didakwanya "pemberian rasuah" - secara langsung atau tidak - kepada rakyat untuk menjadi popular dan mendapat undi dalam pilihan raya. "Saya yakin ada cara-cara lain yang lebih berkesan dan berkekalan untuk mencapai objektif tersebut. 'Kita diperhati' "Percayalah bukan sahaja rakyat dalam negeri tetapi masyarakat antarabangsa juga sedang memerhati kita. Perbuatan ini adalah hodoh dan ketinggalan zaman," tegasnya. Kadir yang juga bekas menteri pelancongan mendakwa pengedaran wang tunai kepada rakyat, akan merosakkan nilai murni dan cara hidup mereka. "Adakah ini yang kita hendak wariskan kepada generasi akan datang?" soalnya. Selain itu, Kadir turut membangkitkan berhubung kegagalan pemimpin bumipitera meletakkan kedudukan sosio-ekonomi bumiputera ditempat seadil dan sepatutnya. Menurutnya, pandangan yang diberikan dalam rakaman tersebut "tidak sampai 10 peratus" daripada yang dilakukannya sewaktu beliau menjadi exco Pemuda Umno pada tahun 60-an dan 70-an termasuk berhujah, mengkritik dan memberi pandangan. Beliau yang pernah bekerja di bawah bekas ketua Pemuda Umno ketika itu Allahyarham Datuk Harun Idris, ketika itu bukan sahaja tidak perlu menghadapi jawatankuasa displin teatpi sebaliknya diberikan peluang berkhidmat dengan pelbagai jawatan. "Saya sendiri dilantik oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan kemudiannya menyambung jawatan sebagai setiausaha politik kepada menteri-menteri kabinet. Allahyarham Tun Hussein Onn pula memilih saya untuk bertanding di kawasan parlimen Kulim-Bandar Baharu pada tahun 1978. "Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan semua yang berkaitan janganlah menghina Umno yang sepatutnya terus dikekalkan sebagai sebuah parti demokratik. "Ahli di semua peringkat harus dibenar bersuara dan pemimpin pula harus mengkaji hujah-hujah dari ahli ini," katanya sambil menyatakan keyakinan hujah itu akan menyubur dan menguatkan perjuangan parti. Menjawab soalan pemberita mengenai statusnya dalam parti, Kadir yang juga bekas menteri penerangan menjawab beliau masih lagi ahli Umno. Ditanya sama ada beliau bersedia berdepan dengan apa sahaja tindakan jawatankuasa displin, Kadir yang juga bendahari Umno Kulim-Bandar Baharu berkata beliau "tidak ada masalah". "Saya tak ada masalah apa. Saya pun tidak bergantung hidup dengan parti....Tak ada masalah, cuma saya kesianlah bahawa kita sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal. Itu sahaja," katanya. -mk |
Juruteknik Ditemui Mati Tergantung Posted: 10 Feb 2012 03:05 AM PST Juruteknik ditemui mati dalam keadaan tergantung KAPAR - Seorang Juruelektrik swasta sempat memohon maaf daripada isteri, keluarga dan rakan melalui sepucuk surat yang ditulis sendiri sebelum ditemui mati berhampiran kediamannya di Jalan Sungai Kapar Indah 6C, Taman Sungai Indah, di sini semalam. Mangsa dikenali, Kong Ben Chung, 52, ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok oleh orang ramai yang melalui kawasan itu kira-kira jam 7.10 pagi. Melalui surat yang ditemui dalam poket seluar mangsa turut menyebut, mendiang meminta isterinya melangsaikan segala hutang. Mangsa yang disahkan mengidap kanser otak itu dipercayai bertindak sedemikian kerana mempunyai kaitan dengan masalah hidup yang dihadapi. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada orang ramai sebelum sepasukan anggota bergegas ke rumah teres dua tingkat milik mangsa. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, polis menemui seorang lelaki dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok dengan menggunakan tali keselamatan elektrik. "Siasatan lanjut mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat jerutan pada leher menggunakan tali keselamatan elektrik yang dipercayai milik mangsa sendiri," katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Shukor berkata, berdasarkan makluman daripada isteri mangsa, suaminya masih berada dalam bilik tidur kira-kira jam 3 pagi. Bagaimanapun, dia tidak menyedari bila suaminya keluar dari bilik mereka dan menghampiri pokok di hadapan rumah itu. Katanya, berdasarkan keterangan isteri mangsa, tiada sebarang salah faham berlaku antara mereka, tetapi Ben Chung dikatakan sanggup bertindak sedemikian kerana tertekan selepas disahkan menghidapi kanser otak, baru-baru ini. "Siasatan polis terhadap mangsa juga tidak menemui sebarang unsur jenayah, kita percaya mangsa bertindak memanjat pokok di hadapan rumahnya dengan mengikat badan menggunakan tali keselamatan elektrik sebelum terjun," katanya. Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -SH |
Bukankah Ini Nyata Shahrizat Seorang Pendusta? Posted: 10 Feb 2012 12:57 AM PST SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan. Shahrizat Jalil, juga Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang tadi, dipercayai ada kaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). Menurut laporan The Star Online, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu. "Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" (Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh. Cukuplah tuduhan liar!) Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali (gambar kiri) mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. Wartawan menyusul dengan memetik laporan The Star Online, bahawa Shahrizat mendakwa dirinya yang minta untuk disoal-siasat. "Saya tak tahu apa dia cakap. Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. Bagaimanapun, apabila ditanya apakah soal-siasat ini berkaitan dengan isu NFC, beliau menamatkan perbualan sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan. Shahrizat Abdul Jalil adalah isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Mohamed Salleh Ismail, dan anak-anak mereka juga terlibat untuk menyandang jawatan dalam syarikat berkenaan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendedahkan penyalahgunaan wang melalui NFC, dengan menyasarkan Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat yang enggan tunduk kepada tekanan pada awalnya, bagaimanapun mengambil cuti selama tiga minggu, mulai 12 Januari 2012 untuk memberi laluan kepada siasatan SPRM. *Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. |
Isu Lama Dimainkan Semula Menjelang PRU Di Selangor Posted: 09 Feb 2012 10:23 PM PST Wan Syahinur 'Main' Isu Lama Di Selangor - Rafizi PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata kes rasuah, curi pasir dan pembunuhan berprofil tinggi yang didakwa sebagai isu besar di Selangor oleh Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh adalah isu lama. Tetapi katanya, jika ada bukti baru tentang kesemua isu yang dikatakan berlaku di Selangor itu, sila hantar kepadanya dan beliau sendiri akan meminta kerajaan negeri menyiasatnya. Malah kata Rafizi lagi, kerajaan negeri Selangor sentiasa bersikap terbuka untuk mana-mana pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan berterusan terhadap mereka yang didakwa terbabit dengan sebarang kes penyelewengan di negeri itu. "Kerajaan negeri telah bersikap terbuka untuk sesiapa sahaja menjalankan siasatan terhadap kes-kes tersebut. "Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas membuat siasatan, malah stesen TV pun ada yang sudah siasat," katanya ketika dihubungi mStar Online. Menurut Rafizi, adalah tidak wajar untuk Wan Shahinur atau pihak tertentu untuk menyamakan kes-kes tersebut dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) yang baru dan mendapat perhatian rakyat. "Isu PFN adalah isu baru yang tidak pernah ada cubaan untuk mendedahkan menyelewengannya sebelum ini. "Berbeza, sampai tak ada keterbukaan dalam siasatan (bongkar penyelewengan). Kita pula yang kena upah penyiasat persendirian," jelasnya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Shahinur pada Rabu yang menasihatkan beliau supaya memberi fokus kepada tiga kes lebih besar di Selangor berbanding isu projek PFN yang di luar bidang kuasanya. Mengulas lanjut kenyataan Wan Shahinur itu, Rafizi berkata, pengarah NFCorp tersebut sepatutnya menjawab tentang pendedahan terbaru pembangkang berkaitan pembelian kondominium di Singapura. Katanya, penjelasan Wan Syahinur mempunyai kaitan dengan persepsi masyarakat terhadap Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Barisan Nasional (BN). "Kenapa langsung tak sebut tentang pembelian kondo? Kalau saya tak betul, dia boleh saman saya mungkin lagi beberapa juta. "Bila dia tak boleh jawab, dia cuba main politik tapi dia bukan orang politik. "Ada sesetengah kes seperti curi pasir adalah masalah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu, nanti mereka juga yang malu," katanya. Rafizi berkata, pihaknya bersedia jika terdapat pihak yang ingin tampil bersama bukti untuk dikaitkan dengan penyelewengan atau kes-kes tertentu di Selangor. "Kalau ada bukti boleh bawa kepada saya sendiri, kerajaan atau polis, saya tak ada masalah. Kalau siasatan dijalankan dan mendapati kita salah, kita reda dan terima," tegasnya. Pada Rabu, PKR sekali lagi membuat pendedahan terbaru berhubung skandal PFN apabila mendakwa keluarga Shahrizat membeli dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura bernilai lebih RM34.56 juta. -mstar Isu pasir: SPRM sudahpun siasat saya, kata ADUN PKR Ulasan GB Sekarang ini semacam wujud satu fenomena baru iaitu mewujudkan isu-isu lapuk untuk memburukkan imej kerajaan PR Selangor seperti siu pasir, isu gambar bogel Elizabeth Wong dan sebagainya menjelang PRU13 di dalam misi UMNO BN Tawan Selangor. Mereka ketandusan isu, lantas cuba "menggilap" isu lama dengan harapan rakyat terpedaya. Maka diperalatkan Pengarah Eksekutif NFCorp dan RPK yang sekarang ini tersepit dengan pelbagai skandal dan isu yang melanda mereka berdua. Mereka berdua (Wan Shahinur &RPK) seperti "disuruh" oleh pihak tertentu untuk membangkitkan isu berkenaan. |
TG Nik Aziz Libas Komen Fuad Zakarshi Posted: 09 Feb 2012 07:10 PM PST Menjawab komen Fuad Zakarshi Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat. Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah. Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel. Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini. Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama. Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya. Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid. Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular. Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah. Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT. -HD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment