Kelab Greenboc |
- Skim Kesihatan 1Care Zalim Terhadap Rakyat – Boon Chye
- [Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hanya Di Malaysia
- Hadiah Tudung Percuma Sempena Hari Kekasih
- Zentrum: SPR Tidak Perlu Takut Pada Pemerhati Luar
- Akhlak Rendah Papagomo & Dua Lagi Blogger UMNO Diadukan Kepada SKMM
- Dapur Restoran Burger King Di Shah Alam Terbakar
- Lagi Kes Kejadian Kereta Terbakar Berlaku
- Isu Kondo Mewah Skandal NFC: Tiada Pilihan Lain - Tubuhkan Suruhanjaya Diraja Segera!
- [Video] Kakitangan KFC Tendang Pelanggan
- Mengapa SPR Takut Dengan Pemerhati Asing Pantau Pilihanraya Malaysia?
Skim Kesihatan 1Care Zalim Terhadap Rakyat – Boon Chye Posted: 09 Feb 2012 05:00 PM PST Keputusan Kementerian Kesihatan mewajibkan rakyat Malaysia menyertai skim penjagaan kesihatan 1 Care membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak zalim kepada rakyatnya sendiri, kata Pengerusi Biro Sains dan Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye. "Sistem 1 Care ini membuktikan betapa zalimnya pentadbiran Najib kerana beliau tahu majoriti rakyat terutamanya persatuan perubatan menolak skim ini. "Harus diingat yang membantah skim ini adalah mereka yang terdiri dari pakar perubatan yang sangat memahami dunia perubatan dan sudah tentu bantahan mereka ini berasas," tegasnya. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Nasional (NHF) Kementerian Kesihatan, Dr Rozita Halina Hussein bahawa rakyat diwajibkan menyertai skim itu. Menurutnya, beliau juga mendapat maklumat kerajaan bakal merangka uang undang-undang berkaitan National Health Financing Authority, sebuah perbadanan yang menjalankan kutipan gaji rakyat untuk membayar hospital terpilih yang ditetapkan kerajaan. "Perbadanan yang bertindak sebagai orang tengah ini jelas merugikan rakyat kerana rakyat diwajibkan membayar kepadanya, selain kebebasan memilih untuk mendapatkan rawatan terhad kerana ia hanya diputuskan perbadanan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Gopeng. Tegas beliau, kerajaan sepatutnya menumpukan usaha meningkatkan kemudahan di hospital kerajaan agar setanding dengan hospital swasta, berbanding sibuk mewajibkan rakyat menyertai skim berkenaan. Sehubungan itu Boon Chye berkata, beliau akan memastikan isu itu dibahaskan sepenuhnya dalam sidang Parlimen akan datang. Pengamal perubatan sebelum ini membantah skim kesihatan 1 Care kerana ia mengenakan potongan 10 peratus daripada pendapatan individu kepada skim berkenaan. Berdasarkan cadangan itu juga, individu hanya boleh dirawat seorang doktor di kawasan mereka dan tidak dibenarkan memilih doktor lain serta dihadkan jumlah mendapat rawatan sebulan. -KD 1CARE diwajibkan untuk semua rakyat M'sia klik untuk baca |
[Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hanya Di Malaysia Posted: 09 Feb 2012 04:00 PM PST Gambar-gambar berikut untuk kita gunakan untuk merehatkan minda kita dari terlalu serius memikirkan sesuatu isu. Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Saksikan: klik untuk baca |
Hadiah Tudung Percuma Sempena Hari Kekasih Posted: 09 Feb 2012 09:28 AM PST NGO Islam Lancar Kempen Menutup Aurat KUALA LUMPUR – Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa (Gemar) yang dianggotai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengedarkan tudung percuma dan mengedarkan risalah menutup aurat kepada orang ramai pada 11, 12 dan 14 Februari ini di Pulau Pinang. Gemar melalui satu kenyataan media memberitahu, aktiviti itu antara program yang terkandung dalam `Operasi Sayangi Remaja' yang akan diadakan oleh gerakan itu bersempena sambutan Valentine' s Day pada 14 Februari ini. "Gemar akan turun beraksi di lapangan pada 11 dan 12 Februari ini. Kawasan yang dipilih adalah di Pantai Jerjak, Queensbay dan Hentian Rehat Pantai Bersih, Bagan Ajam. Kemuncak acara ini adalah pada 14 Februari 2012 iaitu majlis pelancaran Gemar di Masjid At-Taqwa Bertam Pulau Pinang," kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, NGO yang menyatakan komitmen untuk menyertai Gemar adalah IKRAM, NISA' Pulau Pinang, Kelab Remaja Lestari, Ikatan Persaudaraan Muslimah Pulau Pinang (Salimah), Aktivis Pengupayaan Insan (API), Komuniti Suara Kehidupan dan Qaryah Masjid At-Taqwa Bertam. Jelas kenyataan itu, Valentine's Day tidak selari dengan syariah Islam dan dicemari dengan konsep yang mengajar orang ramai untuk memuja kekasih secara berlebihan dan Gemar diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Islam khususnya. – mynewshub Tukar sambutan 'Valentine' kepada Hari Suami Isteri |
Zentrum: SPR Tidak Perlu Takut Pada Pemerhati Luar Posted: 09 Feb 2012 07:47 AM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak seharusnya bersikap curiga dan takut terhadap pemerhati luar dalam memastikan sebuah pilihanraya yang adil dan bersih dapat dijalankan di negara ini. Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengasas Zentrum Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berhubung kenyataan SPR yang menolak kedatangan pemerhati asing pada pilihanraya akan datang. "SPR bukan sahaja perlu menjadi sebuah institusi yang berperanan menyuburkan demokrasi malah ia perlu bersifat lebih terbuka untuk memahami nilai demokrasi sepenuhnya. "Jadi kenyataan SPR terhadap badan pemerhati luar sebagai tidak penting, jelas bertentangan dengan aspirasi transformasi yang dibawa oleh kerajaan sendiri," "Apakah ketakutan yang ada pada SPR untuk meragui dan mengesyaki badan-badan pemerhati ini sebagai agen-agen pihak tertentu yang mampu mencederakan proses pilihanraya yang bakal dijalankan? sudah pasti ianya tidak akan berlaku,"katanya ketika dihubungi TVSelangor. Semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini. Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Abu Hassan mengingatkan SPR untuk berfungsi sebagai sebuah institusi profesional bagi mengurus perjalanan pilihanraya yang adil, bersih selain merayakan demokrasi segar dan bukannya bertindak diluar bidang kuasa suruhanjaya tersebut "SPR tidak boleh mencampuri kepentingan dan keuntungan politik mana-mana pihak, tidak kira parti A mahupun parti B. "Sikap berpihak kepada mana-mana, bakal menyaksikan SPR sebagai satu badan yang mungkin akan disalahkan oleh rakyat pada masa hadapan sekiranya negara kita ketinggalan dalam aspek merayakan demokrasi,"katanya. -tvsnews Sekat pemerhati luar: SPR cuba sembunyikan sesuatu? - Nik Amar Ulasan GB GB sudah ulas pagi tadi. Petikan: Mengapa SPR takut dengan "pemerhati asing" jika benar pilihanraya di negara ini adil dan telus sepertimana yang didakwa? klik untuk baca |
Akhlak Rendah Papagomo & Dua Lagi Blogger UMNO Diadukan Kepada SKMM Posted: 09 Feb 2012 05:56 AM PST Laporan SKMM terhadap Umno Online, blog pro-Umno Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari hari ini membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web rasmi Umno, Umno Online dan blog pro-Umno Pisau.net dan Papa Gomo. Laporan ini dibuat ekoran serangan berterusan laman web dan blog tersebut terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang difitnah sebagai pencabul kehormatan seorang pelajar perempuan. "Saya telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM atas perkara ini kerana penerbitan dan penyiaran artikel-artikel palsu dan fitnah oleh Pisau.net, Umno-Online dan juga Papa Gomo merupakan suatu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau turut menjelaskan contoh artikel yang berunsur fitnah dan sindiran tersebut. "Sebagai contoh terbaru, saya memetik daripada artikel Papa Gomo pada 7 Februari 2012 yang bertajuk "Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali", di mana Papa Gomo telah membuat sindiran berikut: "Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL". Motif jelik dan keji "Adalah jelas di sini bahawa laman-laman web seperti Papa Gomo mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnahkan Ketua Menteri tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah," kata Zairil di dalam satu kenyataan media. Pada bulan Oktober tahun lepas, terdapat desas desus bahawa anak Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya. Laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam. Bagaimanapun, tuduhan tersebut telah disangkal oleh 'pelajar perempuan' tersebut yang dikenal pasti sebagai jaguh catur Hong Kong yang kini berada di Britain. "Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya," jelas Zairil. Ini diikuti oleh pengesahan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri dengan apa-apa kejadian sedemikian. Pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu. Meskipun demikian laman web dan blog yang dinyatakan di atas tetap meneruskan serangan dengan memaparkan laporan berunsur fitnah dan palsu di laman mereka. -FMT Akhlak rendah blogger pro-UMNO, pelajar sekolah terus jadi sasaran fitnah mereka klik untuk baca |
Dapur Restoran Burger King Di Shah Alam Terbakar Posted: 09 Feb 2012 03:47 AM PST Shah Alam - Hampir 50 peratus bahagian dapur sebuah restoran makanan segera di Taman Sukan X-treme, Seksyen 13 di sini terbakar hari ini. Gambar NST. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Penyelamat Seksyen 15 Muhammad Azhar Mahidin berkata kebakaran pada pukul 10.26 pagi itu dipercayai berpunca daripada saluran asap pada bahagian bumbung restoran berkenaan. Kejadian disedari orang awam yang ternampak kepulan asap hitam di bahagian bumbung restoran sebelum memaklumkannya kepada pekerja restoran yang menghubungi bomba. "Ketika kejadian, dua pelanggan dan enam pekerja berada di restoran itu namun mereka hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh orang awam. Kesemuanya berjaya menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita. Muhammad Azhar berkata api berjaya dikawal daripada merebak ke dua lagi restoran makanan segera serta sebuah bilik suis Tenaga Nasional Bhd. Muhammad Azhar berkata tiga jentera bomba bersama 17 anggota dari balai Pelabuhan Klang, Kota Anggerik dan Shah Alam terbabit dalam operasi mengawal dan memadam kebakaran itu. Kebakran berjaya di kawal pada pukul 11.15 pagi, katanya. Muhammad Azhar berkata operasi kesemua restoran itu ditutup buat sementara waktu untuk siasatan lanjut. Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata ketika kejadian, dia dan rakan sekerjanya melakukan rutin tugasan masing-masing dan tidak menyedari premis itu sedang terbakar. "Kami terkejut apabila dimaklumkan dan bertindak keluar dari restoran bersama dua pelanggan. Kebakaran pada bahagian atas, jadi sukar untuk kami menggunakan alat pemadam kebakaran," katanya. -BERNAMA |
Lagi Kes Kejadian Kereta Terbakar Berlaku Posted: 09 Feb 2012 02:51 AM PST Misteri empat kereta terbakar SUBANG JAYA -"Jiran ketuk rumah berkali-kali memaklumkan kedai runcit yang diusahakan saya di tingkat bawah pangsapuri Seri Nipah, Subang Mas di sini terbakar. Namun sebaik tiba di bawah saya terkedu melihat kereta Proton Iswara milik saya sebenarnya yang terbakar," kata Mohd Nazim Nasaruddin, 28, salah seorang daripada empat pemilik kereta yang musnah terbakar, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Mohd Nazim berkata, sebaik diberitahu oleh jirannya mengenai kejadian, dia bergegas meluru ke tingkat bawah pangsapuri. "Sampai sahaja di tingkat bawah, saya lihat kereta jenis Mini Cooper yang diletakkan betul-betul di depan kedai runcit diusahakan sudah musnah terbakar. "Bimbang api merebak ke kereta saya yang diletakkan bersebelahan, saya kemudian mengambil keputusan mengalihkan kereta ke tempat lain tetapi perbuatan itu ditegah penduduk lain," katanya ia berikutan kedengaran bunyi letupan dari kereta yang musnah terbakar. Mohd Nazim berkata, dia cuba memadamkan api yang mula merebak ke keretanya dan dua kereta lain menggunakan pakaian yang terdapat di dalam kereta. "Apabila merasakan keadaan mulai selamat, saya terus mengalihkan kereta ke tempat lebih selamat. "Kejadian menyebabkan saya kerugian ribuan ribu ringgit, namun bersyukur ia tidak merebak hingga ke kedai runcit diusahakan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu disedari oleh salah seorang peniaga kedai makan berhampiran. Katanya, pekerja restoran itu memaklumkan terlihat kepulan asap keluar dari sebuah kereta menyebabkan dia bingkas mendapatkan bantuan dan berusaha memadamkan api. Tambahnya, saksi memaklumkan kebakaran bermula dari bahagian enjin kereta jenis Mini Cooper sebelum merebak ke tiga lagi kereta bersebelahan. Punca kebakaran dipercayai daripada litar pintas yang berlaku di bahagian enjin kereta itu. "Empat kereta yang musnah terbakar termasuk kereta jenis Proton Iswara, Mini Cooper, Toyota Corolla, dan Perodua Kelisa. Kerugian dianggarkan melebihi RM200,000. "Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur khianat dan setakat ini ia diklasifikasikan sebagai kes bencana," katanya. -SH |
Isu Kondo Mewah Skandal NFC: Tiada Pilihan Lain - Tubuhkan Suruhanjaya Diraja Segera! Posted: 09 Feb 2012 12:53 AM PST PKR Dedah Dua Lagi Kondo Mewah Milik Keluarga Shahrizat PETALING JAYA 8 FEB :Dua buah kondominium mewah dikenalpasti sebagai aset milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di negara jiran, Singapura. Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media di ibupejabat parti itu hari ini. Jelasnya, aset yang berupa dua buah kondominium mewah itu terletak berhampiran sebuah restoran mewah, Brawn Steakhouse yang juga milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu di Marina Bay Suites, Singapura. "Pada 17 Januarai lalu, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. "Berdasarkan maklumat itu, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli,"katanya. Kondominium mewah bernilai RM34,562,784 itu dimiliki oleh Suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Irzan. Mengulas lanjut, Rafizi berkata pembelian dua kondominium mewah di Singapura itu menjadikan satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk mengumpul harta. Jelas Rafizi, kemudahan pembiayaan ini dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. "Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan,"jelasnya. Isu NFC muncul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Seperti yang didedahkan PKR sebelum ini, pengurusan NFC menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Shahrizat. Malangnya, kesemua perniagaan tersebut dibiayai melalui pemindahan wang dari dana rakyat RM250 juta yang disalurkan untuk kegunaan NFC. PKR juga sebelum ini mengemukakann bukti sejumlah RM1.3 juta dana NFC dipindahkan kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh tiga bulan antara Oktober hingga Disember 2010. "Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura," katanya. -tvsnews Ulasan GB Banyak kali desakan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan terhadap Skandal NFC ditubuhkan. Kerajaan seperti memekakkan teliga. Baguslah kalau begitu, lebih cepat dihambat keluar dari Putrajaya. GB pernah ulas sebegini: Singsing lengan depan orangramai...Sudah buang tabiatkah? Marah sehingga sanggup tunjukkan aurat di khalayak ramai! |
[Video] Kakitangan KFC Tendang Pelanggan Posted: 08 Feb 2012 11:39 PM PST Kuala Lumpur – Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini. Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai. Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog. Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam. Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: "Kalau mau makan, buat sendiri lah." Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya. Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu. -kosmo |
Mengapa SPR Takut Dengan Pemerhati Asing Pantau Pilihanraya Malaysia? Posted: 08 Feb 2012 08:30 PM PST SPR ingatkan pembangkang tidak ghairah tarik pemerhati asing KOTA BHARU -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini. Katanya mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini. "Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini. Adilkah kepada rakyat Malaysia? Tentunya tidak!" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Persediaan PRU Ke-13 kepada pegawai polis dan pengurus serta penolong pengurus pilihan raya di Kelantan di sini, hari ini. Wan Ahmad berkata pemerhati dalam negara adalah lebih adil kerana mereka memahami undang-undang pilihan raya negara ini, memahami sensitiviti rakyat malahan mereka mempunyai kepentingan dalam pilihan raya kerana mereka adalah rakyat negara ini. "Janganlah kita ghairah hendakkan pemerhati asing, pemantau dalam negara oleh rakyat kita sendiri adalah lebih wajar. SPR akan kaji perkara tersebut yang mana (pemerhati dalam negara) kita nak lantik, sebelum pilihan raya bermula kita boleh putuskan," katanya. Beliau berkata sistem dan proses pilihan raya di Malaysia adalah sistem yang sesuai bagi negara ini kerana penambahbaikan dilakukan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya. "Pemerhati asing ini, dia suka memantau pilihan raya di negara kita tambahan sekarang dengan aktiviti parti politik yang suka menarik perhatian negara luar, macam pemimpin pembangkang pergi ke luar negara bercakap sana-sini, tentunya menarik minat pemerhati asing untuk datang memantau pilihan raya di Malaysia," katanya. Wan Ahmad berkata berkata pasukan pemantau pilihan raya, yang diketuai pegawai SPR dan disertai pegawai polis, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon, akan diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali di Sarawak mengikut Parlimen bagi memantau perjalanan PRU Ke-13 akan datang. Beliau turut mengingatkan rakyat yang mencapai umur 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. -SH Ulasan GB Mengapa SPR takut dengan "pemerhati asing" jika benar pilihanraya di negara ini adil dan telus sepertimana yang didakwa? Pengerusi SPR sendiri pernah ke Bangkok kerana dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand. Saya ingin bertanya kepada kepada SPR berapa kali SPR ada memanggil pemerhati antarabangsa untuk perjalanan pilihanraya umum atau kecil di negara kita? Jawap! Ya, kosong kali, kenapa? Sebab SPR tidak pernah mahu berlaku bersih di dalam pilihanraya. Malah pemerhati dalaman pun seperti MAFREL ditakuti SPR sehingga tidak diiktirafkan sebagai pemerhati. Apakah pihak berkuasa Thailand pernah menyatakan bahawa pemerhati asing seperti Tan Sri Abdul Aziz tidak tahu selok belok undang-undang di negaranya seperti kenyataan Wan Ahmad yang cuba memperbodohkan rakyat ini? Dengan sebab itulah, mengapa rakyat berpersepsi bahawa SPR adalah komponen BN dan ternyata apa juga alasan yang diberikan oleh SPR, alasan-alasan berkenaan kesemuanya in favour of the ruling party, BN. Ingat SPR, tanggungjawab SPR bukan sekadar kepada rakyat di negara ini tetapi kepada Allah. Dan pengerusi dan timbalan pengerusi boleh mengeluarkan hujjah-hujjah di depanNya nanti. Hukum Kebenaran dan Hukum Tuhan tetap berjalan. Yang bersalah akan tetap menerima balasanNya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment