Kelab Greenboc |
- Kes Hilmi & Foto Bogel: PDRM Belum Terima Pengesahan Polis Indonesia
- [Bergambar] Kereta Siapa Yang Rempuh Gerai, Kereta Polis Atau Kereta Suspek?
- Padah Menipu Ibu, Gadis Dirogol 4 lelaki
- Pelajar Berkebolehan Berbahasa Korea Selepas Koma Berkaitan Para Sedar, (Bukan Jin)
- Angkara RM100 Palsu Yang Dibayar Penumpang, Pemandu Teksi Hampir Bergaduh
- [Bergambar] Sultan Kelantan Ziarah Keluarga Mangsa Lemas
- [Bongkar] Pengikut Twitter Najib 1/2 Juta, Najib Menipu Atau Tertipu?
- PAS Sahkan Salehuddin Bertanding Di Johor
| Kes Hilmi & Foto Bogel: PDRM Belum Terima Pengesahan Polis Indonesia Posted: 07 Feb 2012 04:54 PM PST Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai penahanan Azmin Hilmi, bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang disyaki terbabit menyebar gambar bogel wanita itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lalu. "Setakat ini masih belum ada pengesahan daripada pihak Indonesia mengenai tangkapan tersebut. Hilmi masih dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk bantu siasatan kes membabitkan Elizabeth Wong," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas. Ku berkata, sekiranya benar lelaki yang dikehendaki PDRM sejak 2009 itu ditahan, PDRM akan berurusan dengan POLRI melalui saluran tertentu. Akhbar tempatan hari ini melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pihak berkuasa Batam, Indonesia ketika dia cuba memperbaharui pasport dengan menggunakan kad identiti dan sijil lahir palsu di Jabatan Imigresen Batam. Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Indonesia terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia warga Malaysia dan mendakwa dirinya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada Februari 2009, Hilmi yang juga bekas pembantu seorang pemimpin politik PKR di Selangor, diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor. Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri ke luar negara selepas terbongkarnya skandal itu. - BERNAMA Kekasih Lenjan Eli Wong, Helmi Sah Ditahan Di Indonesia S'gor teliti laporan 'lelaki PKR' ditahan di Indonesia Ulasan GB Nampaknya masyarakat terus diperdaya oleh kumpulan media arus perdana dengan berita yang belum disahkan tetapi media berkenaan dengan beraninya menyatakan bahawa kononnya berita itu disahkan oleh PDRM. Berita "palsu" berkenaan terus menjadi paparan blog-blog pro UMNO, untuk menimbulkan suasana huru-hara dengan cara mengembar-gemburkan secara berlebih-lebihan SEDANGKAN KINI PDRM sendiri menyatakan bahawa "PDRM masih belum menerima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai penahanan Azmin Hilmi". Persoalan kini, mengapa laporan-laporan palsu oleh akhbar media arus perdana dan blog-blog pro-UMNO yang menggunakan nama PDRM itu tidak dikenakan tindakan? Tidakkah sepatutnya wartawan akhbar berkenaan ditahan kerana menggunakan nama PDRM secara tidak betul di dalam laporannya? Jika benar ada polis Malaysia mengesahkan penahanan Azmin Hilmi seperti dilaporkan kahbar tersebut, siapa polis berkenaan? Benar-benar media arus perdana dan blog-blog pro-UMNO telah menjadi liabiliti kepada pihak keselamatan negara, tetapi terus didiam dan dibiarkan. Rakyat tertanya-tanya - bula lagi polis dan pihak KDN boleh bersikap professional dan tidak berat sebelah di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka? |
| [Bergambar] Kereta Siapa Yang Rempuh Gerai, Kereta Polis Atau Kereta Suspek? Posted: 07 Feb 2012 03:51 PM PST Polis yang rempuh gerai atau suspect yang rempuh gerai neh? - UPDATED!Ini bukan posting nak kutuk polis. Jangan salah faham. Kita faham tugas polis. Dan kita juga faham bahawa polis ialah manusia biasa yang tidak lepas daripada kesilapan dan kesalahan. Kadang2 bila mengejar suspect, kita boleh terbabas sehingga terlanggar harta benda orang awam. Bukan isu pun. Orang awam faham dan kami rakyat malaysia juga faham. Cuma yang buat kita tak faham ialah penyelewengan maklumat. Itu jek. Kenapa ye apa yang tersebar di facebook berbeza dengan apa yang tersebar di akhbar. Siapa puncanya? Polis yang bagi info salah kepada wartawan ataupun wartawan yang tersalah tulis? Lihat bawah neh ; ![]() Kisah yang tersiar di hm pula ialah seperti berikut ; Rempuh gerai lari dari polis PUCHONG: Tindakan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta melarikan diri daripada pemeriksaan polis mengundang padah apabila kenderaan itu merempuh sebuah gerai makan menyebabkan dua wanita di dalam premis berkenaan cedera. Bagaimanapun, dalam kejadian di Seksyen 5, Taman Kinrara di sini, jam 7 malam tadi itu, seorang daripada suspek terbabit ditahan. Dalam kejadian itu polis yang melakukan rondaan cegah jenayah menahan sebuah Proton Perdana dinaiki dua lelaki berusia 30-an di Seksyen 5, Taman Kinrara, di sini. Menurut sumber, dalam pemeriksaan berkenaan mereka memberikan kerjasama dengan menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa sebelum kad pengenalan itu dipulangkan. "Ketika anggota polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap penumpang pula, pemandu kereta terbabit memecut kenderaannya ke Bandar Puchong. "Kereta itu melakukan pusingan U di Bukit Jalil sebelum berpatah balik ke Taman Kinrara," katanya ketika dihubungi di sini ,semalam. Sumber itu berkata, ketika tiba di Jalan 5/8 di Taman Kinrara, kereta suspek yang dipandu laju gagal dikawal lalu merempuh sebuah gerai makan di tepi jalan. "Seorang suspek berusia 30-an ditahan polis manakala rakannya melarikan diri. Akibat rempuhan itu, dua wanita yang masing-masing peniaga dan pelanggan mengalami kecederaan," katanya. Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Sementara itu, saksi, Norizan Baharom, 39, berkata dia dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki di bahagian belakang rumahnya sambil mengacukan pisau dan merayu jangan menjerit kerana dia diburu polis. Bagaimanapun, dia yang terkejut menjerit meminta tolong sebelum lelaki itu melarikan diri. Katanya, sebaik saja penjenayah itu melarikan diri, dia menghubungi suaminya. "Saya sangat takut dengan kejadian yang berlaku petang tadi (semalam). Saya risaukan keselamatan anak-anak apabila melihat lelaki terbabit memegang pisau," katanya. Ini penaakulan aku. Boleh terima dan boleh juga tidak terima. 1. Jika kenderaan suspect yang merempuh gerai sudah tentu gambar kereta suspect yang berada di dalam akhbar metro. Ini disebabkan selepas merempuh gerai, suspect keluar dari kereta dan melarikan diri [lihat berita penuh]. 2. Jadi kenapa metro hanya paparkan gambar kereta polis? Takan polis alihkan kereta suspect sebelum mengambil gambar di lokasi kejadian? Gambar di lokasi kejadian ialah bukti kes. Ini prosuder biasa bagi siasatan polis. 3. Point baru masuk hasil penaakulan sahabat fb. Rupanya dalam gambar kedua, kereta polis ada tersembul keluar airbag nya. Kenapa ye? Hahaha.. 4. Jika benar polis yang ter-rempuh gerai orang awam, rasanya tidak perlu menyeleweng maklumat tersebut. Kita rakyat malaysia sangat matang dan bijak menganalisis satu2 isu ikut topic. Kita tidak akan marah dan menyangka yang bukan2 pada polis. Kita faham tugas mereka menahan penjenayah. 5. Cuma bila maklumat2 seperti ini disorokkan dan bila kita dapat tahu, akan timbul persepsi macam2. Ini sebenarnya lebih teruk kesannya berbanding menceritakan kisah asal ikut kronologi sebenarnya. Yang lebih baik adalah berterus terang sahaja. Kita sangat2 faham tugas polis. Jangan sampai orang hilang kepercayaan terhadap polis. Apatah lagi mangsa2 dalam kes neh masih hidup. Mungkin mereka tutup mulut depan media tetapi siapa boleh jamin mereka tutup mulut di hadapan rakan2 dan sedara terdekat kan? Aku bukan nya apa. Aku tak kesah larh kalau polis dah terlanggar gerai ke apa. Aku percaya orang awam boleh tuntut gantirugi dari balai polis atas kejadian yang berlaku neh. Cuma aku tak berapa gemar kisah asal ditutup atas alasan2 yang tak logik. Aku tak nampak kesan negatif kalau sungguh pun polis ter rempuh gerai tue berbanding kesan negatif andai orang tahu bahawa kisah sebenar telah di spin. Bagi aku, menipu dan terkantoi lebih teruk berbanding bercakap benar. Itu je. Tapi kisah sebenarnya masih polis, orang yang terlibat, dan orang yang menyaksikan kejadian itu sahaja yang tahu. Aku sekadar buat penaakulan bukan nya tuduhan ataupun meletakkan kesimpulan. Harap maklum. Bai. - UPDATED ; Ini ada gambar di lokasi kejadian. Kalau nak nafikan lagi selepas neh taktahu lah nak cakap apa lagi. Hahaha.. -sozcyili.blogspot.com ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Padah Menipu Ibu, Gadis Dirogol 4 lelaki Posted: 07 Feb 2012 07:55 AM PST Gadis tipu ibu kena rogolARAU: Padah menipu ibu sendiri semata-mata untuk keluar bersama teman lelaki, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diperlakukan seperti hamba seks apabila dirogol sekurang-kurangnya empat kali oleh empat lelaki berbeza dalam tempoh lima jam, minggu lalu. Illustrasi hiasan Kejadian itu berlaku ketika mangsa dikatakan dibawa teman lelakinya yang berusia 17 tahun ke sebuah pondok di kawasan sawah padi di Ngulang dekat sini, kira-kira jam 8 malam, 30 Januari lalu, sebelum merogolnya. Selepas dirogol teman lelakinya, mangsa dikatakan dipaksa melayan nafsu tiga lagi suspek lain yang juga rakan kepada teman lelakinya sepanjang kira-kira lima jam berada di pondok berkenaan. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa pada pagi 31 Januari lalu. Mengulas kes itu, beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan memaklumkan kepada ibunya untuk ke pasar malam berdekatan rumah, sebelum melencong ke tempat lain bersama teman lelakinya. "Mangsa kemudian dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, sebelum dirogol. Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga yang lain yang turut merogolnya. "Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya di Taman Firdaus, dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Arau berhubung kejadian itu. "Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, Khamis lalu, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. Sementara itu, Mohd Nadzri berkata, sepanjang tempoh tiga hari bermula 31 Januari lalu, empat kes rogol dilaporkan berlaku di daerah ini, dengan tiga daripada mangsanya adalah gadis bawah umur. "Susulan itu, kita turut menahan tujuh lelaki untuk membantu siasatan dengan majoriti kes dikenal pasti berpunca daripada perkenalan melalui Facebook," katanya. -BH |
| Pelajar Berkebolehan Berbahasa Korea Selepas Koma Berkaitan Para Sedar, (Bukan Jin) Posted: 07 Feb 2012 05:31 AM PST Kebolehan Noraini ada hubung kait para sedarKUALA TERENGGANU – Kebolehan seorang pelajar, Noraini Ismail, 17 bertutur dalam pelbagai bahasa setelah terlibat kemalangan jalan raya berkemungkinan ada hubung kait dengan pengalaman para sedar dilaluinya. Ketua Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Ruhani Mat Min (gambar bawah) berkata, perkara sebegini mungkin berlaku di negara kita namun ia tidak dilaporkan secara formal. Bagaimanapun katanya, jika dilihat daripada perspektif psikologi dan kaunseling ia melibatkan emosi seseorang itu yang teruja ataupun timbul keseronokan pada sesuatu perkara melalui pengalaman secara tidak formal."Pengalaman secara tidak formal ini boleh diperoleh melalui pembacaan, menonton televisyen dan sebagainya. Tambahan pula sekarang setiap petang kita disajikan dengan rancangan drama Korea dan Mandarin yang menarik. "Namun apa yang berlaku kepada pelajar ini (Noraini) ada kaitannya dengan pe-ngalaman para sedarnya dan ia perlu dilihat dari sudut positif berhubung kebolehannya bertutur dalam bahasa Korea serta Mandarin yang diperoleh tanpa pembelajaran secara formal," katanya ketika ditemui pada Program Pengenalan UMT di sini, semalam. Sinar Harian semalam melaporkan kejadian pelik yang menimpa seorang pelajar, Noraini Ismail dari SMK Nasiruddin Shah, Alor Lintang, Besut apabila dengan tiba-tiba pelajar itu boleh bertutur dalam bahasa Korea dan Mandarin selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya 13 Januari lalu. Namun bapanya, Ismail Salleh, 46 tertekan dengan masalah dihadapi anaknya itu kerana hampir setiap hari dia terpaksa membawa Noraini ke hospital untuk mendapatkan suntikan setelah diserang sakit kepala kesan daripada kemalangan itu. Sementara itu, Dr Ruhani berkata, apa yang berlaku kepada pelajar itu juga melibatkan potensi diri yang seharusnya dikembangkan supaya kebolehannya itu dapat dimanfaatkan dan tidak hilang begitu sahaja. "Bagaimanapun hanya bidang perubatan yang boleh menghuraikan dengan terperinci perkara ini, namun dari sudut psikologi ia ada bersangkut paut dengan pengalaman para sedar terutamanya melibatkan emosi ketika kejadian berlaku. "Sekiranya pihak keluarga pelajar ini inginkan kepastian sama ada penguasaan pertuturan kedua-dua bahasa itu mengikut struktur bahasa yang betul, mereka boleh menghubungi UMT kerana kita mempunyai tenaga pengajar dalam bidang bahasa," katanya. klik untuk baca ![]() |
| Angkara RM100 Palsu Yang Dibayar Penumpang, Pemandu Teksi Hampir Bergaduh Posted: 07 Feb 2012 03:48 AM PST Nyaris dibelasah tukar RM100PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi nyaris dibelasah pemandu teksi lain gara-gara disangka cuba menipu dengan memberi wang palsu RM100 sebagai duit tukar dalam kejadian berhampiran Masjid Putra, Putrajaya, malam kelmarin. Menceritakan semula detik yang mencetuskan salah faham itu, Mohd Fairus Ahmad Jahari, 34, berkata dia memperoleh duit palsu RM100 itu daripada tiga penumpang warga Bangladesh berusia 30-an ketika mengambil mereka di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya, jam 9.30 malam. Menurutnya, penumpang terbabit meminta untuk dihantar ke Putrajaya dan diturunkan di kawasan masjid berkenaan sebelum menyerahkan wang palsu itu sebagai tambang. "Saya mengenakan tambang RM42 dan penumpang terbabit menyerahkan sekeping not RM100. Memandangkan saya tidak cukup duit kecil untuk memulangkan baki tambang lalu saya menukar duit RM100 itu dengan pemandu teksi lain. "Ketika mahu beredar selepas menyerahkan baki tambang kepada penumpang terbabit, tiba-tiba pemandu teksi yang saya temui untuk menukar wang itu menghalang teksi saya sebelum keluar dari kenderaannya dalam keadaan marah," katanya. Katanya, pemandu teksi terbabit menuduhnya cuba menipu dengan memberi wang palsu dan menahannya bersama empat rakan lain serta hampir memukulnya. "Berdebar jantung saya apabila dikepung dan dituduh cuba menipu mereka. Bagaimanapun, mereka memahami keadaan sebenar selepas saya menjelaskan memperoleh duit itu daripada penumpang," katanya. Mohd Fairus berkata, dia dan kumpulan pemandu teksi terbabit berpakat mencari tiga penumpang yang menggunakan duit palsu itu dan menemui mereka dalam kawasan masjid berkenaan. "Kami mengejar tiga penumpang itu, namun hanya memberkas seorang daripada mereka manakala dua lagi melarikan diri. "Lelaki terbabit diserahkan kepada anggota peronda polis sebelum dibawa ke Balai Polis Putrajaya, Presint 7, untuk tindakan lanjut," katanya. Katanya, dia sudah banyak kali ditipu penumpang yang membayar tambang menggunakan wang palsu, namun ini kejadian kali pertama diberi not palsu RM100. "Saya banyak kali tertipu dengan wang kertas palsu terutama not RM10 dan RM50. Mereka sangat licik apabila cepat-cepat beredar selepas menerima baki tambang sehingga sukar untuk dikesan. "Penumpang bayar guna duit palsu yang kita tidak boleh gunakan untuk apa-apa. Sedangkan dia dapat baki dari wang tulen," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Mak Pak Chuai, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan dan katanya suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menggunakan wang palsu dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. |
| [Bergambar] Sultan Kelantan Ziarah Keluarga Mangsa Lemas Posted: 07 Feb 2012 02:17 AM PST Bachok – Keluarga dua beradik mangsa lemas di Kampung Tualang Salak dekat sini terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menziarah mereka petang kelmarin.Gambar: Keluarga dua beradik mangsa lemas 23 November lalu terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang sudi mencemar duli ke kediaman mereka. Baginda yang tiba di kediaman nenek mangsa, Saudah Mat Yaakob, 63, disambut Ketua Jajahan Bachok, Zulkifli Abdul Rahman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain dan beberapa pegawai kerajaan lain. Bapa mangsa, Ruslan Ab. Ghani, 46, berkata, dia amat berbesar hati apabila diberitahu bahawa Sultan Kelantan akan mencemar duli ke rumahnya dua hari lalu. "Kami menjunjung kasih di atas kunjungan baginda serta menghulurkan sumbangan untuk keluarga kami. Baginda sememangnya prihatin dengan nasib rakyat," katanya ketika ditemui di sini kelmarin. -kosmo sumber foto: pelbagai/terima kasih kepada pemilik-pemiliknya ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
| [Bongkar] Pengikut Twitter Najib 1/2 Juta, Najib Menipu Atau Tertipu? Posted: 06 Feb 2012 11:33 PM PST Perang siber menggunakan twitter, blog, facebook semakin rancak. Ramai pemimpin negara turut menyertainya sekalipun ramai diantara mereka hanya mengupah orang lain untuk memncipta dan mengemaskinikan akaun mereka sedangkan mereka sendiri zero-knowledge di bidang I.T.Inilah yang berlaku kepada PM Malaysia bernama Najib. Entah berpaa juta dibelanjakan untuk mengupah mereka yang bergiat di dalam I.T. untuk mencipta dan mengemaskinikan akaun twitternya. Tetapi malang. Najib menjadi mangsa penipuan. Ikuti pendedahan dari really.tigaline.com ini mengenai penipuan pengikut akaun twitter Najib yang dikatakan mencecah hampir setengah juta oang... REALLY RAHSIA DISEBALIK AKAUN TWITTER NAJIB TUN RAZAK |
| PAS Sahkan Salehuddin Bertanding Di Johor Posted: 06 Feb 2012 08:37 PM PST Salahuddin ke Johor, kerusi belum muktamadSHAH ALAM – Teka-teki berhubung keputusan Pas meletakkan Salahuddin Ayub bertanding di negeri kelahirannya, Johor terjawab apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali (gambar) mengesahkan Naib Presiden itu akan beralih kawasan kali ini. Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu kawasan yang mungkin ditandingi Salahuddin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Salahuddin sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan. Mustafa mengakui terdapat perbincangan mengenainya, namun keputusan itu masih belum muktamad dalam menentukan kedudukan Salahuddin, yang merupakan anak jati Tanjung Piai, Pontian, Johor. "Nak dikatakan khabar angin, tidak khabar angin juga, namun belum lagi muktamad. Dari segi bertanding kawasan mana, ia akan ditentukan kemudian," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis perkahwinan anak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di sini, semalam. Sebelum ini, terdapat desas-desus, Salahuddin akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor sebagai calon Menteri Besar jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Johor. Malah, beberapa kawasan juga didakwa merisik Salahuddin supaya bertanding di bahagian Parlimen Pasir Mas, Kelantan, dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun, Salahuddin akan mengumumkan dalam beberapa minggu lagi, berhubung keputusan itu untuk menyatakan kawasan yang akan ditandinginya dan beliau juga mengakui, sudah memutuskan kerusi yang akan ditandinginya nanti. Dalam pada itu, Mustafa ketika ditanya berhubung persiapan pembahagian kerusi Pas pada PRU akan datang, beliau berkata, 90 peratus hampir selesai. Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak timbul isu perselisihan berhubung pembahagian kerusi dengan rakan sekutunya, PKR di beberapa negeri termasuk Terengganu. Sebaliknya, Abdul Hadi berkata, pemilihan sudah hampir di peringkat akhir dan hanya tinggal 10 peratus sahaja yang belum selesai. -SH PRU13: Pas sahkan pilih Salahuddin ke Johor klik untuk baca ![]() |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





























No comments:
Post a Comment