Kelab Greenboc |
- Shahrizat Enggan Berundur, Petanda UMNO Sendiri Akan Berkubur
- Kepala Babi: PAS Anjur Solat Hajat, Sokongan Terhadap Pakatan Semakin Meningkat
- [Video & Bergambar] Seremban Dilanda Banjir Luarbiasa
- Belanja Sakan: Jingga 13 Ke SPRM Serah Bukti Baru, Cabar Najib & Rosmah Saman
- Rafidah Hentam Shahrizat, Gesa Ketua Wanita Itu Letak Semua Jawatan
- Penyanyi Dangdut Dibelasah Suami
- Kepala Babi: Dilakukan Pihak Yang Sama & Petanda Bunga-bunga PRU13
- Tragedi Pasar Payang K.Trengganu: Suspek Tikam Gadis Jurujual Kain Ditahan
Shahrizat Enggan Berundur, Petanda UMNO Sendiri Akan Berkubur Posted: 03 Feb 2012 05:03 PM PST Shahrizat tidak tunduk desakan berundur daripada Kabinet, parti PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan daripada pelbagai pihak yang mendesaknya meletakkan jawatan di dalam Kabinet mahupun parti berikutan kontroversi melanda Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, soal jawatannya dalam Kabinet atau pencalonan pada pilihan raya akan datang adalah terletak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya tidak akan tunduk kepada tekanan. Saya ingin tegaskan, kedudukan saya dalam Kabinet saya bagi (serah) kepada Perdana Menteri untuk tentukan, terpulang kepada beliau untuk menentukannya. "Pelbagai cabaran yang dilalui oleh saya ketika ini tidak melemahkan saya, sebaliknya hanya menguatkan lagi semangat saya. "Sebagai ketua kalau takut hadapi cabaran, tak layak untuk jadi ketua," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari luar negara kerana bercuti dan mengerjakan umrah. Shahrizat diminta mengulas desakan pelbagai pihak sama ada pembangkang atau dalam UMNO sendiri yang mahu beliau meletakkan jawatan berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap PFN yang dikendalikan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang mana suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, adalah Pengerusi Eksekutif. Beliau mengambil cuti berikutan siasatan SPRM terhadap kes berkenaan. Akhbar juga melaporkan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, turut meminta Shahrizat untuk meletakkan jawatan dan tidak menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukannya. Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamelia Ibrahim berkata, Shahrizat perlu mengambil tindakan sewajarnya berhubung desakan berkenaan kerana ia membabitkan isu serius yang menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Shahrizat juga, katanya, perlu meletakkan kepentingan parti mengatasi diri sendiri dan bertanggungjawab membuat keputusan berhubung perkara itu dengan segera. Sambil menafikan beliau mendesak atau memaksa Shahrizat meletak jawatan, Kamelia berkata, sebagai pemimpin yang hebat, Shahrizat harus memikirkan kepentingan parti serta negara bukan kepentingan diri dan keluarga. "Dia (Shahrizat) kena buat keputusan, tidak ada orang yang boleh buat keputusan bagi dirinya, jangan fikir untuk diri sendiri, apa yang penting fikir untuk parti dan negara," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam. -BH Ulasan GB Hukum Kebenaran tajk boleh dilawan, apabila sudah banyak bukti didedahkan mengenai skandal NFC, mana mungkin dapat dipertahankan lagi penglibatan keluarganya dengan isu berkenaan? Lebih teruk ialah nasib UMNO sendiri yang kini ternyata terpalit dasyat dengan najis-najis lembu berkenaan sehingga rakyat timbul fenomena "ingat lembu teringat UMNO, ingat UMNO teringat lembu". Jika Najib dan UMNO tidak menghukum Shahrizat dan keluarganya selagi itu rakyat akan menunaikan tugasnya semasa pilihanraya untuk jatuhkan UMNO dengan lebih dasyat dan untuk pastikan "lembu-lembu" tersebut akhirnya dihambat ke kandang jeriji besi. |
Kepala Babi: PAS Anjur Solat Hajat, Sokongan Terhadap Pakatan Semakin Meningkat Posted: 03 Feb 2012 03:56 PM PST Kes Kepala Babi : Pas Anjur Solat Hajat Aman SHAH ALAM 3 FEB : Susulan insiden penemuan kepala babi di beberapa buah masjid semakin menjadi-jadi, PAS Selangor akan menganjurkan solat hajat memohon agar insiden ini tidak merebak dan menimbulkan huru hara. Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata solat hajat akan dilakukan di peringkat negeri, dan di setiap daerah dan cawangan. Solat hajat ini dibuat dengan tujuan merapatkan muafakat penganut agama Islam supaya tenang dan matang menghadapi pihak yang cuba mencetuskan ketegangan antara agama di Selangor. "Kita tahu ada orang yang cuba melakukan provokasi perkauman di Selangor dan ahli-ahli kita tidak mudah termakan provokasi ini. "Kita mahu ahli-ahli PAS menyelidik dan menjejaki dalang di sebalik insiden ini," katanya. Selangor dan Lembah Klang paling kerap dihadap dengan provokasi kaum dan agama semenjak kerajaan negeri bertukar tangan dalam PRU-2008. Sebelum ini, pada tahun 2010 Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya diletakkan kepala babi. Isu kepada babi timbul dan diperkatakan semula dengan kejadian terbaru berlaku di Masjid Nurul Iman, Rawang pada 31 Januari lalu dan Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur semalam. "Kita arahkan ahli-ahli PAS membantu menjaga kesucian masjid dan surau. PAS selangor sedia bekerjasama dengan semua agensi termasuk polis serta akan menahan sesiapa saja yang cuba mengulangi insiden kepala babi ini," katanya dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menawarkan RM10,000 kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung serangan terbaru ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 1800-888-2824. -TVSNEWS Kepala babi: Abim khuatir cetus ketegangan agama Ulasan GB Semalam GB sudah ulas. Petikan: Sekalipun solat hajat dilakukan supaya pelaku yang melakukan tindakan tersebut diberikan hidayah, namun turunnya hidayah Allah adalah menikut bentuk dan kehendak Dia. GB melihat tindakan provokatif melampau golongan desperado ini tidak lain hanyalah untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara sebelum pilihanraya untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak mengundi Pakatan Rakyat. Kita lihat kes-kes seumpama ini jelas dilakukan di kawasan-kawasan di mana Pakatan Rakyat berkuasa. Kejadian letupan bom di mahkamah tempohari belum lagi diketemukan jawapannya. begitu juga insiden simbahan cat merah, bakar kenderaan, molotav cocktail dan lemparan kepala babi. Sehingga kini, untuk setiap kes itu, pihak polis belum menemukan sebarang jawapan yang pasti. TETAPI, dengan berlakunya insiden-insiden sedemikian rakyat semakin buka mata. Alangkah dasyatnya mereka yang melakukan tindakan provokatif melampau itu. Undi kepada Pakatan Rakyat bukan semakin menurun tetapi akan semakin meningkat lantarannya. Lagi banyak kepala babi diletakkan di masjid, maka akan lebih banyak undi yang Pakatan akan perolehi. Masjid adalah rumah Allah. Meletakkan kepala babi di situ bukan hanya mengundang kemurkaan umat islam tetapi kemurkaan Allah sendiri kerana masjid adalah rumahNya dan GB yakin Dia sendiri akan mendedahkan siapa pelaku itu. Rakyat turut bencikan huru-hara. Rakyat bencikan kekacauan. Justeru itu, tindakan untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat itu akan gagal akhirnya rakyat akan memilih Pakatan Rakyat setelah mereka bosan dengan taktik provokatif melampau golongan desperado berkenaan! |
[Video & Bergambar] Seremban Dilanda Banjir Luarbiasa Posted: 03 Feb 2012 07:31 AM PST Seremban - Banjir kilat luar biasa yang berlaku di sekitar bandar Seremban petang semalam sesuatu yang jarang berlaku. Walaupun hujan tidak sampai sejam, hampir semua kawasan di sekitar bandar ini dinaiki air. Lebih memburukkan keadaan apabila kawasan letak kereta bawah tanah di Wisma Umno turut dipenuhi air, termasuk beberapa kampung serta perumahan di sekitar Sikamat serta Temiang. Difahamkan, operasi KTM Berhad juga tergendala berikutan landasan dipenuhi air banjir. Ketua Balai Bomba Rahang, Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama di Kampung Nusun Nyiur dan Kampung Baru Sikamat, kira-kira jam 5.30 petang dan disusuli panggilan dari Wisma Umno Seremban. Katanya, seramai 11 anggota diarah ke lokasi terbabit berserta dua jentera bomba untuk membantu mengepam keluar air. "Semasa pasukan bomba tiba di Kampung Baru Sikamat, air sudah pun membanjiri kawasan berkenaan. Kerja mengepam air dari kawasan terbabit perlu pantas dilakukan. "Manakala di sekitar Wisma Umno pula, kami mengambil masa sehingga jam 9 malam untuk melakukan kerja mengepam air dari kawasan parkir bawah tanah," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, sepanjang kejadian banjir itu, tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan. Sementara itu, seorang mangsa banjir, Ushrah Mohs Isa, 47, berkata, banjir yang sering berlaku di kawasan rumahnya adalah perkara biasa. Menurutnya, setiap kali hujan lebat, pasti kawasan rumahnya di kuarters KTMB akan dinaiki air dan dipenuhi dengan tanah lumpuh. "Saya sudah biasa, malah setiap kali hujan turun saya dan anak akan bersiap sedia mengemas barang kerana tahu rumah pasti dilanda banjir. "Walaupun saya mempunyai rumah lain di Sikamat, namun disebabkan beberapa masalah dalaman saya terpaksa juga duduk di rumah ini," katanya. Mohd Rahmat Ismail, 25, pula berkata, kejadian berlaku semasa dia dan keluarga sedang berehat di ruang tamu. Katanya, sebaik sahaja hujan turun, dia sudah menjangkakan rumahnya pasti akan dinaiki air berikutan kawasan di perumahan kuarters lama KTMB sudah sinonim dengan banjir. "Saya sudah bersedia dan menerima apa sahaja yang berlaku kerana keadaan ini sudah dijangkakan. "Bagaimanapun, terdapat beberapa barangan elektrik yang tidak sempat diselamatkan dan rosak terkena air," katanya. -SH Ulasan GB Itu hujan tak sampai 1 jam... Bagaimana agaknya jika hujan lebat lebih 1 jam? Jadi lautankah nanti bandar Seremban? |
Belanja Sakan: Jingga 13 Ke SPRM Serah Bukti Baru, Cabar Najib & Rosmah Saman Posted: 03 Feb 2012 05:23 AM PST Rosmah boros: Jingga 13 cabar PM, Rosmah saman SHAH ALAM: Gerakan Anti-rasuah dikenali sebagai Jingga 13, mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil tindakan undang-undang ke atas individu terlibat berhubung pendedahan 'perbelanjaan mewah' berjumlah RM325,000 (AS 100,000). Tuduhan perbelanjaan mewah itu didakwa mengaitkan Rosmah sepertimana yang dilaporkan menerusi akhbar dan blog di luar negara. Menurut Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, tuduhan itu disifatkan serius dan menjejaskan kredibiliti Najib serta maruah rakyat negara Malaysia apabila Rosmah didakwa boros dan bermewah-mewah seperti yang dilaporkan. Fariz berkata, Najib dan Rosmah sebelum ini menafikan laporan akhbar Australia Sydney Herald, kolumnis Andrew Horney dan artikel wartawan Patty Huntington dalam blog Frockwriter serta email oleh kakitangan Little Hero, Holly Beer tentang perbelanjaan RM325,000 di butik pereka fesyen Carl Kapp. "Jesteru Jingga 13 mencabar Najib dan Rosmah ambil tindakan undang-undang dan menyaman kesemua mereka jika segala tuduhan tersebut liar,fitnah dan direka. "Kami juga mendesak Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi siasatan bagi tujuan menyelematkan beliau dan isteri berkait skandal tersebut," katanya dalam sidang media di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini hari ini. Bukti baru dikemuka kepada SPRM Jingga 13 juga hadir mengemukakan bukti tambahan yang didakwa mengesahkan segala dakwaan perbelanjaan mewah Rosmah tersebut. Ini termasuklah kenyataan Pengerusi Festival Fesyen Islam, Raja Rezza Shah yang didakwa bercanggah dengan Karl Kapp dan laporan Hutington melalui satu email. Terdahulu pada 26 Januari lalu Jingga 13 turut hadir ke SPRM untuk mengemukakan dokumen dan bukti mengenai perbelanjaan mewah tersebut. Satu aduan juga turut dibuat ke atas Datuk Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman, Najib dan Rosmah berkait skandal FLOS berjumlah RM325,000 membabitkan pembelian 61 helai pakaian dan penginapan semalaman di hotel mewah di Sydney bernilai RM65,000 (AS 20,000). -FMT Lagi pendedahan mengenai keluarga Shahrizat- Rafizi Najib Digesa Buktikan Rosmah Bukan 'First Lady Of Shopping' klik untuk baca |
Rafidah Hentam Shahrizat, Gesa Ketua Wanita Itu Letak Semua Jawatan Posted: 03 Feb 2012 03:13 AM PST Rafidah Serang Shahrizat Agar Berundur Rafidah dalam wawancara dengan The Malay Mail semalam dilapor melancarkan serangan pedas pada penggantinya Shahrizat dengan berkata seorang pemimpin patut berundur sekiranya mendatangkan masalah kepada parti. Walaupun tidak menamakan Shahrizat, harian berbahasa Inggeris itu melaporkan, ia jelas merujuk kepada isteri pengerusi syarikat pengendali NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail itu. "Ini untuk (kebaikan) semua, sama ada berkenaan isu lembu atau tidak. Itu tindakan paling matang untuk berdepan dengan masalah kamu," beliau dilapor sebagai berkata. Beliau juga mempersoalkan tindakan menteri itu mengambil cuti tiga minggu kerana beliau patut membuat keputusan dan tidak harus meninggalkan isu itu kepada perdana menteri. Sementara itu UMNO Cheras hari ini sekali lagi menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada kabinet kerana isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sedikti sebanyak memberi masalah kepada Umno. Ketuanya Datuk Syed Ali Alhabshee berkata,desakan itu bukan atas alasan 'kebencian peribadi' tetapi demi kebaikan parti dan kerajaan. "Dalam isu ini, Shahrizat harus buktikan keikhlasan perjuangan beliau, sama ada untuk parti dan kerajaan atau pun lebih mengutamakan kepentingan keluarga," tegasnya. Sebelum ini, Syed Ali pernah mendesak supaya Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana tidak mahu isu NFC menjadi beban kepada Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Dalam tulisan terbaru di blog Umno bahagian itu, Syed Ali yang juga setiausaha Umno Wilayah Persekutuan dilapor berkata, di sesetengah tempat, isu itu menjadi bahan sindiran pelbagai pihak. "Di sesetengah tempat, saya diberitahu isu NFC kini menjadi bahan sindiran kononnya mana-mana kawasan yang terbiar ditumbuhi rumput dan lalang, tak perlu lagi guna mesin pemotong rumput, sebab Umno dah ada lembu di Gemas," katanya. Beliau juga menyokong saranan bekas ketua Wanita Umno dan menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz yang dilapor berkata, pemimpin yang membawa masalah kepada Umno dan kerajaan perlu segera meletakkan jawatan.
|
Penyanyi Dangdut Dibelasah Suami Posted: 03 Feb 2012 01:13 AM PST Artis dihentak KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam. Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher. Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan. Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya. Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul. -hm |
Kepala Babi: Dilakukan Pihak Yang Sama & Petanda Bunga-bunga PRU13 Posted: 02 Feb 2012 11:56 PM PST Idris Ahmad: Provokasi Kepala Babi Petanda PRU13 Makin Dekat SHAH ALAM 2 FEB : Pelbagai provokasi dan amalan fitnah yang dicetuskan golongan berkepentingan serta media arus perdana yang cuba mencetuskan ketegangan kaum menjadi penanda PRU13 semakin hampir. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad, melahirkan kekesalan berhubung insiden meletakkan kepala babi yang berlaku di Masjid Al-Hidayah Sentul seperti yang dilaporkan hari ini. Dalam reaksinya kepada TVSelangor berkata, kejadian ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan kejadian ini merupakan kes kedua dalam tempoh seminggu. Awal minggu ini menyaksikan satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh. Justeru, beliau meminta pihak polis bertindak tegas bagi mencari pihak yang bertanggungjawab memandangkan perkara ini dilihat sebagai satu bentuk provokasi sentimen keagamaan menjelang Pilihanraya ke-13 (PRU-13). "Jika perkara ini berlaku dalam era tahun 60an, sudah pastinya perkara yang tidak diingini akan berlaku di negara ini," katanya. Selain itu sentimen perkauman bukan sahaja melibatkan usaha provokasi keagamaan seperti isu kepala babi dan kepala lembu turut melibatkan kenyataaan pemimpin-pemimpin Umno dan NGO (Perkasa) yang bersifat perkauman. Media milik Umno juga hampir setiap hari cuba mencetuskan suasana tidak harmoni dengan meniup api perkauman dan pelbagai bentuk fitnah. Keadaaan ini dianggap sebagai disengajakan oleh pihak tertentu bertujuan meraih sokongan kaum tertentu setelah merasakan tiada jalan lain untuk mendapatkan sokongan rakyat. Beliau menambah, perkara sebegini merupakan 'bunga-bunga PRU-13' yang bakal berlangsung bila-bila masa. Insiden meletakkan kepala babi ini tercetus selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan beberapa buah negeri selepas PRU-12 bermula di Petaling Jaya yang melibatkan dua buah masjid diikuti kejadian sama yang berlaku di Johor. Selain itu, insiden provokasi bermotifkan sentimen keagamaan ini turut belaku melibatkan kejadian kebakaran gereja di Taman Melawati dan simbahan cat merah di sebuah surau di Seremban. Merujuk kepada kejadian sebelum ini, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan yang dilakukan. -tvsnews Tian: Isu Kepala Babi Di Lakukan Pihak yang Sama |
Tragedi Pasar Payang K.Trengganu: Suspek Tikam Gadis Jurujual Kain Ditahan Posted: 02 Feb 2012 08:46 PM PST Maut ditikam lelaki gila KUALA TERENGGANU – Polis yakin dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan melibatkan seorang pembantu kedai kain yang mati ditikam sebanyak enam kali di bangunan Paya Keladi, Jalan Kampung Daik di sini kelmarin ekoran penahanan seorang lelaki semalam. Gambar: RAKAN sekerja, Siti Aminah Ahmad menunjukkan selipar Wan Manisah yang tertinggal selepas diheret dan ditikam hingga mati oleh seorang lelaki di Kuala Terengganu kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang di Pasar Besar Kedai Payang di sini kira-kira 250 meter dari tempat kejadian. "Kita masih mencari senjata yang digunakan untuk menikam mangsa. Kes itu dianggap selesai dengan penahanan suspek," katanya. Manoharan berkata demikian ketika mengulas mengenai Wan Manisah Wan Mansur (gambar kecil), 27, yang disahkan meninggal dunia pada pukul 2.05 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) iaitu kira-kira enam jam selepas kejadian dia diserang dan ditikam seorang lelaki kurang siuman. Kejadian berlaku apabila suspek yang meluru masuk ke dalam premis itu terus memeluk Wan Manisah dari belakang selepas mangsa cuba menghalangnya. Suspek kemudian mengheret mangsa hingga ke depan kedai sebelum menghentak kepala wanita itu ke lantai dan menikam belakang badan mangsa hingga mengenai paru-paru. Bedah siasat mendapati terdapat enam tikaman pada bahagian kiri badan mangsa iaitu tiga di lengan dan tiga di belakang. -kosmo Suspek dalam kes bunuh pembantu kedai kain ditahan klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment