Kelab Greenboc |
- Kuliah Ust Azhar Idrus Tarik 30,000 Jemaah Ke Masjid Shah Alam
- MOSTI Sahkan Bunyi Aneh Itu Dari Kilang Kelapa Sawit
- "Babi" Apa Letak Kepala Babi Di Pintu Masjid Di Rawang?
- Kalau Dah Jadi Pak Sanggup Kepada PERKASA, Apa Perlu Kata Jadi Mangsa?
- 13 Kereta Pelanggan Di Bengkel Kereta Disembur Cat Merah, Kerja Siapa?
- Belanja Sakan Di Australia, Raja Rezza Dipergunakan Untuk Buat Penafian
- BMW Dirempuh, RM200,000 Lesap Di Lebuhraya
- Jangan Samakan Isu Azizan Dengan Hassan Ali
- Sham Kamikaze Terus Berdakwah Walaupun Dikutuk & Dicerca
Kuliah Ust Azhar Idrus Tarik 30,000 Jemaah Ke Masjid Shah Alam Posted: 31 Jan 2012 05:09 PM PST Angry bird" Cuit Hati Kuliah Uztaz Azhar Apakah hukum lelaki simpan rambut panjang? Adakah isteri boleh simpan duit gaji suami? Bagaimana pula dengan lelaki yang tukar jantina, tetapi mahu kembali ke jalan benar? Ini adalah antara soalan-soalan rumit yang ditujukan kepada personaliti agama Uztaz Azhar Idrus di dalam kuliah Maghribnya di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kira-kira 30,000 orang membanjiri dewan sembahyang masjid tersebut untuk mendengar ceramah Azhar pada 29 Januari. Saksikan klip video kuliah tersebut di bawah. |
MOSTI Sahkan Bunyi Aneh Itu Dari Kilang Kelapa Sawit Posted: 31 Jan 2012 03:40 PM PST Suara dari langit' terjawab SHAH ALAM - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dengkuran kuat diselang seli bunyi nyaring frekuensi radio di Kota Semarahan pada 11 an 12 Januari lalu berpunca daripada High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat. Sebaliknya bunyi berkenaan datang daripada sebuah kilang kelapa sawit di Kampung Endap. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Fadillah Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit dan mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya. "Ekoran itu, Mosti telah menubuhkan satu jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) dikendalikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Siasatan mendapati aduan beberapa penduduk berkaitan bunyi yang tidak diketahui bukan seperti yang disangka. "Ia juga tiada kaitan dengan gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat," katanya dalam kenyataan, semalam. Dalam laporan muka depan Sinar Harian 21 Januari lalu, mengatakan bunyi berkenaan berkait dengan HAARP, iaitu program penyelidikan ionosfera dan dinaungi sepenuhnya oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI). Fadillah berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siasatan dengan menemu bual saksi-saksi kejadian, orang kampung dan membuat siasatan mengenainya serta mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis bunyi itu. Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong Pengurus kilang, Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan menghasilkan tekanan sehingga muncul 'Nyauman Langit'. "Yusmizan memberitahu pihak kami tujuan perlepasan tekanan dandang dilakukan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Kami diberi penjelasan melalui corong lepasan wap ke arah kampung itu dan mereka juga melakukan demonstrasi untuk membuktikan perkara ini. "Pihak kami dan juga saksi-saksi, terutama penduduk kampung telah berpuas hati dengan demonstrasi itu. Begitu pun, kami masih menjalankan analisis secara saintifik untuk mengkaji frekuensi itu," katanya. -SH klik untuk baca |
"Babi" Apa Letak Kepala Babi Di Pintu Masjid Di Rawang? Posted: 31 Jan 2012 07:41 AM PST Kepala babi ditemui di masjid di Rawang Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini. Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama. Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu. Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah. Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun. "Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya. Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan. Tindakan provokatif Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan. "Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi," katanya. Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan. Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang. Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka. -mk Ulasan GB Pelbagai kaedah dilakukan oleh "pihak tertentu" untuk mewujudkan suasana huru hara di dalam negara sebelum pilihanraya berlansung. Hairannya kejadian-kejadian ini rata-rata berlaku di parlimen dan kawasan dimana Pakatan Rakyat berkuasa. Sebelum ini ada sekumpulan "samseng" pecahkan cermin kereta orang awam di Seremban. Selepas itu dilaporkan di Petaling Jaya, berlaku kejadian kes motosikal dibakar dengan lontaran botol berisi petrol. Kemudian di Kuantan, 13 kereta pelanggan di bengkel kereta disembur cat merah. Kini kepala babi di Masjid Rawang. Mungkinkah semuanya kebetulan belaka? Sukar untuk akal yang rasional menerimanya. Kita hanya mampu berserah kepada Allah s.w.t. Yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa. 1) Allahumma arinal haqqan, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. |
Kalau Dah Jadi Pak Sanggup Kepada PERKASA, Apa Perlu Kata Jadi Mangsa? Posted: 31 Jan 2012 06:08 AM PST Saya dijadikan mangsa rumah terbuka PERKASA' Ahli jawatankuasa MCA bahagian Seputeh, Collin Tiew mendakwa beliau menjadi mangsa kerana membawa kira-kira 50 orang ke rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran kumpulan pendesak Melayu, PERKASA di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Ahad lalu. Dakwanya, walaupun beliau menyedari majlis itu anjuran PERKASA, namun beliau berpendapat ia hanya lawatan Tahun Baru Cina dan tidak menjangkakan tindakan berkenaan akan mengundang kontroversi. "Bukan niat saya (untuk menyinggung sesiapa), Jika tindakan saya telah melukakan hati orang ramai, saya mohon maaf kepada masyarakat Cina," katanya. PERKASA pada majlis rumah terbuka anjurannya Ahad lalu mengundang kontroversi selepas presidennya Datuk Ibrahim Ali memberikan 'ang pow' dalam sampul surat putih, satu amalan yang hanya dikhaskan ketika pengkebumian dalam budaya masyarakat Cina. Tiew, yang juga ketua cawangan MCA Sri Desa, menimbulkan kemarahan warga maya apabila beliau hadir pada majlis itu. Mempertahankan tindakannya itu, Tiew berkata beliau hadir atas kapsitinya sebagai pengerusi sebuah persatuan kebajikan dan bukannya ahli MCA. Disoal mengapa beliau naik ke pentas semasa majlis itu dan memuji PERKASA, Liew mendakwa beliau semata-mata menterjemahkan ucapan Ibrahim untuk hadirin yang berbangsa Cina. "Saya sedang menghadiri satu lagi rumah terbuka dan tiba ketika Ibrahim menyampaikan ucapan. Pengacara majlis tiba-tiba meminta saya untuk menterjemahkan ucapan Ibrahim. "Saya tidak sokong apa yang beliau kata, saya hanya terjemahkan." -mk Gerakan tuntut Ibrahim Ali mohon maaf Ulasan GB Bertindak tanpa otak, itu bermakna diperlembukan. Mengapa Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen juga menyelar tindakan PERKASA tetapi tidak menyelar Collin Tiew AJK MCA bahagian Seputeh, yang bertanggungjawab membawa masyarakat Cina malah menjadi penterjemah ucapan Ibrahim Ali di majlis berkenaan? p/s GB tak mahu fokuskan tentang warna envelop angpow, putih atau merah. Yang kita mahu tahu juga dari mana PERKASA dapat duit banyak-banyak buat majlis CNY dengan siap bagi angpow sekali? Najib menafikan UMNO ada kaitan (sekaligus tentu menafikan beliau "membiayai" majlis berkenaan). Tetapi rasanya sebelum ini PERKASA ada pergi menemui tokeh lembu NFCorp dan kemudian buat pembelaan terhadap syarikat berkenaan. Sebelumnya wujud kes tokeh lembu tersebut dikatakan telah memaksa seorang perunding bernama Datuk Samsubaharin untuk merasuah polis dengan nilai jutaan ringgit. Jadi apakah tidak ada kemungkinan wang tersebut dari tokeh lembu tersebut? Silap gaya Ibrahim Ali dah jadi jutawan sekarang, maka itu boleh bagi angpow kepada masyarakat Cina. Polis dan SPRM boleh bertindak untuk menyiasat, tetapi malangnya selama ini jarang sekali polis dan SPRM berpihak kepada rakyat. Dan GB pula tak da bukti nak buat tuduhan melulu, hanya boleh "membaca" daripada kejadian-kejadian yang berlaku. "Spekulasi" tak sama dengan menuduh. Hanya Allah jua Yang Maha Tahu dan Yang Akan Mendedahkan Segala-galanya itu. klik untuk baca |
13 Kereta Pelanggan Di Bengkel Kereta Disembur Cat Merah, Kerja Siapa? Posted: 31 Jan 2012 03:42 AM PST Tauke bengkel 'garu kepala' KUANTAN- Seorang pengusaha bengkel kereta terpaksa mengeluarkan kos kira-kira RM20,000 untuk mengecat kembali 13 kereta milik pelanggan yang sedang dibaiki di premisnya di Taman Indera Sempurna, Jalan Kuantan-Pekan dekat sini apabila semua kenderaan itu disembur cat merah oleh individu tidak dikenali, malam kelmarin. Zarin Mohd Taib, 34, berkata, dia percaya kejadian itu akibat perbuatan khianat individu tertentu walaupun dia tidak mempunyai musuh atau pernah berdendam dengan sesiapa. Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku setelah empat tahun bengkelnya beroperasi. Malah dia percaya, kejadian itu dirancang rapi oleh individu yang dengki dengannya kerana hanya kenderaan yang sedang dalam proses dan sudah dibaik pulih sahaja menjadi mangsa khianat. "Malam sebelum kejadian, saya bersama tiga pekerja sibuk menyiapkan kereta pelanggan dan menutup bengkel kira-kira jam 4.30 pagi, 28 Januari lalu. "Kejadian hanya disedarinya keesokan harinya apabila seorang pelanggan datang ke bengkel kira-kira jam 8 pagi untuk mengambil keretanya dan ternampak semua kereta di situ termasuk keretanya terkena semburan cat," katanya ketika ditemui di bengkelnya dekat sini, semalam. Zarin berkata, kejadian itu dimaklumkan kepadanya lalu dia segera ke bengkel dan melihat 12 kereta serta sebuah lori dalam premis itu terdapat kesan semburan cat. Menurutnya, kejadian dilaporkan kepada polis untuk tindakan bagaimanapun selepas peristiwa itu, dia bimbang perkara yang sama akan berulang. "Saya menjadi takut untuk meninggalkan bengkel kerana bimbang kejadian ini akan berulang dan berapa lagi kerugian terpaksa saya tanggung untuk membaiki kereta pelanggan yang mungkin dirosakkan. "Sebuah kereta menelan kos sehingga RM1,000 untuk dicat kembali jika melibatkan seluruh bahagian," katanya. Dia berkata, kejadian itu juga boleh menjejaskan perniagaannya kerana pelanggan mungkin takut dan serik untuk membaiki kereta di situ bimbang perkara sama akan berulang. Ketika ditanya adakah motif kejadian berpunca daripada persaingan perniagaan, Zarin tidak mahu membuat sebarang andaian sebaliknya menyerahkan kes kepada polis untuk menyiasatnya. "Saya serahkan kejadian ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengesan individu terlibat namun pada masa yang sama, kami juga akan memantau bengkel ini setiap masa selepas ditutup," katanya. Dia juga bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjamin keselamatan bengkelnya itu. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Siasatan dan Perundangan) Superintendan Mohd Haris Daud ketika ditemui mengesahkan berhubung kejadian tersebut. Menurutnya, pengadu ada membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading berhubung kejadian yang diklasifikasikan sebagai perbuatan khianat dan disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan. |
Belanja Sakan Di Australia, Raja Rezza Dipergunakan Untuk Buat Penafian Posted: 31 Jan 2012 01:59 AM PST Festival Fesyen Islam: Rosmah tak 'belanja sakan' Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata, Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa. Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Datuk Raja Rezza berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London. Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia." Raja Rezza, yang ketika ini berada di luar negara untuk mempromosikan Festival Fesyen Islam berkata bahawa beliau sedih kerana "aktiviti positif seumpama itu telah dimanipulasi secara negatif". Kapp dalam satu kenyataan medianya, minggu lalu berkata, isteri Perdana Menteri dan rombonganya, termasuk Raja Rezza, telah melawat kedainya dan membuat pelbagai pembelian. Pereka fesyen kelahiran Afrika Selatan itu mengulas isu berkenaan berikutan laporan akhbar yang mendakwa Rosmah selaku penaung Festival Fesyen Islam telah berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga A$100,000 membeli pakaian di kedainya. Pembelian itu buat kali pertama didedahkan dalam akhbar terkemuka Australia Sydney Morning Herald, oleh wartawan Andrew Hornery (kiri) dalam kolumnya yang melaporkan bahawa Kapp berkata beliau diterbangkan ke Malaysia dengan 'pakaian contoh' untuk Rosmah sebelum menyiapkan 61 pesanan yang lain. Hornery juga melaporkan bahawa Rosmah dan Najib menginap di penthouse Hotel Darling, yang menelan belanja kira-kira A$20,000 semalam semasa percutian peribadi mereka di negara itu. Kapp juga dilaporkan mengunjungi penthouse hotel berkenaan pada malam sebelum Tahun Baru untuk menunjukkan contoh kain kepada Rosmah. Rosmah mendakwa laporan itu "tidak benar" dan seganja "dibesar-besarkan". Bagaimanapun Hornery dan wartawan fesyen Patty Huntington, yang menulis di blog Frockwriter tetap mempertahankan laporan mereka. -mk Ulasan GB Jika sebelum ini, wartawan Australia diminta untuk membuat penafian tentang laporan di dalam kes perbelanjaan di Sydney, namun kali ini Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) dipergunakan untuk melakukan penafian tersebut. Katakanlah benar 61 helai pakaian yang dibeli Rosmah adalah untuk stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London, bagaimana pula dengan penginapan di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling? Bagaimana Raja Rezza nak belit tentang hal tersebut? Mungkin terdesak kerana pilihanraya semakin hampir, penafian tersebut terpaksa dilakukan sekalipun tidak memenuhi permintaan orangramai supaya Rosmah menyaman wartawan Australia yang dituduh memfitnah beliau. Semua orang tahu tabiat dan gelagat Rosmah. Justeru hukum kebenaran tidak dapat ditolak dengan membodohkan orangramai melalui penafian sedemikian. Sebelum ini GB sudah mengulas Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya. klik untuk baca |
BMW Dirempuh, RM200,000 Lesap Di Lebuhraya Posted: 31 Jan 2012 12:00 AM PST Seremban - Seorang pengurus stesen minyak kerugian wang tunai kira-kira RM200,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki di Km 287, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara berhampiran kawasan Rawat dan Rehat Nilai hari ini. Gambar: ANGGOTA polis menjalankan siasatan ke atas kereta seorang pengurus stesen minyak yang dilanggar dalam kejadian samun berhampiran kawasan Rawat dan Rehat Nilai hari ini. Mangsa kerugian RM200,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki di KM287 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke Utara. Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Yusoff Awang berkata kejadian berlaku kira-kira 10.20 pagi ketika mangsa yang berusia 40-an memandu kereta jenis BMW untuk ke sebuah bank di Bandar Baru Bangi, Selangor. Beliau berkata mangsa yang berkerja di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) membawa wang tunai tersebut di dalam sebuah beg yang merupakan hasil jualan stesen minyak berkenaan. Wang itu diletakkan di dalam but keretanya. Mohd Yusoff berkata mangsa melaporkan bahawa ketika sampai di lokasi kejadian, keretanya tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Lexus. "Mangsa yang merasa curiga dengan tindakan pemandu kereta di belakangnya, tidak memberhentikan kenderaannya. Suspek terus mengejar kenderaan mangsa dan sekali lagi melanggar kenderaan mangsa menyebabkan kenderaan mangsa terhenti di tepi lebuh raya. "Selepas kenderaan mangsa berhenti, dua lelaki bertopeng yang masing-masing bersenjatakan parang keluar dari kereta jenis Toyota Lexus tersebut dan menghampiri mangsa. "Pada masa yang sama, sebuah lagi kereta Honda Accord berwarna hitam yang dinaiki dua lagi lelaki menghampiri dan turut berhenti berdekatan kenderaan mangsa. "Kumpulan berkenaan kemudiannya mengambil wang tunai di dalam but kenderaan mangsa dan melarikan diri dengan kereta Honda Accord itu dan meninggalkan kereta Toyota Lexus di tepi lebuh raya," kata Mohd Yusoff. Beliau berkata polis percaya kereta Toyota Lexus terbabit adalah kenderaan curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu. Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/394 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata.- Bernama |
Jangan Samakan Isu Azizan Dengan Hassan Ali Posted: 30 Jan 2012 09:53 PM PST Pas: Kami bukan parti suka pecat orang KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menolak pandangan media bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menjadi sasaran susulan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali awal bulan ini, berhubung tindakan penggantungan lima penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin). Sambil menegaskan isu melibatkan Azizan dan Hasan jauh berbeza, Salahuddin berkata, Pas juga bukan satu parti yang mengamalkan budaya suka memecat ahli dan pemimpinnya. "Pas bukan (parti) suka pecat orang. Itu mainan politik media arus perdana kerajaan, yang melihat siri pemecatan dari Pas. Jadi, kita bukan budaya pecat orang, bukan menjadi amalan dan budaya suka pecat orang atau mengambil tindakan disiplin ke atas seseorang. "Ia hanya dibuat pada waktu-waktu dan ketika yang cukup kritikal. Jadi saya rasa ini hanya mainan media untuk menggambarkan perkara-perkara negatif mengenai Pas," katanya dalam pertemuan dengan Sinar Harian Online, semalam. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tidak timbul isu kononnya Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, akan dipecat sebagaimana kes Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor. "Ia sama sekali isu yang berbeza. Apa yang disebutkan oleh Datuk Azizan adalah dari segi teknikal (berkenaan) pelaksanaan Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) di Kuin. "Isu Hasan Ali melibatkan penentangan beliau terhadap parti dan dasar parti, dan menggunakan media musuh untuk menyerang parti. Jadi, saya rasa ia harus dibezakan. "Datuk Azizan isu teknikal sahaja. Kita harus melihat dari perspektif yang berbeza, isu Datuk Hasan Ali," katanya lagi. Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri, dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu. Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan sebuah akhbar mingguan kelmarin, yang antara lain mengatakan sebagaimana Hasan, bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din dan ramai lagi yang dilabel pro-BN, Azizan juga sudah terkena tempias. Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini meminta Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan atas alasan melanggar prinsip Buku Jingga dibawa perikatan itu. Aziz mahu Azizan dikenakan tindakan tegas kerana pendirian Menteri Besar Kedah itu bertentangan dengan kesepakatan pembangkang untuk menghapuskan Auku yang juga termaktub dalam buku jingga mereka. Selepas Hasan yang dikenakan tindakan sejurus PKR membuat desakan, apakah mungkin Azizan akan mengalami nasib sama, soal pandangan akhbar tempatan itu. Bagaimanapun dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, Azizan berkata, lima pelajar Kuin dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian mengikut peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya Auku seperti yang diuar-uarkan pihak luar. Azizan berkata, oleh itu beliau menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti tersebut kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan. "Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat," kata beliau yang juga Pengerusi Kuin. -SH |
Sham Kamikaze Terus Berdakwah Walaupun Dikutuk & Dicerca Posted: 30 Jan 2012 08:26 PM PST Kangar: "Saya rela dikutuk rakan dan orang ramai, namun aktiviti berdakwah akan terus dijalankan kerana itu yang saya mahu lakukan sekarang ini," kata Shamril Mohd Salleh, 36, atau dikenali Sham Kamikaze yang sedia maklum ada pihak memandang serong ke atasnya. Katanya, walaupun setiap masa ada saja cemuhan dilemparkan, dia menganggap ia sebagai satu cabaran yang menguatkan usahanya itu. Menurutnya, perubahan dilakukannya mungkin tidak boleh diterima sesetengah pihak, namun ia secara langsung memberi gambaran bahawa mereka peka kepada perubahannya itu. "Sehingga hari ini, belum ada yang tampil menyatakan rasa tidak gemar atau mencemuh saya secara berdepan, namun perkara itu saya tahu daripada rakan serta medium lain. Gambar: Sham Kamikaze bersama TG Hadi Awang di dalam satu majlis. "Saya tidak memandangnya sebagai sesuatu yang serius, namun sedikit sebanyak menguatkan diri saya bagi menghadapi semua ini," katanya selepas ditemui pada Forum Dakwah Era Siber anjuran Pejabat Mufti Perlis, di sini, semalam. Menurutnya, selepas lebih setahun berubah, dia kini lebih tenang dan memenuhi masa hariannya dengan jemputan berceramah. Sham berkata, dia yang sebelum ini tidak begitu rapat dengan artis lain, kini lebih mudah didekati, malah semakin rapat dengan kebanyakan artis lain termasuk mereka yang sudah berubah seperti Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, atau Wardina. "Saya hanya berkongsi pengalaman dan menceritakan apa yang saya pelajari dan tidak berasa kekok kerana saya bukan ustaz agama, mereka mereka tidak mengharapkan saya menjawab semua soalan diajukan," katanya. -hm Pengalaman Sham Kamikaze Terima Hidayah |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment