Rafi,

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan melalui Internet, mulai bulan Februari ini, saya akan mengadakan kembali road tour serata Malaysia bersama Asia eUniversity untuk sesi open night "Malam Internet & Media Sosial". Lokasi yang terpilih akan akan datang termasuk,
Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru dan juga ke pantai timur Kuala Terengganu, Kota Bahru dan Kuantan! (Sabah dan Sarawak juga akan menyusul)
Oleh itu, pastikan anda ikuti email saya yang akan datang untuk mengetahui lokasi seterusnya. Dalam masa terdekat ini, kami akan ke Ipoh, Seremban dan Kuala Lumpur!
Ikuti jadual lawatan kami di bawah.
Rafi, artikel ringkas saya kali ini bertajuk "Perniagaan yang menguntungkan". Apakah sebenarnya perniagaan yang boleh menguntungkan anda? Formula perniagaan yang menguntungkan adalah MINAT + PERMINATAAN. Ikuti artikel di bawah, mudahan memberi manfaat dan idea kepada anda untuk menjalankan perniagaan melalui Internet.
Irfan Khairi
Kuala Lumpur
ps: Jangan lupa bersama saya dan AeU di KL, Ipoh atau Seremban! ;) Jumpa di sana
Malam Internet dan Media Sosial di Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban
Terutamanya bagi anda yang ingin kerja sambil belajar di Asia eUniversity, ingin mengingatkan anda mengenai jemputan malam ini (Khamis 19hb) jam 8.00 malam untuk open-night Asia eUniversity "Malam Internet & Media Sosial".
- Menggunakan Internet untuk penambahan nilai kerjaya anda
- Memulakan perniagaan Internet sebagai perniagaan sambilan
- Menggunakan Media Sosial untuk menggandakan keuntungan perniagaan
- Pelaburan yang mendapat 300% pulangan!
Sesi ini adalah PERCUMA untuk anda oleh kerana ianya ditaja oleh "Executive Diploma in Internet dan Social Media Marketing", Asia eUniversity. Bagi anda yang berminat untuk kerja sambil belajar, juga akan diadakan sedikit preview Diploma Eksekutif ini.
KUALA LUMPUR, IKSB HQ, Mutiara Damansara
9hb Februari, 8.00 malam - 10.00 malam
IPOH, Hotel Sri Malaysia, Jalan Sturrock
14hb Februari, 8.00 malam - 10.00 malam
SEREMBAN, Hotel Sri Malaysia, Jalan Sungai Ujong
16hb Februari, 8.00 malam - 10.00 malam
Sekiranya anda ingin membuat tempahan tempat secara percuma, email bertajuk "Malam Internet dan Media Sosial" kepada sales@rahsiainternet.com bersama maklumat berikut:
- Nama:
- Lokasi & Tarikh: KL / IPOH / SEREMBAN
- Jumlah peserta:
- Nombor h/p:
Pastikan anda membuat tempahan hari ini oleh kerana tempat adalah terhad kepada 30 peserta sahaja.
Artikel pilihan: Perniagaan yang menguntungkan! Oleh: Irfan Khairi
Rafi, perniagaan apa yang menguntungkan? Semestinya kita tahu 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Tapi, tak semestinya perniagaan yang kita lakukan akan berjaya dan dapat untung. Banyak juga perniagaan di luar sana yang mengalami kegagalan.
Jadi, persoalannya, sekiranya ingin memulakan perniagaan, perniagaan apa yang boleh memberi keuntungan kepada kita?
Soalnya, bukan pada perniagaan apa yang menguntungkan, tetapi perlu memenuhi dua elemen ini, iaitu, MINAT dan PERMINTAAN. Dengan adanya kedua ini, bukan sahaja perniagaan akan menguntungkan dari segi pulangan wang, tetapi juga dari segi kepuasan diri sendiri.
MINAT
Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.
Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati.
Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.
PERMINTAAN
MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka, pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan.
Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut, bagaimana pula dengan permintaannya?
Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan, keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin jalankan.
Oleh itu, equationnya adalah;
MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN
Pastikan anda memiliki kedua-duanya!
Perniagaan Internet membolehkan anda menjalankan perniagaan mengikut minat, kepakaran dan kebolehan anda pada kos yang rendah. Oleh kerana pengguna Internet yang begitu ramai, ini merupakan peluang permintaan yang amat tinggi untuk pelbagai bidang.
Ikuti sesi "Malam Internet dan Media Sosial" bersama saya dan Asia eUniversity untuk pelajari bagaimana anda boleh menjalankan penrniagaan Internet yang menguntungkan.
Siri Seminar Perniagaan Internet #1 PALING LARIS di Malaysia oleh Irfan Khairi yang TERBUKTI menghasilkan PALING RAMAI Usahawan Internet Malaysia yang berjaya!
Workshop yang membongkarkan cara-cara memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan dari rumah- khas untuk mereka di tahap permulaan. Pelajari A-Z selok belok perniagaan Internet supaya anda juga boleh memulakan perniagaan Internet dari rumah! Sesi eksklusif Workshop Jutawan Internet dijalankan di Signture Class bersama Irfan Khairi khas untuk 10 peserta sahaja. Tempat adalah amat terhad! Hanya 2 tempat tinggal IKSB Signature Classroom Mutiara Damansara Sabtu 4hb Februari 2012 9.00am - 6.00pm  | | |
Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), 16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ
No comments:
Post a Comment