- Menggunakan Internet untuk penambahan nilai kerjaya anda
- Memulakan perniagaan Internet sebagai perniagaan sambilan
- Menggunakan Media Sosial untuk menggandakan keuntungan perniagaan
- Pelaburan yang mendapat 300% pulangan!
bersama Irfan Khairi
Khamis, 19hb Januari 2012
Waktu: 8.00 malam- 10.30 malam
Lokasi: IKSB HQ
16-2 Jalan PJU 7/16
Klik di sini untuk peta
Masuk: PERCUMA
- Nama
- Jumah peserta
- No. handphone
Artikel pilihan:
5 Kesilapan utama perniagaan Internet!
Jumaat lepas, di Radio24, saya kongsikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan dalam perniagaan Internet. Jangan lupa ikuti saya setiap Jumaat jam 5.30 petang di Radio24 93.9 fm atau ikuti secara streaming di http://www.radio24.com.my
Berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya...
- TIDAK MELAKUKAN PROMOSI. 96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi "Build it and they will come" merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.
Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya! Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.
Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang!
- TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG MENCUKUPI DI LAMAN WEB. Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang produk yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.
Di Internet, kepercayaan adalah penyebab utama sama ada seseorang itu beli daripada anda ataupun tidak. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan menimbulkan rasa ragu-ragu prospek anda dan mereka pun tidak akan ragu-ragu untuk beredar dan tidak membeli!
- TIDAK KEMAS KINI BLOG. Bagi anda yang memiliki blog, blog yang tidak aktif tidak akan dapat mengundang pelawat. Di Internet, pelawat perlu melawati sesuatu laman web berkali-kali sebelum terbinanya kepercayaan dan keyakinan. Blog adalah satu cara memberi sebab untuk pelawat datang berulang kali untuk mendapat maklumat-maklumat terbaru.
Namun, blog yang tidak di kemas kini (sebaiknya seminggu sekurang-kurangnya sekali), tidak akan mendapat pelawat berulang. Kalau miliki blog, pastikan anda mengemaskini blog anda!
- HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI. Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.
Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.
Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!
- MELAKUKAN SPAMMING. Spamming bererti, melakukan promosi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran. Sebagai contoh, promosi perniagaan di Facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blog orang lain, melakukan posting jualan di forum-forum ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.
Spamming adalah kesalahan perniagaan Internet dari segi etika internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti si spammer. Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telah jatuh!
Sekiranya anda ingin mempelajari lebih mendalam cara terbaik menjalankan perniagaan Internet, dijemput untuk hadiri Workshop Jutawan Internet yang saya kendalikan di Signature Class, Mutiara Damansara. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Siri Seminar Perniagaan Internet #1 PALING LARIS di Malaysia oleh Irfan Khairi yang TERBUKTI menghasilkan PALING RAMAI Usahawan Internet Malaysia yang berjaya!
Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), 16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ
To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?TOzMrOxMtMysLIxMjKwstEa0jMwMTBxMDMw= |
No comments:
Post a Comment