SEARCH

Monday, January 23, 2012

Jutawanemas.com: Panduan untuk Pelabur Emas – Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas @ Sebarang Pelaburan?

Jutawanemas.com: Panduan untuk Pelabur Emas – Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas @ Sebarang Pelaburan?


Panduan untuk Pelabur Emas – Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas @ Sebarang Pelaburan?

Posted: 22 Jan 2012 12:23 PM PST

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan gembira adanya.

Baiklah kali ini saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda.

Sangat bagus bagi pembaca yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas atau apa-apa sahaja pelaburan.

Sewaktu saya mengunjungi kedai buku MPH kat Mydin Melaka, saya terpandang satu buku yang bertajuk “Menjadi Seorang Pelabur Bijak” tulisan Dr. Zulnaidi Yaakob. Buku ini diterbitkan oleh Must Read Sdn. Bhd.

“Wah! menarik buku nie” cakap hati kecil saya. So saya terus beli buku nie dan membacanya.

Memandangkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat, saya tertarik untuk berkongsi intipati buku ini dengan anda semua.


Gambar: Muka depan buku Menjadi Seorang Pelabur Bijak.

Buku ini ada berkisar kepada topik “Mengapa setiap individu perlu menguasai ilmu pelaburan?” Terdapat banyak jenis pelaburan yang dibincangkan di dalam buku ini antaranya:

1. Saham amanah
2. Emas
3. Hartanah
4. Saham koperasi
5. Koleksi barangan
6. sukuk

Kemudian ada satu topik berkenaan “Ciri-ciri Pelabur Yang Baik” – mukasurat 37. Ini screenshotnya.


Gambar: screenshot buku ini mukasurat 37. 

Daripada topik ini, jelas sekali faktor terpenting sebelum melabur ialah anda mesti berilmu. Kemudian proaktif dan diikuti dengan ciri-ciri lain.

Di dalam pelaburan emas. Apakah yang dimaksudkan dengan berilmu?

Untuk pelaburan emas, pelabur yang berilmu saya takrifkan sebagai pelabur yang mengetahui bagaimana  memilih emas pelaburan yang betul, membeli daripada institusi yang betul, pada spread (susutnilai) yang betul dan disimpan di tempat yang betul.

Kemudian anda perlu bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas (klik sini). Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh rugi banyak.

Apa yang ditakrifkan dengan Proaktif?

Pelabur emas yang proaktif  ialah pelabur yang sentiasa memantau pergerakan harga emas dan juga berita-berita semasa yang mempengaruhi harga emas, contohnya Kitco news atau Bloomberg commodity news. Kenapa?

Ini membolehkan pelabur emas proaktif mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli emas dan masa terbaik untuk menjualnya. Contohnya menggunakan Meta Trader 4 dan melukis trendline (klik sini).

Kalau nak main teknik gadaian maka anda perlu tahu bila masa terbaik untuk menggadai emas dan masa terbaik untuk menebusnya.

Semua ilmu ini anda perlu belajar.

Kena start dari kosong. Zero to hero.

Jadi, untuk mendapat ilmu pelaburan emas dengan pantas anda boleh:

1. Membaca semua isi kandungan blog jutawanemas.com sampai habis (klik sini)
2. Membeli/membaca ebook saya “Menyingkap Rahsia pelaburan Emas” (klik)
3. Menghadiri seminar-seminar yang saya anjurkan (samada percuma atau berbayar)
4. Menghadiri apa-apa sahaja seminar berkenaan pelaburan emas @ skill2 emas.
5. Membeli apa-apa sahaja buku mengenai pelaburan emas di kedai buku.

Dengan melaburkan sedikit wang dan masa anda untuk mendalami ilmu pelaburan emas, saya yakin anda akan mendapat ilmu yang betul dan boleh menjana keuntungan dengan pelaburan emas.

Saya sendiri melaburkan ribuan RM untuk memahami selok belok pelaburan emas. Kebanyakan di dalam bentuk buku dan seminar. Alhamdulillah saya menjadi pelabur emas yang sangat berjaya. Banyak ilmu emas yang saya kongsikan di dalam seminar-seminar saya.

Jadi sesiapa yang datang ke seminar saya akan dapat banyak ilmu emas :)


Gambar: Antara buku-buku yang saya baca berkenaan emas.

Kesimpulan:

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Mulakan dengan mencari ilmu terlebih dahulu. Jadilah pelabur bijak.

Bagi mereka yang dah melabur emas. Tambahkan lagi ilmu anda. Kalau dahulu anda menjadi pelabur pasif, cari ilmu lebih supaya anda boleh menjadi pelabur proaktif. Nanti boleh buat lebih banyak untung.

Selamat mencari ilmu!

Selamat membuat keuntungan maksima!

Saya doakan anda semakin kaya dan berjaya dengan emas mulai sekarang sehingga selama-lamanya! :)

p/s: Jangan lupa membeli dan membaca buku “Menjadi Seorang Pelabur Bijak” dan membeli Ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”

.

 

No comments: