SEARCH

Thursday, December 1, 2011

(INGATAN) Mudah sangat nak bantu saudara mara, jiran yang susah

 

Terlalu mudah sekarang ini kita hendak membantu saudara mara, jiran tetangga, rakan sekerja kita yang susah. Kita tolong sebarkan maklumat di bawah ini kepada mereka agar mereka segera ambil borang untuk mendapatkan RM500 sekali seumur hidup. Asalkan jumlah pendapatan suami kurang RM3000 sebulan layaklah mereka mendapatkannya.

Kalau mereka menghadapi kesukaran pengangkutan atau akses internet, kita tolong buat salinan borang permohonan dan edarkan kepada seramai mungkin yang layak. Harap-harap 10 Dis 2011 nanti ada di laman web LHDN.

Ramai yang layak RM500 ni. Kalau kilang tempat saya bekerja, boleh dikatakan lebih 90 peratus layak di bahagian pengeluaran. Kalau di kampung, di Rembau, rasanya pun lebih 90 peratus yang layak. Kalau di taman perumahan di Senawang mungkin lebih 50 peratus yang layak. Kalau di rumah pangsa Senawang, rasanya hampir 100 peratus yang layak.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

Daftar bantuan RM500, 10 Dis.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.

''Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

__._,_.___
Recent Activity:
Assalamulaikum wbt
Group ini diwujudkan untuk merapatkan hubungan sesama muslim di alam cyber. Adalah diharapkan ahli group ini dapat menghantar artikel yang dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Semoga usaha kecil ini mendapat keredhaan-Nya.
Kebaikan harus dilakukan walau di mana kita berada
untuk melanggan email ke : ingatan-subscribe@yahoogroups.com untuk menghantar message ke: ingatan@yahoogroups.com


http://groups.yahoo.com/group/ingatan/join
HTPP://www.yahoogroups.com/group/ingatan
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
BELILAH BARANGAN BUATAN ORANG ISLAM, BANTULAH EKONOMI ISLAM

Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.

Betulkan anda niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T

Firman Allah bermaksud: �Makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamu menyembah.� (Surah An-Nahl, ayat 114)

INGAT !!!!
MAKANLAH MAKANAN YANG HALAL DAN DAN DIUSAHAKAN OLEH UMAT ISLAM
SIMPAN DUIT DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM
TUNAIKAN ZAKAT
TUNAIKAN SOLAT
BERIKANLAH DUIT BUAT IBU BAPA
SEDEKAHKANLAH DUIT UNTUK AMAL JARIAH

All views expressed herein belong to the individuals concerned
Duit sampingan di http://jomduit.blogspot.com
http://www.facebook.com/zbk1977#!/group.php?gid=155947641082949&v=info
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments: