SEARCH

Tuesday, December 4, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hutang Negara Mencecah RM500 Bilion Bukti Najib ‘Pandai’ Ekonomi

Posted: 03 Dec 2012 05:20 PM PST


Sibuk canang kononnya Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta itu terkena batang hidung Perdana Menteri sendiri apabila Ketua Pembangkang dedahkan hutang negara semasa di bawah pemerintahan Najib Razak berjumlah RM300 bilion.

"Najib, ini angka Bank Negara. Tapi kamu sibuk kata orang lain tak pandai ekonomi. Lim Guan Eng tak pandai jaga Pulau Pinang tapi ada lebihan RM2 bilion.

Di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) pun tak pandai…tapi lebih RM2.42 bilion. Najib pandai, sebab itu hutang sampai RM300 bilion sepanjang empat tahun perintah," katanya.

Ketua Umum KEADILAN berkata demikian depan 3,000 penduduk Pasir Salak malam tadi pada program Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak.

Menurut Anwar, jumlah hutang negara keseluruhan hampir RM500 bilion, tetapi Pasir Salak dipinggir daripada pembangunan.

Beliau menunjukkan carta hutang negara bermula era 1970 an ketika Tun Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan sehingga zaman Najib.

"Masa zaman Tun Razak, ada hutang tapi tak apa…Dia hutang untuk bangunkan Felda. Hutang diteruskan sampai tahun 1991 hingga 1992. Kemudian pada 1993, tiada penambahan hutang.

Tapi 1993 hingga 1998 wang berlebihan. Siapa jadi Menteri Kewangan masa itu?" soalnya disambut sorakan 'Anwar' oleh rakyat.

"Kemudian 1998, saya masuk istana hinggap (penjara) di Sungai Buloh. Lepas itu Daim Zainuddin, Mahathir, Pak Lah dan kemudian Najib yang ambil alih. Sepanjang (tempoh) itu hutang tak pernah menurun," kata Anwar sambil menjelaskan ia bukan untuk mendabik dada tapi perlu dibuktikan dengan angka.

Malah Ketua Pembangkang menyifatkan Najib sebagai sombong kerana mengangkat diri orang paling pandai, hakikatnya hanya bijak berhutang.

Katanya, berhutang tiada masalah asalkan ada hasil untuk pembangunan dan kesenangan rakyat.

"Ini hutang banyak-banyak, tapi apa hasil pun tak nampak. Saya nak tanya orang Pasir Salak, apa pembangunan yang kamu dapat? Jalan raya pun teruk," katanya.

"Fikirlah baik-baik dan bawa perubahan pada negara sebab ini wang kita," kata Anwar.

AMK Selangor: KDNK negara merosot bawah kepimpinan Najib

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menolak sekeras-kerasnya cubaan tekad Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerang secara membabi buta ; dengan niat mencalarkan imej Ketua Pembangkang iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan dasar beliau sempena Perhimpunan Agung Umno 2012.

AMK Selangor juga memandang ucapan itu sebagai terdesak, dan lebih mirip kepada kepayahan dan jerih mempertahankan sisa-sisa waktu akhir sebelum tempoh pemerintahan mereka ditumbangkan oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Keghairahan Najib Razak mencanang kejatuhan mata ekonomi negara pada tahun 1997-1998 adalah satu bukti bahawa Perdana Menteri kita ini bukan sahaja tidak bijak, malah penipu besar yang sanggup menyembunyikan segala fakta daripada rakyat, semata-mata menagih ihsan demi kelangsungan pemborosan pemerintahan beliau.

Hakikat sebenar adalah, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia adalah zaman keemasan apabila negara mencatatkan pertumbuhan KDNK yang kukuh pada kadar 8.8 peratus pada 1992; 9.>9 peratus pada tahun 1993; 9.2 peratus pada 1994; 9.8 peratus pada 1995; 10 peratus dalam 1996 dan 7.3 peratus pada 1997 apabila krisis ekonomi bermula.

Malangnya ekonomi negara dibawah Najib, KDNK negara merosot sebanyak 1.5 peratus pada 2009, dengan pertumbuhan berikutnya sebanyak 7.2 peratus pada 2010 dan 5.1 peratus pada tahun 2011. Maka jelas siapa yang sebenarnya mempunyai keupayaan untuk memimpin negara Malaysia yang kaya dengan hasil bumi ini, tanpa ada kecenderungan untuk melakukan penyelwengan dan penipuan harta negara.

Wujud ketidakadilan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tidak memiliki ruang sama sekali bagi mempertahankan dirinya, sekaligus Najib Razak menggunakan segala media yang ada untuk menyerang pesaing yang akan menggantikannya di Putrajaya itu. AMk Selangor menyelar ucapan dasar Najib Razak itu sebagai kosong dan bodoh sombong serta tidak layak diangkat sebagai sebuah ucapan yang mampu membawa Malaysia keluar dari kemelut semasa.

AMK Selangor mencabar sekiranya berani, Najib Razak memilih medium debat atau penerangan terbuka bersama-sama Dato Seri Anwar Ibrahim untuk rakyat menilai sendiri keupayaan siapa yang lebih diperlukan untuk memimpin masa depan negara yang lebih penting untuk generasi akan datang.

Kesusutan nilai rizab negara, dan hutang berjumlah RM 540 billion ini adalah satu perkara membimbangkan yang tanpa disedari, akan memberi kesan terburuk dalam sejarah ekonomi negara.

Malaysia Perlu Bergerak KeHadapan, Anwar Ibrahim Adalah Harapan

Tidak boleh tidak, Dato Seri Anwar Ibrahim adalah harapan Malaysia untuk kembali bersaing sekurang-kurangnya di peringkat ekonomi Asean. Kejayaan BN dibawah Najib Razak menipu nilai-nilai ekonomi yang sebenarnya tidak setanding pertumbuhan Vietnam sekalipun, adalah satu jenayah fakta yang tidak boleh dimaafkan.

Kejayaan ekonomi yang dibuktikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi satu kayu ukur bagaimana ekonomi dapat ditadbir dengan baik dan adil.

Najib Razak tidak mahu berdebat dengan alasan debat bukan budaya Malaysia, tetapi mencanang-canangkan keburukan lawan dalam siaran langsung televisyen dan media cetak adalah satu perkara akhir yang dapat beliau banggakan. Rakyat tahu dan sedang menilai; walaupun AMK Selangor sedar ada juga segelintir rakyat yang terpengaruh dengan penipuan itu, tetapi akhirnya kebenaran akan terdedah.

Justeru, AMK Selangor menyelar sekeras-kerasnya kebaculan Najib Razak yang jelas lemah dan tidak mampu untuk mentadbir dalam keadaan sekarang, dengan kekangan keupayaan pengetahuan ekonomi dan kongkongan isterinya yang masuk campur dalam banyak keputusan penting negara.

AMK Selangor menyeru Najib Razak untuk menyerahkan mandat segera kepada rakyat untuk memilih pimpinan yang lebih baik sebagai ganti, ketika negara benar-benar memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti Anwar Ibrahim untuk kembali memacu Malaysia ke landasan sebenar.

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia


Khalwat Dengan Jururawat: KP Kesihatan Dr Hasan Diturunkan Pangkat

Posted: 03 Dec 2012 03:37 PM PST

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

[VIDEO] Taktik Jahat UMNO Didedah, Guru Dipecat Diberikan Borang UMNO -updated

Posted: 03 Dec 2012 05:26 AM PST

Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi juga mendakwa bahawa dalam perbualan telefon tersebut, beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

Beliau mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan pada 11 Oktober, dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Beliau bagaimanpun tidak mengisi borang itu dan menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Qatrun memberitahu demikian sebelum menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pemecatannya oleh JAWI.

Sementara itu, pemimpin Umno yang didakwa oleh Qatrun sebagai pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau yang menghantar borang keahlian tersebut kepada bekas guru berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri.

Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun untuk mengesahkan laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI berkempen untuk PAS.

Guru berkenaan, dakwa Yunus, mengesahkan ada terlibat dengan PAS.

"Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi.

Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu.

"Dia minta borang saya kasilah," katanya.

Qatrun sewaktu sidang media juga mengaku bahawa beliau, secara berjenaka, meminta borang Umno dari Yunus.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik.

Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan.

Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI.

"Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik.

"Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus.

Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu. -mk

Guru dipecat gesa Suhakam nasihat JAWI, Umno



Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat selepas menghadiri ceramah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.

Memorandum itu dihantar oleh guru berkenaan, Qatrun Nada Mohd Latfi menerusi NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN).

Dalam memorandum itu, Qatrun memohon Suhakam agar menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) "bersikap profesional dan membebaskan JAWI daripada menjadi jentera politik parti memerintah".

Ia juga memohon Suhakam agar "menggesa Umno tidak menggunakan agensi kerajaan sebagai alat politik untuk mengekang kemaraan parti lawan".

Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen yang menerima memorandum itu berkata bahawa pihaknya akan menyiasat dakwaan yang terkandung dalam memorandum itu.

Jika kes itu sudah dibawa ke mahkamah, Suhakam boleh bertindak sebagai pihak ketiga untuk mengesahkan jika kes itu didapati mencabuli hak-hak asasi manusia.

"Suhakam boleh turut serta dan beritahu mahkamah perkara ini bertentangan dengan hak asasi manusia dan kami boleh bantu mana-mana peguam yang sudah dilantik untuk membawa kes ini ke mahkamah," katanya.
-mk

Selangor Robohkan AES Minggu Ini

Posted: 03 Dec 2012 02:27 AM PST

Kerajaan Selangor bertegas akan merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu dalam minggu ini.

Gambar: Ronnie (kiri) bersama Exco Yaakob Sapari di lokasi AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kementerian Pengangkutan hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut.

Menurut beliau, jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya.

"Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian.

"Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Negeri sebelum ini menetapkan dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan AES di Selangor.

Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Dasar Pemimpin UMNO Penipu, Seleweng Tanah Melayu, Cuba Salahkan Pakatan Rakyat

Posted: 02 Dec 2012 11:37 PM PST

UMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui "pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah".

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato' Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam.

Menurutnya, Rahim juga dipetik oleh media sebagai mendakwa "tiada ada sebiji pun" rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

"UMNO sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

"Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zairil berkata, tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar George Town.

Justeru, jelasnya, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung, dan sekadar fitnah UMNO Pulau Pinang yang cuba menutup penyelewengan lampau mereka.

Menurutnya, Dato' Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh UMNO sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Dato' Musa Sheikh Fadzir dan Dato' Omar Faudzar.

Beliau menambah bahawa tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.

Dalam erti kata lain, beliau menjelaskan bahawa dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Dato' Musa dan Dato' Omar telah mengaut keuntungan "atas angin" yang berjumlah hampir RM5 juta.

"Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau? "Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata," kata Zairil.

Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk meminggirkan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan yang berlaku sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Katanya, melalui Agenda Ekonomi Saksama, kerajaan Pakatan akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013.

"Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.

"Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri," ujar beliau.– Roketkini

Lautan Manusia Membanjiri Kebangkitan Rakyat Johor

Posted: 02 Dec 2012 09:25 PM PST


Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam kelmarin.

Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.

Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.




Oleh : Umar /nusajayakini
Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik 'Umno' – Anwar

BATU PAHAT 3 Dis: Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu 'Warisan'.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu 'popular' Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu.

"Menyanyi lagu 'anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) 'tanah dipijak milik orang". Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!

"Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?

"Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat," katanya depan lebih 15,000 rakyat pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor kelmarin.

Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah.

Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.

Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara.

"Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?

"Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…" sindir Anwar.


No comments: