SEARCH

Monday, December 31, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Rapuhnya Benteng Ciptaan Manusia Berhadapan Dengan Kekuasaan Allah

Posted: 30 Dec 2012 05:14 PM PST


Gambar runtuhan tanah di puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Hebatnya ciptaan mManusia membuat benteng untuk mengelakkan tanah runtuh..... Namun, sekuat mana [un benteng dibina, ia tidak mampu samasekali untuk menghalang kehendak & kekuasaan Allah SWT...

Peringatan Untuk Kita Bersama... -fb

DBKL: Pemaju diarah roboh banglo jejas teruk


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka mengeluarkan pada Jun depan peta bencana yang mengenal pasti kawasan tanah tinggi di Lembah Klang yang berisiko untuk didiami.

Menyatakan demikian, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya telah meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) menjalankan kajian mengenainya mulai Januari depan.

"Kita akan jalankan kajian dengan segera sebagai langkah keselamatan bagi kediaman yang sudah didiami mahupun yang bakal dibina (di kawasan tanah tinggi)," katanya kepada pemberita dekat lokasi kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tinjauan ke kawasan kejadian yang berlaku pada 10 malam, Jumaat lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad Phesal berkata, peta bencana itu dapat menjadi panduan kepada pemaju perumahan dan penduduk bagi membolehkan mereka mengambil langkah keselamatan tertentu.

Ahmad Phesal menafikan dakwaan kononnya pemaju di sekitar Bukit Setiawangsa dan Puncak Setiawangsa membina kediaman tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, syarikat berkenaan telah mengikuti segala piawaian pembinaan dan keselamatan ketika membangunkan kawasan perumahan itu lebih 20 tahun lalu.

"Spesifikasi ini berubah dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kejadian bencana alam seperti ini, kita tidak boleh menunding jari kepada satu pihak kerana insiden seperti ini tidak dapat dijangka.

"Namun Bahagian Siasatan Cerun, Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca utama kejadian berdasarkan keadaan tanah dan struktur pembinaan oleh pemaju," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa pemaju diarah merobohkan segera sebuah banglo lereng bukit yang terjejas teruk dalam kejadian tanah runtuh itu.
- Bernama


Ulasan GB

Itu yang tersurat, orang yang jernih hatinya akan dapat membaca yang tersiratnya pula....

sekuat mana pun benteng UMNO/BN, sebanyak mana pun wang dicurahkan oleh Najib hendak mempertahankan kekuasaan UMNO/BN, sehebat manapun agensi-agensi kerajaan (SPR,SPRM, PDRM, JAKIM dan lain-lain) digunakan untuk menahan keruntuhan UMNO BN, jika Allah swt mengkehndaki ia runtuh, maka ia tetap runtuh juga..

Setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu tidak ada yang sia-sia.

Pemerintahan yang korup, yang rasuah, yang zalim, yang batil akan tetap binasa - demikian hukum kebenaran dan keadilan berbicara.

Firmanullah swt:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi 'orang-orang berakal' iaitu orang-orang yang mengikut Allah baik mereka yang berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan juga mereka yang memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan itu dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."-( Al-Imran : 190-191)

[VIDEO] Ustadz Hadi Sudah Lama Jawab Isu Kafir Mengkafir

Posted: 30 Dec 2012 04:27 PM PST


Ulama PAS hanya menerangkan tentang batas-batas iman dan kufur. UMNO terasa dan terus menuduh PAS mengkafirkan UMNO. Terbaik TG Haji Hadi.

Buku Inikah Yang Dimaksudkan Oleh Dr. Asri Supaya Jangan Dibeli?

Posted: 30 Dec 2012 05:13 AM PST


Jangan bazirkan wang RM150 untuk membeli buku 165 m/s tentang kisah seorang yang 'wallahu a'lam'. Belilah buku2 yang ilmiah dan manfaat. ~ Dr Maza

Apakah buku yang beliau pesan jangan membazir jika beli ada buku seperti di atas? - King Jason

Mengikut laporan sebelum ini, buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan bulan depan - menyamai ciri-ciri buku yang dimaksudkan oleh Dr. Maza!

Syarat Rebat Telefon Pintar Untungkan Pengedar Lariskan Stok Lama

Posted: 30 Dec 2012 03:04 AM PST

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan pemberian rebet telefon mudah alih pintar 3G hanya kepada model RM500 ke bawah kerana dipercayai syarat itu cuba menguntungkan pihak tertentu dengan melariskan stok lama.

Katanya, lebih malang lagi apabila pelaksanaan skim itu dilihat berat sebelah apabila belia yang layak perlu membuat pembelian tersebut daripada pengedar telefon bimbit yang dilantik sahaja.

"Hanya pengedar dilantik sahaja diberikan rebat ini, maka model yang lama dalam simpanan mereka akan dikeluarkan semula dan ini akan menguntungkan mereka.

"Sudah tentu model lama itu nanti tidak mampu membantu golongan muda mendapat capaian 3G dan internet yang dikehendaki pada masa ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas lanjut, pelaksanaan rebat RM200 disifatkan sebagai tidak relevan kerana harga telefon bimbit lebih rendah berbanding kos perkhidmatan 3G dan internet yang terpaksa ditanggung pengguna, lebih-lebih lagi menggunakan prabayar.

"Bukan telefon pintar yang penting tetapi perkhidmatan 3G internet itu lebih mustahak, walaupun harganya murah namun anak muda yang guna prabayar terpaksa membayar lebih untuk guna perkhidmatan itu.

"Sebab itu, kita Pakatan Rakyat berpandangan peruntukan rebat itu lebih wajar dibelanjakan dalam penyediaan internet tanpa talian di seluruh negara khusus kawasan tumpuan orang muda," tegasnya.

Dalam pada itu, Rafizi juga mempersoalkan permohonan rebat ini terhad kepada 1.5 juta anak muda walhal tegasnya jumlahnya di seluruh negara mengatasi angka tersebut.

"Saya kira jumlah itu tak masuk akal malah mengapa perlu dihadkan kalau benar-benar ikhlas nak bantu golongan muda menggunakan perkhidmatan internet dan 3G.

"Saya anggarakan jumlah mahasiswa saja sudah lebih 500,000 orang, ini tidak termasuk anak muda yang bekerja dan mereka yang tidak bekerja," jelasnya.

Pemberian rebat telefon pintar RM200 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2013 pada September lalu. -SH

Presiden MCA Kecam Blogger UMNO Sebagai Tidak Beretika & Suka Spin

Posted: 29 Dec 2012 11:24 PM PST

Soi Lek kecewa dengan blogger Umno, dakwa tidak beretika

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.

"Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.

"Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum .... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut.

"Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan .... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini.

Soi Lek bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini.

"Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA.

"Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno.

"Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka .... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya.

Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau.

Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen.

"Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata Syed Akbar dalam blognya. -TMI

Ulasan GB

Kebenaran dan keadilan akan tetap terdedah juga.

Kini bukan pemimpin PR tetapi pemimpin BN sendiri, Presiden MCA kata blogger UMNO itu tidak beretika dan suka spin isu.

Hadi Minta "LIVE", Rais Bagi "RAKAMAN"

Posted: 29 Dec 2012 08:54 PM PST


RTM tiada masalah siar penjelasan Hadi jika sesuai KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.

Pada masa sama, Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.

Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.

"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya. -SH

Ulasan GB

Jika rakaman baik tak payah.

Berapa banyak ucapan-ucapan pemimpin PR yang telah disiarkan oleh RTM sebelum ini telah dimanipulasi dan di potong sana-sini sehingga akhirnya ia sudah tidak mempunyai apa-apa bilai kebenaran lagi.

No comments: