SEARCH

Saturday, December 29, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Awie Mengaku Buka Kelab Malam Di Ipoh, Ada Pesta Bikini & Arak Di Sana!

Posted: 28 Dec 2012 05:12 PM PST


Pengakuan Awie (Kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA): Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut.

Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah - kosmo

Hasil carian Facebook "Malai Rosck Station Bistro" Fanpages di link ini - menemui beberapa pakej promosi "MENARIK":

Pakej promosi 1 bertarikh 14hb. Disember, 2012: Hye there MRS lover !!! Its a Beach Wear Party 2morrow nite 14th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ Malai Rock Station ...1st , 2nd n 3rd Best dress gonna go back with surprises !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2morrow ... There's a few package of drink is ready for u guys... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style >>> PESTA BIKINI DERRR...




Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012: Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... >>> PESTA ARAK MURAH DERRR...



*Hebat betul "Ayahanda" Awie... Perniagaan berlandaskan slogan "Amar makruf, Nahi mungkar" & betul jugak cakap "Ayahanda" Awie, dia bukan jual dadah... Dia jual MINUMAN KERAS jerrr... Hahaha... -fb

Hinanya UMNO, Upah Pelajar Tkn 1 Seorang RM20 Untuk Maki Peserta Himpunan Oren

Posted: 28 Dec 2012 02:06 PM PST


Kuala Lumpur 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, 'diangkut' Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .

Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.

Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.

"Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi," katanya ditemani rakan-rakan sebaya.

Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.

"Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini," katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.

Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.

Selain pelajar 'dipaksa' menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.

Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.

Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang

Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.

Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.

Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.

"Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.

Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.

Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.

"Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar.
-KD

Ulasan GB

UMNO dan Rasuah tidak dapat dipisahkan. Pelajar tingkatan 1 pun dirasuahnya.

Jika sudah diperingkat itu, UMNO BN pasti binasa! Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

Seperti yang GB ungkapkan sebelum ini:

PAS bersama-sama rakan seangkatan di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP akan tetap menang akhirnya menghumban keluar UMNO BN dari pesada pemerintahan negara. Itulah keyakinan kita, itulah kenyakinan orang beriman dan itulah yang ILTIZAM yang tak akan kunjung padam sebelum ia menjadi kenyataan. Biar apa pun pencacai-pencacai UMNO hendak kata. Mereka akan tetap binasa. Masanya akan tetap tiba!

Kita doakan sama-sama agar ia menjadi kenyataan.

Ketua Bahagian UMNO Pandan Dihukum Penjara 8 Tahun Atas 10 Tuduhan Rasuah

Posted: 28 Dec 2012 06:03 AM PST


Kuala Lumpur: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.

Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh.

Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.

Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si perasuah tidak akan terlepas, baik ikan bilis, apatah lagi ikan jerung.

GB berdoa dan yakin seorang demi seorang ahli dan pemimpin UMNO, dari pencacai sehinggalah ke peringkat pimpinan tertingginya akan disumbatkan ke dalam penjara.


Mereka tidak akan dilepaskan begitu saja.

[GAMBAR & VIDEO] Himpunan Oren Selamatkan Felda, Desak Isa Samad Letak Jawatan

Posted: 28 Dec 2012 04:14 AM PST


1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan

Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.

Perarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

Mereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.

Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.

"Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka.

"Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka dan bencana.

"Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya.

Dalam pada itu, turut berhimpun di hadapan Wisma Felda hari ini ialah kira-kira 300 orang yang pro-Felda daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) yang membawa kain rentang antaranya bertulis "Jangan ganggu Felda", "Peneroka Felda bukan kacang lupakan kulit", dan "Persatuan ANAK Pengkhianat".

Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" dan "Zalim zalim Mazlan Aliman Zalim".

Justeru, pihak polis membuat sekatan kira-kira 50 meter bagi menjarakkan dua kumpulan itu.

Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil daripada Felda untuk menyerahkan memorandum.

Selepas itu, kedua-dua kumpulan mula bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya.

Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini.

"Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya.

Antara tuntutan lain yang ada didalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda.

Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh.

"Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman.

Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan.

"Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat.

"Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya. -mk

GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo

KUALA LUMPUR: 3.20 pm- Salahudin berucap sejurus selesai menyerahkan memorandum.

Melahirkan kekecewaan kerana Isa takut untuk turun menerima sendiri memorandum tersebut.

"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.

Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.

"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.

"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.

Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor.

3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.

Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.

Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.

2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.

Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.

"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.

"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.

"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.

2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.

Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.

2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.

Kira-kira 100 orang penyokong yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.

Kedua-dua himpunan GSF dan penyokong Umno itu dipisahkan dengan sekatan pihak polis ditengah-tengah di hadapan pintu masuk ke pejabat Felda.

2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.

"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.

"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isa Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.

Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap "Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.

2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.

Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.

Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.

Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.
-HD

Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN

KUALA LUMPUR, 28 Dis ― Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini.

ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak.

Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka menyerahkan memorandum tersebut.

Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan "Undur Isa Samad", "Hancur Isa Samad", dan "Felda Bebas, bebas Felda".

Rundingan tersebut kemudiannya menyaksikan enam wakil daripada ANAK dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut termasuk Mazlan Aliman, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, dan ahli Parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkerusi roda dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Mazlan Aliman dalam ucapannya menegaskan, empat kandungan memorandum tersebut antaranya adalah mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad supaya meletakkan jawatan dengan kadar segera bagi menghentikan kekacauan di dalam FELDA; mengembalikan semula tanah seluas 360,000 hektar tanah yang dipajak kepada Felda Global Venture Holdings (FGVH); menghentikan penjualan minyak kepada Israel; dan juga menghentikan campurtangan politik di dalam FELDA.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) jangan sambung kontrak Isa Samad," kata Mazlan merujuk kepada kontrak Isa yang bakal tamat 31 Disember depan.

"Tindak tanduk Isa telah merosakkan reputasi FELDA dan menjejaskan perjalanan FELDA pada keseluruhannya.

"Latar belakang beliau yang dikaitkan rasuah dan pelantikannya sebagai Pengerusi FELDA adalah kesilapan besar dilakukan Perdana Menteri," jelas Mazlan dalam memorandum yang diserahkannya.

Memorandum tersebut kemudiannya diterima oleh dua wakil daripada FELDA.

Sejurus selesai memorandum itu diserahkan, wakil daripada ANAK, termasuk R Tanggam kemudiannya "menyebat" patung Isa menggunakan rotan, sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Sementara itu, kumpulan Pro FELDA, yang diketuai oleh Wan Zawawi Wan Zahid turut melaungkan slogan "Persatuan Anak pengkhianat", "Kami sokong PM", " kami tolak pengacau", "Jangan ganggu Felda", dan juga beberapa banner tertera perkataan "Kami setia bersama PM".

Kedua-dua kumpulan juga turut kelihatan berperang mulut antara mereka, termasuk adegan "booo ...", sebaik sahaja mereka bertikam lidah dari jarak 30 meter antara satu sama lain.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh ketika sidang media sejurus tamat protes tersebut menyuarakan rasa terima kasih atas kerjasama kedua-dua kumpulan protes tersebut yang berjaya mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.

"Kami sangat puas hati, dan kesemua pihak mematuhi arahan polis, kedua-dua kumpulan itu bersurai dengan aman," katanya kepada pemberita.

Protes yang bermula selepas selesai solat Jumaat itu kemudiannya tamat jam 3.30 petang dalam keadaan aman.
-TMI

















Musa Hassan Dedah lagi: Jenayah Meningkat Sebab Hubungan Kongsi Gelap Dgn "Orang Atas"

Posted: 28 Dec 2012 01:04 AM PST

Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

"Apabila penjenayah rapat dengan 'orang atas', yang teraniaya adalah masyarakat," kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.

Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Kadar jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram, kata Musa kepada The Malaysian Insider, menyokong dakwaan MyWatch.

Beliau menekankan kesan "domino" aktiviti haram berkenaan sambil menambah masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut.

"Jenayah ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran, loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada.

"Salah satu cara seperti yang saya cadangkan dulu, kerajaan patut beri lesen disesetengah tempat macam di Holland," kata beliau merujuk kepada kawasan pelacuran 'halal' di Belanda sambil menambah, "Orang nak pergi pun segan.

" Menurut Musa lagi, diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara keseluruhan.

"Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh.

"Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat," katanya.

Untuk mengurangkan kadar jenayah yang membimbangkan, Musa mencadangkan agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memantapkan aktiviti untuk mendapatkan maklumat risikan dengan melibatkan orang ramai untuk bekerjasama.

"Contohnya, apabila orang ramai beritahu saya tentang sesuatu jenayah, saya akan kirimkan maklumat ini kepada pegawai polis yang berkenaan. Ini contoh risikan yang kita boleh perolehi daripada masyarakat," katanya.

MyWatch turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan mereka.

Musa dan MyWatch, dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Beberapa penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Ahli politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar, menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah .

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara. -TMI

MCA Terdesak, Keluarkan Kalendar Hina Hudud! Mana UMNO, PERKASA, PEKIDA & JATI?

Posted: 27 Dec 2012 10:18 PM PST


KALENDAR TAHUN 2013 HINA HUDUD, DIEDARKAN KEPADA ORANG RAMAI!!!!!!!

PEMUDA UMNO/PERKASA/PEKIDA/JATI SEMUA PAKAT SENYAP MEMBISU TERKELU LIDAH!!!!

Kalendar tahun 2013 hina HUDUD yang dipercayai dicetak dan ditaja/biayai oleh MCA, rakan sekutu karib paling akrab dan disayangi serta disanjungi UMNO semenjak belum Merdeka.

Nak tahu juga dimana perginya suara garang bengis Pemuda UMNO/PERKASA/JATI/PEKIDA/PESILAT yang dok terlalak terlong memekik memekak kononnya akan pertahankan Islam sampai sanggup mati bermandikan darah, hancur badan berkecai tulang.

Najib bilang undi UMNO adalah undi pertahankan Islam dan aqidah.

Ini sampai dah buat kalendar 2013 apa cerita.

Dulu dalam Persidangan Agung Tahuan MCA didepan Najib Razak, Presiden MCA @ Raja Porno Malaysia, Chua Soi Lek hina HUDUD, Najib tersenyum dan hadihkan MCA RM30juta.

Yang kerja buat/cetak/edar kalendar 2013 hina HUDUD boleh dapat berapa juta pula???????

MCA TERDESAK ATAU UMNO YANG NAZAK? -omakkau

No comments: