SEARCH

Saturday, December 29, 2012

Jutawanemas.com: Temubual Tentang Trend Harga Emas 2012 dan seminar Analisis Teknikal Harga Emas 2013 bersama Gold Trader Noor Shufaad (MelakaFX)

Jutawanemas.com: Temubual Tentang Trend Harga Emas 2012 dan seminar Analisis Teknikal Harga Emas 2013 bersama Gold Trader Noor Shufaad (MelakaFX)


Temubual Tentang Trend Harga Emas 2012 dan seminar Analisis Teknikal Harga Emas 2013 bersama Gold Trader Noor Shufaad (MelakaFX)

Posted: 27 Dec 2012 11:43 PM PST

Pengenalan: Ini adalah temuramah dan sesi brainstorming saya dan sahabat saya Noor Shufaad.

Beliau adalah seorang full time gold trader, coach dan trainer untuk seminar Analisis Teknikal Harga Emas.

Beliau juga aktif menulis blog di www.melakafx.com dan tinggal di Jasin, Melaka.

Kami berjumpa dan bertukar-tukar idea tentang situasi pasaran emas, ekonomi dunia, trend harga emas sepanjang 2012.

Kami juga berbincang tentang isi kandungan seminar Pelabur Emas Bijak dan Seminar Analisis Teknikal Harga Emas tahun 2013.

Jadi, saya ingin berkongsi dengan anda semua isi kandungan temuramah ini.

——————————– temuramah bermula ———————————

Syukor: Salam Paat, lama tak jumpa hang. Apa cerita?

Paat : Aku baru baik demam ni. 2 hari jugak tergolek kat rumah. Alhamdulillah lah dah ok.

Syukor: Baguslah, 2 hari tergolek tu kira okie jugak. Maksudnya antibodi kuat. Hehehe… emas tu penting, tapi kesihatan pun kena jaga jugak.

Cerita pasal market emas tahun 2012.

Syukor : Aku cadang nak buat interview pasal gold market. Hang market expert pertama yang aku nak interview. Nanti aku masukkan dalam blog jutawanemas.com

Soalan pertama ialah pasal trend harga emas ni. Bermula 3 Januari (1569 USD/Oz) sehingga  28 Februari harga emas naik pantas, sehingga mencecah USD1790/Oz .

Lepas tu harga emas mencatatkan penurunan sehingga 16/5/2012 (1526 USD/Oz).

Kemudian harga start naik balik sehingga 4/10/2012 sehingga mencecah USD1795/Oz.

Selepas tu harga emas turun balik…..  sekarang hujung bulan Disember harga emas sekitar 1661USD/Oz.

Apa cerita ni?

Carta harga emas tahun 2012, (Klik sini untuk besarkan)

Paat: Panjang ceritanya …tapi aku ringkaskan. Market player sekarang sedang berada di dalam satu fasa yang di panggil fasa lesson learned. Maksudnya, apa yang pada tahun lepas, time harga emas melambung banyak, pastu jatuh tergolek, insyaallah tak akan berlaku. At least dalam jangka masa terdekat ni. Tetapi once market dah sampai satu fasa yang di panggil sebagai adaptability, barulah kita akan dapat lihat kenaikan semula harga. Tapi kali ini lebih berhati-hati.

Syukor: Jadi, apakah strategi yang terbaik untuk memahami turun naik gold market ni?

Paat: Sentimen. Kita kena banyak baca dan paham pasal market sentiment. Kita kena tengok market ni sebagai satu organic living form. Market ni hidup. Maksudnya market emas tidak statik. Ia dinamik. Dia sama ada akan contract atau expand (menurun atau menaik).

Yang kita nak kena tahu adalah the speed of the contract or expand tu. Laju atau slow. Kalau dia menurun, maka kita kena carik garisan support nya. Mesti ada satu harga atau zon harga yang market player rasa selesa, buat masa sekarang. Mungkin 1600. Atau mungkin juga 1650. Begitu juga kalau market menaik. Dia tak boleh dah menaik secara parabolic . Tetapi akan naik jugak.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, kena datang seminar analisis teknikal. Buat masa nie aku ceritakan tentang big picture dulu.

Syukor: Ok. Jadi apa sebenarnya faktor yang menjadikan market emas tu menurun atau menaik?

Paad: Fear dan greed (takut dan tamak). Sejak azali lagi, memang itulah faktornya. Sebagai contoh, tahun 1992, Soros dan kawan-kawan dah tapau Bank of England. Kemudian ketika krisis kewangan Asian tahun 1997, PM kita time tu, menamakan Soros sebagai punca segala-galanya. Dan ya, semenjak dari hari itu, Soros juga di gelar penyangak mata wang .

Tapi cuba bayangkan. Kalau Soros mati, adakah itu bermakna hilang dah sifat tamak kat dalam market?  Tiba-tiba semua market player dan investor akan ambik untung sikit-sikit je….takpe, takpe…kita bagi la orang lain untung jugak…boleh ke macam tu?

Syukor: Hehehe…confirm lah tidak. Akan wujud Soros yang baru di dalam market.

Paat: Sama macam fear (takut). Apa faktor yang menggerakkan harga emas? Asasnya sudah tentulah permintaan dan penawaran. Bagi suatu permintaan, ia akan diimbangi dengan penawaran. Dan juga sebaliknya. Barulah harga stabil.

Tapi cuba kalau permintaan tersebut datang secara mendadak. Bila berlaku perang sebagai contoh. Atau lebih teruk, esok bangun pagi je Uncle Ben (Ben Bernanke – Chairman Federal Reserved US) pakat-pakat dengan Obama (Presiden USA) nak print duit gila banyak. Tak tergolek US dollar? Investor dan trader yang dah pegang US dollar akan cepat-cepat jual dollar dan terus beli sesuatu yang boleh melindungi kekayaan mereka. Emas adalah jawapan nya. No doubt.

Syukor: jadi, kunci untuk faham pergerakan harga emas banyak terletak pada fundamental?

Paat: Betul. Emas dan perak teknikalnya sama dengan kalau kita main currencies (forex). Bezanya, currencies ni kita boleh cetak sesuka hati. Kadang-kadang tak print pon, tapi guna magic checkbook. Macam yang Fed buat untuk beli bond. Keje gila tu. Emas dan perak kena lombong. So ada kos yang terlibat. Machine la, orang la, insurans la. So banyak benda yang terlibat. Semua parameter ni akan di masukkan ke dalam penentuan harga emas nanti.

Sembang pasal projek tahun 2013.

Syukor:  So, apa projek terbaru untuk 2013?

Seminar @ Kelas Analisis Teknikal Harga Emas.

Paat: First sekali untuk kelas Analisis Teknikal Harga Emas. Aku tengah prepare  video how to untuk kelas teknikal. Yang ni special class. Lepas tu, modul baru untuk kelas Analisis Teknikal pon dah siap. Aku yakin impaknya memang sampai. Lebih padat tetapi mudah diikuti dan di fahami. Then update buku Teknikal pon aku nak launch kan bulan februari nanti.

Untuk seminar analisis teknikal tahun 2013 nanti, kita tekankan strategi membeli emas ketika harga turun dimana wujudnya buying opportunity. Kita ajar kaedah menggunakan tools seperti fibonacci retracement, fibonacci expansion, historical price, psyco level dan trend line.

Gambar: contoh menggunakan tool fibonacci retracement.

——————————————————————————————————–

Nota admin:

Untuk pengetahuan pembaca blog jutawanemas. Saya dan Shufaad akan membuat seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas pada 26 Januari 2013 nanti. Isi kandungan adalah lebih segar dan terkini. Sesiapa yang berminat membuat pelaburan emas, seminar ini memang patut dihadiri.

Ini adalah maklumat seminar tersebut:

Tarikh: 26/1/2013 (Sabtu)
Tempat: Brisdale Hotel, 65 Jalan Haji Hussein  50300 KL
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Yuran: RM300 seorang
Bilangan tempat: 30 seat sahaja tinggal 25 sahaja (first come first serve)
Bawa bersama: Notebook, laptop, internet (jika ada), Power plug (jika ada), usb drive (untuk copy material seminar)
Perhubungan: Hubungi Syukor Hashim hp: 013-2126999 @ contact form (klik)
Bonus topik: Bagaimana mengelakkan diri dari ditipu oleh skim pelaburan emas oleh Hazwan Yunus (klik sini) 


Gambar: Contoh seminar pelaburan Emas dan Analisis Teknikal yang telah dijalankan.

—————————————————————————————————————-

ok, sambung balik interview…..

Projek buku ketiga aku pon dah start ni. Almanac. Yang ni memang best sebab aku cari chart pattern untuk emas dan perak sepanjang 10 tahun, dan aku beritahu macam mana nak trade pattern-pattern ni. History always repeat itself. Jadi Almanac dicipta khas untuk kita prepare in case pattern tu berulang balik.

Syukor: Banyak tu…So apa perkembangan positif  dengan industri emas sekarang?

Paat: Satu benda yang aku sangat gembira sekarang ni ialah bila hang bukak je dalam facebook, ramai yang dah berani post kan analisis teknikal dieorang sendiri. Bagus lah macam tu. Betul ke salah lain cerita. Yang penting, dia tahu guna tools. Yang ke laut pun ada jugak.

Tapi ianya secara tidak langsung menunjukkan yang pembeli atau pelabur emas sekarang dah lebih bijak. Dah boleh baca harga market dunia. Dan dah boleh pilih nak beli kat kedai mana. Kalau dulu, asal nak beli emas je aku pegi kampong jawa (tempat famous beli emas di Melaka). Sekarang takde nya. Public Gold kan ada…

Syukor: Betul, betul. Ni baru betul pelabur emas bijak. Ada orang tanya . Apa perbezaan antara buku Analisis Teknikal Harga Emas (klik) dengan buku terbaru hang tu..apa nama dia…Trade Like Me?


Gambar: Buku Trade Like Me. Berminat beli? hubungi saya (klik)

Paat: Beza antara kedua-dua buku ini ialah di dalam buku Analisis Teknikal Harga Emas (ATHE), aku banyak tulis benda-benda basic. Macam mana nak install MetaTrader, macam mana nak guna tools. Kemudian ada la sikit-sikit berkaitan fundamental dan juga candlestick pattern. Yang lebih tu banyak kepada price action dan teknikal tools.

Objektif utama buku ATHE ini ialah untuk memberi pendedahan awal kepada para peminat emas yang mereka sebenarnya boleh memantau harga emas dunia setiap saat. Next, ialah bagaimana nak mengoptimakan pergerakan harga yang mereka tengok di chart dengan emas fizikal. Dekat sinilah Public Gold memainkan peranan penting.

Syukor: Maksudnya, kat mana nak beli dan jual balik dengan praktikal dan mengikut harga emas semasa?

Paat: Betul. Ada orang nak main emas fizikal tapi nak untung cepat. Ada orang nak main emas fizikal untuk jangkamasa panjang. Mungkin masa nak pergi haji lagi 10 tahun, baru dia jual balik. So bergantung pada kehendak dan keperluan masing-masing. At least buku ATHE dan seminar ATHE yang kita adakan selama ini dah boleh membantu mereka yang hendak membeli dan menjual emas fizikal mengikut harga emas dunia.

Berbeza dengan Trade Like Me (TLM). Buku ini lebih kepada mereka yang berminat dan berani untuk main spot gold, spot silver mahupun commodity currencies. High risk tetapi high return. Sebagai contoh, di dalam buku TLM, aku ada ceritakan pasal Risk and Money Management. Bab ni penting. Sebab apa? Kebanyakan orang yang main spot (metal atau currencies), meletakkan objektif untuk untung dengan secepat mungkin.

Bukannya tak boleh untung. Tapi kalau kita tak pandai control risk, sebanyak mana pun capital yang kita pump, lama – lama akan dry jugak. Money management pula akan bantu kita dari segi bagaimana untuk kita meletakkan sasaran yang sesuai dan boleh di capai berdasarkan kepada capital dan risk kita tadi. Ni bahagian asas. Kena khatam ni dulu.

Syukor: Bagaimana pulak dengan trading strategy?

Paat: Aku ada letakkan sekali. Bagi mereka yang pernah belajar dengan aku, atau pembeli buku ni, mereka dah tau yang primary strategy aku ialah candlestick pattern. Itu strategi aku. Fahm candle, cerah masa depan. Hehe….

Syukor: Patut la ada orang panggil hang cekgu lilin…hehe. So ada apa-apa lagi kata-kata terakhir yang nak di sampaikan?

Paat: Ya ada, tuan-tuan sekalian. Kuasa untuk memilih, sama ada nak beli emas fizikal atau main spot terletak pada diri sendiri. Kalau nak low risk, confirm selamat, dinasihatkan beli emas fizikal fizikal.

Nak beli kat mana? Boleh cari Public Gold (www.publicgold.com.my). Dah la spread rendah, harga murah dari kedai emas dan mengikut pergerakan harga emas dunia. Bagi yang nak adventurous sikit, high risk tetapi high return, then spot is the way to go. Bukan sport toto beb. Kena panah petir kita kang. Tapi spot gold, silver dan juga currencies.

Cuma nak ingatkan yang anda jangan lah harapkan yang ianya (bermain spot) adalah overnight success. Kadang makan hari, makan bulan, makan tahun baru boleh untung. Itu sebab di dalam kelas Personal Coaching aku, aku suruh student main demo akaun at least 6 bulan. At least tu. Lama kan? Kena ingat macam ni je. Kita belajar Diploma 3 tahun, takkan keluar-keluar gaji 10k?  Tetapi as long as kita keep on learning, then the only direction to go, is to move forward.

Terpulang kepada anda semua. Kuasa memilih di tangan anda.

Syukor: Paat. Terima kasih kat hang. Aku rasa semenjak dua menjak ni hang ni banyak berfalsafah la. Kagum jugak aku. Heheh..Anyway, aku yakin benda yang hang dok cerita ni akan jadi panduan dan input yang baik kepada pembaca blog aku.

Paat:  Aku pun harap macam tu jugak lah. Insyaallah lepas ni semua orang boleh pandai emas. Semua orang boleh pandai baca chart emas. Aku doakan semua pembaca blog jutawanemas emas kaya dan berjaya!

Syukor: Amin!!.


Gambar: Baju kegemaran Paat. Semoga semua pembaca blog ini Money Magnet macam Paat.

Kesimpulan:

1. Ini adalah temuramah saya dengan full time gold trader, Noor Shufaad berkenaan prestasi harga emas 2012.
2. Pelajari kaedah dan strategi pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas melalui seminar kami 26/1/2013 di KL.
3. Dengan ilmu yang betul, strategi yang betul dan timing yang betul anda pasti untung.

 Kongsikan interview ini dengan rakan-rakan facebook anda. Klik ikon FB dibawah sana. Terima kasih!

.



Tags:  


Facebook
TweetThis

  
Copyright © www.jutawanemas.com [Temubual Tentang Trend Harga Emas 2012 dan seminar Analisis Teknikal Harga Emas 2013 bersama Gold Trader Noor Shufaad (MelakaFX)], All Right Reserved. 2012.
Powered by Readers From RSS 2 Blog


No comments: