SEARCH

Wednesday, November 7, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Isu Nurul Izzah Hanya Diputarbelitkan Oleh Utusan Yang Kalah Banyak Kali Di Mahkamah

Posted: 06 Nov 2012 05:04 PM PST


MMursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.

Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka.

Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.

Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya.

Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.

Izzah lantik 2 peguam, saman 2 akhbar dan beberapa blog

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.

"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini.
-SH



[TEPAT] Kajian UM: Pengundi BN Merosot Disebab Integriti Buruk Pemimpin

Posted: 06 Nov 2012 04:25 PM PST


Meremehkan soal integriti menyebabkan prestasi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dijangka bakal mengalami kemerosotan.

Menurut laporan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya (UMCEDEL) baru-baru ini, sebanyak 66 peratus responden percaya integriti buruk pemipin Umno-BN akan memberi kesan buruk terhadap prestasi parti itu dalam pilihan raya nanti.

Kajian yang dijalankan dari 1 hingga 16 September itu juga menunjukkan 60 peratus responden percaya isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal juga akan menjadi isu duri dalam daging kepada Umno menjelang pilihan raya nanti.

Manakala isu lain yang dijangkan memberi kesan buruk terhadap prestasi Umno-BN, Lynas dengan 59 peratus, isu National Feedlot Corporation (NFC), 55 peratus dan diikuti 54 peratus bagi isu kegagalan kerajaan mengurangkan kadar jenayah.

Kajian yang melibatkan seramai 1536 responden itu juga menjelaskan sebanyak 52 peratus dari mereka, percaya bahawa isu Demontrasi BERSIH turut menjejaskan sokongan terhadap Umno-BN.

Sementara itu, menurut rumusan kajian sama, laporan media terhadap 'kelemahan' negeri Pakatan Rakyat juga semakin kurang mendapat kepercayaan masyarakat.

"Terdapat kesangsian yang tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam PR dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa," menurut ringkasan laporan kajian tersebut.

Dalam isu sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika mengulas laporan tersebut, menjangkakan pengundi dalam PRU-13 nanti akan mengambil kira isu integriti dan kemampuan PR mentadbir negara sekiranya diberi peluang nanti.

"Ya, saya rasa soal integriti dan kredibiliti merupakan isu utama dalam pilihan raya yang akan datang ini.

"Ianya bukan soal Melayu bergaduh dengan Cina atau Islam dengan bukan Islam, tetapi persoalan nak dapatkan pemimpin yang berintegriti yang mempunyai kredibiliti dan mempunyai kemampuan untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih daripada segala jenis rasuah," katanya kepada TV Selangor.

[GILA] Hadlaju 90 Km, Saman 80 Km, Bukti Kelemahan AES

Posted: 06 Nov 2012 05:10 AM PST

Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

"Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

"Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j," katanya pada sidang media di Parlimen.

Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem 'speed limit buffer' (lonjakan had laju).

"Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.

"Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju," kata beliau.

Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka.

"Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.

"Kompaun tidak wajib bayar.

Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

[DASYAT] Buang Janin Depan Rumah

Posted: 06 Nov 2012 02:58 AM PST


Mentakab – Seorang pesara swasta pelik dengan bunyi salakan anjing liar dan terkejut apabila menemui janin dibuang di halaman rumahnya dekat Taman Rimba Rimba Mutiara, di sini, petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian tersebut disedari Chee Kong Chow, 57, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin apabila pengadu keluar dari rumahnya di Jalan Jelutong 6 selepas mendengar sekumpulan anjing liar menyalak.

Menurutnya, polis yang mendapat maklumat kejadian kemudian menghantar pasukan forensik dan mendapati janin berusia di antara empat ke lima bulan itu dibuang di hadapan rumah mangsa.

"Sehingga kini, polis masih belum mengetahui bangsa janin itu, tetapi ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam dengan kaedah pengguguran.

"Polis mengarahkan pegawai dan anggota melakukan pemeriksaan di hospital serta klinik swasta berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut. Polis juga merakam percakapan pengadu dan janin itu akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat setelah siasatan forensik selesai," katanya, kelmarin.

Zundin berkata, kes buang bayi sangat jarang berlaku di Temerloh dan kejadian semalam akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum mempunyai suspek dan menggesa orang ramai membantu polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

"Polis mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit," katanya.

Jenayah Menurun? Anak Bekas Ahli Parlimen BN Kena Tetak

Posted: 06 Nov 2012 12:44 AM PST


Kuala Lumpur — Polis sedang menjejak lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tetak anak bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh (BN) berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Bernama berkata masih belum ada sebarang tangkapan yang dibuat setakat ini.

"Pihak kami kini sedang menjalankan siasatan lanjutan untuk menangkap suspek-suspek ini," katanya.

Beliau berkata mangsa Wan Mohd. Faizal, 24, iaitu anak kepada Datuk Wan Mohd. Najib Wan Mohamad kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya.

"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan akibat ditetak," katanya.

Wan Mohd Faizal cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dengan menggunakan parang dan dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian. — BERNAMA

Anak Bekas MP Pasir Puteh Cedera Parah Ditetak

KUALA LUMPUR: Anak lelaki bekas anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga lelaki yang menyerangnya berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supritendan Othman Abu Bakar berkata dalam kejadian 10.

30 pagi ini, anak kepada Wan Mohd Najib Wan Mohamad iaitu Wan Mohd Faizal, 24, cedera di bahagian belakang kepala, tengkuk dan tangan.

"Ketika kejadian, mangsa berjalan bersendirian melalui deretan kedai makan sebelum dia diserang tiga lelaki terbabit manakala salah seorang daripada suspek telah bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah parang.

"Mangsa kemudiannya berjalan ke sebuah kedai makan untuk meminta pertolongan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program keselamatan jalan raya 'Reuniting Families-Child Safety Road Show' di sini, Ahad.

Othman berkata, dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.

Motif kejadian masih lagi disiasat, katanya.

Beliau berkata Wan Mohd Faizal yang bekerja sebagai jurujual kereta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur
-BERNAMA



Patutlah Temberang Semacam Suruh Lapor SPRM, Rupanya Beliau Ada Kuasa Ke Atas SPRM

Posted: 05 Nov 2012 09:36 PM PST

Rafizi desak Nazri bercuti, SPRM memulakan siasatan

PUTRAJAYA, 5 Nov — Datuk Seri Nazri Aziz didesak mengambil cuti sebagai menteri Kabinet hari ini apabila pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas tuduhan menteri tersebut dikatakan mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan "dana politik" RM40 juta ke atas Umno Sabah.

Menteri de facto undang-undang minggu lalu mengakui beliau mengenali peniaga balak Michael Chia secara peribadi, tetapi menafikan mempunyai kepentingan ke atas dakwaan beliau membersihkan perasuah.

Menteri itu menerangkan bahawa beliau perlu menjawab soalan terhadap Chia, dan tuduhan terkini terhadap kes rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya selalu menteri de facto undang-undang.

Tetapi Rafizi menyatakan kedudukan Nazri selaku menteri de facto undang-undang tersebut itu berselisih kepentingan dengan siasatan SPRM.

Rafizi memberitahu wartawan sebelum membuat laporan ke SPRM ke atas Nazri yang dituduh mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan "dana politik" RM40 juta diterima oleh Umno Sabah, dan melibatkan Nazri dengan Chia melalui anaknya Nedim.

"Berbeza dengan Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) dahulu, Datuk Seri Nazri adalah bertanggung jawab kepada SPRM.

"Apabila SPRM membuka fail ke atas Datuk Seri Nazri, dia akan disiasat oleh badan yang akan melaporkan pada dirinya sendiri.

"Oleh kerana tindakan Datuk Seri Nazri cuba menutup dan tidak memberi jawapan yang boleh diterima pakai setakat ini, sebab itu timbul soal Hummer dan sebagainya," kata pengarah strategi PKR itu.

Rafizi memberitahu wartawan hari ini bahawa pendedahan terhadap kes Nedim adalah sebahagian dari pendedahan beliau terhadap pemberian "dana politik" RM40 juta Chia.

"Datuk Seri Nazri cuba untuk menyembunyikan kes ini, beliau tidak memberikan jawapan yang munasabah sampai sekarang, dan inilah sebab kenapa isu Hummer ini timbul.

" Walaupun menghantar laporan kepada SPRM hari ini, Rafizi menegaskan siasatan akan terus dijalankan bersama dengan SPRM.

"Saya fikir dengan dua otak, kita dapat bandingkan siapa yang lebih cekap di sini.

"Terserah kepada SPRM untuk bersama kita dalam siapa yang dapat menyelesaikan masalah ini," katanya lagi. Dalam sidang media berasingan minggu lalu, Rafizi telah menerangkan hubung kait antara keluarga Nazri dan Chia dengan gambar-gambar yang menunjukkan anak menteri tersebut, Nedim telah menggunakan Hummer yang bernilai lebih kuramg RM500,000 dengan nombor plat WNX 9776.

Chia baru-baru ini dibersihkan dari tuduhan rasuah — kes dengan Musa selepas SPRM dan pihak berkuasa anti rasuah Hong Kong melaporkan bahawa wang bernilai RM40 juta yang cuba diseludup di Malaysia adalah "dana politik" untuk Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.

Menurut laporan, Chia telah ditahan di Hong Kong pada 2008 dalam percubaan untuk menyeludup wang balik ke Malaysia.

Pada ketika itu beliau memberitahu wang tersebut untuk Musa, menyebabkan siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut dijalankan.

Rafizi berkata bahawa Nazri, yang menggelarkan dirinya selalu "menteri undang-undang No.1" mungkin didapati bersalah atas kesalahan rasuah kerana beliau memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa Musa telah bersih dari rasuah.

Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan terseut, Rafizi menerangkan, Nazri turut membersihkan tuduhan terhadap Chia, walaupun gagal menunjukkan kertas siasatan ke atas kedua-dua individu tersebut, sama ada dari SPRM atau Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC). -TMI

No comments: