Kelab Greenboc |
- Negeri Sembilan Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat
- Si Pencen Yang Merasakan Dirinya Masih Berkuasa
- [PANAS] UMNO Gigil: Ramai Pemimpinnya Bakal ke Penjara Bila PR Tawan Putrajaya - Video
- Isu TGHH Bertanding Di Pekan: TGNA Beri Lampu Hijau, Harun Taib Mahu Beliau Kekal Di Marang
- [BERGAMBAR] Tanah Runtuh, Kuarters Polis IPD Gombak Terjejas
- PKR Lancar ‘Pakatan Harapan Rakyat’
- [VIDEO] TG Haji Hadi Seru Rakyat Ubah Kepada Pakatan Rakyat
Negeri Sembilan Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat Posted: 04 Nov 2012 05:01 PM PST Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa Negeri Sembilan bakal ditadbir oleh perikatan itu ekoran "kebangkitan rakyat", yang diperlihatkan pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban, semalam. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, PR mempunyai keyakinan akan menawan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan ditunjukkan rakyat dengan menghadiri majlis semalam walaupun dalam keadaan hujan. Menurutnya, pada tahun 2008 PR tidak memiliki kekuatan seperti sekarang. PR dianggotai Pas, PKR dan DAP. Kini ia mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Bagaimanapun apabila semua parti bekerjasama dalam setiap program yang dianjurkan PR, katanya, ia menunjukkan pembangkang semakin kuat. "Kita yakin PR akan menang untuk tawan Negeri Sembilan pada kali ini. "Kita kata sebegitu kerana rakyat turun menunjukkan sokongan kepada semua program yang kita buat termasuk Himpunan Kebangkitan Rakyat, semalam. "Walaupun cuaca tidak menentu dan hujan tapi sambutan masih menggalakkan, dan semua ahli parti di kawasan itu juga bekerjasama untuk menjayakannya, kami semakin kuat daripada tahun 2008," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini. Kelmarin, PR telah mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan dan menampilkan barisan pemimpin PR, artis-artis dan aktivis-aktivis. Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, PR akan terus mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat - yang paling besar Januari depan. Berdasarkan maklumat sebelum ini, PR menganjurkan perhimpunan semalam untuk menyegarkan semula tuntutan ke arah pilihan raya yang bebas dan adil. -SH |
Si Pencen Yang Merasakan Dirinya Masih Berkuasa Posted: 04 Nov 2012 04:13 PM PST Pencen, buat lah cara orang pencen, walaupun dah pencen Mahathir tetap dengan kegemaran yang suka simbah minyak petrol ke dalam api untuk membakar api perkauman. Gurkah-gurkah politik di'port' pula anggap bukanlah seperti dia seorang bekas pemimpin sebuah Negara, tetapi lebih kepada macam komunis daaa... Kenapalah dia sentiasa saja mahu menjadikan dirinya sensasi? adakah sebab mahu mencuri perhatian media atau memang Mahathir ini seorang yang gilakan 'flash-light camera' dan wartawan? Mahathir ini dia 'old school', dia sentiasa anggap orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya masih bodoh, masih bangang dan jahil kerana tidak boleh membaca apa yang ada dalam kepala otak dia dan dia ingat kita semua tidak paham tindakannya itu. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kenyataannya begitu menyakitkan hati gurkah-gurkah ini. Tidak, dan tidak, BN/umno tidak pernah melakukan sesuatu kerana rakyat, mereka hanya akan melakukannya jika ia menjana wang untuk mereka dan kroni. Tidak hairanlah jika negara kita berada dalam keadaan yang menyedihkan jika dibandingkan dengan Thailand yang di utara dan Singapura yang berada di selatan tanah air. Terima kasih lah kepada puji-pujian pencacai dan banyak lagi komen-komen tidak masuk akal yang membawa kita kepada satu perkara..... Mahathir adalah yang TERBAIK dan HANYA DIA sahaja yang mampu melakukan apa sahaja untuk Malaysia. Tidak hairanlah jika kredibiliti BN/umno telah tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan dapat dinaikkan ke daratan lagi. Mungkin inilah sebabnya kenapa rakyat Malaysia tidak mengambil serius, tidak ambil 'pot' dan tidak menerima bulat-bulat perumpamaan Mahathir tentang syaitan dan malaikat. Yang pasti, rakyat sudah membuat keputusan tentang apa pendirian Mahathir yang sebenar. Pembangkang yang dilabel Mahathir sebagai 'malaikat' juga seronok dan menikmati lawak dari Mahathir ini. Padan muka UMNO! -dollahyankee
|
[PANAS] UMNO Gigil: Ramai Pemimpinnya Bakal ke Penjara Bila PR Tawan Putrajaya - Video Posted: 04 Nov 2012 04:38 AM PST Pakatan Rakyat (PR) akan mengheret ke mahkamah mana-mana individu atau pemimpin Umno-BN yang pernah terlibat dengan rasuah sekiranya diberi peluang menerajui kerajaan. Mereka yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral akan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan. Demikian ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Seremban Jaya malam tadi. Menurut Anwar lagi, tindakan pemimpin Umno-BN menyalahguna kuasa dan kedudukan mereka ketika berkuasa telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada rakyat dan negara ini. "Saudara, kita tak nak ganggu dia, tetapi yang dia kata kalau kita menang, kita akan jadi alat dan pencacai kepada DAP (tetapi) sebenarnya yang mereka takut adalah harta yang mereka rampas daripada rakyat. "Anak Perdana Menteri, anak bekas Perdana Menteri, kerjanya, bilion ringgit dia ambik, apa kamu ingat duit ini bapa kamu punya ke atau rakyat punya. "Syarikat petroleum bilion ringgit bila untung beli syarikat arak dan ustaz Umno pun kata hidup Melayu," sindir Anwar. Sebelum itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula sekali lagi memberi jaminan bahawa DAP tidak pernah berhasrat menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir dari Umno-BN. "Najib Razak pecah rekod sebagai Perdana Menteri yang memiliki penggal terpanjang sebelum pilihan raya, tetapi kalau dia tak bubar, maka pada 23 April 2013 Parlimen akan terbubar secara automatik. "Kita boleh bagi dia peluang untuk cipta satu lagi rekod iaitu Perdana Menteri terakhir Umno-BN," ujar Kit Siang. Kit Siang turut menyentuh skandal RM40 juta 'Aman gate', kenderaan SUV mewah, Hummer, milik Micheal Chia tetapi digunakan oleh anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. -selangorku |
Isu TGHH Bertanding Di Pekan: TGNA Beri Lampu Hijau, Harun Taib Mahu Beliau Kekal Di Marang Posted: 04 Nov 2012 01:39 AM PST Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Parlimen Pekan tidak lebih menggambarkan beliau seorang yang setia kepada parti. Harun berkata, apa dinyatakan Abdul Hadi itu menunjukkan dia akur bertanding mana-mana tempat diputuskan parti, namun beliau tidak terfikir Abdul Hadi akan bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Bagaimanapun, beliau memberitahu tidak mengetahui maklumat sebenar mengenai perkara itu dan belum berjumpa Abdul Hadi untuk dapatkan kesahihannya. "Saya tidak jumpa lagi dengan beliau sama ada sungguh atau tidak (mahu tanding di Parlimen Pekan), tetapi apa yang boleh dikatakan, ia bermakna kesetiaan beliau terhadap parti," katanya, semalam. Harun mengulas laporan berhubung kesediaan Abdul Hadi untuk bertanding di Parlimen Pekan, sekali gus menunjukkan kesediaan beliau melawan kerusi yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Abdul Hadi ketika ini penyandang kerusi Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang. Harun berkata, Pas sudah tentu akan beri kerusi 'sesuai dan munasabah' kepada Abdul Hadi. Menurutnya, parti akan buat keputusan bijaksana sesuai dengan jawatannya dalam usaha membawa hala tuju parti selepas pilihan raya umum akan datang. Mengulas lanjut Harun berkata, hanya kerusi Parlimen Marang dilihat sesuai untuk Abdul Hadi. "Buat masa ini (Abdul Hadi sesuai) di Parlimen Marang, bukan Maran," katanya. Mengenai sama ada Abdul Hadi masih bertanding dua kerusi sebagaimana pilihan raya sebelumnya, Harun menegaskan urusan calon terpulang kepada parti. -SH
|
[BERGAMBAR] Tanah Runtuh, Kuarters Polis IPD Gombak Terjejas Posted: 04 Nov 2012 01:18 AM PDT Selayang - Puluhan keluarga pegawai dan anggota polis di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh kira-kira jam 7 malam selepas hujan lebat melanda Lembah Kelang sejak petang tadi. Akibat kejadian itu, tiga kereta yang diletakkan berhampiran kuarters itu rosak selepas ditimpa batu yang jatuh berikutan runtuhan tebing itu. Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Rosly Hassan berkata, siasatan awal bomba mendapat kondisi tanah berada di tahap kritikal dibimbangi berlaku pergerakan tanah sekiranya hujan berterusan. Menurutnya, sebagai langkah awal keselamatan dan pengawasan, seramai 150 orang daripada 32 keluarga yang tinggal di blok F1 diarahkan meninggalkan kediaman serta berkumpul di dewan. "Hujan berterusan bermula jam 4 hingga 6 petang dipercayai antara punca berlakunya rekahan tanah dan kejadian ini adalah insiden pertama berlaku sejak kuarters berkenaan diduduki 2002. "Keluarga yang dipindahkan itu tidak dibenarkan memasuki blok bagi tujuan keselamatan sehingga pengesahan kondisi tanah diputuskan agensi berkaitan," katanya sewaktu meninjau runtuhan tebing. Katanya, jarak runtuhan tebing dengan blok F1 yang didiami 32 keluarga itu cuma adalah 1.2 meter sahaja. Beliau berkata, hanya penduduk satu blok itu diarahkan keluar dan pihaknya masih menunggu laporan terperinci daripada pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Selayang. Seorang penduduk ditemui, Aida Ninggal, 50, berkata, ketika kejadian dia bersama suami keluar membeli kelengkapan dapur. "Saya menerima panggilan telefon dari anak perempuan sekitar jam 7 malam memaklumkan berlaku runtuhan tebing berhampiran rumah dan terdengar siren kecemasan. "Saya bersyukur tiada apa-apa kejadian buruk berlaku ke atas anak yang ketika itu tinggal bersendirian dan sedang tidur," katanya. Seorang lagi mangsa, Nor Shamsiah Ibrahim, 49 berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan lima anaknya berada di rumah sedang menonton televisyen. "Saya yang tinggal di tingkat satu terkejut mendengar dentuman kuat ingatkan kemalangan. "Namun apabila meninjau di luar tingkap mendapati bongkah batu dari tembok pengadang runtuh dan menghempap tiga kereta yang salah satunya rosak teruk," katanya yang baru menduduki tersebut dua tahun lalu. -SH |
PKR Lancar ‘Pakatan Harapan Rakyat’ Posted: 03 Nov 2012 10:43 PM PDT PKR selangkah lagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) apabila melancarkan kempen bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' sebagai medium menyahkan fitnah politik BN. Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PKR menjadi parti politik pertama yang menjalankan kempen ini. Katanya, kempen tersebut mengetengahkan idea,harapan dan wajah rakyat untuk memberi kelainan kepada Malaysia. "PRU kali ini akan jadi medan BN untuk menghambur segala caci nista kepada keadilan (PKR) "Sebab itu PRU-13 ini kita tidak mahu dirosakkan dengan cacian mereka. Makanya kempen poster dan papan tanda gergasi ini adalah pendekatan kita untuk menolak kempen berbaur fitnah yang akan dimainkan oleh BN," katanya ditemui selepas perasmian kempen itu di Ibu Pejabat PKR pagi tadi. Beliau turut menafikan bahawa kempen ini bukan untuk propaganda namun membawa mesej,warna dan harapan rakyat. "Tsunami politik 2008 telah membawa perubahan termasuk pembentukan Pakatan sebagai wadah reformasi yang menjadi wadah baru kepada rakyat," katanya. Jelas beliau, fasa pertama sebanyak 10 bilboard akan dipasang, dan fasa kedua kempen secara online akan dilakukan. Turut hadir dalam perasmian itu termasuklah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pimpinan parti. KEADILAN lancar poster kempen PRU 13 tema 'Pakatan Harapan Rakyat' |
[VIDEO] TG Haji Hadi Seru Rakyat Ubah Kepada Pakatan Rakyat Posted: 03 Nov 2012 07:58 PM PDT Ubah kepada cara Pakatan Rakyat - Presiden PAS Seremban: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat Malaysia mengubah cara berpolitik di negara ini kepada cara baru iaitu cara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. "Cara BN cara lama. Cara parti dibentuk dari bangsa-bangsa. Berbeza dengan cara Pakatan Rakyat. Parti-parti kita semua berbilang kaum dan agama. "PAS parti islam dari pelbagai kaum. Ada juga bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. PKR parti pelbagai kaum dan agama. Begitu juga DAP. "Berbeza dengan BN. Semua partinya dari parti kaum," kata beliau di Himpunan Kebangkitan Rakyat dekat Taman Seremban Jaya, Senawang malam ini. Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum dan agama berhimpun di sini bagi menyertai perhimpunan yang penuh sejarah itu. Padang usang itu penuh dengan keghairahan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka. Tepukan dan laungan reformasi bersatu dengan teriakan Allahuakbar dari para penyokong PAS, PKR dan DAP. Pelbagai barangan kempen dijual oleh penyokong PAS, PKR dan DAP di perhimpunan ini. DAP membawa treler dan lori kempennya manakala PKR membawa bas dua tingkat jelajah rakyatnya. Selain Ustaz Hadi, turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Penyanyi Ito yang berasal dari Negeri Sembilan telah diberikan penghormatan untuk melancarkan lagu Pakatan Rakyat bertajuk 'Ubah Sekarang' di perhimpunan ini. Ustaz Hadi dalam ucapannya menyatakan sekali lagi komitmen Pakatan untuk mematuhi perlembagaan negara tetapi membawa mesej yang berbeza sama sekali dari BN. "Kita memegang perlembagaan yang sama tetapi penghayatan yang lain dari BN," kata Ustaz Hadi. Dalam ucapannya juga, Ustaz Hadi berkata, memang PAS bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat "tetapi kita mentafsirkan Islam secara yang sebenar. " "Kerajaan tidak boleh berlagak sebagai Tuhan, pemimpin bukan juga bukannya manusia suci," tegas beliau ketika mentafsirkan sistem pemerintahan yang dikehendaki Pakatan. Beliau juga memberitahu, PAS tidak pernah memaksakan Islam kepada orang lain kerana "tiada paksaan dalam agama. " Oleh itu, katanya, tidak berbangkit PAS menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana pihak termasuk DAP apabila PAS tidak memaksakan Islam kepadanya kerana ia sememangnya hak yang dberikan oleh Islam. Beliau juga menegaskan, PAS akan sentiasa komited untuk mempertahankan hak bumiputra kerana mereka sememangnya tertinggal dari segala segi selepas disusun sedemikian rupa oleh penjajah. "Namun dalam masa yang sama kita juga perlu memberikan hak istimewa kepada kaum Cina dan India yang miskin kerana mereka juga mesti dibela. "PAS akan memperjuangkan hal ini dan ini adalah tanggungjawab kita," tegasnya dengan disambut teriakan takbir dan tepukan gemuruh dari para hadirin yang pelbagai kaum, agama dan jantina itu. BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment