SEARCH

Sunday, November 25, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kertas Putih Talam Sudah Keluar, Kertas Putih NFC Bila?

Posted: 24 Nov 2012 05:01 PM PST

MP Pakatan Rakyat (PR) mencabar Perdana Menteri, untuk mengikut contoh Kerajaan Selangor dan mengeluarkan kertas putih skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM 250 juta.

Ini kerana Kerajan Selangor telah mengeluarkan kertas putih tentang pelunasan hutang Talam Corporation kepada Selangor berjumlah RM 392 juta, yang hangat diperkatakan oleh pemimpin Umno-BN.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kertas putih tersebut telah berjaya membuktikan bahawa dakwaan kerajaan negeri gunakan duit rakyat untuk 'bailout' syarikat Talam adalah tidak benar dan tidak berasas.

"Kejayaan membentangkan kertas putih ini telah membuktikan pentadbiran PR bersikap telus, jujur dan tidak menyembunyikan sebarang urusniaga yang melibatkan harta milik rakyat yang bernilai jutaan ringgit."

Abdul Khalid yang juga MP Bandar Tun Razak berkata demikian di dalam satu kenyataan akhbar yang turut disokong enam MP PR yang lain.

Mereka adalah MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, MP Rasah, Loke Siew Fook, MP Seputeh, Teresa Kok, MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, MP Batu, Chua Tian Chang dan MP Serdang, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, NFC perlu diaudit oleh firma antarabangsa seperti PriceWaterhouse Coopers.

"Kita mahu kerajaan Persekutuan menerangkan kepada rakyat bagaimana dana milik rakyat ini telah dibelanjakan dan membentangkan semua perbelanjaan, pihak yang membelanjakan dan aset-aset yang dibeli untuk disemak oleh rakyat," kata beliau.

Tambah Abdul Khalid, terdapat ahli politik BN yang lantang mengkritik usaha kerajaan Selangor mengutip hutang Talam tetapi 'menikus' dalam isu skandal NFC.

"Kita percaya sekiranya kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri gagal menyediakan kertas putih, maka terbukti Barisan Nasional tidak jujur menguruskan harta rakyat dan tiada alasan lagi untuk rakyat terus menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang," tegas Abdul Khalid. -selangorku

Takut Dengan Pemerhati Bebas, Bukti Pilihanraya Malaysia Tidak Bersih & Tidak Telus!

Posted: 24 Nov 2012 03:34 PM PST

Pemantau bebas, mengapa M'sia begitu gelabah?'

Senator bebas Australia, Nick Xenophon menganggap sebagai munasabah permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pemerhati bebas dari rantau itu bagi memantau perjalanan pilihan raya Malaysia.

Xenophon, yang berasal dari Australia Selatan menganggap media Malaysia melaporkan bahawa Australia memohon untuk campurtangan dalam pilihan raya Malaysia sebagai penyampaian yang salah, direka dan memutarbelitkan kedudukan sebenar.

"Mengapa kerajaan Malaysia begitu mengelabah mengenai permintaan munasabah Anwar untuk pemerhati bebas dari rantau itu.

"Apa yang Anwar minta ialah pilihan raya di Malaysia yang bebas, adil dan bersih dan Australia - sebagai jiran dan rakan Malaysia - memainkan peranan jika diminta," katanya dalam satu kenyataan.

Xenophon menyerahkan surat peribadi Anwar kepada Menteri Luar Australia Bob Carr minggu lepas.

Beliau berkata tidak ada apa dalam permintaan kepada Carr itu yang boleh ditafsirkan sebagai campurtangan oleh negara dalam hal ehwal negara lain.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



SAT1M - "Sapu Tanah 1 Malaysia" Sebagai Penghargaan Kepada ADUN Sri Serdang

Posted: 24 Nov 2012 05:39 AM PST

Cadangan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menggunakan istilah "Sapu Tanah 1 Malaysia" (SaT1M) bagi merujuk kepada skandal pemilikan tanah di Selangor oleh Kerajaan Umno-BN dipersetujui Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

Istilah itu dianggap relevan, kata Shuhaimi kerana ia berkait rapat dengan penglibatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Satim Diman dalam isu pembelian tanah dengan harga murah.

"Saya mencadangkan perkataan sapu tanah itu diganti dengan istilah lebih sesuai kerana cara pengambilan tanah oleh Umno-BN. Sebagai penghargaan kepada Sri Serdang, kita tukar kepada Sat1M bagi menggambarkan kepakaran Sri Serdang pernah menjual tanah November 2011," katanya.

Shuhaimi sebelum ini pernah mendedahkan tiga kes salah guna kuasa oleh Satim, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.

Satim juga didakwa menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan.

Dalam pada itu, Suee Lim mendedahkan 23 lot tanah di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM300 juta.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana tanah berkeluasan 33.5 ekar itu hanya dikenakan bayaran premium serendah RM1 untuk satu kaki persegi.

"Ramai rakyat mempersoalkan bagaimana pengurusan tanah 24 lot tanah yang komersial itu boleh diluluskan kepada Umno, MCA, MIC dan Gerakan? Setelah diteliti, harga kesemua tanah itu tidak kurang daripada RM300 juta.

"Bagaimana premium itu boleh dikurangkan sehingga harga begini? Siapa yang duduk dalam jawatankuasa tanah pada ketika itu? Inilah perangai Umno-BN yang kononnya ingin membela hak rakyat, sentiasa memalukan dulu, kini dan selamanya," katanya.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan daripada Suee Lim berhubung pemilikan tanah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri menggunakan sistem terbuka (sistem digital) tanpa perlu merujuk kepada pejabat daerah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri bercadang untuk meneliti semua pemilikan tanah bagi memastikan ia dilakukan secara tertib tanpa wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak.

"Sekiranya pembelian tanah itu tidak digunakan seperti yang dicadangkan, maka Kerajaan Negeru berhak untuk mengambil semula tanah itu. Kita perlu meneliti dokumen pemberian dan jika wujud salah guna kuasa, maka kita boleh ambil tindakan undang-undang," katanya.

Kenyataan Seksis Bukti Adun Umno Berfikiran Kotor Dan Melampau

Posted: 24 Nov 2012 03:05 AM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim ternyata tidak layak menjadi wakil rakyat apabila menghamburkan kenyataan yang bersifat 'seksis dan lucah' terhadap YB Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, malah ternyata bersifat menghina dan melampau.

Inikah sikap sebenar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang memiliki mentaliti kotor dan songsang yang dipilih oleh rakyat untuk berada dalam dewan yang mulia? Para wanita wajar menolak Adun Umno yang jelas menghina dan berfikiran lucah serta sempit.

Jingga 13 mendesak agar Mohd Isa dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan dengan segera dan menggantung beliau di atas sikap tidak profesional, seksis dan lucah.

Tindakan tegas juga wajar diambil terhadap kenyataan yang ternyata bertujuan mengaibkan Elizabeth secara terbuka dengan sesuatu yang tidak masuk akal sebagai seorang Adun.

Jingga 13 menyeru seluruh wanita di Malaysia khususnya wanita di Selangor mengambil pendirian menolak wakil-wakil rakyat Umno BN dalam PRU 13 yang ternyata tidak menghormati golongan wanita.

Afy Adrimie Saharudin
Timbalan Setiausaha 2 Jingga 13


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



BN Selangor ‘Menggelupur’ Jawab Isu ‘Sapu Tanah’

Posted: 23 Nov 2012 11:27 PM PST

Abdul Syukor yang juga ADUN Kuang mendakwa tanah yang dibeli dengan harga murah RM1 sekaki persegi itu sedangkan bernilai lebih RM2p juta adalah untuk kegunaan masyarakat seperti pembinaan dewan serbaguna dan tadika.

24 bidang tanah seluas 33.5 ekar itu bernilai lebih RM20 juta 'disapu' parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan ketika kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo.

Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun turut respon dengan pendedah itu mendakwa tidak salah membeli tanah negeri dengan harga murah.

Menurutnya, amalan itu sudah menjadi kebiasaan sejak merdeka menjual dengan harga murah untuk tujuan kemasyarakatan seperti untuk membina kuil dan sekolah.

"Semua tanah MCA di kampung baru adalah milik ibu pejabat parti itu, bukan milik peribadi. Apa yang salah?" katanya Koon Mun yang mempertahankan amalan itu.

Yang menimbulkan persoalan, ADUN Sekinchan itu berkata, ada antara tanah yang 'disapu' BN itu diguna untuk tujuan komersial atau dijual bukannya untuk kegunaan masyarakat seperti didakwa Abdul Shukor.

"Tiada dewan atau Tadika yang dibina di atas tanah berkenaan, Ini satu pembohongan.

"Kita dapati tanah berkenaan (dibangunkan) secara usaha sama. Ada yang sudah membina kedai, kondominium dan hartanah lain,

"Ini bermakna ADUN Kuang itu melakukan pembohongan besar,"
jelas Suee Lin.

Beliau berkata, UMNO, MCA, MIC tidak sepatutnya diberi hak membeli tanah itu dengan harga murah oleh kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum ini sedangkan ketika itu tanah berkenaan bernilai tinggi.

Suee Lim berkata, beliau membawa isu UMNO-BN 'sapu tanah' itu ke pengetahuan SPRM dan polis untuk siasatan lanjut. -Roketkini

Skandal RM40 Juta: UBS Bank Switzerland Siasat Musa Aman

Posted: 23 Nov 2012 09:07 PM PST

UBS Bank di Switzerland membuka siasatan kes pengubahan wang haram berjumlah USD90 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Ia didedahkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Bola Apartment Damansara Damai, di sini malam tadi.

"Nama Musa Aman dikaitkan dengan siasatan kes 'money laundering' (pengubahan wang haram) berjumlah USD90 juta di Switzerland.

"Nama Musa dikatakan sebagai salah seorang pemegang akaun yang disiasat," katanya depan lebih 5,000 rakyat.

"Bukan itu sahaja, kes melibatkan Musa Aman juga kini akan dibuka di Hong Kong melibatkan wang pemberian oleh jutawan balak Michael Chia berjumlah RM40 juta," kata Ahli Biro Politik KEADILAN itu.

Sivarasa berkata, puluhan laporan dibuat terhadap pemimpin Umno BN kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun hingga kini tiada seorang pun didakwa.

"Bila kita buat laporan, dia tutup fail. Bila kita tanya di Parlimen, mereka tak jawab," jelasnya.

Beliau juga menyentuh berkenaan kekayaan yang dikumpul Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya sepanjang lebih 20 tahun memerintah.

"Harta atas nama Taib Mahmud sahaja RM15 bilion. Dicampur dengan nama anak-anak dan adik beradiknya yang berjumlah RM6 bilion, bermakna keseluruhan harta keluarga Taib Mahmud berjumlah RM21 bilion.

"Macam mana dia dapat? Kalau nak cerita hal rasuah pemimpin Umno BN, ceramah sampai esok pun tak habis," sambung Sivarasa.

"Kerajaan Malaysia ini seperti orang yang sudah nyanyuk. Tapi mereka takkan boleh tutup mata rakyat (dari penyelewengan)," tegasnya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin. -KD

Skandal RM40 juta Musa Aman cetus 6 persoalan baru

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA & PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) bersama-sama Dewan Pemuda Pas Malaysia serta Pemuda Sosialis DAP di bawah Pemuda Pakatan Rakyat terpanggil untuk memberikan respon balas kepada penafian yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung isu skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Di dalam perbahasan Dewan Rakyat pada 22 Oktober yang lepas, Rahman yang juga merupakan Setiausaha BN Negeri Sabah, menyatakan bahawa beliau menolak dakwaan bahawa Michael ditahan di lapangan terbang Hong Kong kerana menyeludup 'secara fizikal' wang tunai berjumlah RM40 juta oleh pihak berkuasa Hong Kong.

Malah beliau menganggap tindakan Pakatan Rakyat yang berterusan berada di dalam 'imiginasi' apabila berterusan mempertegas isu tersebut.

AMK bersama Pemuda Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa Rahman seharusnya tidak berterusan mengelirukan rakyat dengan teori yang merepek dan menjengkelkan.

AMK melalui saya telahpun mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) pada OKtober 2009, yakni setahun selepas media antarabangsa mendedahkan penahanan seorang rakyat Malaysia bernama Michael Chia, confidante Musa Aman yang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram di dalam matawang Singapura berjumlah 16 juta Dollar Singapura bersamaan RM40 juta.

Terdahulu beberapa laporan telah dibuat termasuklah melalui AMK Sabah terhadap Musa Aman sebelum laporan ke ICAC dilakukan pada tahun 2009.

Dan sepanjang tempoh itu jua, tidak ada sebarang penafian pun dilakukan oleh Musa Aman mahupun Umno serta BN Sabah bersabit skandal berkenaan.

Penafian Rahman, yang berhujah dan berselindung di sebalik imuniti Parlimen, tidak sekelumitpun menamatkan polemic berhubung isu ini.

Sebaliknya ia lebih menimbulkan pelbagai persoalan berbanding merungkai permasalahan.

(i) Sedari tahun 2009 sehingga 2012, tidak pernah sekalipun penafian dilakukan oleh pihak Musa sendiri mahupun Umno Sabah bahawa wang sejumlah RM40 juta tersebut adalah merupakan dana untuk Umno Sabah. Justeru mengapakah hanya baru-baru ini sahaja isu bahawa wang tersebut merupakan dana untuk Umno Sabah muncul? Mengapa ianya mengambil masa 3 tahun ini didedahkan? (ii) Bagaimanakah pembuktian yang kredibel dapat dilakukan oleh Umno Sabah bahawa RM40 juta tersebut adalah merupakan dana Umno Sabah? Apakah mereka bersedia untuk diaudit secara professional untuk membuktikan penafian mereka tersebut boleh diterima? (iii) Apakah wujud kebarangkalian RM40 juta tersebut sebenarnya ialah wang haram yang dialirkan kepada Umno melalui Yayasan Sabah menggunakan pemalsuan pelan kawasan pembalakan? Sekiranya ini berlaku, maka tidak mustahil ia juga berlaku di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Umno.

(iv) Sekiranya wang RM40 juta tersebut ialah wang Umno Sabah, apakah wang sejumlah USD90 juta yang didakwa dimiliki oleh Musa dalam proses pembekuan aset oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland ke atas bank UBS, juga merupakan wang Umno Sabah? (v) Sekiranya USD90 juta itu juga merupakan wang Umno Sabah, maka wujud satu persoalan baru bagaimana Umno Sabah begitu produktif menerima tajaan dan sumbangan ikhlas mencecah puluhan dan ratusan juta ringgit seolah-olah ada skandal tersembunyi yang berlaku di sebalik penindasan berterusan kepada rakyat Sabah.

(vi) Layanan berbeza ke atas Musa juga dilihat ketara oleh Perdana Menteri jika dibandingkan dengan kes melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada tahun 1990-an tatkala disabitkan dengan kesalahan membawa keluar wang secara tidak sah ke luar negara.

AMK dan Pemuda Pakatan Rakyat dengan ini membangkitkan enam persoalan baharu yang perlu dijawab secara berfakta oleh Umno umumnya dan Musa khususnya berbanding hanya mengatakan Pakatan Rakyat berimiginasi untuk mencemarkan reputasi Musa.

Butang panik yang ditekan oleh Perdana Menteri melalui pelbagai siri lawatan di samping serangan demi serangan ke atas Pakatan Rakyat di Sabah menunjukkan bahawa Sabah kian dalam bahaya.> Bahaya bagi Umno kerana ia menghilangkan fixed deposit mereka zaman berzaman.

Sungguhpun begitu bahaya bagi rakyat Sabah kerana berpemimpinkan seorang Ketua Menteri yang rakus dan obses kepada wang dengan mengenepikan agenda memacu pembangunan Sabah secara holistik.

Dan kewajaran untuk berubah bukan lagi satu kompromi, tetapi wajib dilaksanakan.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
YB Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Rasah
Pengerusi Kebangsaan DAPSY

YB Mohd Nasir Bin Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen
Dewan Pemuda Pas Pusat


No comments: