SEARCH

Tuesday, August 28, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Malaysia Dimalukan Lagi: Guardian Pecat Penulis Upahan Kerajaan Najib

Posted: 27 Aug 2012 04:20 PM PDT

Kerajaan Malaysia upah penulis pro Israel untuk serang Anwar

Akhbar British, The Guardian mendedahkan bahawa pihaknya baru-baru ini mengetahui Joshua Trevino, kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) adalah perunding upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia.

Ekoran itu, akhbar ini menamatkan perkhidmatan Trevino sebagai koresponden Amerika.

Beliau didakwa mempunyai hubungan dengan syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalan dan menguruskan laman web Malaysia Matters (Perihal Malaysia) yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pembangkang di negara ini.

Dalam satu kenyataan pendek The Guardian Jumaat lalu, Trevino dikatakan telah melanggar kod etika editorial kerana tidak mendedahkan hubungan beliau dengan agensi dari Malaysia itu.

"Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan," kata Ketua Editor Guardian AS, Janine Gibson.

Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran George W Bush.

Beliau melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Fitnah II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.

Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Pos.

Agensi yang dikatakan mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia itu, FBC Media didedahkan membesar dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib telah membayar berjuta-juta pound agar FBC menjalankan "Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa", bagi membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94juta untuk tiga tahun bermula 2007.


Najib juga telah memberi kontrak untuk strategi perhubungan awam, temasuk kepada APCO Worldwide, syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di mata dunia. -KD

Guardian henti guna khidmat pelobi pro-Zionis dikait Najib!

Guardian, akhbar Inggeris liberal beraluan kiri menghentikan khidmat Joshua Trevino, pemblog dan pelobi pro-Zionis sebagai kolumnis di akhbar itu, memberi alasan konflik kepentingan melibatkan aktiviti bisnes di Malaysia.

Menurut kenyataan ringkas Guardian dan Trevino, penulis itu telah melanggar etika kerana tidak mendedahkan konflik kepentingannya melibatkan Malaysia.

Trevino didakwa menjadi penulis upahan yang menulis bagi pihak pemerintah Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dengan satu misi utamanya menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membantu meningkatkan imej Najib.

Trevino mencetuskan kekecohan ekoran tulisannya mendakwa Anwar "membeli" khidmat CNN untuk membantu memulihkan imejnya dalam satu lawatan ke Amerika Syarikat hujung 2010 yang digelar "lawatan memohon maaf," ekoran beberapa kenyataannya yang dilihat anti-Yahudi.

Pemerhatian terhadap rancangan soal jawab melibatkan Anwar di CNN tersebut walau bagaimanapun cenderung untuk membenarkan dakwaan Trevino itu, ekoran soalan-soalan mudah dan terpilih yang diberikan kepada Anwar, dan tanpa susulan yang lebih menekan.

Walau bagaimanapun, kredibiliti Guardian turut terjejas ekoran episod ini, kerana menggunakan khidmat Trevino, bekas penulis ucapan Bush dan pelobi pro-Zionis itu walaupun pendirian kontroversi beliau termasuk menyokong pembunuhan oleh Zionis sedia diketahui ramai.

Wartawan dan pengasas bersama laman Electronic Intifada, Ali Abunimah dalam satu tulisan mengemukakan kaitan Trevino dengan Israel sambil mempersoalkan sikap Guardian yang mendapat respons segera akhbar itu, yang kelihatan cuba menyembunyikan hal sebenar.

Ali merupakan seorang penulis yang sejak awal memerhati dan mendedahkan sikap Guardian terhadap penulis anti-Islam itu.

Kaitan dengan Israel dan kedudukan Trevino sebagai pelobi Zionis telah menunjukkan satu konflik kepentingan yang jauh lebih besar sejak awal lagi, dan sewajarnya sudah mendesak Guardian memutuskan hubungan dengan Trevino
– siasah daily


Ulasan GB

Demikian apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Pekung kerajaan Najib terdedah lagi sekalipun sebelum ini, kerajaan pusat berhempas pulas menafikan perbelanjaan besar digunakan untuk memperbaiki imej Najib.

Lebih menjelekkan penulis upahan Kerajaan Malaysia itu adalah seorang bekas penulis ucapan Bush dan pelobi pro-Zionis.

Nafikan lagi, lagi banyak Allah akan dedahkan pekong-pekong yang masih belum terbongkar.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Tamrin & Mat Sabu Jawab Menantu Allahyarham Ghafar Baba

Posted: 27 Aug 2012 09:17 AM PDT

Jawapan En Tamrin Tun Ghafar...A'kum Zainun I ve read ur statement in Utusan.

Its ok I understand. I hanya tukar party bukan tukar Agama. Tengku Abd. Rahman dan Tun Husain Onn keluar UMNO dan mati d luar UMNO.

Tun M dan Sanusi pun pernah keluar UMNO zaman Dollah dan masuk semula zaman Najib. Begitu juga dng Rais, T. Razaleigh dan ramai lagi.

May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam. -mutaligat

Mat Sabu: Saya memang ada lawat Tun Ghafar ketika sakit

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempertahankan kenyataannya bahawa beliau pernah menziarahi bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ketika diserang strok.

"Saya menziarah Allahyarham (Tun Ghafar) di rumahnya di Damansara berhampiran dengan bangunan Parlimen beberapa tahun lalu dan ditemani oleh sahabat saya, bekas ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahmad Subky Abdul Latif.

"Ketika itu, tidak ada sesiapa di rumah kecuali isteri kedua Allahyarham, Toh Puan Dayang Heryati Abdul Rahim," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyangkal kenyataan anak Tun Ghafar, Datin Zainon yang menafikan dakwaan Mohamad ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Tambah Mohamad, lawatan tersebut sekadar lawatan biasa kerana Allahyarham Tun Ghafar merupakan seorang negarawan dan pernah bersama-bersama beliau di Parlimen.

"Walaupun kami berbeza parti tetapi kami mempunyai hubungan yang baik," jelas beliau yang juga bekas Ahli Parlimen.

Ketika diminta mengulas desakan ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar yang mahu beliau menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

"Kali ini saya perlu berhati-hati sebelum mengulas apa-apa dan saya perlu meneliti kembali rakaman ucapan saya.

"Saya kena tengok dulu macam mana saya kata dan perkataan yang saya gunakan, mungkin ada perkataan 'dan' ke, ataupun 'koma', itu perlu diteliti," tegas beliau, yang dipercayai merujuk kepada kontroversi berkenaan kenyataan menyentuh peristiwa Bukit Kepong.

Kes berkaitan sedang didengar di Butterworth.

Kenyataan terbaru didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Semalam, menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.
-SH


Keluarga Tun Ghafar kecewa kenyataan Mat Sabu

Ahmad dan Zainon (kanan) ketika sidang media di rumahnya, semalam.

MELAKA - Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

"Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

"Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa," katanya kepada media di sini, semalam.

Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

"Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar," katanya. -SH


Harga Bumbung RM34 juta, Kerajaan Cadang Baiki RM120 juta??

Posted: 27 Aug 2012 04:05 AM PDT

Kuala Terengganu – Kos pembinaan asal kedua-dua belah bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) adalah sebanyak RM34 juta, namun begitu, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyatakan anggaran untuk membaikinya adalah RM120 juta.

Oleh itu, menurut arkitek terkemuka, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah, kos pembaikian yang dicadangkan oleh kerajaan negeri itu adalah terlalu mahal.

"harga RM120 juta itu terlalu tinggi, kerana harga asal kedua-dua belah bumbung itu harganya RM34 juta sahaja, yang runtuhnya bukan kedua-dua (hanya) sebelah sahaja,

"kalau pun ada kerosakkan sampingan, takkan harga (membaikinya) naik (meningkat) sampai RM120 juta,"jelasnya.

Raja Kamarul Bahrin yang merupakan bekas arkitek perunding pembinaan SSMZA berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Pengerusi (Exco) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu Datuk Za'abar Mohd Adib pada sidang DUN 18 Ogos lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada Sabtu 25 Ogos. [ Lihat Video di Buletinonline channel ]

Beliau menyatakan kekesalan atas kehilangan peralatan SSMZA yang bernilai RM50 juta sebagaimana di laporkan pihak media kerana menurutnya, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM1 juta setahun bagi membiayai kos kawalan keselamatan SSMZA.

Sehubungan itu, Dr. Syed Azman menegaskan isu SSMZA yang runtuh tiga tahun lalu adalah satu skandal yang memalukan seluruh rakyat negeri Terengganu kerana sehingga kini, ia masih tidak dapat digunakan dan diperbaiki lagi.

Menurutnya, beliau dan ahli-ahli yang berhormat dari PAS telah beberapa kali meminta penjelasan dari Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said mengenai pembaikian stadium tersebut.

"Kita (Adun-adun PAS) setiap kali sidang Dewan (Undangan Negeri) meminta penjelasan daripada Menteri Besar banyak kali (tentang) isu ini, diperingkat awal dia (MB) mengatakan semua kos tanggungan (pembaikian) akan ditanggung oleh pihak kontraktor,

"tetapi yang terakhir ini (pengumuman kos pembaikian) RM120 juta adalah jumlah yang cukup besar yang dari segi logiknya lebih baik bina satu stadium baru daripada memperbaiki yang ada,"ujarnya.

Katanya, beliau baru mendapat maklumat, pusat boling 40 lorong yang terdapat dalam SSMZA juga tidak dapat digunakan dan berlaku kecurian peralatan pusat itu yang dibina sebanyak RM800,000. -buletinonline

Daging Kucing Dimasak Kari Enak Dimakan?

Posted: 27 Aug 2012 01:06 AM PDT

Daging kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari," kata Jimmy, pemuda berasal dari Myanmar.

Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan hanya senyuman manis sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya.

Gambar: Jimmy,pemuda berasal dari Myanmar.

Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.

Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.

"Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas," ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu.

Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.

Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura.

"Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing," ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.

"Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan," soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.

"Rakan-rakan serumah kamu makan kucing," tanya kami lagi.

"Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak," ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi 'kembang'.

"Mereka beli kucing itu?" kami memancing satu persoalan.

"Oh, tidak," jawab Jimmy. Kemudian kami berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari sedang berada di tengah-tengah langit. -SH

[PANAS] Lamanweb 1Malaysia Kena Hacked Lagi

Posted: 26 Aug 2012 10:51 PM PDT


Paparan di folder "uploadslamanweb 1malaysia.com.my sekitar jam 8.00 pagi tadi.

Lamanweb 1malaysia.com.my nampaknya gagal mempertahankan ciri keselamatannya setelah hacker mampu untuk menerobos masuk dan memuatnaik sebuah imej seperti di atas.

Ia dipercayai berlaku pada hujung minggu lalu dan dilakukan oleh hacker yang menamakan dirinya TORTOROPS, dipercayai dari negara jiran Indonesia.

Kenyataan yang dipaparkan mendakwa tarian "tor tor" adalah kepunyaan Indonesia dan mengkritik Malaysia kerana dikatan "mencuri" tarian tersebut dari negara mereka.

Ini bukanlah kali pertama lamanweb 1malaysia.com.my diceroboh. Pada awal tahun lalu, lamanweb yang sama telah dicerobohi beberapa kali.

Berikut ialah kenyataannya:

TOR TOR ITU PUNYA KAMI, JANGAN KAU CURI HAI MALINGSHIT !!!
APA YANG SALAH DENGAN OTAK KALIAN??? SUKANYA MENCURI DARI BANGSA KAMI

KAMI SEBAGAI BANGSA INDONESIA, TIDAK AKAN PERNAH MUNDUR DARI KALIAN
KAMI SEBAGAI BANGSA INDONESIA, TIDAK AKAN LARI DARI KALIAN
KAMI SEBAGAI BANGSA INDONESIA, TIDAK PERNAH TAKUT DENGAN KALIAN

MERAH PUTIH HARUS TETAP BERKIBAR
MERAH PUTIH TULANG DAN DARAH KAMI

JIKA KAU USIK BANGSA KAMI, JANGAN HARAP HIDUP KALIAN SEMUA AMAN
JIKA KAU CURI DARI BANGSA KAMI, JANGAN HARAP ANAK CUCU KALIAN SEMUA AMAN

SAMPAI TITIK DARAH PENGHABISAN KAMI AKAN TERUS MEMBELA SANG SAKA MERAH PUTIH

INDONESIA TANAH AIRKU, TANAH TUMPAH DARAHKU




[BERGAMBAR] Pasaraya MYDIN Kota Bharu Terbakar

Posted: 26 Aug 2012 08:08 PM PDT

Mydin rugi RM150,000 pasar raya terbakar

Kota Bharu: Kebakaran awal pagi semalam menyebabkan Pasaraya Borong Mydin di Jalan Pintu Pong, di sini, mengalami kerugian RM150,000.

Gambar: Kesan kebakaran Pasaraya Mydin di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu awal pagi semalam. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Bagaimanapun, dalam kejadian pada jam 2.40 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana gedung berkenaan hanya beroperasi sehingga jam 11 malam saja. Kios makanan dan minuman turut musnah.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kios menjual makanan dan minuman ringan yang terletak di tepi pintu masuk pasar raya berkenaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Abdullah Din Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan pasar raya berkenaan yang bertugas pada jam 2.52 pagi.

Katanya sebaik menerima panggilan, enam jentera dan 28 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kota Bharu, Tunjong, Pengkalan Chepa dan Kota Darulnaim dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba pada jam 2.57 pagi.

"Ketika sampai di tempat kejadian api sedang marak di bahagian kios menjual makanan dan minuman serta tempat menyimpan barang pelanggan pasar raya berkenaan," katanya.
Ambil masa 40 minit untuk memadamkan api

Katanya, dengan bantuan lapan Bomba Sukarelawan Balai Kota Bharu, sembilan anggota polis, enam kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), api berjaya dikawal jam 3.09 pagi dan padam sepenuhnya 40 minit kemudian.

"Unit forensik masih lagi menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kebakaran yang berlaku ke atas pasar raya yang dirasmikan pada 2002, kali kedua selepas satu kebakaran besar yang memusnahkan bangunan tiga tingkat di Jalan Parit Dalam, di sini.

Sementara itu, Pengurus Mydin cawangan Kelantan, R Naidu berkata, ketika kejadian beliau mendapat panggilan daripada pihak bomba pada jam 2.40 pagi bahawa penggera keselamatan pasar raya berkenaan berbunyi.



Pengurus Mydin Kota Bharu, R Naidu, sedang memerhati perkerjanya membersihkan kesan kebakaran di permis Mydin, di sini. Kebakaran yg berlaku pukul 2.30 pagi tadi, disyaki berpunca dari kedai menjual makanan ringan di bangunan yg sama.

No comments: