SEARCH

Friday, August 24, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Inikah Minit Mesyuarat PKR Pulau Pinang Yang Bocor Itu?

Posted: 23 Aug 2012 05:01 PM PDT

Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di satu blog yang tidak dikenali.

Beliau yang juga ADUN Penanti bagaimanapun berkata, kandungan maklumat itu – berhubung isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya akan datang, serta jawapan yang disediakannya – merupakan isu yang benar-benar diambil berat olehnya.

Beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka di Guar Perahu berkata, beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.

Blog bertajuk 'Gelagat Anwar' itu antara lainnya turut menyenaraikan individu yang hadir serta perbincangan mengenai agihan kerusi dan masalah yang dihadapi PKR di Pulau Pinang. –mk

——————————————————

Berikut adalah petikan dalam blog http://gelagatanwar.wordpress.com, mungkinkah ini 'kebocoran' yang dimaksudkan oleh Mansor?

Minit Mesyuarat Strategik PKR PP – Siri 3

Dr Mansor:
Kita menang putra jaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahaha
Duta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…
U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcra
Thousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..
If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…
U think u want to retain umno guy …no way…
Senator?
Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…
These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…
Mansor:
Seats i agree…
Cume seng kiat tolong talk to haji rashid…i have already called him..
I punya problem…tasek gelugor punya cabang…johari kassim…mintak duit..
Kalau bukan sebab election..i will kick these people out…
I might give that seat to pas..sebb pas mintak one more seat sangat..
Mokhtar…boss nak turun sg acheh..die suruh orang boikot sbab tak go thru cabang die..
And he is the s/usaha phubungan negeri
Tulis surat sume jkkk ..and u imagine surat dapat kat umno…
Bila umno dapat..ayoyo…mampuih kita
Die punya argument…sebab tak discuss dgn die..juz like that…
Ini big boss punya programm..see the kind of problem we are dealing..
Tu la..jadi duta cukup la…
Now our job we kick umno..we have to swallow everything..we must not give an inch to umno..cannot make mistake..mistake mcam ni lah…
During election time, u all must come to malay areas..sg lembu, kg cross..u divide among urself…


Minit Mesyuarat Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 2

Question:
What if they threaten a 3-corner fight if we dont bow to their their (dap) demand?
Mansor replied " "We will fight ..thats y i asked to preapare another list..like sg pinang, jawi… I have asked Lau to prepare..kite tak mau bising but we have to get ready for possibility."
"Must have names in potential seats..seri delima…sg pinang…you must prepare a number of extra candidates.not only 5…this election you must hv at least 10 chinese candidates..
Politics is the art of possibilities..macam2..but we hope not to believe in all our members
Prepare some extra names….get more young people..
Mansor : Machang bubok ada resentlment..(problem) he (incumbent) might not get it..
Question:
Resistant from where?
Mansor replied: Dalam kawasan pun ada,,,
Die (hock leong) pun ada history sikit tak brapa (turn kawasan)…kita tak mau kata..i sayang la die..we were together.. i was chairman and he was timbalan…u kene cakap hock leong..nanti i tak mau die bertanding bebas..
Mansor : Pusat might throw in kai loon (for machang bubok)…he is from penang what.. Others in meeting objected..
Mansor said : He is from Bukit Mertajam you know..permatang pauh..
Question:
What is our strategy in getting more seat from DAP in future?
Mansor: Where? In Penang? We prepare ghost areas lah.. get prepared.. die orang lawan satu u orang lawan la..
Statement:
The watihah will be issue if there is 3-corner fight..
Mansor:
We hope not happen..kita pun tau dap tak strong..
Guan eng macam tokong u know..to the chinese…
U cannot deny that..he is just like a tokong…
Itu yg buat die org sombng,,,very2 angkuh and arrogant..
Get ourselves stronger..
Every seat kita target nak bertanding..kene ada orang
Stock ready candidates for areas nak bertanding
I have already asked Lau to identify areas for pkr to stand
Die lawan kacau tampat kita, kite kene lawan


Minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 1

PKR (PP) Strategic Meeting On Preparations for PRU13

ATTENDEES:-

Dr Mansor Othman – PKR Vice President, PKR State Liaison Committee Chairman and Penang Deputy Chief Minister Felix Ooi – MPPP Councilor and Timb Ketua Bhgn PKR Bkt Bendera Tan Seng Keat – MPPP Councillor and Timb Ketua Bhg Bayan Baru Raymond Ong – Bekas calon DUN Batu Uban Jason Ong – Adun Kebun Bunga n Ketua Bhgn Bkt Bendera Ng Cheng Siang- MPPP Councillor and Ketua Pemuda Bhgn Tanjung Cheah Peng Guan – Ketua Caw Batu Uban Law Choo Kiang- State eco and Timb Ketua Phubungan Negeri And John Ooi (the operative)

POINT 1
Mansor said – Penang scenario quite different with DAP's drive now (DAP adalah dictator dalam pentadbiran negeri PP) The incumbent chinese would stay (for PKR In the next PRU) Lau will be there Hock Leong (ADUN Machang Bubuk) would be changed (he would be replaced in next PRU)
All incumbents except hock leong, i think u people have to convince him (convince hock leong not to stab in next PRU) We have to put a young candidate (to replace hock leong)..bukan we dont like him as he has done a good job You as a group (attendees at this meeting) have to think..must prepare names and leave to pusat to decide To put young candidate.. You orang ada opinion..i will listen
Mansor said : On seats and candidacy..i leave it to pusat Thats why i said 5+ 1 (five state seats and 1 parliament to be contested by PKR) We are considering hj razali to replace him there I look at the winning factor..maybe we have to look chinese who have more chance than malay in pantai jerejak (to win pantai jerejak)..decision is still pusat lah…
I have talked to felix and ready to stand there (Pantai jerejak) but up to pusat Whatever pusat finalised we will support

Question: Datuk what about DAP..die orang ada mintak dr kita ka?
Mansor replied : "I will not budge in..die mintak apapun. Because chinese candidate to them is ancaman la.. Orang kita yang entice to go there…(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve)
Statement: But i think this time there will no fight (for seats between dap and pkr) and remain status quo
To this Mansor replied: "Tak tentu.. belom finalised. Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR)."


Ulasan GB

Pertama : BOCOR. Satu kelemahan serisu yang tidak sepatutnya berlaku. Ia tanda kelemahan PKR P.Pinang khususnya.

Kedua : Lebih serius ialah "TIKAM BELAKANG". Ahli mesyuarat PKR sendiri mendedahkan minit dan Mansor Othman yang menikam KM Lim Guan Eng. Menunjukkan dia tidak/belum boleh bekerja di dalam satu teamwork.

Sungguh memalukan dan menjelekkan.

[VIDEO] Panas! Pendedahan Dana Rakyat RM2.7 Billion Untuk Isi Kantong Umno Selangor

Posted: 23 Aug 2012 03:32 PM PDT


RM2.7 bilion ringgit diambil dari rakyat Malaysia ( Kerajaan Pusat )dan diserahkan kepada Umno Selangor setiap tahun.

Jika disalurkan melalui saluran betul, RM2.7 bilion barangkali lebih dari cukup untuk menaik taraf bantuan kesihatan dan pendidikan untuk 27 juta rakyat Malaysia.

Sebaliknya PM Najib Abdul Razak mengagihkan wang tersebut kepada ketua-ketua negeri, bahagian dan cawangan Umno.




Alasan "Bangsat" Seorang Menteri Kekalkan Seksyen 114A

Posted: 23 Aug 2012 07:34 AM PDT

Nazri: Seksyen 114A Akta Keterangan kekal

KUALA KANGSAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Seksyen 114A Akta Keterangan, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, akan kekal.

Nazri berkata, keputusan itu dibuat berikutan pembangkang sendiri dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan.

"Kita akan terus kekalkan akta ini, lagipun mereka (pembangkang) tidak bersungguh-sungguh (dalam usaha) untuk membuat sebarang perubahan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.B

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan agar isu pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan tidak dijadikan satu polemik atau isu politik sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Awal minggu lalu, Najib telah meminta Kabinet meneliti peruntukan tersebut ekoran bantahan banyak pihak, dari kedua-dua sebelah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Pindaan membabitkan akta itu diluluskan oleh Parlimen April lalu dan dikuatkuasakan dua bulan kemudian. -SH

Ulasan GB

Itulah "bangsat" namanya apabila menegekalkan Seksyen 114A Akta Keterangan beralasan kononnya pembangkang dilihat tidak menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan berkenaan. Keras kritikan GB, tetapi itulah bahasa paling sesuai yang dapat menerangkan alasan yang digunakan oleh Nazri.

Tentangan yang bagaimanakah Nazri maksudkan sehingga kerajaan baru akur dengan tuntutan?

Mahu rakyat lakukan demonstrasi seperti BERSIH? Itu pun kamu tidak akur dan tidak laksanakan 8 tuntutan yang didesak oleh rakyat.

Hanya satu jawapan: WAJIB turunkan UMNO BN di dalam PRU13 nanti.

Gambar Berbicara: Siapa Yang Empunya Lidah Bercabang Ini?

Posted: 23 Aug 2012 05:05 AM PDT


Baagaimana UMNO berbicara dengan kelompok komuniti yang berbeza untuk memburukkan PAS.

Reka Isu Bukti Umno Takut Dengan Perpaduan Pakatan – Anwar

Posted: 23 Aug 2012 02:02 AM PDT


Permatang Pauh: Kekuatan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP menakutkan Umno BN hingga parti pemerintah itu mereka-reka isu bagi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Menegaskan ia taktik Umno BN menjelang pilihan raya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Umno sengaja mereka-reka isu bagi melaga-laga pemimpin Pakatan.

"Jika ia terjadi, mereka akan mula menyusun strategi bagi meranapkan sokongan kuat terhadap Pakatan

"Pelbagai bentuk isu akan mereka mainkan. Ini termasuklah agihan dan kedudukan kerusi dalam pilihan raya," kata Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman di Taman Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang semalam.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pimpinan PAS dan DAP.

Menyatakan keakraban perpaduan KEADILAN-PAS-DAP akan menjatuhkan Umno BN, Anwar berkata, Pakatan tidak akan mengikut tarian parti pemerintah itu.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan supaya tidak mudah melatah dengan isu yang dimainkan Umno BN, sebaliknya memelihara kekuatan sedia ada.

"Apabila kita tidak melatah, isu yang mereka timbulkan akan mati dan berlalu begitu sahaja," katanya. -KD

Kalau BN Adalah Parti Syaitan, Maka UMNO Mestilah Iblis - Sakmongkol

Posted: 22 Aug 2012 11:09 PM PDT


Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. UMNO ialah parti Iblis.

Jumlah penduduk negara ini ialah kira2 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu merupakan 65%, Cina 25% , India 7.5% dan lain2 sebanyak 1.3%. Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.

Ahli UMNO ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO. Kita ramai dari ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa pada UMNO. Kalau ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi TIDAK BENAR kalau UMNO mati, maka orang Melayu akan hancur.

Seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi TIDAK BENAR juga kalau UMNO mati, maka Islam dan Raja2 Melayu akan musnah. Yang mati Dr Mahathir. Najib. Muhyidin. Noh Omar. Melayu lain terus hidup.

Demikian juga. Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.

Demikian juga kita menolak hasutan UMNO. UMNO kata kalau UMNO tewas maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?

Oleh kerana UMNO cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang bodoh2. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh2 mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli UMNO semua nya hampas.

Yang jadi sasaran khianat puak UMNO ialah DAP. Sebab UMNO iri hati DAP boleh bermuafakat dengan PAS. Lagi pun orang Melayu merasakan tidak ada masaalah menyokong DAP sebab mereka tetap Melayu dan tetap Islam. Kita tukar wadah, bukan tukar aqidah.

Kita ada 222 kerusi parlimen. Siapa dapat 112 kerusi, dapatlah membentuk kerajaan majority mudah. Berapa kerusi yang akan DAP tandingi? Adalah sebanyak 50 kerusi mungkin. Kalau menang semua pun, takkan boleh menubuhkan kerajaan.

Mengapalah UMNO mahu membodohkan orang Melayu?

Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.

Kalau UMNO mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh seperti ini. tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan beragama kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap menegnai mengkristiankan orang Melayu.

Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam. UMNO boleh kelentong ahli2 mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli UMNO.

Baru2 ini, Pemuda UMNO membuat lapuran polis kerana ada penyibaran di internet mengatakan bahawa kalau kita mahu agama Kristian jadi agama rasmi, maka undilah Pakatan. Kita tidak tahu sama ada siaran internet ini dilakukan oleh pemuda UMNO atau tidak. Tapi ada kemungkinan besar ianya kerja pemuda UMNO yang kian terdesak. Setelah mendapati menebal muka di stesyen bas, kretapi dan meng-agihkan sogokan barangan dan juadah tidak berhasil, besar kemungkinan Pemuda UMNO tukar kepada tektik jahat. Menghasut. Kalau ia disiarkan melalui internet, kita suruh lah MCMC menyiasat nya. Tentu dengan pantas mereka akan tahu, darimana mulanya penyiaran nya.

Pengalaman saya dalam UMNO mengatakan bahawa tidak mustahil kerja kotor ini dilakukan oleh UMNO. Bukankah Dr Mahathir mengakui bahawa UMNO syaitan? Dalam BN, UMNO adalah penghulu syaitan. Penghulu syaitan ialah Iblis. Boleh lah kita sebut UMNO sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan. Dan MIC- Dato syaitan.

Semenjak tahun 1981, UMNO dipimpin oleh seorang India. Ketika Riz Khan, pengacara temubual CNN bertanya DR Mahathir- adakah Tuan seorang India? Dr Mahathir menjawab dia by definition adalah seorang Melayu. Apalah yang susah nya nak jawab dia Melayu atau tidak? Sebab dia bukan Melayu kerana itulah dia berbelit belit nak jawab dia Melayu. Definisi Melayu amat mudah, beragama Islam bercakap Melayu dan berbudaya Melayu adalah Melayu. Maka tidak hairan lah kita bila Dr Mahathir kata pendatang haram yang masuk ke Sabah adalah melayu sebab dari definisi nya mereka telah memenuhi syarat2 seperti jugak Dr Mahathir.

Dan semenjak tahun 1981, dasar ekonomi kerajaan UMNO/BN adalah pro kaya. Pro golongan elit. UMNO pegang kuasa, menguasai kerajaan dan setiap struktur kerajaan. Dengan ada kuasa tentulah munasabah kita sangka bahawa banyak kepincangan dalam negara kita, terutama yang melibatkan kepentingan Melayu sudah dibaiki. Rupa2 nya tidak.

Jurang pendapatan dikalangan orang Melayu adalah yang terbesar. Jika kita bandingkan jurang pendapatan di kalangan cina sama cina atau india sama india. Apa pasal? Sebab dasar kerajaan seperti perbelanjaan kerajaan atau public expenditure adalah pro orang kaya.

Sebab itu saya kata, dasar UMNO ialah BumiPutera. Dalam istilah tersebut terdapat dua komponen. Bumi mewakili rakyat biasa manakala Putera mewakili Melayu elit, bangsawan, anak raja, anak pemimpin UMNO dan seumpamanya. Yang makin kaya ialah golongan Putera dan yang makin menderita ialah golongan Bumi.

Kita ambil contoh. Peneroka felda boleh kita anggap sebagai orang Melayu biasa. Ada 112, 655 keluarga Felda. Bila syarikat Felda disenaraikan, setiap keluarga dapat 800 unit. 800 unit kalau di jual dapat wang pendapatan. Isa Samad mewakili Melayu terpilih. Mengikut cerita dia dapat 180,000 unit saham. Kita terima ini sebagai benar walaupun kita tahu Isa Samad dapat juta juta unit saham FGV.

Kalau kita banding pendapatan peneroka( Melayu biasa) dengan Isa Samad( Melayu elit), bagaimana?

Katalah premium saham ialah RM1. Tanpa menolak kos pembiayaan pembelian saham, Melayu biasa dapat RM800. Melayu istmewa dan elit dapat RM180,000. Berapa kali ganda pendapatan tersebut? 225 kali lebih besar.

Jadi kita tahu dan sedar bahawa penyenaraian FGV adalah satu lagi dasar PM Najib yang pro Putera dan bangsawan daripada pro rakyat biasa.

Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu. -sakmongkol


Lebih baik 'syaitan yang dikenali', pesan Dr M kepada pengundi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali" dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.

"BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.

"Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.

"Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.

Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.

Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.

Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.

Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.

Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta lebih rendah untuk rakyat Malaysia.

Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.

"Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan," katanya.

"Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya."

Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.

Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.

"Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.

"Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.

"Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya," kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-TMI


[VIDEO] Polis Berkas 6 Anggota 'Geng Susu Kangkang'

Posted: 22 Aug 2012 08:38 PM PDT

Kuala Lumpur - Enam anggota 'Geng Susu Kangkang' yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan.

Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.

"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan.

Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.

Ab. Rashid berkata geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengan kecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah mereka sebelum keluar dari kedai.

"Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai," katanya.

Ab. Rashid berkata pekerja terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan diri terancam.

Katanya susu tepung berjenama yang berharga RM80 sekotak dijual separuh daripada harga pasaran. -Bernama



No comments: