Kelab Greenboc |
- Isu Haram Jadah: Najib Tak Sedar Beliau Yang Bakal Terima Padah
- Senaman Punggung Loya Dan Menjijikkan - Tetapi Sudah Menjadi Budaya UMNO
- Polis Diselar Kerana Masih Mengganas Sekalipun Perhimpunan BERSIH Sudah Tamat
- [Video] Wajah Noor Azman, Bekas Pemandu Zahida: Beliau Lihat Zahida Masuk RM1 Juta
- [Video] Nizar Langgar Pentas UMNO: Perbandingan 2 Video, Edited & Original (updated)
- Maka Terlucutlah Seluar Ketua Si Penonggeng Itu: Guna "Datuk" Palsu Rupanya
- Semua Pihak Kutuk Tindakan Lembu Dari Askar Pencen Semalam
Isu Haram Jadah: Najib Tak Sedar Beliau Yang Bakal Terima Padah Posted: 16 May 2012 05:06 PM PDT Rata-rata rakyat menyifatkan makian "haram jadah" Najib kepada rakyatnya amat keterlaluan dan hanya akan memberi padah kepada Najib sendiri. Najib dalam ucapannya di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 juga berkata dirinya tidak redha dan tidak rela pembangkang mengambil 'durian runtuh' RM15,000 itu selepas cuba menghalang penyenaraian FGVHB. "Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah," katanya. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengulas Najib sepatutnya bertindak adil terhadap peneroka kerana semuanya berhak menerima 'durian runtuh' selepas tanah mereka dicagarkan untuk penyenaraian FGVHB. "Ini hak peneroka, tanah peneroka, apa isunya nak maki hamun…eh duit siapa ni? Cara ucapannya memang tak nampak langsung Perdana Menteri punya material," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, perkataan 'haram jadah' yang digunakan Najib langsung tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin, apatah lagi negarawan yang baik. "Najib sangat terdesak dan panik dengan kebangkitan peneroka yang menuntut hak mereka hingga sanggup mencerca peneroka Felda. "Ramai peneroka marah dengan kata-katanya. Adakah orang seperti ini masih mahu dipertahankan?," katanya Sementara itu Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai,terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu. Beliau berkata, 'haram jadah' dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat. "Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai," ujarnya. GB pernah menyatakan bahawa: Najib telah memulakan sesuatu yang tidak baik maka hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya, sesuatu yang tidak baik itulah bakal menimpa Najib semula. You get back what you give. Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah! Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat". Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang. Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa memaki hamun lantaran gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anak sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana tidak berupaya menguruskan stress. Seorang pengkomen di blog GB memberi komennya: Aduhai Najib...mu satu orang kata HARAM JADAH kepada 1000 peneroka...maka 1000 peneroka akan kata HARAM JADAH kepada mu seorang...fikir fikirkan lah..!! Kita sekadar ingin mengingat dan menyedarkan Najib agar jangan keterlaluan melalui peristiwa betapa Allah itu Maha Tinggi dan Maha Berkuasa, dan kita juga ingin mendengar kot-kot ada penafian dari Najib mengenainya atau jika ada pengakuan Najib bahawa beliau tidak takut dengan peringatanNya itu. Najib Terkena Cacar Balik Dari Hanoi Najib Dan Rosmah Kemalangan Di Senawang Ini bukan fitnah! Kita sekadar mengingatkan kepada mereka yang lupa. Jangan sampai nanti kamu-kamu menuduh rakyat tidak pernah menegurmu dan menuduh Allah tidak pernah menurunkan peringatanNya. Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48] Bagi yang belum tonton/dengar Najib mengharam-jadahkan peneroka, sila lihat video di bawah: |
Senaman Punggung Loya Dan Menjijikkan - Tetapi Sudah Menjadi Budaya UMNO Posted: 16 May 2012 07:58 AM PDT Hanya si bacul suka goyang punggung – Kobat KUALA LUMPUR 16 Mei: Tindakan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan 'senaman punggung' depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sangat memalukan, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman. Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang itu menyifatkan, kumpulan yang diketuai Mohd Ali Baharom berfikir menggunakan punggung. "Tindakan ini sangat biadab, jijik dan meloyakan kerana hanya mereka yang berfikir menggunakan punggung sahaja melakukan aksi tidak bertamadun itu," katanya dihubungi Keadilan Daily. Jika PVTM tidak bersetuju dengan Ambiga, persoalan pokok kata Fauzi ialah, adakah aksi yang dilakukan kumpulan itu beradab dan sesuai dengan adat dan tata susila rakyat Malaysia? "Kami dari Kobat, malah puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak sedikit pun megah dengan aksi `goyang punggung' di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan' bekas tentera. "Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang bacul sahaja suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan," tegasnya. Beliau turut melihat tekanan berterusan puak seumpama itu melakukan pelbagai aksi di depan rumah Ambiga untuk mengalih perhatian rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil sebagaimana dibuktikan pada Himpunan Bersih 28 April lalu. "Tentera sepatutnya menyokong Bersih kerana NGO ini bertujuan baik iaitu menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak antaranya membersihkan daftar pemilih. "Daftar pemilih di Malaysia kotor sebab warga asingpun turut mengundi dan dalam hal ini, tentera patut sokong dan bukan menjadi alat Umno," tegas Fauzi lagi. Mengenai pengabaian Kementerian Pertahanan terhadap bekas tentera yang lumpuh, beliau turut mengaitkannya dengan aksi senaman punggung itu. "Sebab itu saya katakan, aksi goyang punggung ini tidak menyelesaikan masalah golongan tentera yang masih ramai hidup susah sebab Najib kekal enggan turunkan harga minyak termasuk abaikan bekas tentera. "Kobat pula tidak bercadang menggoyang punggung depan rumah Najib dan disaksikan Rosmah Mansor kerana ia tidak menyelesai masalah negara yang menuju bankrap ekoran rasuah Umno dan sekutunya," katanya sinis. Sehubungan itu, beliau menyeru tentera dan bekas tentera melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan menolak Najib yang terus memperalat segelintir bekas tentera demi kepentingan hayat politik Umno. Fauzi yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham Tan Sri General Abdul Hamid Bidin, bekas Yang Di-Pertua Persatuan Bekas Perajurit Malaysia menubuhkan Kobat di Pahang bertujuan membela nasib bekas tentera dan perajurit negara. Penubuhannya berikutan nasib kumpulan terbabit tidak terbela khasnya di Pahang walaupun Najib pernah menjadi Menteri Pertahanan sebanyak dua kali masing-masing pada 1990 hingga 1995 dan 1999 hingga 2008. -KD Senaman punggung langgar adab, budaya Melayu – Teras Ulasan GB Budaya tonggeng bontot bak lembu-lembu itu sebenarnya seperti sudah menjadi budaya UMNO. Mengapa GB katakan begitu? Kerana setakat ini belum ada mana-mana pemimpin dan ulamak UMNO yang menyelarnya. Kedua, hampir kesemua blogger-blogger pro-UMNO "menyokong" tindakan bekas tentera tersebut. Ketiga dimana-mana saja kita boleh tonton pemuda-pemudi UMNO menunjukkan aksi lucah dengan menonggengkan bontotnya terhadap orang yang tak disukainya di khalayak ramai seperti gambar di bawah: Begitukah akhlak orang Islam. Tidak, Ia adalah "budaya murtad" yang lansung tidak dibendung oleh ulamak-ulamak UMNO! |
Polis Diselar Kerana Masih Mengganas Sekalipun Perhimpunan BERSIH Sudah Tamat Posted: 16 May 2012 05:55 AM PDT BERSIH dakwa polis pukul individu dikehendaki BERSIH hari ini mengecam tindakan polis yang didakwa memukul peserta himpunan 28 April lalu selepas menyerah diri kepada polis. Kecaman itu dibuat selepas peserta himpunan itu Mohd Safuan Mamat mendakwa dipukul dengan salur getah supaya mengaku bersalah di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi 14 Mei lalu. "Jadi apa (mesej) yang polis mahu sampaikan? "Adakah itu yang akan dilakukan terhadap mereka yang lain?" tanya Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah pada sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi. Polis sebelum ini mengeluarkan senarai gambar 141 individu yang diminta menyerah diri untuk membantu siasatan berhubung himpunan BERSIH 3.0 hujung bulan lalu. Bagaimanapun, empat daripada gambar itu dikenal pasti pengguna Internet sebagai individu sama. Dalam sidang media pagi tadi BERSIH turut mengumumkan akan mengadakan sidang akhbar menampilkan hampir 100 orang yang mendakwa menjadi mangsa keganasan polis. Ia akan diadakan pada jam 11 pagi pada 19 Mei ini di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), kata ahli jawatankuasanya, Hishamuddin Rais. "Mereka ini adalah mangsa dan mereka diganasi polis (pada 28 Aril lalu)," kata Hishamuddin. Menurut Maria Chin pula, sebahagian mereka yang hadir itu akan menampilkan bukti dalam bentuk gambar dan menceritakan semula pengalaman mereka diganasi polis dan juga layanan diterima di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak. "Kita akan dengar dari mulut mereka sendiri kali ini, dan bukannya daripada kami," kata Maria. -mk Kalau polis belasah, apa perlu mahkamah BERSIH : Polis Diminta Keluarkan Senarai Nama 120 Individu Dijejaki Ulasan GB Amat keterlaluan. Kita minta KPN dan Timbalan KPN menanggung dan menjawab persoalan ini. Sebagai rakyat biasa, kita sudah tiada tempat lain untuk mengadu. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah menadah tangan kepada Allah supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak berkenaan termasuklah KPN dan Timbalan KPN jika kedua-duanya enggan bertanggungjawab. |
[Video] Wajah Noor Azman, Bekas Pemandu Zahida: Beliau Lihat Zahida Masuk RM1 Juta Posted: 16 May 2012 03:36 AM PDT Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta' Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal. Noor Azman Azemi (gambar atas, kedudukan di tengah) yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu. "Yang paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai. Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000. Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang. -mk Bekas pemandu artis dakwa 'diganggu'
|
[Video] Nizar Langgar Pentas UMNO: Perbandingan 2 Video, Edited & Original (updated) Posted: 15 May 2012 11:36 PM PDT Semalam blog ini menyiarkan sebuah video yang memaparkan kejadian ketika DS Nizar yang menghadirkan diri ketika satu ceramah UMNO yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Kampung Tualang. Video itu ternyata telah diedit oleh pihak pencacai UMNO untuk memburukkan DS Nizar. Hari ini kita dedahkan dua video, satu yang diedit dan satu yang original supaya masing-masing dapat membuat penilaian. Jom saksikan bersama: Versi sebenar Penjelasan DS Nizar Nizar: Tindakan saya tak salah Ulasan GB So, verdictnya? Memang layak sangat anugerah dan doa "laknatullah" ke atas pencacai UMNO yang mengedit video untuk memburukkan Nizar itu. Selagi video itu ada di youtube, selagi itulah laknatullah itu berjalan ke atas mereka yang berkenaan. klik untuk baca |
Maka Terlucutlah Seluar Ketua Si Penonggeng Itu: Guna "Datuk" Palsu Rupanya Posted: 15 May 2012 10:20 PM PDT Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Mohd Ali Baharom pernah menggunakan gelaran Datuk palsu dan tidak di perakukan. Akhabar pencacai Utusan Malaysia pernah menyiarkan berita "Datuk" palsu itu di keluarannya pada 13/01/2011 (sila rujuk keratan akhbar di bawah) Nama Persatuan Veteran Tentera Melayu timbul apabila membuat 'senaman punggung' di hadapan rumah Pengerusi BERSIH 3.0 iaitu Ambiga. 'Senaman punggung' bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga. Tindakan PVTM tersebut di kecam hebat sesetengah pihak kerana amat memalukan dan dipercayai didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno). |
Semua Pihak Kutuk Tindakan Lembu Dari Askar Pencen Semalam Posted: 15 May 2012 07:58 PM PDT Kelab pesara tentera tolak 'senaman punggung' Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan. Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara. Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar kecil) berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan. "Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera yang rapat dengan PAS itu. Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu. Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga. 'Pesara polis tak akan buat begitu' Sementara itu, Mohd Nazari juga menuduh, tindakan sesetengah persatuan tentera yang dilihat seperti pro-Umno bertujuan bersaing merebut peruntukan kewangan yang disalurkan Menteri Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera. "Pecahan fungsi dalam angkatan tentera terlalu banyak jadi masing-masing tubuhkan persatuan," katanya. Malah, tanpa merujuk langsung kepada PVTM, Mohd Nazari mendakwa, ahli-ahli persatuan tentera yang didakwa terabai dipergunakan oleh pimpinan mereka "yang menjadi kroni kepada pemimpin BN". Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri pula ketika dihubungi Malaysiakini menyerahkan tindakan itu untuk dinilai oleh pihak tentera sendiri. Bagaimanapun, katanya, persatuannya sendiri tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi percaya bekas polis akan mencari cara lebih sesuai jika mahu menyatakan bantahan mereka. "Kita tidak akan ambil tindakan sebegitu," kata Shafie katanya yang enggan merujuk secara langsung kepada kejadian di rumah Ambiga pagi kerana tiada pesara polis terlibat. Ulasan GB Over-board. Sudah keterlaluan. Demikian rata-rata pendapat orangramai terhadap aksi menonggeng bontot ke arah Ambiga yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa diri mereka sebagai veteran polis. Sekali pun tiada siapa yang mengambil tindakan untuk menghalang demo berkenaan namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, "perkara buruk akan tetap akan terima kutukan" - seluruh masyarakat mengutuk perbuatan hina berkenaan. Ia memburukkan lagi imej pihak yang anti-BERSIH. Itu baru kutukan dari orang awam, dan jika ramai sangat mengutuk mereka, silap gaya apa yang GB katakan semalam bahawa mereka itu seperti kena buasir, akan menjadi kenyataan. Siapa tahu? Semalam GB sudah ulas. Petikan: Entah agama mana yang mengajar demo sedemikian rupa. Itu demo aman, kata polis nanti, tak salah di sisi undang-undang. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment