Kelab Greenboc |
- [IKTIBAR] Kepala Yatt Hamzah Terlekat Di Sejadah, Nampak Wanita Dipanggang Api Neraka
- [Video] Keganasan Polis: Wartawan Beri Najib 2 Minggu Untuk Bertindak
- UMNO Mahu Jarakkan Diri Dari Tindakan Biadab PERKASA
- [Video] Askar Pencen "Berpenyakit Buasir" Bersenam Depan Rumah Ambiga
- [Video] Konsert UMNO Di Bukit Jalil Lansung Tiada Sambutan
- [Video] Najib Diaibkan Di Kota London - Laungan BERSIH Semasa Beliau Berucap
- Laknatullah Ke Atas Perancang & Pembikin Video Yang Memfitnah Nizar Ini...
[IKTIBAR] Kepala Yatt Hamzah Terlekat Di Sejadah, Nampak Wanita Dipanggang Api Neraka Posted: 15 May 2012 04:33 PM PDT Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat. "Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat." Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular. "Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat." Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu. "Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung." Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh. sumber: FB |
[Video] Keganasan Polis: Wartawan Beri Najib 2 Minggu Untuk Bertindak Posted: 15 May 2012 08:01 AM PDT Putrajaya 15 Mei: Sekumpulan enam wartawan daripada Institute of Journalism (IJ) memberi tempoh hingga hujung bulan ini untuk Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan ke atas keganasan polis terhadap petugas media pada perhimpunan Bersih 3.0. Dengan berpakaian serba hitam dan mengenakan riben kuning, mereka menyerahkan memorandum mengandungi 3,000 tanda tangan wartawan dan jurugambar ke Pejabat Perdana Menteri pagi tadi. Memorandum yang mewakili 14 organisasi media itu mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memohon maaf secara terbuka kepada wartawan ekoran tindakan melampau polis terhadap mereka. Mereka turut mendesak polis memulang peralatan yang dirampas dan mengganti peralatan yang rosak. Wakil IJ, Radzi Razak berkata, sejak insiden 28 April lalu, tiada maklum balas daripada kerajaan mengenai bantahan wartawan yang dikasari dan pihaknya kini bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang. "Kita sudah memberi masa cukup lama kepada mereka. Sudah tiba masanya kerajaan menjawab dan memberi maklum balas mengenai isu ini," katanya kepada Keadilan Daily. Sambil menegaskan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, beliau hanya mahu kerajaan menghormati dan melindungi wartawan yang bertugas. "Kami juga tidak membenci polis, tetapi kita mahu polis memberi keadilan melampaui ideologi politik," katanya. Radzi dari akhbar The Sun merupakan salah seorang wartawan yang dimasukkan ke hospital selepas cedera rusuk dan mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih. Polis turut melakukan serangan terhadap wartawan lain termasuk Malaysiakini, The Malaysian Insider, Al Jazeera, Makkal Osai, Guang Ming Daily, Channel News Asia, Merdeka Review dan The Malay Mail. Polis merosakkan kamera dan merampas rakaman mereka untuk menghapuskan bukti. -KD |
UMNO Mahu Jarakkan Diri Dari Tindakan Biadab PERKASA Posted: 15 May 2012 06:45 AM PDT UMNO Pulau Pinang tak setuju tindakan PERKASA ganggu Lim, keluarga GEORGETOWN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata tindakan anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang berhimpun di depan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Khamis lalu adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh UMNO negeri. UMNO dan PERKASA adalah berbeza kerana UMNO adalah parti politik dan PERKASA adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow. Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan UMNO tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang dipersetujui oleh BN. Katanya tindakan PERKASA boleh menjejaskan imej UMNO dan mengelirukan rakyat kerana parti itu sering kali dikaitkan dengan kumpulan pendesak berkenaan. Lebih 70 anggota PERKASA berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar pada Khamis lalu bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang. - BERNAMA DAP gesa polis ambil tindakan terhadap Perkasa Pulau Pinang Ulasan GB Kerana khuatirkehilangan undi dari Gerakan & MCA, maka UMNO Pulau Pinang isytiharkan pendirian berbeza dengan PERKASA. Walhal hakikatnya telunjuk sudah lurus sedangkan kelingking masih berkait. Sama halnya dengan Najib. 1Malaysia di depan, di belakang, biarkan PERKASA teruskan agenda perkauman. Rakyuat kini tidak mudah ditipu UMNO lagi. klik untuk baca |
[Video] Askar Pencen "Berpenyakit Buasir" Bersenam Depan Rumah Ambiga Posted: 15 May 2012 04:39 AM PDT Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara. Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga. Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga. Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu. Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas. "Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi. 'Orang Islam, minum air suam' Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian. Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga. "Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam. "Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara. "Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu. Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'. Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu. Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya. Gangguan, bukan himpunan aman Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam. "Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya. Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman. Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei. PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH. -mk Senaman punggung: Jangan dilihat macam lembu meragut Ulasan GB Macam orang kena penyakit buasir layaknya. Menonggengkan bontot kat orang lain tak tentu pasal di khalayak ramai untuk menunjukkan rasa marah kononnya. Entah agama mana yang mengajar demo sedemikian rupa. Itu demo aman, kata polis nanti, tak salah di sisi undang-undang. Di dalam Islam tak pernah wujud dan tak pernah dianjurkan demo untuk menghina orang lain samada terhadap orang Islam atau bukan-Islam seperti yang dilakukan mereka. Mungkin ulamak-ulamak UMNO seperti Menteri Agama, Jamil Khir, atau Mufti Perak Datuk Harussani atau Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Abdul Shukor Hussin (akan) mengeluarkan fatwanya "demo BERSIH haram tetapi boleh berdemo menonggeng tunjuk bontot kepada orang lain untuk menunjukkan rasa marah"(?) |
[Video] Konsert UMNO Di Bukit Jalil Lansung Tiada Sambutan Posted: 15 May 2012 01:08 AM PDT Berjuta wang dibelanjakan untuk sambutan UMNO yang ke 66 (sebetulnya sambutan ke 25) di Bukit Jalil tetapi ia gagal mendapat sambutan. Sebelum ini GB pernah melaporkan karnival UMNO lengang dan sunyi sepi di hari kedua dimana beberapa buah khemah pameran dan gerai yang telah dipasang di luar stadium, begitu lengang tanpa pengunjung. Dan pada sebelah malamnya, konsert yang membariskan beberapa artis tempatan terkenal, sambutannya pun hambar. Klip video di bawah mengesahkannya. Kerusi-kerusi di dalam stadium Bukit Jalil kosong sekali pun muzik dari konsert begitu gegak gempita bunyinya. klik untuk baca |
[Video] Najib Diaibkan Di Kota London - Laungan BERSIH Semasa Beliau Berucap Posted: 14 May 2012 10:12 PM PDT Sama seperti kejadian semasa BERSIH 2.0 dahulu dimana kunjungan Najib disambut oleh Queen Elizabeth mengenakan pakaian kuning, pada kali ini Najib disambut dengan pemberian bunga berwarna kuning. "Kuning" - satu warna yang begitu sensitif - dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya adil dan bersih di negara ini. Sehingga kini TIADA apa pun dilakukan oleh kerajaan Najib terhadap tuntutan BERSIH 3.0 itu. Di bawah ini pula video "sambutan" yang diberikan kepada Najib setibanya di London. paspb melaporkan: Najib sungguh tersentak dengan laungan Bersih semasa mahu memulakan ucapannya di O2 Arena, London. Beliau menggunakan ucapannya yang pendek di O2 Arena dengan mempertahankan tindakan kerajaan terhadap himpunan Bersih 3.0. Pastinya, Najib tidak tidur lena setelah dimalukan rakyat Malaysia di Kota London. |
Laknatullah Ke Atas Perancang & Pembikin Video Yang Memfitnah Nizar Ini... Posted: 14 May 2012 07:26 PM PDT Ramai yang bertanya samada ada atau tidak video yang memaparkan kejadian ketika DS Nizar yang menghadirkan diri ketika satu ceramah UMNO yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Kampung Tualang tu.. Bagi tidak menghampakan pembaca yang bertanya itu samada melalui e-mail, Facebook ataupun Blog ini di SINI aku usahakan untuk mencarinya.. Hasil penjelajahan aku kebeberapa buah blog pro UMNO akhirnya aku jumpa juga video yang dicari itu dalam blog pencacai UMNO.. Oleh kerana yang merakam video ini ialah pencacai UMNO, sudah pasti mereka tidak akan upload versi original sebelum di edit bagi menunjukkan Nizar telah menipu bahawa ketika beliau datang penceramah yang tah apa namanya tu dah mati kutu.. Korang tengok video ni.. Kenapa aku kata video ini telah diedit? Pada minit yang ke 1:56 Nizar telah sampai dan pada minit ke 2:12 penceramah mereka ketika itu iaitu Hanafiah kelihatan terketar-ketar mengubah lap top yang ada didepannya. Tiba-tiba pada minit yang ke 3:35 bunyi asal telah bertukar dan suara dari rakaman awal telah dimasukkan.. Dalam video kedengaran suara tapi jika diperhatikan ketika itu Hanafiah sedang terpinga-pinga dengan mulut yang tidak terbuka tetapi suaranya ada.. Bagi menipu kononnya Hanafiah meneruskan ceramah dengan menghentam Nizar secara berdepan pada minit yang ke 3:49 dimasukkan ucapan Hanafiah diawal ceramah. Kononnya kerana tidak tahan dihentam Nizar mengangkat kaki dari ceramah UMNO itu.. pada minit yang ke 4:54 Nizarmula mengangkat kaki.. perhatkan sudut bukaan lap top Dibawah ini.. dan ketika ini kelihatan Hanafiah masih terpinga-pinga... Aku malas dah nak ulas panjang-panjang... korang tengoklah sekali lagi video kat atas tu, lepas tu apa yang tak betul korang tinggalkan komen kat bawah tu... Macammanalah pencacai UMNO ni edit video tu.. jalan cerita tak lancar langsung.. Nampak sangat dah dieditnya.. Kesian... terdesak benor kome nak pertahankan Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man itu ya... ambik upah mingguan ke? Sumber: ASD Ulasan GB Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman: Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment