SEARCH

Saturday, April 14, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Isu YB UMNO Berpoya-poya Di Kelab Dangdut: PAS Cabar Ali Rustam Saman Akhbar

Posted: 13 Apr 2012 04:40 PM PDT

Isu YB di pusat hiburan, Ali tertinggal bas

PAS Melaka menyifatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tertinggal bas dan kurang bermaklumat mengenai isu seorang wakil rakyat Umno yang diperiksa di dalam pusat hiburan di Melaka Raya, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Menteri Melaka perlu merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Jit Poh bertarikh 25 Mac 2012 berkenaan isu seorang wakil rakyat turut diperiksa di sebuah pusat hiburan jam 2.40 pagi.

"Dua buktinya iaitu akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Jit Poh menyatakan wakil rakyat daripada Jasin, asasnya ada dan saya harap polis maklumkan kepada Ketua Menteri bahawa ada wakil rakyat dalam serbuan itu.

"Kalau rujuk laporan media itu YB BN kena nafikan kerana YB pembangkang tak terlibat sebab kalau ada mesti media perdana melaporkannya secara terperinci, isu ini isu moral,"
ujarnya.

Beliau turut meminta polis membuat kenyataan berhubung isu ini kerana media secara jelas melaporkannya tetapi sebaliknya tiada laporan polis yang dibuat mengenai insiden tersebut.

"Kita cabar wakil rakyat terbabit atau BN saman dua akhbar ini sekiranya berita itu tak benar dan minta wakil rakyat dari Jasin iaitu empat daripada Umno termasuk seorang daripada MCA menafikannya.

"Kita juga minta wakil rakyat terbabit meletak jawatan sebagai pengajaran kepada semua wakil rakyat agar bertanggungjawab terhadap amanah yang diletakkan pada mereka bukannya mengambil kesempatan berpoya-poya dalam pusat hiburan,
" katanya.

Serbuan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menerusi Ops Tapis di pusat hiburan itu turut memeriksa seorang wakil rakyat yang juga merupakan pelanggan di situ dan berjaya menahan 12 orang yang didapati positif dadah (AMP). -HD

Ulasan GB

GB sudah menyiarkan keratan dua akhbar berkenaan di blog ini sebelum ini. Petikan:

Cabaran Ketua Menteri Disambut Dengan Bukti Bergambar!!!

Jawatan punyalah tinggi tapi disebabkan buta IT! Ketua Menteri ni malas nak cari sumber atau bukti sebelum buat kenyataan! Inilah yang terjadi kepada KM Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang terang-terang menunjukkan kebodohannya! Bukannya susah pun nak cari bukti di dalam internet, cuma buka internet kemudian taipler nama jawatan mamat tu Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Islam Melaka ditahan di disko! Tak sampai 1 minit akan keluarlah berita pasal mamat nih! siap dengan gambar lagi



Kalau dah keluar gambar nih! Takkan tak kenal lagi? Takkan nak bukti hitam putih pulak? Sekarangkan zaman IT, dah ada bukti berwarna lagi. Kalau tak kenal jugak di sini disertakan biodatanya!!



NAMA : SDR. MOHD. YAZED BIN HJ. KHAMIS [ADUN RIM JASIN]

TARIKH LAHIR / TEMPAT LAHIR : 09.05.1966

NO. KAD PENGENALAN : 660509-04-5441

ALAMAT : 53 JALAN CEMPAKA 7, TAMAN SERI CEMPAKA,
75400 PERINGGIT, MELAKA.
Alamat Blog : http://n25rim.blogspot.com/2008/03/profil-adun-rim.html

NO. TELEFON
i) BIMBIT : 019 - 6674104
ii) RUMAH : 06 - 2845731
iii) PEJABAT : (no kelab malam)

STATUS PERKAHWINAN :BERKAHWIN
BILANGAN ANAK :3

TARAF PENDIDIKAN

i) SEKOLAH RENDAH :SEK KEB AIR BAROK
ii) SEKOLAH MENENGAH :SEK MEN DATUK BENDAHARA
iii) UNIVERSITI / KOLEJ :UITM. DIPLOMA UKUR BAHAN

PENGALAMAN PEKERJAAN : AHLI PERNIAGAAN dan AHLI KELAB separuh masa

Apa lagi alasan Datuk Seri Mohd Ali Rustam lepas nih? Takkan ler timbalan dia tengah berdakwah sambil berdisko dalam tu? Apa agaknya tindakan Datuk bila dah lihat bukti nih? Kami rakyat Malaysia menunggu apa tindakan Dato Seri selepas ini!!! TUNGGU!


Dan yang ini dari Sin Chew Jit Poh:

Adun UMNO Dari Jasin Minum Liquor di Kelab Malam 巫统野新县某州议员泡夜店喝酒至凌晨



星洲日报 2012年3月26日 国内版(26hb Mac 2012,Sin Chew Jit Poh)


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Isu PTPTN: Mahasiswa Pro-UMNO Juga Akan Sertai Demo Mansuh Pinjaman

Posted: 13 Apr 2012 09:06 AM PDT

Shah Alam, 12 APRIL: Mahasiswa pro-Umno bakal menyertai himpunan mendesak pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sabtu ini di Dataran Merdeka.

Ini disahkan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang hari ini yang mengatakan mahasiswa pro-Umno tersebut daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Safwan bekata setakat ini, beberapa kumpulan mahasiswa dari Kelantan, Terengganu dan Johor menyatakan kesediaan untuk turun.

"Semalam kami ada berjumpa dengan beberapa kelompok mahasiswa yang sebelum ini pro-kerajaan, mereka turut menyatakan hasrat yang sama dek kerana sekarang tiada sebarang respon daripada pihak kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi berhubung isu PTPTN.

"Yang ada hanya daripada parti-parti politik tertentu.

"Kita akan teruskan demo ini sehingga kerajaan beri komitmen untuk isu PTPTN. Kita tidak mahu kerajaan jawab seperti sebelum ini, serahkan dalam pilihanraya umum, jangan buat demo," katanya.

Safwan menegaskan, pihaknya tidak membuat sebarang permohonan permit kepada pihak polis untuk berhimpun memandangkan sebelum ini himpunan yang dinjurkan oleh SMM mendapat kerjasama baik pihak berkuasa.

Mereka beranggapan, himpunan ini adalah hak semua rakyat yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berhubung provokasi yang mungkin akan ditimbulkan,

SMM juga memberikan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk memantau keselamatan dan menangani sebarang tindakan provokasi.

Safwan berkata himpunan tersebut tiada sebarang perarakkan.

SMM menjangkakan 5,000 orang akan hadir dalam himpunan tersebut yang juga melibatkan orang awan yang pernah menjadi peminjam.

Pakatan Rakyat sebelum ini memberikan komitmen untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke universiti jika berjaya menawan Putrajaya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pinjaman PTPTN bernilai RM43.6 bilion dapat diselesaikan dalam tiga tahun melalui hasil dari penjimatan perbelanjaan dan bayaran daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas. -selangorku

Fenomena "Halo" Kelihatan Di Langit Alor Setar

Posted: 13 Apr 2012 07:18 AM PDT

Fenomena Halo berlaku di Alor Setar

ALOR SETAR: Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.

Keadaan yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter di atas paras tanah," menurut kenyataan itu.

Dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo adalah antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Menurut kenyataan itu, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.

Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.
Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja," katanya.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR). - BERNAMA

Keputusan Mahkamah: Saman UMNO Terhadap Ustaz Hadi & Mohd Sabu Ditolak

Posted: 13 Apr 2012 06:31 AM PDT

Shah Alam, 13 April: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta Umno Selangor ke atas Presiden PAS, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang dan timbalannya, Haji Mohd Sabu di atas alasan saman tersebut bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Umno Selangor telah melalui Setiasusaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Ustaz Hadi dan Mohd Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.

Dengan keputusan ini, hanya tinggal tiga lagi defendan dalam kes saman Umno ini.

Artikel Harakah tersebut telah diterbitkan pada edisinya bertarikh 19 Ogos 2011 yang lalu.

Ustaz Hadi dan Mat Sabu kemudiannya telah memfailkan Saman Dalam Kamar di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi membatalkan saman Umno Selangor tersebut.

Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin ketika menolak tuntutan Umno Selangor tersebut bersetuju dengan hujah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hadi dan Mohd Sabu bahawa saman Umno Selangor ke atas kedua-dua tokoh PAS tersebut telah gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan kerana ia bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan.

Di dalam hujah lisannya Hanipa berhujah perkataan 'any office bearer (mana -mana pemegang jawatan) di dalam seksyen 9 (c) akta tersebut bermaksud hanya seorang pemegang jawatan di dalam PAS yang boleh di saman maka tindakan Umno Selangor yang menamakan lebih dari seorang pemegang jawatan PAS tersebut adalah secara jelas satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana ia melanggar seksyen 9(c) Akta tersebut.

Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam, Wan Mubarak manakala Ustaz Hadi dan Mohd Sabu diwakili oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates. -HD

Kereta Meletup Ketika Hendak Hidupkan Enjin, Ahli Perniagaaan Cedera Parah

Posted: 13 Apr 2012 04:06 PM PDT

Butterworth: Seorang ahli perniagaan cedera parah apabila kereta jenis Nissan X-Trail miliknya meletup ketika beliau menghidupkan enjin kereta itu di hadapan rumahnya di Persiaran Sembilang, Taman Sembilang di sini, Jumaat.

Gambar: ANGGOTA forensik mencari bukti di tempat kejadian seorang ahli perniagaan, Lee Chong Beng, 52, cedera parah apabila kenderaan pacuan empat roda miliknya meletup ketika beliau menghidupkan enjin kereta itu di hadapan rumahnya di Persiaran Sembilang, Taman Sembilang, Bukit Mertajam, Butterworth, hari ini. - Foto Danial Saad

Kejadian pada pukul 8.20 pagi itu menyebabkan Lee Chong Beng, 52, terbakar lebih 70 peratus di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub berkata ketika kejadian, Lee ingin menghidupkan enjin kereta itu untuk keluar bekerja.

"Ketika mangsa menghidupkan enjin keretanya, tiba-tiba berlaku letupan dan mengeluarkan api serta menyambar mangsa. Mangsa yang panik menjerit meminta tolong dan diselamatkan oleh orang awam yang melalui kawasan perumahannya itu," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, Jumaat, Ayub berkata sepasukan anggota bomba memadamkan kebakaran daripada merebak ke rumah mangsa.Ayub berkata anggota forensik dengan bantuan Jabatan Kimia masih menyiasat punca kereta itu meletup dan terbakar.

"Setakat ini kita belum tahu punca sebenar sama ada kejadian itu disebabkan sabotaj atau kereta mangsa mengalami masalah," katanya. - BERNAMA



Ditikam Dengan Pisau Kerana Dituduh Menggoda Isteri Rakan

Posted: 13 Apr 2012 03:52 AM PDT

Gombak: Hanya dikatakan sering menggoda isterinya, seorang peniaga parah dibelasah rakan niaga selain ditikam dengan pisau di belakang badan dalam kejadian di Selayang Baru, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 42 tahun menaiki van datang ke gerai makan miliknya bersama isteri berusia 38 tahun untuk menghantar bekalan makanan sebelum berjumpa rakan niaga itu.

Menurut sumber, mangsa menyapa lelaki terbabit sambil memberi senyuman, namun tidak dibalas sebaliknya bertukar tegang apabila dia dimarahi dan dihamburkan dengan kata-kata kesat.

"Pelik dengan sikap lelaki terbabit yang tiba-tiba naik angin, mangsa cuba meminta penjelasan, namun terkejut apabila lelaki itu mendakwa dia sering mengacau dan cuba menggoda isterinya.

"Bagaimanapun, mangsa menafikan dan memberitahu semua itu salah faham dan dia tidak pernah menggoda isteri lelaki itu tambahan dia sudah berkahwin," katanya.

Sumber berkata, lelaki itu enggan mempercayainya dan menumbuk muka mangsa beberapa kali menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum kejadian itu disedari isteri mangsa yang datang membantu.

"Namun, niat wanita terbabit yang ingin meleraikan pertengkaran gagal sebaliknya dia ditumbuk di muka beberapa kali.

"Tidak tahan dipukul mangsa dan isterinya cuba melarikan diri untuk mendapatkan bantuan menyebabkan lelaki terbabit bertambah berang sebelum mengambil pisau dan menikam belakang badan mangsa menyebabkan dia mengerang kesakitan," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang panik melihat mangsa berlumuran darah melarikan diri sementara isteri mangsa yang ketakutan menjerit meminta tolong sebelum ia disedari rakan mangsa lain yang datang membantu dan menghantarnya ke Hospital Selayang.

Isteri mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan suami membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -hm

[KEJAM] Dirogol Depan Adik Dan Sepupu

Posted: 13 Apr 2012 01:22 AM PDT

Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis bertindak merogol salah seorang daripada mangsa.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai.

Menurut sumber, suspek yang pada mulanya hanya ingin mengambil barangan berharga milik mangsa, berubah fikiran dan ingin melampiaskan nafsunya ke atas salah seorang mangsa.

Bersenjatakan pisau, suspek mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya mereka menjerit atau cuba melarikan diri.

"Penyamun bertopeng itu memilih mangsa berusia 20-an dan merogol mangsa sambil diperhatikan oleh adik dan sepupunya yang berumur 17 dan 20 tahun di dalam bilik," katanya.

Mangsa dirogol sambil pisau diletakkan di lehernya oleh suspek yang melarikan diri sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sumber itu berkata, mangsa sempat mengecam wajah suspek selepas lelaki itu menanggalkan topengnya yang dipakainya.

Suspek memasuki apartmen terbabit dengan memecahkan mangga rumah dan mengambil masa kira-kira sejam sebelum melarikan diri.

"Ketika kejadian terdapat dua lagi rakan serumah mangsa namun mereka tidak menyedari kejadian itu kerana tidur di bilik lain," katanya.

Ketiga-tiga mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan suspek terlibat sudah dikenal pasti.

"Polis ketika ini sedang melancarkan gerakan memburu suspek yang ketika ini berada di sekitar Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan seksyen 395 samun bersenjata. -SH

Pembantu Wakil Rakyat Pakatan Dakwa Dipukul Polis Dalam Lokap

Posted: 12 Apr 2012 11:12 PM PDT

Putrajaya – Seorang pembantu ahli parlimen di Kelantan mendakwa dipukul tiga anggota polis ketika dalam tahanan, bulan lalu.

Mangsa, Ahmad Amin Draman, 47, ditahan kerana dituduh membakar bendera dan mengganggu ceramah sebuah parti politik di Tanah Merah, Kelantan, 11 Mac lalu.

Ahmad berkata, pada awalnya dia ke Balai Polis Tanah Merah bagi memberi keterangan, tetapi terkejut apabila ditahan atas beberapa pertuduhan.

Dia ditahan dari 26 Mac hingga 3 April lalu. "Semasa dalam tahanan, saya dimarahi seorang anggota polis kerana tidak menutup pili air dan atas sebab itu, tiga anggota polis lain membawa saya ke lokap yang tiada kamera litar tertutup, memukul di perut dan kaki.

"Mereka mengatakan saya samseng dan melakukan perbuatan tidak senonoh dalam lokap," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani dan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa. Sementara itu, Fariz berkata, polis perlu mengambil tindakan dengan menyiasat perkara ini atas dasar ketelusan dan profesional. -SH

Pasca Gempa Bumi Aceh: 5 Disahkan Maut

Posted: 12 Apr 2012 08:04 PM PDT

Lima maut dalam gempa Aceh

BANDA ACEH: Lima orang terbunuh dan seorang kanak-kanak cedera parah apabila satu gempa besar melanda kawasan pantai utara Indonesia kelmarin.

Menurut jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Encik Sutopo Purwo Nugroho, sekurang-kurangnya dua orang meninggal dunia akibat serangan jantung, seorang meninggal dunia akibat terkejut dan seorang kanak-kanak cedera parah setelah terjatuh dari pokok.

'Korban jiwa dan kerosakan lain masih disiasat,' katanya kepada pihak media menerusi kiriman mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beberapa penduduk turut dilaporkan cedera ketika cuba melarikan diri ke kawasan tanah tinggi.

Gegaran gempa kelmarin mengimbas memori bencana tsunami pada 2004 yang menyorbankan sekitar 220,000 jiwa di negara Lautan Hindi.

Namun, tiada kerosakan teruk akibat gempa sekuat 8.6 pada Skala Richter dan gempa susulan berukuran 8.2, kelmarin.

Selain daripada dinding retak dan sebatang jambatan rosak, penduduk kawasan itu mengatakan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

'Saya benar-benar rasakan doa saya terkabul,' kata Encik Usman Basyah, 45 tahun, yang kehilangan seorang anak lelaki dalam bencana tsunami 2004, yang membunuh 170,000 penduduk Aceh.

'Saya amat bersukur. Kami sudah cukup melalui trauma,' katanya yang berniaga kecil-kecilan.

Dua gempa besar dan gegaran-gegaran susulan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan sejauh Afrika.

Dengan kekuatan 8.6 pada Skala Richter, gempa pertama kelmarin merupakan yang ke-10 paling kuat bagi tempoh 100 tahun lalu dalam senarai 10 gempa paling kuat - gempa lain dalam senarai itu telah menyebabkan bencana tsunami berlaku. -- Reuters, AP.


Penduduk masih trauma

JAKARTA: Kegiatan harian penduduk Aceh yang dilanda panik kerana gempa bumi kuat kelmarin masih belum pulih.

Sebahagian besar pejabat kosong semalam. Begitu juga dengan sekolah dan pusat beli-belah. Belum ada yang dibuka. Malah, keadaan di Banda Aceh lengang dan sepi.

"Banda Aceh pagi ini (semalam) masih hening. Jalan raya amat sepi. Kawasan pusat bandar di Simpang Lima yang biasanya sesak, juga lengang," kata penduduk, Iriansyah Putra.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak mengumumkan penutupan sekolah dan juga pejabat.

"Tetapi pagi ini, tidak kelihatan sebarang kegiatan seperti hari-hari biasanya. Mungkin masih trauma," katanya.

Iriansyah berkata, sebahagian besar penduduk yang mencari perlindungan di kawasan tinggi sudah kembali ke rumah masing-masing. Mereka berbuat demikian sejak tengah malam selepas dimaklumkan amaran tsunami ditarik balik. Pelajar Universiti Syah Kuala Banda Aceh itu berkata, cuaca di Aceh malam kelmarin sangat sejuk. Langit juga mendung tetapi tidak hujan.

Sementara itu, lima orang disahkan mati dan seorang kanak-kanak cedera parah berikutan gempa bumi itu.

Agensi Pengurusan Bencana Indonesia berkata semalam, sekurang-kurangnya dua orang mati akibat serangan sakit jantung, tiga lagi dipercayai kerana terkejut.

Seorang kanak-kanak cedera parah selepas terjatuh dari pokok ketika gempa, kata jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho, tanpa memberi butir lanjut.

Gempa berukuran 8.7 magnitud itu menyebabkan penduduk Aceh bertempiaran melarikan diri ke tempat tinggi. Gegaran itu dapat di rasakan di beberapa negara Asia Tenggara lain, termasuk Malaysia dan sejauh selatan India. Ia disusuli dengan beberapa gempa susulan. Bagaimanapun, tidak ada tsunami yang menyusuli gempa itu yang berlaku berhampiran kawasan gempa bumi 2004.
- Agensi




No comments: