SEARCH

Saturday, March 31, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Sekitar Majlis Solat Hajat & Ceramah Perdana Di Padang Perdana Kota Bharu

Posted: 30 Mar 2012 04:23 PM PDT

Majlis Solat hajat & Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana Kota Bharu ini dimulakan dengan kuliah maghrib oleh YB Ust Nasuruddin Daud,seterusnya solat isyak dan solat hajat oleh puluhan ribu rakyat Kelantan dengan diimamkan YB Ust Muhammad Mustafa.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Perdana 'PUTRAJAYA BERMULA DISINI' oleh YB Tan Seng Giaw, Hj Muhammad Sabu, YAB Tok Guru Nik Aziz dan YB DS Anwar Ibrahim. Turut berucap YB Datuk Husam Musa.


Solat Hajat :




Ceramah Perdana :

















Gambar : Berbagai sumber di Facebook dan edit Ustream
ehsan: Tinta Hijau dari Kaki Bukit

Kes Imam Hoslan Islamkan Banduan: Sesiapa Pun Boleh Islamkan Orang Lain

Posted: 30 Mar 2012 10:09 AM PDT

Jabatan Penjara nafi Hoslan islamkan banduan

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan sebuah media online berhubung bekas imam yang dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah selepas membaling selipar ke arah hakim, Hoslan Husin yang didakwa mengislamkan dua banduan dan menjadi imam di penjara Kajang.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Supri Hashim dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat perkara tersebut dan hasil siasatan mendapati laporan itu tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.

"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur jabatan," katanya.

Pada Khamis, akhbar Harakah Daily melaporkan dan memetik kata-kata isteri Hoslan, Noorliza Mohd Isa yang memberitahu suaminya telah mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain serta menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

Hoslan merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dipenjarakan selama setahun sejak 8 Mac lepas atas kesalahan menghina mahkamah selepas dia membaling selipar ke arah tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan, pada 22 Feb lepas.

Supri berkata, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya banduan lain.

Sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan bagi memastikan pengislaman dilaksanakan secara teratur.

Katanya salah seorang banduan yang dilaporkan diislamkan oleh Hoslan sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dipenjarakan.

Manakala seorang lagi dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat.

Beliau juga berkata pegawai agama atau pembantu pegawai agama akan menjadi imam kepada banduan di surau-surau penjara dan bukannya banduan seperti yang dilaporkan oleh media tersebut.

Semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara, katanya.

"Kemungkinan Hoslan hanya menjadi imam di sel bersama beberapa banduan lain yang ditempatkan bersama semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari.

"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Mengajar Islam (berdakwah) dan mengislamkan orang lain adalah tugas mulia didalam Islam.

Sesiapa pun dari kalangan umat Islam boleh malah digalakkan melakukan kerja mengislamkan orang lain. Terlebih patut lagi kepada mereka yang mempunyai ilmu Islam kerana mereka akan ditanya kelak oleh Allah apakah mereka menyebarkan ilmu yang dikurniakanNya itu untuk menegakkan kalimah Allah.

Di dalam negara kita ini, ada kerja tambahan selepas mengislamkan seseorang iaitu mendaftarkan dengan jabatan agama Islam (dengan beberapa syarat seperti membawa saksi). Itu sekadar memenuhi formaliti untuk pengesahan dan untuk mendapatkan Kad Akuan Masuk Islam dan kemudian meminta muallaf berkenaan menghadiri kursus ilmu Islam terutama Kursus Intensif Fardhu 'Ain atau Kelas Asas Fardhu 'Ain anjuran mana-mana Jabatan Agama Islam / Cawangan Saudara Muslim di NGO-NGO Islam seperti PERKIM dan lain-lain.

Itulah pengalaman yang pernah GB lalui sewaktu mendaftarkan seorang muallaf satu ketika dulu.

Hakikatnya, seseorang itu telah Islam apabila dia mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan seorang Islam yang lain. Cuma syariatnya sahaja perlu memenuhi formaliti yang dinyatakan tadi untuk disahkan sebagai muslim di atas dunia ini.

Apa yang perlu diketahui juga, seseorang muallaf lebih selesa untuk belajar Islam dari orang yang disenanginya daripada mengahadiri kuliah secara paksa yang kadang kala lebih menambahkan kebingungan mereka terhadap Islam.

Sepatutnya Jabatan Penjara gembira dan berterima kasih kepada Imam Hoslan kerana turut membantu melaksanakan kerja dakwah di dalam penjara. Tetapi apa yang berlaku kerana politik, maka peranan imam berkenaan ditutup.

Justeru itu penafian jabatan Penjara di dalam hal ini sebenarnya amat tidak relevan samasekali.

Sepatutnya di dalam usaha dakwah kita berpegang kepada hadith Rasulullah yang mengingatkan kita supaya "sampaikan dariku sepotong ayat" (Hadith riwayat Bukhari) dan anjuran supaya kita "memudahkan dan bukan menyusahkan."

"Yassiru wala Tu'assiru, Bashshiru wala Tunaffiru",
yang bermaksud "pemudahkan jangan menyusahkan, beri khabar gembira bukan menakutkan" Hadith Riwayat Imam Ahmad.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




10 Sekolah Ditutup Di Klang Berikutan Banjir Kilat

Posted: 30 Mar 2012 06:18 AM PDT

Klang: Sepuluh sekolah ditutup pada Jumaat selepas banjir kilat melanda beberapa kawasan di Klang, kata Pengarah Pelajaran Selangor Abdullah Mat Yunus.

Beliau berkata sekolah berkenaan membatalkan sesi pagi persekolahan manakala beberapa sekolah lain terpaksa ditutup pada Jumaat.

"Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah adalah salah sebuah sekolah yang perlu ditutup sepanjang hari kerana kedudukan air separas lutut," katanya kepada Bernama apabila dihubungi, Jumaat.

Ditanya adakah sekolah berkenaan akan mengadakan kelas tambahan pada hujung minggu, beliau berkata itu bergantung kepada keputusan Kementerian Pelajaran.

Antara sekolah yang terjejas ialah SMK La Salle, SRK Simpang Lima, Sekolah Teknik Batu Ujong dan Sekolah Tinggi Hin Hua.

Sementara itu, banjir di Kampung Raja Tun Uda, Kampung Delek dan Sungai Udang sudah beransur reda.

Sidang media berhubung banjir berkenaan akan diadakan di Pejabat Daerah Klang pukul 3 petang ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

Beberapa Bekas Menteri UMNO & Pegawai Tinggi Kerajaan Temui Presiden PAS

Posted: 30 Mar 2012 05:17 AM PDT

Hadi bertemu bekas menteri Umno, pegawai tinggi kerajaan

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah megadakan pertemuan dengan tokoh Umno termasuk bekas menteri dan exco Umno Selasa lalu.

Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Mereka pernah menjadi menteri dan exco berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno, lapor laman web rasmi PAS Terengganu.

"Tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dan menyelamatkan negara dari pemerintahan BN yang diterajui Umno.

"Saya turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.

"Jeneral-jeneral yang bersara, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur," kata bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam ceramah di Dungun, Rabu lalu .

Menurut Abdul Hadi, pemimpin Umno berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), ketua-ketua cawangan Umno dan imam-imam masjid adalah yang berpengaruh di kalangan masyarakat kampung.

Katanya, pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan imam yang mereka lantik.

"(Cuma) 20, 30 orang sahaja yang menguasai beratus-ratus pengundi, (tetapi) rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,"jelasnya.

Restoran Didakwa Jalankan Aktiviti ‘Dangdut Rimba’ Disita

Posted: 30 Mar 2012 03:11 AM PDT

Gombak 29 MAC : Jabatan Perhutanan Selangor hari ini mengambil tindakan menyita sebuah restoran di Batu 12 3/4 yang didakwa menjalankan aktiviti tarian 'dangdut rimba' sebagai salah satu 'menu' penarik pelanggan.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Hutan, Mohd Yussainy Md Yusop, tindakan itu diambil bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu.

"Tindakan kita pada petang ini ialah untuk memberi respon serta merta ke atas satu aktiviti pendudukan tanpa kebenaran dalam Hutan Simpan Hulu Gombak yang disiarkan di sebuah akhbar nasional.

"Jadi, hari ini Jabatan Hutan seramai 30 anggota telah hadir ke kawasan ini untuk kita buat sitaan dan kita membuka semua struktur sementara yang dibangunkan," ujar Hussainy.

Operasi petang tadi menyaksikan tiga buah khemah tidak kekal dan dua buah khemah besar disita bersama-sama dengan peralatan perniagaan.

Beliau menjelaskan, tindakan tersebut juga merupakan satu proses siasatan di bawah Seksyen 32 iaitu menduduki tanpa kebenaran dan permit penggunaan menurut Akta Perhutanan Negara 1984.

"Jika disabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM50, 000 atau penjara antara satu hingga lima tahun," tambah Yussainy sambil memberitahu kebanyakan pusat rekreasi di kawasan berkenaan dijalankan tanpa kebenaran.

Satu laporan penuh akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangoruntuk diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Exco mengenai tindakan dan langkah untuk menangani masalah tersebut.

Sementara itu, pengusaha restoran terbabit, Mohamad Asri Md Nur,38, menyangkal dakwaan akhbar berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah semata-mata.

"Apabila jadi perkara begini atas dasar satu fitnah yang tidak berlaku pun, tidak apalah, saya pasti ada hikmahnya," ujar Asri sambil menafikan restorannya menjalankan aktiviti tarian sebaliknya sekadar perkhidmatan karaoke.

Asri juga memberitahu, restoran berkenaan baru beroperasi selama tiga bulan dan menjalankan operasi perniagaan selepas waktu Isyak dan menutup operasi sekitar 1 pagi.

Sebelum ini tapak rekreasi yang berkeluasan 10 ekar itu menjalankan operasi kem motivasi. -selangorku

Masyarakat Tionghua Kemasik Bersama PAS Hadapi PRU-13

Posted: 30 Mar 2012 01:33 AM PDT

Kemaman - Kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan politik telah melangkaui batas perkauman dan fahaman agama berikutan kegagalan UMNO/BN mengurus tadbir kerajaan yang diamanahkan menyebabkan masyarakat mulai bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati naluri mereka.

[Gambar - Puan Wang (berbaju merah) memanjat sendiri tangga untuk memasang bendera PAS, bendera PKR dan banting manifesto tawaran air percuma di Pekan Air Jernih, Kemasik petang kelmarin].

Bagi sebahagian masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik menaikkan bendera PAS di premis mereka telah menceritakan kemahuan mereka dalam PRU Ke-13 nanti.

Puan Wang Liang Seng, 47 tahun kelihatan begitu bersemangat memasang bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Beliau sendiri memanjat tangga setinggi lima belas kaki untuk memasang bendera PAS tersebut.

Puan Wang menyifatkan PRU Ke-13 ini merupakan detik terbaik seluruh masyarakat membuat perubahan dengan memilih PAS dan Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Terengganu dan di Putrajaya.

'Saya yakin perubahan pasti berlaku, ramai jiran - jiran dan sahabat handai datang berbisik kepada saya menyatakan sokongan secara diam dan akan membuat perubahan di PRU Ke-13 nanti', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil www.dppkk.org.

Beliau seterusnya berkata, 'pembaziran dan keborosan kerajaan UMNO/BN di Terengganu ini cukup banyak dan kita sebagai rakyat dihimpit penderitaan hidup dengan harga barang yang mahal dan gagal dikawal oleh kerajaan UMNO/BN', ulasnya.

Puan Wang seterusnya berkata, 'dimana keupayaan dan ketegasan kerajaan Ahmad Said melindungi rakyat yang dihimpit harga barang yang melonjak naik, apa guna kalau ada kerajaan tapi tidak dapat buat apa pun untuk menolong rakyat macam saya ini', tegasnya dengan perasaan penuh kecewa dengan kerajaan UMNO/BN.

Turut hadir di acara memasang bendera di premis rumah kedai di Pekan Air Jernih ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik. -BO

Klang Dilanda Banjir Kilat Pagi Ini

Posted: 29 Mar 2012 09:38 PM PDT

Beberapa kawasan perumahan dan sebahagian bandar Klang banjir setelah hujan selama dua jam pagi semalam.

Kawasan yang terlibat adalah Pandamaran dan Kampung Idaman di Pelabuhan Klang, bahagian-bahagian tertentu Bukit Tinggi, Johan Setia, Taman Sentosa, Sungai Udang dan Kampung Delek.

Longkang melimpah ke rumah dan dua buah sekolah turut terjejas mengakibatkan pelajaran terganggu.

Pegawai perhubungan awam Majlis Perbandaran Klang (MPK),Norfiza Mahfiz berkata Klang Utara dan Selatan telah dilanda banjir kilat dan majlis itu mengarahkan 50 orang lelaki dari kejuruteraan, perancangan dan jabatan alam sekitar untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan untuk memindahkan barang-barang mereka ke kawasan yang lebih tinggi.

"Longkang utama ke Sungai Klang tidak dapat menampung sejumlah besar air itu melimpah ke kawasan sekitarnya.

"SMK Tengku Ampuan Rahimah dan SRK Methodist ACS Klang turut terjejas," katanya.

Selepas banjir, pelajar dan guru bergotong-royong untuk membersihkan bilik darjah yang berlumpur.

Norfiza berkata pemilik kenderaan yang terpaksa berhenti di tepi jalan dan menunggu banjir surut. Beberapa kenderaan tersangkut apabila pemandu cuba memandu meredah jalan-jalan yang dinaiki air banjir.

Pemandu trak tunda banyak kelihatan mendapat peluang perniagaan, menunda kereta ke bengkel.

Bas persiaran yang datang ke Little India Klang telah dipaksa untuk meletak kereta di luar lingkungan perniagaan.

Pelancong tinggal dalam bas dan telah dihidangkan dengan teh tarik panas dan biskut.

Ahli perniagaan, NP Raman berkata banjir kilat telah menyebabkan air mengalir masuk ke dalam kedai-kedai di Little India.

"Jalan Tengku Kelana adalah seperti sungai yang mengalir melalui bandar ini. Beberapa pemandu kenderaan terkandas disebabkan kereta mereka rosak di tengah-tengah jalan, "katanya.

Ramai orang yang ingin ketempat kerja telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Teluk Pulai yang dibanjiri air.

Pemilik kenderaan yang marah mengatakan jalan-jalan di Teluk Pulai dan Taman Melawis serta berdekatan sering dilanda banjir dan ini adalah masalah lama.

"Kita semua tahu longkang tersumbat dan dengan itu melimpah setiap kali hujan. Majlis mesti melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini, "katanya. -salamsentosa

Klang Dilanda Banjir Kilat


KLANG: Beberapa kawasan di Klang dilanda banjir kilat awal pagi Jumaat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Taman Sri Andalas, Taman Selatan, Taman Bayu Perdana and Taman Melawis, Taman Sentosa, Taman Sg Ujong, Taman Palmgrove, Padang Jawa dan Taman Chi Liung.

Beberapa sekolah termasuk Sekolah Menengah La Salle, Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Sekolah Rendah Simpang Lima dan Sekolah Teknik Batu Ujong turut dinaiki air. -mstar


Siasat Anak Najib Yang Didakwa Memanipulasi Harga Saham

Posted: 29 Mar 2012 08:26 PM PDT

Siasat anak PM berhubung manipulasi harga saham'

Suruhanjaya Sekuriti (SC) digesa menyiasat anak kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Nazifuddin - berhubung dakwaan manipulasi harga saham. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata penglibatan Nazifuddin baru-baru ini dalam dua syarikat yang harga saham banyak turun naik, adalah sangat mencurigakan.

Dalam kes pertama, harga saham Harvest Court Industries Bhd melonjak 2.575 peratus selepas Nazifuddin menyertai lembaga pengarahnya akhir tahun lalu, dan harganya merudum selepas dia berhenti sebulan kemudian.

Kes terbaru melibatkan Supercomnet Technologies Bhd, yang menyaksikan harga sahamnya melonjak 362 peratus selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah ditawarkan pilihan untuk memperolehi 18.66 peratus saham.

Harga saham Supercomnet merudum dua hari kemudian selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah menolak tawaran saham tersebut.


No comments: