Kelab Greenboc |
- Himpunan Hijau 3.0 Tetap Diadakan Sebagai Respons Kepada Keangkuhan Najib
- [Bergambar & Video] GERAKAN Pun Malu & Jijik Dengan Politik Samseng UMNO Di Pulau Pinang
- Gambar Terbaru Dr Badrulamin Bersama Isteri Tiba Di JAIP Beri Keterangan
- [WASPADA] Tragedi Menyamai Adik Nurin Jazlin Berlaku Lagi
- Najib Akui BN Buat Silap Di Selangor, Tetapi "Minta Nyawa" Rakyat Pilih BN Semula
- MCA Sertai Himpunan Hijau 2.0: BN Perlu Lupakan Kerusi Kuantan
- Ustaz Badrulamin Tidak Ditangkap Berdua-duaan Di Hotel
- Sikap NFCorp Pertikai Syor Polis Diselar
Himpunan Hijau 3.0 Tetap Diadakan Sebagai Respons Kepada Keangkuhan Najib Posted: 27 Feb 2012 05:04 PM PST ![]() SHAH ALAM - Penganjur Himpunan Hijau 2.0, yang membantah projek nadir bumi Lynas, menegaskan pihaknya sudah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan susulan ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengatakan bahawa operasi loji itu akan diteruskan. "Akhirnya, kami menerima respons pertama daripada Perdana Menteri kita. Kami rasa bersemangat (dengan kenyataan beliau), tetapi malangnya, jawapan itu tidak seperti yang kami telah harapkan. "Oleh itu, kami mengesahkan bahawa Himpunan Hijau 3.0 akan diteruskan," kata Pengerusi Himpunan Hujan 2.0, Wong Tack dalam satu kenyataan hari ini. Himpunan Hijau 2.0 telah diadakan di padang MPK4, Kuantan semalam. Dalam reaksi semalam, Najib berkata kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat. Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan. Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat. "Dan kita tidak akan beri 'lesen operasi' melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya. Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat. Semalam, penganjur memberi 24 jam kepada kerajaan pusat dan negeri akan mengambil pendirian membatalkan projek tersebut- SH Protes hijau kuning pula dirancang selepas ini |
[Bergambar & Video] GERAKAN Pun Malu & Jijik Dengan Politik Samseng UMNO Di Pulau Pinang Posted: 27 Feb 2012 03:37 PM PST ![]() Ketua Biro Undang-undang & Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh memberi amaran kepada UMNO supaya menghentikan cara berpolitik sedemikian, lapor FreeMalaysiaToday. Jika tidak, menurutnya Barisan Nasional perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya di dalam pilihanraya akan datang. Baljit menambah aksi keganasan yang dicetuskan oleh samseng-samseng UMNO tersebut amat memalukan dan memberi impak buruk bukan saja kepada UMNO tetapi juga kepada parti-parti komponen BN yang lain. "Rakyat Pulau Pinang benci kepada para samseng ini. Anggota komponen BN yang lain rasa bersalah bersekongkol dengan Umno selama ini. Rakyat mempersoalkan integriti dan maruah parti-parti selain UMNO di dalam BN," katanya hari ini. Baljit berkata lebih banyak Umno melakukan perkara sedemikian, lebih teruk BN akan kehilangan undi dari rakyat Pulau Pinang dan lain-lainnya. Beliau mengingatkan Umno bahawa BN telah kehilangan banyak sokongan pada 2008 akibat dari kebencian rakyat terhadap keangkuhan dan kesombongan Umno. Beliau menambah parti komponen BN menerima kesan buruk begitu dasyat akibat bersekongkol dengan Umno dan berkata Umno mesti sedar bahawa mereka adalah sebahagian dari BN, dan mereka bukan ketua feudal. "Jika UMNO tidak boleh bekerja sebagai anggota di dalam kumpulan BN, mereka patut tahu apa yang perlu mereka lakukan," kata Baljit. 'Kenapa Di tempat dan masa yang sama?' Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah mengakui bahawa samseng yang terlibat adalah ahli mereka dari UMNO bahagian Tanjung. Bagaimanapun, beliau cuba mendakwa penyokong anti-Lynas yang memprovokasi ahli pemuda UMNO berkenaan. Namun bagu Baljit, yang ada memerhati demonstrasi berkenaan, mempersoalkan tujuan Pemuda UMNO tersebut menganjurkan demonstrasi pro-Lynas pada tempat dan masa yang sama. "Mengapa mereka tidak boleh mengadakan demonstrasi itu di hujung minggu ini? Kenapa mereka perlu lakukan pada hari yang sama? Tidakkah Umno boleh menghormati demokrasi?" soalnya. Semasa Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota semalam, ia dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu. Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu Kumpulan berkenaan terus mencaci Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka. Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran. Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar. Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala. NUJ bidas serangan, mahu polis bertindak ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Gambar Terbaru Dr Badrulamin Bersama Isteri Tiba Di JAIP Beri Keterangan Posted: 27 Feb 2012 03:23 PM PST ![]() KUANTAN - Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Bahron yang kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berkata, beliau akan "berehat" dari menjalankan semua tugas dan tanggungjawab parti dan kerajaan supaya perkembangan semasa tidak memudaratkan jamaah, lapor Sinar Harian. Gambar dari Bernama/mstar. "Saya akan berehat dulu daripada semua jawatan parti dan kerajaan," kata beliau ketika ditemui di pekarangan pejabat Jaip di sini petang. Beliau yang sekali lagi menafikan laporan media bahawa ditahan Jaip berhubung isu berkhalwat tiba di pejabat agensi agama itu kira-kira 2.40 petang dan meninggalkan premis tiga jam kemudian. Dengan ditemani isteri dan tiga peguamnya, Badrolamin tiba di pekarangan Jaip kira-kira jam 2.40 petang tadi. Dalam pada itu, pasangannya pula tiba jam 3.05 petang dengan ditemani dua orang. Dalam perkembangan berkaitan, Pas tidak masuk mencampuri isu Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrolamin Bahron, yang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, kelmarin. Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, Pas menyerahkan sepenuhnya kepada PKR untuk menyelesaikan perkara itu. "Biarlah PKR yang selesaikan. Pas tak mahu masuk campur. "Siasatan pun masih dijalankan, lebih baik mereka (PKR) selesai sendiri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ibu pejabat Pas Pusat hari ini. Badrolamin, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, petang ini hadir di pejabat Jaip untuk membantu siasatan. Kerajaan Selangor pula tidak akan terlibat dalam isu khalwat yang mempunyai kaitan dengan ketua penerangannya, Datuk Dr Badrulamin Bahron. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia terpulang kepada pihak berkuasa agama di Kuantan untuk menyelesaikan perkara itu. "Kami tidak akan terlibat dalam perkara ini dan tidak mahu sebarang penjelasan daripada Dr Badrulamin," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Sekolah Monfort Boys Town di sini, Isnin. Semalam Dr Badrulamin Bahron telah dinasihat mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu. Khalwat: Badrulamin Dakwa Didalangi Umno klik untuk baca ![]() |
[WASPADA] Tragedi Menyamai Adik Nurin Jazlin Berlaku Lagi Posted: 27 Feb 2012 05:03 AM PST ![]() TIKAM BATU – Satu percubaan kes culik dilaporkan menggunakan taktik sama ala arwah Nurin Jazlin pada 2007 di Seksyen 1, Wangsa Maju yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu dikatakan berlaku semula dua minggu lalu. Bapa mangsa, yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 37, berkata, peristiwa yang berlaku kepada anaknya mengimbau kembali kisah tragis lima tahun lalu. Menceritakan kejadian itu, Ahmad berkata, selepas pulang dari sekolah, anak lelaki sulungnya yang juga merupakan murid tahun dua sebuah sekolah terus tidur tanpa menceritakan kejadian kemungkinan masih trauma sehinggalah pada sebelah malam. "Anak menceritakan kepada saya dia didatangi seorang wanita berusia 30-an mengumpan RM5 kepadanya ketika bersama kawan-kawan sedang menunggu kenderaan untuk pulang dari sekolah," katanya kepada Sinar Harian. Ahmad berkata, pada mulanya anaknya sulung itu yang sukar menerima pelawaan mana-mana pihak enggan mengikut wanita itu yang memintanya ke van yang terletak di luar pagar sekolah bagi mengambil wang berjumlah RM5 yang dijanjikan. "Anak saya bertegas tidak mahukan wang itu tetapi tangannya direntap dan ditarik menuju ke van yang sudah sedia menunggu bersama seorang pemandu. "Bagaimanapun, tindakan wanita menarik anak saya sehingga hampir sampai ke van itu dilihat agak mencurigakan oleh seorang penduduk kampung yang secara kebetulan melalui laluan sama, " katanya. Menurutnya, lelaki itu kemudian mengarahkan wanita berkenaan melepaskan genggaman tangan, tetapi dia mengakui mahu membawa 'anaknya' pulang. "Dalam masa sama, anak saya pula meronta dan menjerit bahawa wanita itu bukanlah ibu kandung serta tidak mengenalinya," katanya. Menceritakan kejadian selanjut, anaknya yang berjaya melepaskan genggaman semasa pertengkaran itu terus berlari ke arah rakan sekolah yang masih berada di pekarangan sementara wanita bersama pemandu van terus melarikan diri. Ahmad berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki ia mungkin percubaan menculik setelah diceritakan anaknya namun sifat keibuan isterinya mula mencurigai sesuatu. Ahmad yang bimbang dengan kejadian itu terus menyiasat perkara berkenaan dengan menemui pihak sekolah serta membuat laporan polis di balai berdekatan. Dia bimbang sekiranya kisah culik seperti Nurin Jazlin berulang kembali dan mahukan semua pihak lebih mengetatkan undang-undang demi keselamatan kanak-kanak. Seperti dilaporkan media, Nurin Jazlin Jazimin, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berdekatan rumahnya 20 Ogos 2007 selepas saksi terlihat mangsa ditarik menaiki sebuah van berwarna putih. Bagaimanapun, kehilangannya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam sebuah beg yang ditinggalkan di tangga premis kedai, Taman Petaling Utama 27 hari kemudian. -SH |
Najib Akui BN Buat Silap Di Selangor, Tetapi "Minta Nyawa" Rakyat Pilih BN Semula Posted: 27 Feb 2012 03:24 AM PST ![]() Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kerajaan BN ada membuat sedikit kesilapan pada masa dulu hingga menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong mereka. Namun katanya, BN kini sudah insaf daripada kesilapan sebelum ini dan juga memohon maaf kepada rakyat di Selangor. "Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan. "Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya dipetik Bernama pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini. Sehubungan itu, Najib juga dipetik Bernama sebagai berkata Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah. Dakwanya, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu. "Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya. Bernama bagaimanapun tidak melaporkan sama ada Najib ada menyatakan kesilapan-kesilapan BN itu dan di bawah Menteri Besar manakah perkara itu berlaku. Pada ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak. Sambil memanggil hadirin yang hadir sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain. "Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib. Menurut beliau, anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti. "Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri," katanya. Najib juga mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN. Katanya semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lalu. "Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya. -mk Ulasan GB Mengaku buat salah, minta maaf, tapi nak harapkan rakyat terus undi BN di Selangor. Kan bingai punya statement. Rakyat tidak akan memberi peluang kedua lagi kepada yang dah melakukan kesilapan yang selepas melakukan kesilapan berterusan mencari undi dengan menggunakan taktik-taktik yang tidak beretika dan tidak demokratik. Kerajaan PR Selangor telah membuktikan keupayaan memerintah jauh lebih baik dari BN. Laporan Ketua Audit Negara 2010 secara umumnya telah berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. "Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan," laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu dipetik. Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada 2010. Perbelanjaan mengurus pula menurun sejumlah RM382.56 juta menjadi RM1,447.26 juta, sekaligus menunjukkan perbelanjaan berhemat yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dalam laporan itu juga dinyatakan kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya. "Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan kerajaan negeri," laporan itu dipetik. Justeru itu tiada sebab untuk rakyat untuk menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN di dalam pilihanraya akan datang ini. |
MCA Sertai Himpunan Hijau 2.0: BN Perlu Lupakan Kerusi Kuantan Posted: 27 Feb 2012 12:38 AM PST ![]() KUANTAN – Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh 'bermimpi' untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Ketuanya, David Choi berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina. "Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan. "Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua," katanya. Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat." Menurutnya, Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan semalam dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan menghentikan projek berkenaan.-SH |
Ustaz Badrulamin Tidak Ditangkap Berdua-duaan Di Hotel Posted: 26 Feb 2012 11:36 PM PST ![]() KUANTAN, 27 Feb: Laporan kes khalwat yang dikatakan melibatkan Dr Badrulamin Baharon tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik berkenaan sudah penuh dengan orang. Menurut laporan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden hanya sekitar jam 4.30 pagi. Dalam bilik berkenaan sudah ada Badrulamin, wanita berkenaan dan beberapa lelaki lain. Ini bermakna, JAIP tidak menangkap Badrulamin berdua-duaan. Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrul dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber dari JAIP. Blog Umno mula menyiarkan pelbagai laporan berkaitan tangkapan ini termasuk kononnya Badrul hanya memakai tuala ketika ditangkap. Blog itu juga melaporkan kononnya Harakah membuat laporan muka depan penangkapan ini. Padahal, Harakah tidak pernah membuat laporan berkenaan. Penjelasan Badrulamin Sebelum ini, dalam kenyataannya, Badrulamin menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan. Beliau ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Menurutnya, pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. "Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. "Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan," kata Badrulamin. Menurut Badrulamin, dia telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah beliau. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan beliau bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. "Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," kata Badrul. Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu beliau mendapatkan bilik penginapan, kata Badrulamin. "Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya," ceritanya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa. "Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. "Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik. "Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. "Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," cerita Badrul lagi. Badrul dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari, iaitu esok dan berjanji akan datang dengan peguamnya. -HD Ulasan GB Berita dari akhbar TheStar sebelum ini pula menyatakan bahawa Pahang Islamic Religious Department deputy director Datuk Ghazali Abdul Aziz confirmed that the raiding team arrived at the hotel at 3.10am yesterday. "By the time we arrived, they were already outside the room," he said. Dari pengakuan Timbalan pengarah JAIP itu sendiri menjelaskan bahawa Dr.Badrulamin TIDAK DITANGKAP BERKHALWAT BERDUA-DUAN di dalam bilik. Tuduhan kononnya "pasangan itu mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum membukan pintu dan Dr. Badrulamin hanya memakai tuala" sewaktu pintu dibuka seperti dilaporkan blog-blog UMNO dan media massa arus perdana sebenarnya adalah dusta dan fitnah melampau. Kepada mereka yang memfitnah itu kita sampaikan pesanan Al-Quran: إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah orang-orang mu'min laki-laki dan mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar. Al-Buruj:10 |
Sikap NFCorp Pertikai Syor Polis Diselar Posted: 26 Feb 2012 08:28 PM PST ![]() KUALA LUMPUR, 26 Feb – Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membidas pihak pengurusan National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana mempertikai kenyataan polis berhubung siasatan skandal syarikat berkenaan. Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesyorkan supaya pengarah syarikat itu, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas kesalahan pecah amanah. Bagaimanapun, NFCorp dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan motif kenyataan itu dibuat dan menyifatkan kononnya pihak polis bertindak di luar bidang kuasa mereka. Selain menyatakan rasa 'terkejut dan keliru', NFCorp hari ini menyifatkan kenyataan Bukit Aman 'terlalu awal' kerana polis masih menjalankan siasatan. "NFC secara jelas melanggar syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain seperti membeli tanah, kondominium, kereta mewah dan perkara yang bukan-bukan," tegas Surendran. "Perkara ini merupakan jenayah pecah amanah, jadi kenapa mereka tiba-tiba keliru dengan kenyataan Bukit Aman yang mahu Mohamed Salleh didakwa atas jenayah pecah amanah," kata Surendran ketika dihubungi KeadilanDaily. Dengan nada sinis Surendran berkata, pihak NFC sepatutnya mencari peguam untuk membela syarikat itu sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah nanti. Sementara itu, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua mahu kerajaan membekukan semua aset Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) sama ada di Malaysia atau luar negara. Menurut beliau pembekuan aset itu perlu dilakukan memandangkan kesemua aset itu terletak di bawah nama pengarah NFC. "Kebanyakan aset sama ada secara langsung atau tidak dibuat di bawah nama pengarah NFC. Ini termasuk aset di Malaysia dan Singapura, serta syarikat-syarikat di Singapura seperti MeatWorks (Singapura) Pte Ltd. "Untuk memastikan aset-aset ini tidak dihapuskan melalui perbelanjaan daripada pinjaman mudah RM250 juta, polis mesti memulakan tindakan ke atas semua aset dan membekukan semua aset NFC," katanya. -KD >NFC, tak perlu takut kalau tak salah, kata ahli Umno NFC terkejut cadangan tuduhan pecah amanah Ulasan GB Mengapa agaknya NFCorp terkejut beruk dengan cadangan pegawai polis Bukit Aman berkenaan supaya pengerusinya, Datuk Mohamed Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT)? Apakah kerana mereka melihat "segala usaha" untuk "menyelamatkan diri" sudah gagal dan kini terpaksa juga berdepan dengan tuduhan pecah amanah ? Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sekalipun mereka benci dan takut kerana bakal dikhirtoyokan. klik untuk baca ![]() |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment