Kelab Greenboc |
- Stadium Runtuh Stadium Bergelap. Berjuta Hangus Dikerjakan UMNO BN Terengganu
- Papagomo Tidak Akan Terlepas Dari Hukum Allah - Husam Pula Saman Papagomo
- UMNO BN Ingin Disembah Apabila Paksa Logo 1Malaysia Untuk Barangan Kawalan
- Lagi Kes Bayi Tercampak Dalam Kemalangan Di Lebuhraya PLUS Senawang- Alor Gajah
- Apa Hal Mak Nyah Berjalan Di Bandar Pukul 3.30 Pagi?
- Kenyataan Nazri Sahkan Dakwaan PR Mengenai Skandal NFC Adalah Benar
- [Video] Chandra Bahadur Dangi, Lelaki Paling Kerdil Di Dunia
- Jurulatih Cabul 10 Pelajar Pengakap Perempuan
- Berita Khalwat Panas Libatkan Ahli Politik
Stadium Runtuh Stadium Bergelap. Berjuta Hangus Dikerjakan UMNO BN Terengganu Posted: 16 Feb 2012 05:01 PM PST ![]() KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menganggap kejadian lampu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah terpadam lebih 30 minit ketika perlawanan Liga Super 2012 antara Terengganu dan Kedah malam kelmarin adalah insiden yang amat memalukan. Menurutnya, beliau juga kesal kerana sehingga kini permasalahan lampu limpah itu belum ada jalan penyelesaian malah pihak yang bertanggugjawab juga masih belum berjumpa dengan pihaknya sehingga kini. "Ini yang membuatkan saya marah dan perkara ini sesuatu yangmemalukan, sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ataupun Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memaklumkan keadaan yang sebenar. "Sampai sekarang pun, tidak ada pihak yang datang jumpa saya beri penjelasan dan menceritakan keperluan sebenar ataupun beri penjelasan kepada Exco berkaitan. Ini kerja mereka dan kita tidak perlu panggil untuk beri penjelasan kepada kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, di sini semalam. Dalam pada itu, Ahmad berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak terbabit kerana Kerajaan Negeri memerlukan maklumat teknikal secara terperinci sebelum kerja-kerja membaik pulih dilakukan. "Saya dah bagitahu dulu, kalau kita nak pasang lampu 800 lux kita perlu pasang lebih 900 lux kerana pencahayaan ini akan menurun atau sebaliknya. "Tetapi kita tak dapat maklumat yang sebenar, dari segi teknikal mereka perlu bagitahu kita. Bila kita pasang 800 lux mereka kata cukup, tiba-tiba cakap tak cukup balik kerana perlu melebihi 1,200 bagi memenuhi standard antarabangsa," katanya. Bagaimanapun katanya, sekiranya lampu 1,200 lux dipasang maka tiang lama sudah tidak boleh digunakan lagi sedangkan Kerajaan Negeri sudah membelanjakan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk pemasangan lampu limpah 800 lux. "Sekarang kita kena buat balik, pasang kabel dan tiang baru, maka apa yang dilakukan sebelum ini membazir. Ini yang saya kesal dan sebab itu saya merungut kerana kita tidak diberitahu perkara sebenar dan apa yang diperlukan. "Kalau kita buat sekarang mesti orang marah pada kita, orang akan kata kita bodoh dan tak ada pengalaman. Buat kerja membazir, lepas buat pasang balik," katanya. Sementara itu, beliau berkata, apa yang berlaku pada malam kelmarin berkemungkinan disebabkan masalah teknikal memandangkan stadium itu sudah lama dan pihak bertanggungjawab seharusnya menanganinya segera dengan mengemukan laporan teknika berhubung perkara itu. "Kita tengok lah macam mana, kalau susah sangat kita bermain pada waktu siang, susah lah kita kalau perkara ini berpanjangan dan saya tidak suka perkara sebegini berlaku," katanya. -SH Ulasan GB Bayaran tunai diberikan kepada MB Terengganu yang sebelum ini dengan celuparnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Stadium runtuh diikuti dengan stadium bergelap menyebabkan perbelanjaan berjuta ringgit seperti mencurah garam ke lautan hasil dari tiada keberkatan. Hukum Kebenaran & Keadilan: Sesuatu yang tidak berkat itu tidak mampu bertahan lama. Ia pasti hancur binasa kesudahannya. Tanda "gelap" adalah juga berkemungkinannya kerajaan UMNO BN bakal menghadapi zaman kegelapannya tidak berapa lagi. InsyaAllah. |
Papagomo Tidak Akan Terlepas Dari Hukum Allah - Husam Pula Saman Papagomo Posted: 16 Feb 2012 03:19 PM PST ![]() KOTA BHARU, 16 Feb: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya. Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. -HD Ulasan GB GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Kini apa yang GB utarakan menghamipiri menjadi kenyataan. Kebal macamana pun papagomo yang dili9dungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa! Petikan: GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks. klik untuk baca ![]() |
UMNO BN Ingin Disembah Apabila Paksa Logo 1Malaysia Untuk Barangan Kawalan Posted: 16 Feb 2012 09:26 AM PST ![]() Pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajib memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan. Bagaimanapun, menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan berkenaan. Dasar baru itu pertama kali diumumkan oleh Tan di Taiping pada 10 Februari lalu. Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari tahun ini, tetapi ia tidak diwajibkan. Bagaimanapun, mulai bulan ini, arahan memaparkan logo 1Malaysia akan diwajibkan dan juga dilanjutkan kepada dua lagi barangan terkawal lain, iaitu gula dan minyak masak. Jika pengilang gagal berbuat demikian, mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi daripada kerajaan. Menurut sumber industri yang dipetik akhbar China Press, kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan. Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara. Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia". Sesetengah pengusaha telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada akhbar-akhbar Cina. Mereka mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya. -mk PAS: Kerajaan 'hilang akal' wajibkan logo 1 Malaysia bagi produk kawalan |
Lagi Kes Bayi Tercampak Dalam Kemalangan Di Lebuhraya PLUS Senawang- Alor Gajah Posted: 16 Feb 2012 06:51 AM PST ![]() ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak perempuan menemui ajal dalam keadaan mengerikan manakala abangnya parah selepas masing-masing tercampak dari kereta dipandu bapa mereka dalam kemalangan di Kilometer 213.2 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam. Kejadian pukul 1 pagi itu mengakibatkan Siti Nurnajwa Nordin,7, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka manakala abangnya, Amir Haziq, 12, mengalami kecederaan parah di kepala selepas tercampak dari kereta jenis Perodua Kancil tersebut. Bapa mangsa, Nordin Mohamad Shukor, 36, dan ibu mereka, Siti Aisyah Othman, 36, cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama. Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan ke Parit Sulong, Muar dari ibu negara. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian berlaku apabila Nordin yang memandu kereta hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali lalu terbabas dan terhumban ke dalam longkang. -kosmo Ulasan GB Hanya baru beberapa bulan GB membuat ulasan mengenai berpuluh-puluh kejadian kemalangan berlaku di kawasan yang berdekatan dengan Tol Senawang dan meminta supaya pihak Lebuhraya PLUS membuat kajian terperinci mengenai keadaan lebuhraya di situ kerana terlalu banyak kemalangan maut berlaku di tempat yang hampir sama. Kini di tempat yang sama, kejadian yang hampir serupa berlaku di kawasan yang hampir sama - anak tercampak dari kereta setelah kereta hilang kawalan di situ. Berapa banyak lagi kemalangan dan berapa ramai lagi yang bakal terkorban agaknya selepas ini di tempat yang sama? Petikan ulasan GB pada 21 Ogos 2011 Berpuluh-puluh kejadian kemalangan berlaku di kawasan yang berdekatan dengan Tol Senawang. klik untuk baca ![]() |
Apa Hal Mak Nyah Berjalan Di Bandar Pukul 3.30 Pagi? Posted: 16 Feb 2012 04:41 AM PST ![]() KUANTAN - "Saya hanya mampu menjerit apabila hayunan rantai besi yang berikat mangga itu terkena tepat di kepala," kata juru mekap yang menjadi mangsa serangan enam lelaki di depan Wisma Delima, Jalan Haji Abdul Aziz, semalam. Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita berkata, dia bersama rakannya, Shasha sedang berjalan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum didatangi enam lelaki menaiki motosikal. "Tanpa sebarang amaran, tiga daripada mereka terus memukul saya menggunakan besi, topi keledar dan rantai besi berikat mangga, manakala yang lain berada di atas motosikal," katanya. Rozita berkata, begnya disentap hingga putus sebelum pukulan bertubi-tubi hinggap di bahagian belakangnya. Katanya, dia tidak mampu melawan dan ketika itu, rakannya Shasha datang membantu, tetapi turut menjadi sasaran tiga lelaki yang memakai baju dan jaket serba hitam. Rozita, yang ketika itu berlumuran darah, lari menyelamatkan diri, tetapi apabila menyedari rakannya juga dipukul, dia kembali ke arah rakannya sebelum rebah di situ. "Selepas lebih lima minit, enam lelaki itu menghilangkan diri dengan motosikal. Ketika itu saya hanya separa sedar di pangkuan Shasha," katanya. Sementara itu, Shasha yang masih lagi trauma dengan serangan itu, tidak menyangka kumpulan lelaki itu tergamak memukul mereka dengan besi dan topi keledar. Katanya, dalam keadaan kelam kabut dan darah yang mengalir di kepala, ada individu yang kebetulan lalu di jalan itu dan menghantar mereka ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). "Ketika itu saya memang tidak berdaya sementelah melihat rakan yang hampir pengsan di pangkuan. Nasib baik ada orang lalu di kawasan itu dan membawa kami ke hospital," katanya. Akibat serangan itu, Rozita menerima enam jahitan di kepala, luka di dahi, lebam di bahagian bahu, belakang dan lengan, manakala Shasha pula luka di bahagian kepala dan lengan. Rakan mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Bakri, 50-an berkata, kumpulan mak nyah itu menggelar lelaki yang menyerang mereka Geng Anti Maknyah kerana sebelum ini kira-kira 12 kali kejadian sama berlaku membabitkan 10 mangsa. Katanya, kumpulan lelaki itu akan bertindak di antara jam 1 pagi hingga 5 pagi, tetapi tidak mengambil barang penting atau beg duit dan hanya menyerang serta memukul mangsa. "Kes ini sebenarnya sudah berlaku enam bulan lalu, tetapi kini lebih kerap terutama di Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang dan Lorong Pasar. "Mereka selalu diserang dan menggunakan senjata sama. Mereka tidak mengambil wang, tetapi akan mencederakan mangsa," katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen, Sim Chon Siang berharap, kumpulan mak nyah itu mendapat pembelaan sewajarnya kerana menjadi mangsa kejam lelaki tidak berperikemanusiaan itu. "Walau siapa pun mereka, kita berharap mak nyah ini dapat hidup selesa tanpa gangguan lelaki yang bersikap ganas seperti ini," katanya ketika melawat Rozita dan Shasha di sini. Dalam pada itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu dan akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. -SH Ulasan GB Kena serang satu hal, yang anehnya apa mak nyah-mak nyah tersebut berjalan pukul 3.30 pagi sewaktu orang lain sedang tidur? Perniagaan apa cari pelanggan dalam suasana sunyi sepi sedemikian? Bukan kita nak membela penyerang-penyerang tersebut, tetapi berjalan pada pukul 3.30 pagi, bukan kata maknyah, lelaki sasa yang ada ilmu kuntau dan silat tembaga pun perlu berwaspada. Eloklah dihentikan "bermundar-mandir" atas apa jua alasan pada waktu sedemikian. |
Kenyataan Nazri Sahkan Dakwaan PR Mengenai Skandal NFC Adalah Benar Posted: 16 Feb 2012 02:46 AM PST ![]() KUALA LUMPUR, 15 Feb: Kenyataan terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa National Feedlot Corporation (NFCorp) melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan membuktikan dakwaan Pakatan Rakyat sebelum ini benar. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, Nazri selaku menteri yang memegang portfolio undang-undang harus menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan proses siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang terlibat. "Kita tidak faham kenapa Datuk Seri Nazri Aziz yang bertangungjawab ke atas SPRM sudah membuat pengumuman terbuka tapi SPRM masih belum mengambil apa-apa tindakan. "PAS desak Nazri mengarahkan SPRM untuk segera ambil tindakan kerana ini melibatkan wang rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Nazri semalam mengakui telah berlaku kes pecah amanah apabila duit yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain oleh NFCorp. PAS sebelum ini meragui penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007. NFC mempertikai dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai. Sehubungan itu, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat NFC selain siasatan oleh SPRM. Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengenai dakwaan perjanjian melibatkan pinjaman RM250 juta antara Kementerian Kewangan dan NFCorp tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara. Beliau meminta Najib menyatakan pihak mana yang menyediakan perjanjian itu jika benar ia tidak disediakan oleh Peguam Negara. -HD NFC: Menteri sahkan pecah amanah, namun tiada tindakan- Guan Eng klik untuk baca ![]() |
[Video] Chandra Bahadur Dangi, Lelaki Paling Kerdil Di Dunia Posted: 16 Feb 2012 01:06 AM PST ![]() Chandra Bahadur Dangi, 72, hanya setinggi 56 sentiemer atau 22 inci. Dangi berkata, selama ini dia begitu malu dengan ketinggiannya tetapi kehidupannya mungkin berubah jika dia mendapat pengiktirafan Guinness Book of Records. Pemegang rekod kategori Lelaki Paling Kerdil di dunia ketika ini dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing yang setinggi 59.93 sentimeter. Junrey merampas gelaran itu tahun lalu daripada Khagendra Thapa Magar, 18, yang setinggi 67 sentimeter. Orang paling kerdil pernah hidup sebelum ini ialah Gul Mohammed dari India yang setinggi 57 sentimeter. Gul meninggal dunia pada usia 40 tahun pada 1997. Dangi yang tinggal di Kampung Reemkholi, beberapa ratus kilometer dari Kathmandu berkata, dia sering menjadi bahan ketawa dan tidak ada wanita yang ingin menjadi isteri. Pakar dari Rekod Dunia Guinness akan ke Nepal untuk mengukur lelaki itu. Dangi mendakwa berat badannya hanya 12 kilogram. Dia yang mempunyai lima adik beradik lelaki dan semuanya mempunyai ketinggian normal berharap dapat memperoleh pengiktirafan itu sebagai ganjaran kepada kesukaran hidupnya selama ini. "Saya berpendapat keadaan akan menjadi lebih baik selepas ini. Saya berharap akan menjadi terkenal di seluruh dunia. Saya mahu melawat negara luar dan bertemu orang ramai di seluruh dunia. Punca kepada masalah ketinggian yang menimpa Dangi tidak pernah didiagnos tetapi dia dipercayai mengalami kekerdilan primordial yang bermula dalam rahim. - DM/hm |
Jurulatih Cabul 10 Pelajar Pengakap Perempuan Posted: 15 Feb 2012 11:29 PM PST ![]() PETALING JAYA: Seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli Pergerakan Pengakap sebuah sekolah menengah di sini, didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan yang berada bawah pengawasannya dengan memegang dada, kemaluan dan punggung mangsa. Gambar fail Difahamkan, lelaki terbabit berusia 44 tahun dipertanggungjawab melatih pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan kejinya penghujung tahun lalu. Perbuatan itu terbongkar 8 Februari lalu selepas seorang mangsa dicabul mengadu kepada bapanya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, di sini. Menurut sumber, selepas membuat laporan mengenai kejadian itu, mangsa yang ditemani bapanya mengadu perkara berkenaan kepada pihak pengurusan sekolah. "Hasil siasatan pengurusan sekolah, lebih 10 pelajar tampil mengaku mereka turut menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit sepanjang dia mengendalikan badan beruniform berkenaan," katanya. Sumber itu berkata, suspek dikatakan secara terang-terangan mencabul mereka ketika sesi latihan dengan memegang dada pelajar perempuan dengan alasan kononnya untuk memeriksa barisan ketika berkawad. "Malah, ada pelajar diumpan masuk ke bilik persatuan disediakan sekolah dengan alasan mengukur baju sebelum mereka dicabul," katanya. Difahamkan, semua pelajar perempuan yang menjadi mangsa turut dipaksa merahsiakan perkara berkenaan dan mangsa akur kerana takut sikap garang suspek. Sejurus pihak berkuasa menerima laporan berkenaan, jurulatih terbabit ditahan polis 9 Februari sebelum dibebaskan selepas percakapannya dirakam. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. "Setakat kini, kami mendapati hanya empat ke lima pelajar sekolah berkenaan yang tampil membuat aduan kepada polis mereka menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit," katanya. Menurutnya, suspek yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK). -hm |
Berita Khalwat Panas Libatkan Ahli Politik Posted: 15 Feb 2012 09:13 PM PST ![]() KLANG: Helah seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Negeri Sembilan memberi alasan tiket bas habis gagal mengelakkannya daripada dicekup khalwat dengan duda beranak empat, di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi semalam. - Gambar fail Ketika dicekup, siswi berusia 22 tahun berasal dari Perlis itu merayu dilepaskan sambil memberi alasan tiket bas ke negeri kelahirannya itu sudah habis dan kononnya kebetulan teman lelaki iaitu duda berkenaan berhasrat membantunya mencarikan tempat bermalam. Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima pegawai penguat kuasa sebelum menahan siswi dan pasangannya berumur 32 tahun itu kerana berada dalam bilik yang dikunci berdua-duaan tanpa ikatan muhrim. Itu antara gelagat 14 pasangan yang dicekup berusia antara 20 dan 40-an dalam operasi serentak di 32 hotel bajet seluruh Klang. Operasi bersepadu dinamakan Ops Kasih Kekasih itu dilakukan Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK); Jabatan Agama Islam Selangor (Jais); Jabatan Imigresen dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) cawangan Klang. Dalam serbuan sama, seorang wanita masih berstatus isteri berusia 32 tahun dicekup bersama seorang mualaf berumur 35 tahun di sebuah hotel bajet lain. Ketika serbuan pada jam 1 pagi itu, lelaki yang bekerja sebagai juruteknik dan baru memeluk Islam Oktober lalu itu turut gagal ujian saringan awal air kencing dijalankan AADK apabila positif heroin. Ketika serbuan, lelaki itu mengaku hanya mahu menemani kekasihnya yang berasal dari Kuantan bagi menghadiri perbicaraan terakhir perceraian pasangannya dan mendakwa tak cukup duit untuk menyewa dua bilik. Difahamkan, lelaki mualaf itu sudah lima tahun menjalinkan hubungan terlarang bersama wanita beranak empat itu. Timbalan Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPK, Sharul Hazri Abd Majid berkata, ketika serbuan, lelaki itu hanya berseluar pendek membuka pintu bilik serta membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Ketika membuka pintu, pasangan itu kelihatan terkejut dan mengaku tidak melakukan apa-apa. "Bagaimanapun, lelaki itu dan pasangannya tetap ditahan berikutan disyaki berkhalwat. Lelaki berkenaan gagal ujian awal saringan air kencing dan disyaki positif dadah," katanya ketika ditemui di lokasi, selepas serbuan berakhir jam 4 pagi semalam. Beliau berkata, jika air kencing lelaki berkenaan disahkan positif oleh Jabatan Patologi, dia bakal didakwa mengikut Seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah 1983 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tiga tahun dan tiga sebatan. Selain itu, katanya, seorang wanita warga Indonesia dari Palembang berusia 20 tahun yang sepatutnya baru mula bekerja di sebuah kilang di sini antara yang dicekup bersama pasangan senegara berusia 30-an berasal dari Lombok. "Wanita itu menangis teresak-esak kerana esok (hari ini) dia memberitahu akan mula bekerja hari pertama di sebuah kilang di sini. "Keseluruhan seramai 14 pasangan dicekup berusia antara 20 hingga 40-an dalam operasi hampir 5 jam yang diadakan serentak di 32 hotel bajet seluruh Klang. "Operasi diadakan bagi mencegah kes mungkar terutama pasangan khalwat dan zina yang kebiasaannya menumpukan hotel bajet sebagai tempat melampiaskan nafsu serakhttp://www.blogger.com/img/blank.gifah. "Semua pesalah dihantar ke lokap sementara Jais Klang dan operasi berakhir kira-kira jam 4 pagi," katanya. -hm Ulasan GB Berita yang dibirukan di atas ada persamaan dengan satu laporan di beberapa buah blog semalam yang mendakwa GEMPAR!!! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment