Kelab Greenboc |
- Reputasi Polis Tercalar Jika Lambat Ambil Tindakan Serangan Ceramah Gombak
- Insiden Gombak Bayangan 13 Mei Yang Disebut Shahrizat?
- Keluarga Aminulrasyid Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Mahkamah Bebaskan Jenain
- Kes Amah Dirogol, Jakarta Beritahu Rakyatnya Tidak Pilih Malaysia Untuk Jadi Pembantu Rumah
- Jangan Berikan Kepercayaan Kepada UMNO Yang Kini 'Desperate'
- Kronisme Subur Bawah UMNO BN: Keluarga Pak Lah Bekal Meter Elektronik TNB
| Reputasi Polis Tercalar Jika Lambat Ambil Tindakan Serangan Ceramah Gombak Posted: 05 Dec 2012 05:05 PM PST Pemimpin Pakatan Rakyat mendesak agar polis berlaku adil dan mengambil tindakan segera terhadap individu yang menyerang ceramah PR di Batu 8 ˝ Gombak semalam yang menyebabkan lima orang tercedera. Pemimpin Pas dan PKR berkata kegagalan polis untuk bertindak dengan tegas dan segera terhadap individu yang disyaki akan mencemar reputasi polis. Lebih buruk lagi, kegagalan untuk mengambil tindakan akan memberi gambaran bahawa polis bersekongkol dengan individu-individu tersebut. Penyelaras DUN Gombak Setia, Salehuddin Nasir berkata, polis hanya bertindak setelah serangan secara bertubi-tubi dilakukan hingga mencederakan orang ramai, sedangkan polis sedia maklum mengenai ceramah itu beberapa hari sebelumnya. Beliau mendakwa serangan tersebut diketuai oleh pemimpin Pemuda Umno Gombak dan melibatkan ahli Umno Gombak, Wanita Umno Gombak dan anggota NGO. Menurutnya, ekoran insiden itu, dianggarkan lebih lima individu mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu dan tangan akibat terkena objek keras, malah khemah juga musnah teruk. "Kita telah maklumkan pada pihak polis dan sehari sebelum ceramah itu berlangsung, ada anggota polis daerah Gombak yang datang melawat menunjukkan bahawa mereka tahu ada program pada malam itu. "Saya sendiri telah serahkan surat melalui email kepada Ketua Polis Daerah memberitahu maklumat berhubung ceramah itu," kata Salehuddin apabila dihubungi TVSelangor. Keadaan di ceramah di Dataran Sharuddin di Batu 8 ˝ Gombak semalam menjadi kecoh apabila pergaduhan berlaku di antara sekumpulan ahli Umno dan penyokong PR. Salehuddin mendakwa seorang penyokong PR ditikam dengan Kerambit manakala batu bata dilemparkan ke arah peserta ceramah tersebut yang di dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat. Ceramah itu menampilkan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali, bekas Adun Ayer Molek, Melaka Datuk Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari. Manakala Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata sekiranya polis gagal mengambil tindakan ia boleh mengalakkan orang lain untuk mencetuskan serangan yang serupa. "Tidak mustahil keberanian mereka ini berpunca daripada sikap pihak polis juga yang seolah-olah mereka ini kebal dari sebarang tindakan undang-undang. "Kejadian provokasi dan keganasan yang dicetuskan juga seolah-olah memberi signal 'isyarat' bahawa mereka ini akan melakukan tindakan lebih ganas di luar keterbatasan yang dibenarkan," kata Shuhaimi lagi. Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama. Sebelum ini, sebuah ceramah Anwar di Lembah Pantai turut dibaling dengan batu sehingga seorang hadirin tercedera di kepala. Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin PR berceramah ke seluruh negara juga telah diserang beberapa kali di Kota Baru dan Melaka dengan disimbah dengan cat dan dibaling batu. -selangorku |
| Insiden Gombak Bayangan 13 Mei Yang Disebut Shahrizat? Posted: 05 Dec 2012 04:03 PM PST Insiden berdarah Gombak, Umno ulangi tragedi 13 Mei – Shamsul KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan samseng Umno terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) cedera berdarah membuktikan peristiwa 13 Mei akan diulangi Umno, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau merujuk ucapan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada Perhimpuann Agung Umno (PAU) tempohari yang menyatakan peristiwa 13 Mei bakal berulang jika Pakatan memerintah. "Baru saja Shahrizat mengingatkan kononnya jika Umno tidak lagi memerintah, suasana tegang akan bermula dan peristiwa 13 Mei akan berulang," kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu ketika dihubungi. "Inilah bukti kebenaran kata-kata beliau bahawa peristiwa itu memang akan berulang kerana dicetuskan samseng Umno yang mengamalkan politik ganas," tempelak Shamsul. Dalam teks ucapan Shahrizat, antaranya menyatakan bahawa: "... Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi di negara kita…" Shamsul turut mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru meminta maaf kepada rakyat dalam PAU. "Najib baru saja minta maaf kepada rakyat dalam Perhimpunan Umno atas segala kesilapan. Hanya beberapa hari, perkara begini (serangan) terjadi. Apakah Najib tak ada kuasa untuk halang sayap pemudanya?" tegasnya. "Apa pula pendirian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kononnya sering melontarkan idea bernas? Kenapa biar politik ganas menjalar? Mustahil beliau tak tahu isu ini," katanya. Tegas Shamsul, polis perlu ambil tindakan segera dan mengheret pihak bersalah yang menyebabkan kecederaan terhadap penyokong Pakatan ke mahkamah. Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengajak Shahrizat berdebat berhubung isu 'Tragedi 13 Mei 1969 dan Perpaduan Nasional'. Timbalan Ketua Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, cadangan debat ini menunjukkan kesediaan DMPP menjawab segala tuduhan dan kenyataan Shahrizat di PAU, 28 November lalu. DMPP mahu Shahrizat sendiri berdebat dengan Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. "Kenyataan tersebut boleh mendatangkan rasa takut, cemas, rasa tidak selamat, tidak tenteram, berunsur ugutan, menghasut dan seterusnya upaya dan cenderung mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan. Bukti SMS Umno arah provokasi ceramah Gombak |
| Keluarga Aminulrasyid Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Mahkamah Bebaskan Jenain Posted: 05 Dec 2012 06:04 AM PST Keluarga kepada Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis dua tahun lalu tidak berpuas jati dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun pada ketika itu. "Keputusan mahkamah tidak adil. Saya pun tengah duduk baca berita tentang ini. "Memang saya tengok keputusan yang diberikan ini, memang sangat tidak adil kepada pihak kami," kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi. Semasa mahkamah mengumumkan keputusan pagi ini, Azura dan keluarganya tidak pergi sendiri untuk mendengar akan tetapi mengikuti perkembangan melalui internet. Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas. Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu. Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri. Pada 13 Sept tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010. Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Apbila ditanya apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pihak keluarga Aminulrasyid, sambil menangis dengan teresak-esak, Azura menjawab, "Kami akan bincang balik dengan peguam kami untuk tindakan seterusnya". Kes kematian Aminulrasyid, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan beliau memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandunya. -TMI Keadilan untuk Aminulrashid: Peguam Negara didesak fail rayuan |
| Kes Amah Dirogol, Jakarta Beritahu Rakyatnya Tidak Pilih Malaysia Untuk Jadi Pembantu Rumah Posted: 05 Dec 2012 04:19 AM PST Jakarta menasihatkan rakyatnya tidak harus bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia berikutan kes layanan teruk melibatkan warganya yang semakin meningkat. "Pihak pemerintah Malaysia harus ambil tindakan tegas, atau lebih baik pembantu rumah dari Indonesia tidak bekerja di Malaysia. "Mereka (Malaysia) mahu pembantu rumah dari Indonesia, tetapi mereka tidak boleh melindungi pembantu rumah dari negara kami," kata Suryana Sastradiredja, jurucakap kedutaan Indonesia yang dilaporkan AFP. Sabtu yang lalu, jabatan imigresen menyelamatkan 105 pekerja asing yang dikurung dalam agensi pembantu rumah di Bandar Baru Klang. 95 orang wanita, kebanyakannya warga Indonesia, telah didakwa dipaksa bekerja sebagai pembantu rumah selama enam bulan tanpa gaji. Mereka mendakwa agensi tersebut melayan mereka begitu teruk dan makanan dicatu untuk mereka. Jakarta telah meletakkan larangan kepada pembantu rumah dari negaranya pada tahun 2009 ke Malaysia, tetapi larangan tersebut dibatalkan setahun kemudian. Tetapi pembantu rumah dari Indonesia semakin berkurangan untuk ke Malaysia walaupun pembatalan larangan tersebut, dengan mengatakan kurang dari 100 orang bekerja dengan cara sah. Sastradiredja juga berkata, Indonesia bimbang ribuan pekerja warganya yang bekerja di Malaysia secara haram kerana dijanjikan bayaran lumayan sedang bekerja dalam keadaan yang berbahaya. Laporan baru menunjukkan kes terbaru melibatkan warga Indonesia bulan lalu, apabila seorang pekerja restoran mendakwa beliau dirogol oleh tiga orang polis, dan seorang lagi berusia 15 tahun dirogol oleh majikannya. Bulan lalu, menteri sumber manusia Datuk Dr S Subramaniam memberitahu bahawa Putrajaya terus mempunyai hubungan yang baik dengan Jakarta walaupun insiden itu berlaku. Beliau kemudian menyalahkan media dan badan bukan kerajaan Indonesia kerana mensensasikan insiden tersebut "dengan begitu emosi". Beliau menambah, langkah tegas akan diambil untuk menyampaikan mesej kepada pekerja asing bahawa mereka akan dilindungi melalui sistem perundangan negara. Pada Ogos, pemerhati memberitahu The Malaysian Insider bahawa tawaran gaji yang lebih tinggi dan ekonomi Indonesia yang semakin meningkat menyebabkan Malaysia menjadi tidak menarik di kalangan pembantu rumah Indonesia. Pembantu rumah Indonesia di Malaysia mendapat gaji minimum RM650, sementara gaji minimum yang dibenarkan di Singapura ialah S$450 (RM1,126) dan HK$3,740 (RM1,500) di Hong Kong. Mereka juga mendapat cuti mandatori di Singapura dan Hong Kong dimana cuti mandatori untuk mereka di sini masih lagi diperdebatkan. -TMI Ulasan GB Kita nak dengar apa ulasan dari Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Rais Yatim mengenai berita di atas. |
| Jangan Berikan Kepercayaan Kepada UMNO Yang Kini 'Desperate' Posted: 05 Dec 2012 12:58 AM PST Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini. UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi. Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai'ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN. 'Initiative' yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO. Jika berbai'ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan Bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakkan saudara-saudara itu tidak mungkin salah. Kenapa sampai bersumpah? Kalau parti itu (UMNO) kuat dan mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Bahagian tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah cukup untuk menyatakan dengan 'conclusive' UMNO dalam kesempitan. "Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja" kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama. Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu, "satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu". Kata perpatah 'bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di dengar-dengar'. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. "Chua Soi Lek pula berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang Cina". Apa maknanya semua ini? Kata-kata ini sahaja sudah menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO pula ke hilir. Dalam bercakap dengan gegaran tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh di capai oleh BN. UMNO memusuhi DAP seolah-olah kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan meletakkan lima puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini. Lagi pun, adalah di perkatakan yang di antara lima puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu. UMNO sekarang ini sedang kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada yang tinggi dalam PAU baru-baru ini. Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara. Hanya saya ingin mengingatkan parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di sebut selalu sebagai 'national unity' ini. Perjuangan ini merupakan perjuangan 'ultimate' rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum semata-mata kerana sikap 'desperado' mereka dalam politik kepartian yang jumud dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini. Apa yang perlu sekarang hanyalah kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza. Rakyat wajar melakukan perbezaan ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO. Kita perlu menolak isu rasis terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang. -aspanalias |
| Kronisme Subur Bawah UMNO BN: Keluarga Pak Lah Bekal Meter Elektronik TNB Posted: 04 Dec 2012 10:12 PM PST Keadilan semalam mendedahkan keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pengerusi Biro Pelaburannya, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB. Menurutnya, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun. "Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang dan harga purata setiap meter adalah RM250. "Justeru, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion. Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion," katanya pada sidang di ibu pejabat parti, di sini hari ini. "Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun. "Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM688 bilion kepada TNB bagi tempoh itu," jelas Wong Chen dipetik Malaysian Insider.
|
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








No comments:
Post a Comment